Thursday, July 29, 2010

Eh; Lagu Mai !

Nak sangat aku faham lagu yang satu ni: Tak tahu tajuk; hafal lirik apatah lagi; tapi kalau berkumandang di radio kereta aku yang Lala suka tu; "Eh; lagu Mai!"

Mai suka; maka ter'cop' itu lagu Mai:

Tak memasal aku cari lah lagu tersebut di Youtube: Nasib baik nama penyanyi; Shahir AF aku tahu: Dapatlah tajuknya; Kebahagian dalam Perpisahan: Euuwwww::: (no comment):

Kesimpulan umum aku; sekali dengar macam lirik orang putus asa dengan relationship yang ada: Tapi sebenarnya adalah orang yang dalam bahasa lain kita panggil sebagai; malas nak buat kerja yang sia-sia; bukan putus asa daaaa:::

Bagus; bagus: Lagu semangat-semangat macam ni lah yang boleh dijadikan pedoman (bukan PATUT @ WAJIB tau; kang peminat lagu nasyid kata apa pulak:: ops): Pedoman lah; daripada dok menangis air mata darah; bersajak sana bersajak sini menunjuk diri yang lemah ditinggalkan cintan-cintun ni; nak murung sana; monyok sini: Umum kat blog; luah kat status FB: Sudah sudah: Bangun! Bangun! Aku tak nak tengok orang lembik-lembik lagi: Cuba nyanyi macam Shahir ni:

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan



Peace!

Wednesday, July 28, 2010

Bahagiakah Menjadi Manusia Peramah?



Attention : Sorry for weird punctuations: Several buttons on my keyboard are not function:



"Hello! Good morning! Hye!"

"Dzien dobry!" (selamat pagi dalam Polish)

"Bye!" " Daaa!!!" "Have a nice weekend!"

Walaubagaimana sibuk pun mereka di dua tempat di dua universiti berlainan di bumi Eropah; bagaimana tidak ada perkara yang nak dibual sekali pun dengan manusia-manusia yang ditentang matanya; sekurang-kurangnya skrip-skrip di atas tetap berjaya aku lontarkan dengan sesiapa sahaja walaupun tidak diketahui mereka orang makmal mana: Sekurang-kurangnya; anak tekak bergetar dengan muka yang gembira: Senaman awet muda:

Indahnya hidup menjadi peramah:

*****************************

Di tanah air tercinta; yang orang kata kalau hujan batu pun sanggup hadap walaupun hujan emas di negara orang; apabila senyum dihadiahkan; beberapa muka pelik yang dibalas: Macam dapat aku dengar monolog mereka "Eh; dia kenal aku ke senyum-senyum ni"
Kalau lelaki tu lain lah; mungkin takut ada spy bini masing-masing tengok suami berbalas senyum dengan aku si gadis ayu ni: Perempuan jalan sendirian yang ada eye contact pun 'takut' nak berbalas senyum: Yang awal-awal buat-buat pandang tembok tu satu hal lah:::

Walaupun bertubi-tubi muka pelik diterima; usaha menyapa tak berhenti: Biarlah; aku bukan rugi apa pun: Ke; aku patut improve senyuman aku? hehehe:::

*****************************

"Assalammu'alaikum" sambil senyum manis (tak sengaja nak kasi manis; dah memang manis kan)

"Wa'alaikumsalam" membalas sambil senyum dan menganggukkan kepala:

Waaahh::: Bahagia hati aku dapat tegur seseorang yang aku tidak kenal; warga asing (tengok muka dan cara pakai tudung) muslimah tengah dukung anak di blok asrama yang biasanya foreign students sewa di UTM ni: Bahagia: Aku belum jadi manusia sombong yang aku sendiri benci:

Indahnya hidup jadi peramah:

*****************************

Selesai slot pagi di UTM bersama Ustaz Hasrizal pada Ahad lepas; warga dewan dipersilakan untuk rehat makan tengah hari dan solat Zuhur: Aku tak kenal siapa: Tapi habis aku sapa dengan memberi respon pada sebarang suara yang aku dengar: Ada yang mampu mencetus perbualan ringkas lagi menyenangkan: Yes; I am not alone here:

Indahnya hidup jadi peramah:

TETAPI;

Hidup menjadi peramah tak selalu indah: Adik berbaju seragam sekolah yang aku tanya dari sekolah mana jawab dengan penuh hormat; lengkap dengan penerangan tentang tujuan mereka berada sama di kawasan dewan-dewan kuliah itu selepas aku sapa dan tanya: Tapi segolongan manusia buat muka pelik pulak bila aku tegur; dengan jawapan yang macam jawab tak jawab: Aku tau la tudung korang lagi labuh dan lagi tebal daripada tudung aku; tapi ::: Hmm::: Entahlah::

Terus mereka tinggalkan aku dan buat aku macam 'pengemis perhatian':::

Kasihan bila aku fikir tentang orang sendiri yang sesombong itu; yang hanya selesa dengan kawan-kawan mereka sendiri saja: Boleh beramah mesra dalam comfort zone mereka saja: Mungkin aku salah faham tentang mereka: Mungkin mereka anggap manusia yang pelik je bertegur-sapa dengan orang yang tidak dikenali: Okay; mungkin: Atau mungkin aku yang sensitif lebih padahal mereka okay je kan: Okay; mungkin:

Tak sudah dengan satu scene; ada lagi sekumpulan perempuan Melayu bertudung lebih labuh daripada aku mendapat eye contact daripada sepasang mata sempurna penglihatan kepunyaan Allah yang dipinjamkan untuk aku ni: Walaupun beberapa ketika sebelum itu ada aku bercakap dengan mereka untuk satu tujuan; tetapi berbalas senyuman tidak dapat aku buat selepas eye contact itu: Hampa:

Kalau aku jalan-jalan depan mereka pakai bikini sekali pun; tak salah balas senyuman aku kan?

Mungkin aku salah faham : Mungkin mereka tengah termenung memandang indahnya ciptaan tuhan (iaitu aku) lalu berzikir penuh khusyuk: Semoga aku benar-benar salah faham terhadap mereka yang ada dalam fikiran aku sekarang ini: Tapi aku tulis juga hal ini dengan harapan menjadi peringatan bagi diri aku sendiri bila aku ada masa lapang nak baca balik: Syok sendiri lah katakan; sendiri tulis; sendiri baca:

** Aku highlight hal tudung-lebih-labuh-daripada-aku tu bukan untuk tujuan yang pelik-pelik: Sekadar menunjukkan betapa aku hormat dan pandang mereka tinggi: Semoga tak mengusik mana-mana sensitiviti:


Bahagiakah menjadi manusia peramah?

Tolonglah korang; serius bahagia!

Tuesday, July 20, 2010

Tanda Seru dan Jalan Mati




Kenapa bila kita cuba naik tangga elok-elok, mesti ada tanda seru? Padahal biasa dengar orang terperangkap dalam lif, kena rompak dalam lif, kena kacau dalam lif. Tak da tanda seru pulak.

Bila nak 'naik', mesti ada 'tanda seru'. Ain, keep it in mind!


Dan...


Kenapa mesti ada jalan mati? Duhai 'papan tanda', you are a killer!


**************************************


Sumber gambar-gambar, sepagi di UTM bersama Mai. Jalan-jalan cari angle. Punca?


Majalah ini, satu-satunya buah tangan untuk diri sendiri sempena perjalanan ke Langkawi sehari semalam. Iya lah, jalan-jalan di Langkawi yang pertama kali aku sampai pun tak terbuat, apatah lagi membeli-belah. Yang berlama-lamanya, bermusafir di KLIA. Maka inilah hasilnya. Hasil yang kosong daripada kekecewaan. Serius! Best!

**************************************

Sekali lagi, kenapa mesti ada 'tanda seru' dan kenapa mesti ada 'jalan mati'? (tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan)

Thursday, July 15, 2010

Mula-mula Masuk UTM

Berjalan pantas dengan tumit kasut (sandal sebenarnya) yang tidak setinggi mana, dalam hujan, aku mengejar masa. Mengejar jam 3 petang, 1 Julai lepas untuk tujuan menghantar bungkusan dengan menggunakan Pos Laju, perkhidmatan Pos Malaysia.

Keterkocoh-kocohan (wujudkah perkataan ini?) berlaku disebabkan aku terlena di meja kerja yang dah tak nampak warna aslinya lagi ini kerana diselubugi dengan kertas-kertas dan macam-macam barang yang tak larat nak kemas.

Okay, bukan hal meja kerja aku, hal Pos Laju atau suasana mengejar masa yang nak aku ceritakan.
Tetapi dua insan yang menangkap perhatian aku semasa aku berjalan pulang daripada pejabat pos. Aku masih dalam keadaan tergesa-gesa kerana belum solat Zuhur (ayoyoyo..)

Aku nampak seorang budak perempuan yang dipercayai akan mendaftar masuk UTM berdiri bersama seorang lelaki yang mengikut hipotesis aku adalah bapanya di hadapan meja kaunter kedai fotostat UTM. Kedua-dua anak-beranak sedang asyik membelek satu fail plastik yang dipenuhi dengan kertas-kertas. Upacara menyemak dokumen yang mungkin bersulamkan soalan dan jawapan itu aku tengok sambil berjalan, tak sampai 10 saat mata memandang.

Tapi tiba-tiba, aku tak pasal-pasal nak sentimental sebab teringat masa mula-mula masuk UTM dulu.

++++++++++++++++++++++++

"Ini borang... Ini semua yang fotostat.. ada 2 set.. Ini yang original... Papa dah asingkan dalam file ni tau.."
"okay..."

"Yang ini nak kene tambah.. karang kita gi print baru.. kita fotostat.."
"Okay..."

"Pa, yang ini macam mana...?"
"Nanti pa buat surat, pa mintak sign ketua kampung, kita bawa surat tu.."
"Kalau tak boleh?"
"Boleh.. kita cuba dulu.."

"Pa...."
"Pa..."
"Pa..."


Boleh tak aku tak nak teruskan taip, sebab ala-ala dah touching?

Monday, July 12, 2010

Things-To-Do

Rekod penulisan paling rendah sejak kewujudan blog ini ialah pada bulan Jun yang lepas. Dua sahaja...!!! Kasihan, kasihan...

Kasihan pada diri sendiri sebab semangat nak menulis membuak-buak, idea datang dari kanan kiri, tetapi semuanya tak tercatat, hatta pada kertas recycle sekali pun, apatah lagi dalam buku nota. Jangan kata nak jejak semula apa yang berlaku mengikut planner yang berlogokan UTM aku, sebab catatan pada kertas kecil sebagai reminder pun belum tentu aku jumpa.

Sibuk sangatkah?
Nak cerita tentang kesibukan bulan Jun, aku masih merasakan bahawa aku ada benda lain yang lebih penting untuk dibuat.

Pagi tadi (ceritalah sikit), terdetik dalam hati "nak update blog lah.. refresh my mind.. recharge my energy" . Ale-ale, telefon bimbit CSL (tinggi semangat patriotik nak beritahu model handphone kan) aku ada incoming call, 10.20 pagi.

"Ain, awak di mana?"
"Di bilik saya" (di fakulti)
"Datang bilik saya, kita bincang sekejap"

Hasilnya...
Sekarang aku ada things-to-do list untuk sebulan!

Itu baru urusan my study.. Belum lagi...
Lalalalalalalala....

Apa-apa pun, he (yang call aku tadi pagi) berjaya recharge aku dan pandu (guide) aku... Alhamdulillah.. Semoga usaha ini, kalau tidak membawa kepada penyudahan yang seperti dirancang sekali pun, tiap saat yang diisi dapat memperbaiki diri hari demi hari...

Semoga Allah permudahkan...

Okay.. aku tak dapat menahan diri daripada nak stori mori.. hehehe.. Sabtu lepas, aku merajinkan diri menyelak selimut dan menepis bantal, bangun dan bersiap, bersiar-siar berdua-duaan dengan Mai (sebab Lala sombong, tak nak join) di UTM, sanjungan bangsa. Antara tempat yang menjadi tumpuan, semestinya tasik UTM, pintu gerbang UTM dan Taman Rusa UTM. Motif? Jogging jauh sekali, sebab takut badan yang dah lama tak bersukan ini terkejut, secara tak langsung takut menjadikan hari Sabtu dan Ahad sebagai hari rehat sepanjang masa semata. Ceh, alasan...

Jalan-jalan jumpa matahari pagi, sambil ambil-ambil gambar.. Wallllaaaaah... Hasil? Owh, macam biasa, masih dalam memory card. Will be transferred later and will be shared. Punca kepada motif dan hasil pagi Sabtu? Haaa.. Puncanya ialah majalah PhotoYou.

Eeerrrr.. sambung stori mori dengan gambar lah lagi best..

Daaa...