Wednesday, April 27, 2011

Redah je... Contengan Jalanan

Meniarap atas bantal baru beli dari Jusco lebih kurang sebulan, pegang novel baru, aku rehatkan mata yang penat membaca walaupun hati kata nak teruskan. Mata rehat digerakkan pada semua sudut dalam bilik. Dari tepi pintu, aku nampak bagpack yang ada laptop. Laptop yang pernah ditegur oleh Dr Zuhairi, "besarnya laptop". Huh, aku nak laptop baru yang kecil dan ringan!

Sebelah backpack nampak dua beg plastik.. yang ada baju-baju kotor hasil jalan-jalan cari pasal hujung minggu lepas.. Nanti aku cerita lah ke mana aku jalan-jalan tu. Mata bergerak lagi.. ada fail-fail dan buku-buku yang tidak disusun kemas apatah lagi ikut sistem perpustakaan. Terbaring botol losyen. Baju dalam almari ada yang terjuntai, tak sempat lipat, main sumbat.. Atas lantai ada gulungan sejadah berintikan kain telekung.. Errr.. sungguh comot.. Nak kemas ini dulu la.. eerr.. yang itu dulu lah.. hmmm.. almari dulu la.. Arrghh!! Sambung baca novel la..

Aku bukan pembaca novel. Geli nak mengaku. Bukan pandang serong pada pembaca novel. Geli tu maksudnya rasa kurang sesuai dengan aku la. Macam aku geli nak pakai reben besar kain kat atas tudung. Tapi aku tak kata orang yang pakai reben tu buruk atau jijik.

Tapi aku ada novel ni sebab Pesta Buku di PWTC Ahad lepas la.. Ops, tercerita satu aktiviti hujung minggu lepas.. Atas pengaruh Zafran juga.. Tema hari tersebut, redah je...!

Aku main redah je, tak tahu pun novel tu aku akan suka atau tak, cerita pasal apa.. Aku hentam..
Rupa-rupanya aku suka.. Novel bertajuk Contengan Jalanan, tulisan Hlovate.. Mula-mula Zafran tanya kakak kat booth novel tu aku dengar macam tajuk buku "Hello Vet" hahaha.. Kenapa aku suka.. Errmm.. nanti aku buat review novel tu la..
Tak fikir panjang.. cerita best ke tak, ayat aku faham ke tak, tema cerita apa pun tak tahu.. Ye lah, tiada sinopsis pada kulit buku.. Serius berdebar nak beli. Tapi ikut tema, redah je..!


Bila best, aku rasa sangat bagus tema "redah je..." ni.. Ya lah, kita tak luangkan masa dan tenaga apatah lagi urat-urat kepala untuk terlalu banyak fikir tentang satu-satu perkara. Kalau tak best, kita redha.. rasa tak rugi sangat.. sebab tak berapa nak penat.. Kalau best pula, alangkah berbaloi-baloi!

Kan best kalau perkara-perkara yang ada kat tiap sudut kepala otak aku ni (macam barang-barang yang ada kat tiap sudut bilik aku malam tadi) boleh aku guna tema yang sama, "redah je...", tak perlu fikir susah-susah.. tenang.. bahagia.. lalalalala....

Sha la la la la.. (clap clap clap) Sha la la in the morning...

Serius bahagia..

Macam pesanan penaja tengahari semalam, daripada Encik Supervisor ;

"Awak tu jangan fikir susah-susah.. Ni mesti fikir susah-susah.. Tenang-tenang saja Ain.. Ini awak tu belum kahwin.. Kalau macam saya ni nanti, ada keluarga, ada anak-anak, lagi banyak nak fikir.. Kalau sekarang awak tu dah fikir susah-susah... Macam mana nanti-nanti?"

Hurmm... boleh ke redah je...?

1 comment:

Kotak Hijau said...

tp kalau air banjir yang smp separuh tayar jgn di redah..nnt keter rosak :P