Monday, May 9, 2011

Tulis Apa yang Kita Fikir : Masalah Baca Novel

*Ditulis pada satu hari yang indah; bukan hari ini*

Sudah habis lantai rumah disapu daripada belakang televisyen, bawah alas kaki, bawah dacing penimbang berat badan sampailah ke bawah sinki di dapur, cawan-cawan dalam sinki siap dibasuh, bila rasa badan panas dan rasa diri berhabuk, aku sudah siap mandi dan pakai segala macam pelembap untuk muka, tangan sehinggalah kaki, tapi..... (tarik nafas sekejap) aku tetap rasa tak cukup selesa.

Aku baca novel di bawah kipas siling, peluk satu bantal. Seorang diri kat ruang tamu lapang tanpa sofa. Kononnya santai lagi menenangkan. Tapi setiap muka surat diselak buat aku rasa macam tertekan tak tahu hujung pangkal. Memang cerita berat, tentang kemasukan Islam ke Tanah Melayu (aku ke yang baca novel ni cayo la cakap den) tapi aku yakin bukan salah isi novel aku rasa macam ni..... (tarik nafas panjang sekejap)

Aku betul-betul mengharapkan lebih tenang dalam jam-jam berikutnya hari ini. Bohong kalau aku cuba mempositifkan diri dengan membayangkan aku tengah gembira dan lalalala~ Selepas beberapa minit, aku dah sedar proses cleaning yang tidak selesai lagi ialah ‘pembersihan’ fikiran yang berserabut dengan macam-macam things-to-do.

Kalau tak terbuat, cukuplah kalau tertulis. Tulis! Orang pertama yang mencadangkan "tulis apa yang kita fikir” dalam hidup aku sepanjang yang aku ingat adalah pengetua MRSM Jasin satu masa dulu; mungkin 2002 atau 2003; Dr Fathanah- Ya, aku tulis lah ni.

Nasib baik ada bawa balik laptop ke rumah sewa; kalau tak biasanya tinggal di bilik kerja di fakulti dek berat berkilo. Tapi aku nak tulis apa. (tarik nafas panjang dalam-dalam sekejap)

Haaa tulis pasal novel!!!

Novel pertama aku beli hari ke Pesta Buku di PWTC haritu ialah Contengan Jalanan, tulisan Hlovate yang aku beli atas dasar “redah je” . Tak tahu cerita pasal apa. Hanya tertarik dengan betapa tergamaknya penulis biar kulit novel tu tanpa sinopsis. Walaupun Zafran dah cakap, “Aku tak suka buku Hlovate, bahasa dia sangat santai”, aku beli juga sebab bukan aku protes Zafran, tapi sebab aku memang ‘takut’ baca novel bahasa ‘sempurna’. Dulu aku pernah baca novel “Ombak Rindu” yang boleh dikatakan ramai orang (kawan-kawan) baca. Ada kawan cakap “kalau kau mula baca novel dengan Ombak Rindu; ko akan suka novel” Tapi kawan, aku tak suka novel pun lepas baca Ombak Rindu. Huhuhu~ Aku rasa serik ada lah.

Okay; kawan-kawan; terutamanya peminat novel Ombak Rindu- Aku tak kata aku serik baca Ombak Rindu sebab novel tu tak best- Tidak!

Masalah pertama aku, aku adalah manusia yang tak sabar kalau baca cerita, aku nak habiskan cepat! Sebab tu lah aku tak jadi kerja kalau dah mula baca novel, sampai sanggup stay up sampai 3 pagi, macam yang jadi minggu lepas bila aku baca Contengan Jalanan dan pada tahun 2008, aku baca novel Ayat-ayat Cinta- Memanglah aku sanggup stay up untuk Contengan Jalanan dan Ayat-ayat Cinta tu dah kalau aku baca dalam pukul 2, 3 pagi tapi aku boleh ketawa atau menangis untuk novel tu kan- Tak ke novel-novel tu hebat?


Masalah kedua aku; hmmm nanti sambung la~

No comments: