Monday, May 23, 2011

Sehari di Scrap Bug


Dah berbulan-bulan aku lalu depan satu kedai yang berada dalam satu shopping mall yang selalunya menarik perhatian aku tapi aku tak keluar-keluar duit pun untuk kedai tu- Jimat atau kedekut- Mother knows better! (macam cerita Rapunzel daaa)

Tapi akhirnya duit aku sampai juga pada tangan orang yang berada dalam kedai tersebut- Duit yang dikategorikan sebagai yuran workshop tu bukan lesap; tapi telah pun bertukar menjadi hasil secara fizikal dalam rupa bentuk seperti gambar-gambar di bawah-

Daripada kalendar 2010; dah berhabuk-habuk sampai mampu menambah kerengsaan kulit jika tersentuhnya; gambar tiga gadis comel pada satu masa yang indah dulu dah tukar jadi layout yang lebih bermakna : My first layout di kedai Scrap Bug semasa workshop 'basic' Jumaat lepas- Hoooyeeeehhh!!!

Paling kiri tu produk asal; tengah-tengah tu masa proses reframe; cikgu aku panggil 'matting' dan yang kanan sekali tu adalah hasil akhirnya- Kata cikgu; ini layout basic-

Dan my second layout yang lebih haru-biru proses nak hasilkannya sebab nak letak macam-macam gambar; ini dia; gambar keluarga aku! tadaaaa!

Projek 3 jam setengah aku tu buat aku lari dalam dunia aku sendiri- Macam ala-ala budak tadika masa tengah mewarna- Mana ada fikir hal nak bayar bil telefon ke; hutang kad kredit ke; kerja dengan supervisor ke kan- Haaa sama la dengan aku time tu- hahahaha- Ini hasil yang dapat aku upload- Hasil yang tak mampu aku upload; berupa feelings dan ilmu-ilmu teori ada yang aku dah lupa belajar masa kelas pendidikan seni dulu dan ada yang aku tak pernah tahu pun; dan ilmu-ilmu tu sangat berguna- Jangan kata berguna untuk minta kerja atau penulisan tesis anda; ianya tak ada kene mengena- Tapi for me; berguna- lalalala~

Daripada rule of third (yang digunakan dalam ilmu fotografi juga); posisi-posisi menarik untuk 'tarik' mata orang yang melihat hasil kerja; warna; corak heavy dengan corak tak heavy; positif negatif gambar; gabungkan 6 kertas bercorak pada satu projek; koyak-koyak kertas; kasi warna guna distress ink (ala-ala kesan kertas terbakar; yang dulu-dulu aku buat guna ubat nyamuk yang melingkar tu) sehinggalah kepada mood dan feeling- Hmmm- Tak dapek la den nak cito semuo kan-

Nanti senang-senang nak belajar teknik yang lagi superb!

Cikgu aku haritu tak berhenti menerangkan selagi aku tak faham- Terima kasih cikgu!

3 comments:

m taufiq a aziz said...

hand made! omg..

sejak ada adobe photoshop ni kadang buat lupa menda2 diy ni. feeling dia lagi pure la..

lala said...

adeh yen... dah lame aku tak lawat belog ko nih.. sob3...

ayen =D said...

tu la taufiq; rasanya feel mende2 ni lagi best lak daripada photoshop- ngeh3- jom buat! gambar cantik2 ada banyak kan hehehe

ko memang lala- kalau aku nak perli2 ko kat blog aku susah la sebab ko tak lawat kan hahaha- (apakah gedik2 nak perli dlm blog)