"Long, balik kampung nanti pilihan raya kan?"
"Ha ah, balik... kenapa?"
"Kau kene antau nenek, mama, dak iqa.. Papa tak boleh.."
"Eh? Yeke?"
"Ye, sebab bapak kau ngundi tempat lain.... ni lain-lain tempat mengundi ni, memang kelam kabut lah kalau sorang je nak antau"
"Haaa.. ye ye, ain balik.. boleh.."
"Bawa kereta ke? Tapi kalau kau malas drive, naik bas je pun tak apa la.. kita tengok macam mana.."
Eleh.. dah dengan semangat suruh aku hantar dia ke sana ke mari, tiba-tiba buat ayat macam tu pulak..
"Ye la ye la.. Ain balik bawa kereta..."
"Haaa.. bagus.. kau jadi rana..."
"Haa? Rana? Apa tu?"
"Ala.. kalau ke hulu ke hilir, buat kerja sana, orang panggil sini, suruh ke sana.. rana la tu.."
"HAHAHA!"
"Apa pasal kau ketawa?"
"Ma tau tak, dalam bahasa Inggeris, kita panggil runner?"
"Owh, ada ek bahasa Inggeris.. Ni aku bagitau kau bahasa Melayu dia... RANA...!!! "
"HAHAHAHA...!!!!" tak sempat aku tarik nafas sambung ketawa, dia sambung dengan serius,
"Ejaan dia, R, A, N, A, RANA...!!!"
"Ye, ye.. Ma.. Ain jadi Rana masa pilihan raya nanti.. "
aku yakin aku cantik, tidak fikir celaan orang, bukan bibir sebab tertarik, tapi apa kata dikarang. Bismillah, aku pun mengarang.
Tuesday, April 23, 2013
Aku Nak...
Aku nak ke pantai...
Aku nak mandi air terjun....
Aku nak photoshoot kat perkampungan nelayan...
Aku teringin nak tengok orang main layang-layang...
Aku rasa nak makan tau fu fa...
Aku nak pergi spa...
Aku nak pergi Pesta Buku kat PWTC...
Aku nak beli kain kat Jakel...
Aku nak tengok wayang...
Aku nak jumpa kawan-kawan lama...
Aku nak masak-masak kat rumah dengan girang gembira...
Aku nak ada toaster...
Aku nak amalkan gaya hidup sihat, satu hari dua jenis buah...
Aaarrghh.. banyak betul yang aku nak...
Tapi, paling penting...
Aku nak kena buat kerja...
Aku dah sangat berdosa kepada Encik Supervisor yang mulia...
Aku nak kena buat kerja...
Aku nak kena buat kerja...
Aku nak kena buat kerja...
Tapi..
Aku nak ke pantai...
Aku nak mandi air terjun...
Aku nak...
(tak sudah-sudah...)
Aku nak mandi air terjun....
Aku nak photoshoot kat perkampungan nelayan...
Aku teringin nak tengok orang main layang-layang...
Aku rasa nak makan tau fu fa...
Aku nak pergi spa...
Aku nak pergi Pesta Buku kat PWTC...
Aku nak beli kain kat Jakel...
Aku nak tengok wayang...
Aku nak jumpa kawan-kawan lama...
Aku nak masak-masak kat rumah dengan girang gembira...
Aku nak ada toaster...
Aku nak amalkan gaya hidup sihat, satu hari dua jenis buah...
Aaarrghh.. banyak betul yang aku nak...
Tapi, paling penting...
Aku nak kena buat kerja...
Aku dah sangat berdosa kepada Encik Supervisor yang mulia...
Aku nak kena buat kerja...
Aku nak kena buat kerja...
Aku nak kena buat kerja...
Tapi..
Aku nak ke pantai...
Aku nak mandi air terjun...
Aku nak...
(tak sudah-sudah...)
Friday, April 19, 2013
Bagusnya Tonton "Undercover Boss"... dan Syok!!!
** Perhatian : Tulisan ini panjang (",) Kalau rasa tak bersedia, better stop now =)
Bos kemudian tanya, “How can I work like you? A lot of people, noisy, and you still can be focus, fast…” Pekerja perempuan tu jawab, “I work here for years..”. “Owh, practice?”. “Yes…”. Dia tenangkan Bos dan ajak Bos rehat, makan. Sambil berbual-bual, Bos tanya beberapa soalan. Entah macam mana, sambil lalu je pekerja perempuan tu boleh cakap, “My parents divorced”. Satu yang aku kagum dengan orang Amerika ni, mereka sangat sudi berkongsi. Dan Bos jawab, “Owh, that is hard, right?”. Mereka berbual sambil kerja tau. Bukan tinggalkan pejabat keluar minum satu jam orang cari tak jumpa-jumpa. Huh!
“OMG! OMG!!!!”
Aku suka
tonton rancangan realiti TV "Undercover Boss"
Apa yang
buat aku serta-merta menulis sejurus selepas tamat rancangan ni ialah, aku
menangis! Over tau, macam tengok cerita hindustan kan.. Aku hati tisu tau! Eh,
chop, semua orang tahu ke Undercover Boss ni rancangan apa? Kalau rancangan
realiti cari penyanyi, pelawak, penari, senang orang tahu, kan??
Dengan bangga dirinya, aku
kongsikan, Undercover Boss ni satu rancangan realiti di Amerika Syarikat (yang
aku tengok la. Originated from UK rasanya) yang bosnya (biasanya CEO)
akan menyamar jadi orang lain dan ‘bekerja’ bersama-sama pekerja bawahannya.
Haaa.. Cuba bayangkan, DS Najib menyamar jadi kerani baru di pejabat kerajaan,
kerja bersama staf pejabat yang lain.. Haaa.. macam tu lah! Nice!
Yang aku
baru tengok ni, syarikat Lucky Strike. Bos menyamar jadi beberapa jawatan. Ada
jadi tukang tolong promosi. Dia jumpa seorang pekerja yang biasa pakai maskot
pin bowling. Eh, jap, Lucky Strike tu, syarikat yang jalankan perniagaan
bowling.
Maaflah,
aku biasa main mesti strike, jadi bila tulis Lucky Strike tadi, aku fikir semua
orang tahu aku tulis pasal syarikat bowling. Okay, aku tipu, aku tak pakar main
bowling. Lalala.. Berbalik kepada cerita maskot, si Bos ni belajar cara jadi
maskot daripada pekerja tu. Aku suka cara pekerja tu bagi semangat kat Bos (di
mata pekerja tu, Bos adalah pekerja baru yang… TUA!). Pekerja tu sangat positif
dan teman Bos di persembahannya, berjalan-jalan di khalayak ramai dalam maskot.
Kelakar bila tengok CEO lompat-lompat dalam maskot pin. COMEL!
Lepas tu,
Bos jadi pekerja baru di bar. Tempat bowling mereka ada bar. Pekerja perempuan
yang ditugaskan ajar Bos sangat cantik. Dia bercakap dengan Bos sambil buat
kerja, sangat hebat. Paling menarik, bila Bos buat-buat (atau mungkin
betul-betul) jatuhkan air Coke dari dulang yang di bawa, tumpah depan
pelanggan. Dalam hati aku, “Alamak, apa pekerja perempuan tu nak buat?”.
Perkara pertama dia cakap, “it is okay, it is okay…”, dia teman Bos
kutip dan lap yang tumpah selepas cakap “sorry, he is new” kepada
pelanggan. Pelanggan dah buat muka dekat meja snooker (ya, ada bowling, ada
bar, ada snooker). Entah, aku rasa sangat terharu dengan pekerja perempuan tu
menenangkan Bos.
Bos kemudian tanya, “How can I work like you? A lot of people, noisy, and you still can be focus, fast…” Pekerja perempuan tu jawab, “I work here for years..”. “Owh, practice?”. “Yes…”. Dia tenangkan Bos dan ajak Bos rehat, makan. Sambil berbual-bual, Bos tanya beberapa soalan. Entah macam mana, sambil lalu je pekerja perempuan tu boleh cakap, “My parents divorced”. Satu yang aku kagum dengan orang Amerika ni, mereka sangat sudi berkongsi. Dan Bos jawab, “Owh, that is hard, right?”. Mereka berbual sambil kerja tau. Bukan tinggalkan pejabat keluar minum satu jam orang cari tak jumpa-jumpa. Huh!
Masa
makan, mereka hanya meriba dulang yang berisi air dan burger, duduk di ala-ala
bangku. Mereka duduk di satu sudut yang tempat lalu-lalang orang ke dapur. “Yeah,
I wish I have a table to put my food”, kata pekerja perempuan tu. Itu yang
menariknya rancangan Undercover Boss. Bos boleh tahu secara terus masalah yang
macam kecil, tapi kalau diselesaikan akan buat pekerja bertambah gembira.
Dan sepanjang aku tengok rancangan ni, aku sedar dan aku akui betapa hebatnya budi bahasa orang Amerika ni. Contoh, Bos juga pergi ke bahagian belakang pin bowling, yang penuh dengan mesin untuk kutip dan susun pin bowling (aku sangat teruja okay tengok part ni, baru tahu macam mana mesin tu susun pin-pin).
Dan sepanjang aku tengok rancangan ni, aku sedar dan aku akui betapa hebatnya budi bahasa orang Amerika ni. Contoh, Bos juga pergi ke bahagian belakang pin bowling, yang penuh dengan mesin untuk kutip dan susun pin bowling (aku sangat teruja okay tengok part ni, baru tahu macam mana mesin tu susun pin-pin).
Bos
konon-konon jadi pekerja baru bahagian penyelenggaraan mesin. Mekanik sedia ada
nampak stressnya sebab, Hello… CEO kot… kau suruh pegang spanar, minyak pelincir,
memang kekok lah. Tua pulak tu. Tapi bahasa mekanik itu sangat baik. Contoh,
bila Bos tergunakan tuala tangan untuk lap mesin, dia tak cakap, “Eh, jangan
lap mesin guna tuala tu!” Tapi dia cakap, “For your information, we don’t
clean the machine using the hand towel”, and they laugh.
Mestilah
ada kamera untuk rakam rancangan ini, kan? Ada yang tersembunyi, ada yang tidak
(mengikut pengamatan aku lah) Untuk yang tidak, pekerja tu ada ditemuramah
secara sendiri. “Huh.. I think he doesn’t have any idea about the toolbox…” sambil
buat muka pelik. Kalau aku lah, dah hilang sabar, “Kau spanar tak kenal, macam
mana kau leh dapat kerja mekanik ni??” hehehe..
Habis
seminggu penyamaran, Bos buat boardmeeting dan bincang segala masalah
yang perlu diselesaikan. Dia bagi arahan kepada para pengurus (manager) untuk
buat itu dan ini. Wow!! Manager tak mampu bela diri dah sebab, hello..
CEO sendiri dah mengalaminya, cayo lah cakap den… Den kato buek, buek la yo…
Buek bilik rehat dengan meja makan untuk pekerja…!!! Dan blah blah blah...
Slot
seterusnya, dia panggil seorang demi seorang pekerja yang telibat sepanjang
penyamaran. “Hey!!! I think we met before!! WOW! You cut your hair!!”,
pekerja perempuan tu belum perasan. Cuma rambut palsu yang dah tak ada saje dia
perasan. “Do you know me?”
Seorang demi seorang menyaksikan, “I am the CEO”
Seorang demi seorang menyaksikan, “I am the CEO”
“OMG! OMG!!!!”
“No
way….!!!! HAHAHAHA….!!! I put you in the Mr. Pin suit!! Hahaha!!!”, Mr. Pin adalah maskot Lucky
Strike.
“We are
in Undercover Boss”
Macam ala-ala, “anda terkena panggilan hangit!!!” atau, “BANG, BANG BOOM!!!”
Tapi, jauh lebih ilmiah lah. Tak lah lagha sangat. Errm..
Macam ala-ala, “anda terkena panggilan hangit!!!” atau, “BANG, BANG BOOM!!!”
Tapi, jauh lebih ilmiah lah. Tak lah lagha sangat. Errm..
Okay, di
sinilah bahagian yang menyentuh perasaan. Bos dok cakap segala apa yang dia
belajar, hargai sepanjang bekerja dengan mereka.. seorang demi seorang. Mau tak
pekerja yang kena puji dan dihargai CEO cair. Muka ganas-ganas pun, terutama
mekanik tu, terus mengalir air mata, tak mampu kata apa-apa bila dia naik pangkat
jadi ketua mekanik! Masa penyamaran, Bos ada tanya dia, macam mana dia boleh
kerja kat sini. Dia jawab, sebab ayah dia. Dari kecik ayah dia ajar dia tiga
benda. Belajar, kerja, bowling. Hehehe.. Jadi, Bos tanya, apa ayah dia akan
cakap bila dapat tahu dia naik pangkat ni. Dengan sebak dia jawab, “He will
be very proud of me”. Dan adalah sesi dengan pekerja-pekerja lain. Sob
sob.. touching..
Akhir
sekali, ada perjumpaan terbuka CEO dengan semua pekerja. Pekerja semua berdiri
je. Kalau nak duduk, mau dewan perlu besar giler untuk susun kerusi, kan? Buat
ala-ala GIG gitu. Kalau kat Malaysia, perjumpaan dengan CEO, harus ada kerusi,
ada jamuan. Kan? Apa aku belajar dari orang Amerika ni, “simple but efficient”.
Dia paparkan sedutan penyamaran Bos. Ketawa satu dewan. Dan bila CEO berucap,
ucapan yang sangat berkarisma, hebat, dan rendah diri. Para pekerja menangis!
Bila dia cakap, “we work for people, we are here to make people happy”,
dia sebak, okay, meletus tangisan… Dan disambut dengan tepukan gemuruh satu
dewan. Tak ke sangat berguna masa yang aku luangkan menonton rancangan realiti
TV macam ni???
Apa lagi
yang mampu aku belajar, selain daripada yang terselit dalam penceritaan aku di
atas;
- Bila kita kurangkan gap dengan orang bawahan kita, kita akan dapat lebih memahami keperluan mereka dan mampu beri yang lebih baik. Baik untuk mereka, dan kita. Kita tu tak semestinya Bos. Pensyarah, cikgu, pemimpin persatuan, peniaga, ayah, mak, kakak, abang…?
- Pimpinlah orang yang dambakan tunjuk ajar dengan penuh sabar dan bahasa yang terbaik. Itulah ujian yang besar buat kita yang mampu ubah hidup @ pandangan orang yang dipimpin. Mungkin hasil pimpinan kita tu mampu melahirkan orang yang baik, atau jahat. Kita yang bertanggungjawab
- Orang kata orang Melayu kaya budi bahasa. Ya, dulu, masa penuh pantun dan peribahasa yang tinggi, halus dan berisi hebat. Sekarang?? Belajar lah perhalusi bahasa. Bahasa memang sekadar medium penyampai, tapi bahasa mampu membangunkan jiwa atau memusnahkan hati. Kita yang pilih.
- Percayalah, ayat-ayat Allah tu bukan saja ada dalam al-Quran, tapi di setiap ciptaan-Nya. Orang di sekeliling kita ada ‘mesej’ dari Dia. Kita lah yang perlu memandang dengan mata hamba, agar setiap kata dan laku dapat redha-Nya.
Tata!!!!
Lelaki
kacak ni ajar Bos cara sediakan minuman tu. Lepas beberapa pelanggan dilayan,
penyelia tak puas hati dengan cara kerja Bos (cara tuang air tu buat air tu
kurang gas.. kot), lalu penyelia jumpa lelaki kacak ni dah cakap, "I know
you already trained him very well, but I can see that he is doing it wrongly.
Could you please help him?". Cantik kan bahasanya?
*Tak dinafikan ada episod yang bahasa kurang cantik dan pekerja jadi bengang. Lain kali aku kongsikan :)
*Tak dinafikan ada episod yang bahasa kurang cantik dan pekerja jadi bengang. Lain kali aku kongsikan :)
Wednesday, April 17, 2013
Bahagia Mendosa
Apa guna diselongkar sakit silam
Kalau ada hiburan semasa yang mampu cetus ketawa
Apa guna diingat kenangan indah masa lampau
Kalau ada laku semasa yang mampu cetus jaya
Tak perlu tegang urat leher
Berbahas di mahkamah masa lepas
Jika sah tertuduh telah dihukum
Tertuduh yang bukan semestinya pesalah
Yang meratah hati dalam senyum
Yang merawat pedih sambil ketawa
Kalau senyum itu ditafsir sebagai bahagia mendosa
Ketawa itu pula diterjemah sebagai lupa sengsara
Malas kutabur hujah untuk ubah simpul kata manusia
Biar menitis darah kubiar tak berbalut
Biar tempang kulari kejar cita dan cinta
Asalkan manusia tak menangis dek simpati
Asalkan manusia lega menyangka aku tabah hati
Aku mahu bahagia
Tapi aku lebih mahu mereka gembira
Cukuplah aku ada Dia, Al-'Alim, Al-Hakam
Kalau ada hiburan semasa yang mampu cetus ketawa
Apa guna diingat kenangan indah masa lampau
Kalau ada laku semasa yang mampu cetus jaya
Tak perlu tegang urat leher
Berbahas di mahkamah masa lepas
Jika sah tertuduh telah dihukum
Tertuduh yang bukan semestinya pesalah
Yang meratah hati dalam senyum
Yang merawat pedih sambil ketawa
Kalau senyum itu ditafsir sebagai bahagia mendosa
Ketawa itu pula diterjemah sebagai lupa sengsara
Malas kutabur hujah untuk ubah simpul kata manusia
Biar menitis darah kubiar tak berbalut
Biar tempang kulari kejar cita dan cinta
Asalkan manusia tak menangis dek simpati
Asalkan manusia lega menyangka aku tabah hati
Aku mahu bahagia
Tapi aku lebih mahu mereka gembira
Cukuplah aku ada Dia, Al-'Alim, Al-Hakam
Wednesday, April 10, 2013
What I 'see' in a Policeman
Yesterday, a friend drove in hurry to pick me up from the bus stop. Right after I met her, she said,
"I was stopped by a policeman!!!"
"Why??!!" with full of excitement.
"I answered a phone call while driving!!"
"Hahaha.. Is the policeman young??", forgot about the phone call.
"YES!!!! At that time, I did not think about anything else except, AIN SHOULD BE HERE WITH ME!!!"
That is a real friend, a real friend knows our interests.. hehe..
Another story; I received an email from my American friend I met in Duke University, NC, US last year.
"By the way, I was laughing this morning thanks to you!!! I carpool with another person here at Duke since we have such a long commute. We were driving this morning through Chapel Hill and got hit by another car (actually 2 cars). We are all ok, but the other car behind us was hit really bad and probably a total loss for her car. The funny part was when I saw the police man get out, I immediately thought of you. He was a very very handsome and friendly man in full uniform. My carpooler said even though she was married she was very attracted to him. I laughed and said it's a good thing Ain was not riding with me or she would be staying at the scene all day just to watch him. :) Thanks for making such a difficult situation seem fun."
****************
I delivered my first speech during my Toastmasters club meeting in Duke last year. And for your information, my speech title was, He is the Police, He is the Man!!! And the American friend that sent me the email was there when I delivered the speech :)
Below is the second half of my 7-minute speech;
"I am not married and I never had a police boyfriend, YET. But, it is actually okay for not having a policeman as my man for my entire life. I should be fine. Never mind I’ll find someone like you (singing Adele's song) Yes, I will find someone like a policeman as my man. Why?
In my opinion a policeman is a symbol of someone that I can trust. I can rely on. I respect and am thankful because they are protecting lives and properties. They are heroes!
Since I see a policeman as trustworthy and manly, I believe this is also how I want to see my future husband, the father of my children. A life partner that I will respect, responsible, that I can rely on and feel secure with. But most importantly is, that he will be a neat, handsome and smart-looking husband.
I hope that I can have a chance, to live happily as a wife and a mother. If I am not destined to marry a cop, I will still be happy, and feel like I am the most beautiful lady in the world if my future husband is someone like a policeman. He is the 'police', he is the man...!!!"
That speech was one of my beautiful memories in US.
*Should I use mobile phone while driving (without hands-free) more frequent to have the same chance as my friend, stopped by a police officer? AGAIN? =D
Subscribe to:
Posts (Atom)