Saturday, February 28, 2009

BBB (Bunga Bawang Baru)

~ berapa belas kali aku snap baru dapat ini hohoho ~

Jangan marah, i ada bunga bawang baru.. kuning gitu.. ni namanya tak de keje cari keje.. dok ngadap bunga keluar (sila baca subhanallah) then dok snap-snap gambar guna kamera i yang power bergaya hehe.. editted using Picasa pada soal warna (light).

~ favorite snap ~

Ada gak snap yang aku suka sangat angle nya.. orang lain tak suka, aku tak kesah.. haha.. tapi aku gagal meneruskan ketabahan mendapatkan gambar yang lebih baik.. huhu.. iaitu,


Untuk pengetahuan yang tak tahu, kat studio/bilik aku ni memang lampu-lampunya berwarna kuning.. eh, oren.. memang tak best la untuk membaca buku (alasan) Tak de nya lampu-lampu kalimantang ni.. huhu.. teringat lak lampu kalimantang kat rumah yang dikerumuni kelakatu (betul ke aku eja ni) kalau hari nak hujan (betul ke ni? hehehe).. Nak balik Malaysia!!!

Kadang-kadang, kita akan berada pada satu situasi yang kita nampak sesuatu/seseorang itu sangat jelas dan berbeza dengan yang lain. Perhatian kita hanya pada dia. Hanya pada dia. Yang lain hanya lah sekadar imej tidak terfokus, kabur. Kerana dia.. haha.. dah jiwang la pulak.. terpulang nak tafsirkan macam mana, tapi boleh juga ditafsir pada ;

~ kerana dia ~


~ Ni la gambar paling full yang aku sudi upload ~

Asik dok tunjuk je gambar-gambar berwarna ceria ni. Warna yang pernah menjadi tarikan pada sebuah kereta satria kepunyaan abang ATMA blok depan masa kat UTM tahun satu dulu hahaha.. So, apakah nama bunga bawang berwarna ceria ini?


Sekian

eh, nak gitau.. gambar-gambar dilihat dan diedit di laptop aku. tak tau la apa jadi warnanya kalau dilihat pada monitor lain, mungkin lain macam. harap maaf hehe..

Thursday, February 26, 2009

Practise Make Perfect

- Distance measurement using frequency comb laser.
- Mode-locked laser -> Ultrashort pulse laser -> Frequency comb laser
- Autocorrelation -> Crosscorrelation
- Autocorrelation + Spectrometer = setup for Frequency Resolved Optical Gating technique

hahaha.. saje je nak senaraikan istilah-istilah, yang sentiasa dok menghantui dan menjembalangi hidup di kala ini. hoho.. ada lagi.. nak ke? takpe takpe, aku simpan...

secara mudah simple pimple nye, projek ini mengkaji perambatan laser sikat frekuensi yang digunakan dalam.. aargghh!! susahnya aku nak memelayukan bahasa Inggeris pasal projek aku ni.. hoho.. kelakar lak bunyi laser sikat frekuensi untuk frequency comb laser tu.. hahaha.. belum lagi kalau orang lain dengar kami dok sebut, FROG, FROG.. ha.. bukan katak toing-toing, tapi Frequency Resolved Optical Gating yang aku dok senaraikan kat atas tu ha.. ngeh ngeh ngeh.. iaitu satu teknik untuk mengukur laser denyut yang sangat pantas (ultrashort pulse laser)

hmm.. aku percaya satu hal ni.. pada aku, kalau aku tahu tentang XXX dalam bidang aku iaitu bidang AAA, kemudian aku perlu menerangkan kepada orang yang bukan dalam bidang AAA tentang XXX, dan aku BERJAYA buat dia faham, asalkan dia dapat idea apa yang aku cuba terangkan dari kaca mata dia.. nescaya, baru lah aku benar-benar tahu dan faham tentang XXX.. korang tak percaya? ntah.. aku percaya.. hehehe.. so.. jangan la nak berpuas hati kerana kita faham tentang sesuatu tu betul-betul kalau kita tak mampu buat orang lain faham tentang sesuatu itu.. hoho.. aku rasa la.. hehe.. ada peningkah dengan ayat-ayat ku ini? hampun, ni je la teringkas yang mampu.. huhu




haa.. ni la hasil laut aku hari ni.. eh, hasil kerja aku hari ni. yang sebelum ni dibuat dalam masa berminggu-minggu. dok nak faham kenapa itu, kenapa ini, dok nak fikir apa kah dosa dan salah penyelesaian-penyelesaian tidak tepat aku tu sampai tidak memenuhi kehendak permasalahan, dok buntang-buntang mata menghadap komputer.. dan macam-macam lagi.. tapi hari ni, dok layan sampai la dapat hasil yang sama, dalam masa sepetang.. bukan Kuala Sepetang, tapi satu petang.. sebab cepat sikit otak ni jalan dan ada perkara-perkara yang dah difahami..

maka, teori practise make perfect, adalah diterima.. hehehe..

oh.. gambar kat atas tu, itu ada lah hasil print screen untuk modeling autocorrelation signal, for a frequency comb laser. baru permulaan je tapi.. perjuangan harus diteruskan demi mengkaji dan mengkaji.. memahami dan memahami.. huhu..

huhu.. maaf banyak-banyak, tak tau apa motif menulis ini post la.. huhu.. tapi hakikatnya lepas dapat hasil tu memang print screen dan buka blog, dok mengarang hehehe... mentang-mentang supervisor tak de.. dia gi Jerman, anak dia ada treatment kat sana.. sakit.. huhu.. cian dia.. semoga dipermudahkan, dia supervisor yang baik sangat-sangat.. huhu.. terhar terhar.. terharu..

Kuatkan semangat kau Kakero!!!



Thursday, February 19, 2009

Bunga Si Bawang

First time aku lihat bawang-bawang yang pelbagai dijual di satu taman botani kepunyaan Delft University of Technology, ajaib sungguh rasanya. Sekali pandang memang macam bawang biasa, cuma ada la nampak beberapa perbezaan satu jenis ke satu jenis yang lain. Apa pasal jual barang untuk masak kat taman botani? Murah ke hape? Ku tenung-tenung, rupa-rupanya,

~ Botanical Garden, TUDelft, Delft, 2008 ~

Bawang bunga daaa.. hoho.. ntah la macam mana nak sebut bahasa Inggerisnya.. yang penting, aku panggil, bawang bunga.. hehehe.. Ada macam-macam bunga lagi, nak tengok, meh datang bilik, tengok dalam laptop aku terus =D

Musim sejuk, hujung Januari 2009, tercapai juga hasrat aku untuk merembat satu pasu bawang bunga.. eh, bunga bawang.. apa-apa lah.. setelah digoda beberapa kali dengan kecomelan pokok-pokok tu sebab asik lalu kedai bunga tu je, aku bawa balik satu pasu dengan puas. Berbekalkan kata-kata semangat dari lidah sendiri, "ntah bila lagi aku dapat bela bunga ni..." aku pun beli bertemankan 4 gadis Malaysia.


~ Awal-awal beli ~

Nak tido tengok dia, bunganya rapat-rapat dan warna hijau. Bangun tido, bunga dia sikit-sikit jadi biru. ke, ungu? ikut mode mata kot.. esok, bangun tido lagi, bunga semakin jarang-jarang. hisy, susah la nak cite perkembangan hari demi hari, tapi memang aku tak jadi keje la dok perhati.. hehe..

~ Pembesaran yang cepat ~

okay.. kita close up sikit.. semasa tempoh separa matang..

Alamak, tapi ni bukan yang aku beli, ni yang dihadiahkan oleh dua tetamu hebat dari Utrech, menginap dua hari dua malam di Delft untuk mengubat rindu kepada aku dan chef hebat. Thanks korang!! Diorang belikan untuk kami bunga bawang yang serupa (ikut tag) tapi diorang punya ni ada bau bunga kuat sikit.. yang aku beli tu low profile kot, sebab tu tak berbau sangat hahaha..

Apa jadi pada bunga bawang yang aku beli selepas 3 minggu? aku rasa menarik je.. hehehe..


Apabila ada seorang gadis comel yang tak nak ulangkaji pelajaran di malam hari di biliknya tapi ada hati nak menghayati flora dan menajamkan skil bermain dengan kamera, maka, post inilah berserta gambar-gambarnya menjadi terhasil.

~ Bunga bawang dari sebalik kubu kaktus ~

Fakta dan auta tentang bunga bawang ni :
1. Jangan cakap dengan orang namanya bunga bawang, takut kene gelak. Sebab tu bukan nama betul bunga ni.
2. Ada macam-macam jenis bunga lagi, boleh tengok tag dia masa membeli untuk tau bunga apa yang akan keluar dari bawang tu.
3. Lepas berbunga, aku pun tak tau apa jadi kat dia. Tapi perindu Delft dari Utrech bagitau, bawang itu boleh disimpan didalam peti sejuk dan berhibernasi!! Bila musim bunga nanti, tanam balik dan akan berbunga semula.
4. Bawang yang sedang berhiberasi tu (tidur) jangan disimpan bersama-sama epal dalam peti sejuk. Dia akan mati! Kata orang yang sama lagi.
5. Jika serius mau percaya fakta-fakta yang sedikit ni, sila siasat sendiri dengan berbekalkan maklumat, nama bunga ni, Muscari Armeniacum (aku tak tau mana satu nama Dutch ke, saintifik ke, tapi tu la yang ditulis pada tag.. hahaha)



p/s i love you

eh silap..

p/s agak-agak okay tak pengambilan dan peng'edit'an gambar-gambar tu? hoho.. (sekali tak de orang tengok pun, "takpe, terima kasih," kata Pak Pandir Moden)

Tuesday, February 17, 2009

Ku Ingin Kamu

**Jiwang Mode**

Aku dok layan satu lagu ni yang tak baru sangat rasanya, tapi rasa macam.. waw!! starting dia je macam dah best musiknya.. eh, muzik..

Lepas tu, bila dok layan lirik.. hmm.. i REALY feel like wanna dedicate this song to someone..
but..

bak kata Sudin dalam cerita 'Seniman Bujang Lapok',
"... tapi ku tahan Jebat!!!.." hohohoho
dengan mengepost kat sini, i feel like it is done.. layan..


Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin engkau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku


Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku

Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani


Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta

Yang berhiaskan bunga asmara

Dan membuatku tak kuasa


Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas

Selama Tuhan masih mengizinkan

Kuingin selalu menjagamu


Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas

**Romance**

~ Roses.. Once Upon A Time in Warsaw ~


Tuesday, February 10, 2009

Belanda dan Basikal

owh.. you are really in Holland..!!

Itu lah salah satu ayat dalam email Dr Michal, pensyarah bujang di Poland yang teramat baik, berjalan kaki sepantas Lala berlari, dan menyuarakan kebencian dengan nada yang lemah lembut ("i hate traffic jam....") Ayat itu sebenarnya adalah respon kepada emel aku sesampainya aku kat sini,

Sir.. Here, I cycle to the faculty.

Holland, basikal, Holland, sepeda.. (sepeda itu bahasa Pak Herman)


Rotterdam, Netherlands (2008)

Kat sini, seingat aku, aku tak pernah kene hon dengan kenderaan di jalan raya, tapi kene 'loceng' dengan basikal boleh tahan tak terkira banyaknya. Baik masa aku berjalan kaki (sebab berjalan di laluan basikal) mahupun semasa aku berbasikal (sebab eh ah eh ah masa mula mengayuh, sesuka hati keluar simpang, dan ke kanan ke kiri semasa mengayuh). Eh, aku rasa ada sekali aku kene hon dengan kenderaan lain kot, kat tengah-tengah traffic light, itu pun, masa aku mengayuh basikal.. huh.. basikal, basikal...

Atas berkat latihan gigih dan intensif satu-satunya kawan masak makan aku kat sini, sokongan padu kawan-kawan yang lain, dan pelbagai tips dari parents, aku rasa not bad la aku mengayuh basikal sekarang. haha.. (ye ar, last kayuh basikal masa sekolah rendah la.. dan bukan aku tau bawa motosikal.. huhu..) Tetapi!!

Untuk tahun 2009, baru sekali je aku mengayuh basikal ke fakulti. Sekarang, aku berjalan kaki seiring sejalan, bahu ke bahu dengan seseorang yang bukan pakwe aku. hohoho..
Kenapa?

1. Jika berjalan kaki, aku boleh berbual-bual bersama teman seperjalanan dengan lebih lancar dan jelas berbanding jika kami berbasikal. Terapi yang baik!!

2. Dengan berjalan kaki, aku boleh sesuka hati menambah atau mengurangkan kelajuan mengikut mood dan cuaca tanpa sebarang tekanan berbanding jika aku berbasikal (kalau perlahan sangat kayuh, gayang la cik abang oi. Kalau laju, seram..tak larat lagi pun hoho...)

3. Aku tak tahu kenapa, kepenatan berbasikal satu macam punya ajaib di awal tahun ini. Ada kaitan dengan musim sejuk? aku tak tahu.

4. Dengan berbasikal, masa yang diambil sama je dengan tempoh masa aku jalan kaki untuk ke fakulti.. kui kui kui..

5. Lebih-lebih lagi, masa juga perlu diluangkan untuk membuka dan memasang kunci basikal setiap kali kat tempat parking.

6. Setiap kali nak kunci basikal, sarung tangan perlu dibuka untuk membolehkan deria rasa jari lebih berfungsi, dan ini mendedahkan tangan aku dengan kesejukan di musim sejuk ini.

7. Setiap kali nak keluarkan basikal dari tempat parking, kreativiti diperlukan untuk keluar dari sekatan-sekatan basikal lain.

8. Angin sejuk yang laju menyapa muka ketika berbasikal (lebih laju berbanding berjalan kaki) agak tajam untuk muka, bibir dan lubang hidung, walaupun mafla dipakai seperti ninja.

9. Motivasi diri adalah menurun apabila gagal memotong tetapi senang-senang aje dipotong basikal-basikal lain.




Nak beli basikal lagi power? hoho.. bertahan je la wahai badan..

Saturday, February 7, 2009

Inikan teka teki...

Dua gadis comel berjalan kaki dari fakulti dalam 20 ++ minit berbual-bual, gelak-gelak. Jangan orang kata orang mabuk lalu sudah.

Ada cerita/lawak yang mungkin tak lawak sangat bagi sesetengah orang. Malah, ada yang tak lawak sangat jika hanya dibaca melalui tulisan. Tapi, ada aku kesah? hahaha.. aku cerita kepada yang memahami 'ketergeliatan' urat perut aku jer semalam... yang tak faham, jangan risau, anda tidak bersalah :D

Alkisah, masa Kursus BTN (biro tatanegara) kami sebelum fly ke Poland tahun lepas. Eh, tahun lepas lagi. Kat Balik Pulau yang best tengok laut (sila pronounce 'laut' tu ala-ala orang utagha) dan best duk dalam bas berbelas jam dari Skudai dengan memeriahkan diri sendiri (berempat) di kala penumpang lain dalam bas ialah Encik-Encik, Puan-Puan, Cik-Cik, iaitu pensyarah-pensyarah UTM walhal kami hanyalah gadis happening yang dalam mode bercuti. hohoho..

Lekat gelaran 'kanak-kanak Rebina' dari mereka ditambah dengan secara rasminya, salah seorang dari kami (bukan aku) dapat 'anugerah' peserta paling happening oleh fasilitator-fasilitator, siap bagi ucapan kat depan lagi tu. haha.. i lap u Lala!! (apa ntah Lala bagi ucapan masa tu, aku pun tak ingat.. ngeh3)


"Encik W, Encik H, kitorang ada teka teki" di dewan makan.
"haaa.. apa dia.. bak sini.. "
"eleh, jangan berlagak"

hakikatnya, banyak teka teki kami, diorang tak boleh jawab. haha.. teka teki diorang lak dalam poket kami hehehe.. Sampai ada Encik M sound masa jungle trekking,

"alaa..!! aku tak nak dengar teka teki korang!! tak nak!! yang lain jangan dengar teka teki diorang!!" hahaha..

kami la, ratu teka teki masa tu. (gelaran dianugerahkan oleh diri sendiri) Dan, sambung cerita, at spatially and temporally coherence (istilah dalam Optics yang dibincangkan semalam di fakulti, bermaksud, tempat dan masa yang sama) ;

Encik W pun test power,

"masa perang Naning, kenapa mereka kalah?"
maaf lah, aku singkatkan teka teki ni, sebab tak ingat jalan cerita nya malah sejarah Naning tu sendiri.. huhu..

memang agak tercabar, sebab aku tak tau jawapan dia.. haaissyyhh...

"tak tau la, encik W, apa dia?"
"jawapan dia, sebab masa nk serang tu, yang bagi command tu kan orang negori (Negeri Sembilan).. so, masa dia nak cakap, SERANG!!!, dia cakap, SOGHAAAANNNG!!!!"

"maka?"
"sorang (satu orang) je la yang ke depan. so, kalah lah hehehe...."
"hhmmm...."
"apa ni Encik W.. mana boleh... sah-sah la pengikut tu pun orang negori.. mesti la diorang faham.. apa laa... "

dengan muka tak puas hati, tiga dari gadis happening itu meninggalkan Encik W di meja makan untuk membasuh tray makanan masing-masing. Memang diorang berlalu dengan nada tak puas hati dan serta merta!!
tinggallah aku terkasima dengan Encik W dan Encik H. Dan aku sempat menatap muka Encik W yang agak lain macam, sambil berkata,

"Ini kan teka teki..."

aku tak tau apa perasaan aku masa tu.. alahai Encik W. tak bermaksud mengguris hati, apatah lagi mengoyakkannya.. balik je asrama, aku cerita la kat tiga gadis lagi tu. Sejak dari aku cerita kat diorang masa tu, sampai la semalam (masa jalan kaki dari fakulti).. Situasi Encik W tu masih lagi teramat manis yang bukan saja buat aku senyum, sengih, tapi gelak geliat urat.. huhu..

tapi pembaca jangan risau la, kami dengan Encik W okay je.. kan Encik W kan? hehehe.. nice try.. dan sesungguhnya mereka semua la rakan BTN kami yang sangat best!!! terima kasih!!!

Moral value of the story : Berjaga-jaga dengan nada suara, percakapan, dan tindakan yang mungkin ringkas, tapi mampu merobek hati.. cewah..
Another moral value : Kalau kail panjang sejengkal, janganlah laut hendak di duga. hahaha..

Ada perkara yang sama, apabila diceritakan pada masa yang berbeza akan dapat mood yang berbeza. (mood bersalah -->> sweet to be remembered) --- quote from Afdlin Shauki, rancangan Ally, tv3, Episod 6 - Lawak

Mau gelak-gelak geliat urat perut oleh lawak orang atau lawak sendiri?
http://akhisalman.blogspot.com/2009/01/hukum-melawak.html