Tuesday, May 12, 2009

Soalan aku wajib jawab tentang Belanda (Bahagian 1/2)

Assalammualaikum warahmatullah..

Banyak kali juga aku ditanya dengan soalan-soalan yang berulang kali dari orang yang berlainan, malah ada juga orang yang sama. Soalan-soalan yang merupakan rentetan daripada pernyataan aku, "aku/saya/i/ain sekarang berada di Belanda"

Memandangkan pengulangan cerita membuatkan kadang-kadang aku tak jawab detail, atau aku jadi penat dan mungkin jadi teremosi, kerana EQ (kecerdasan emosi) yang tak mampu dikecap setiap masa, minta maaf kepada yang ala-ala tersinggung, my bad =( maka aku berhasrat nak jawab siap-siap kat post kali ini. Layan..

Amaran : Pendapat aku sahaja. Berdasarkan pengalaman beberapa bulan sahaja. Harap maklum.

Soalan 1
Belanda tu Holland ke? Netherlands?

Ya, Belanda itu Holland, dan nama lainnya, The Netherlands. Nama paling formal, The Netherlands lah.. Ayam belanda tu aku tak pasti betul ke ayam sini, sebab dalam bahasa Inggeris, dipanggil Turkey. So, aku tak tahu kenapa bahasa Melayu disebut Belanda.

Soalan 2
Macam mana ya Belanda?

haaa.. soalan yang sangat subjektif. aku biasa jawab ikut mood aku. hehehe. sekarang, mood aku baik, maka, jawapannya, belanda ni tenang, aman, selamat, bersih (******************************** deleted sebab ada orang tak puas hati. sekian), cantik.. Biasa yang aku highlight, aman, terutama di Delft (sebab ni tempat tinggal aku). Kalau mood aku tak baik, jawapannya, sini biasa orang bunuh diri masa musim sejuk, sikap individualistik tinggi, jiran biasa tak kasi bising selepas kol 10 malam dan sebelum 6 pagi (lebih kurang lah), kos hidup tinggi, diorang semua tinggi-tinggi (aku terasa renek). hmmm.. dah dah.. cukup.. hehehe..

(banyak lagi jawapan-jawapan wajib, sangat mencapah soalan ni, dan hakikatnya, boleh je nak positifkan. tapi nanti jadi panjang berjela jela jela jela jela blog aku nanti)

Soalan 3
Macam mana orang Belanda dengan Islam? Bukan Belanda anti Islam ke?

Alhamdulillah, kat sini senang nak jumpa orang Islam. Tudung diorang lagi labuh dari aku. huhuhu.. berjubah.. memang selamber je.. tak de masalah.. Memberi salam semasa Muslim juga menjadi kebiasaan, tak de sorok-sorok. Masjid senang nak jumpa, malah besar! Kebanyakan (mungkin semua) masjid dibina oleh kumpulan bangsa/negara, seperti, orang Turki, orang Morocco, orang Indonesia. Masjid Malaysia tak de lagi kot. huhuhu.. Disebabkan perkembangan Islam di sini lah, orang bukan Islam, terutama Kristian takut dan macam-macam mereka cuba buat (pendapat aku lah). Maka, tak dinafikan ada yang anti. Memang ada yang ekstrem. Tapi apa saja yang mereka boleh buat, setakat perli-perli kan? Tak de lagi kes baling-baling batu ke pada pengalaman dan pengetahuan aku. Tapi kat belanda ni aku baru jumpa sekali je la pakcik yang dengki dengan Muslim. Teringat pesan seorang abang pramugara di saat kami nak keluar dari pesawat, pertama kali menjejakkan kaki di bumi Belanda ni, "baik-baik ye belajar, belanda ni open sikit". dah la abang tu kacak. Maka, pada pendapat aku, Belanda ni open, terbuka. Anda bebas berpurdah, malah bebas bertelanjang. (ni pendapat aku je okay... hakikatnya aku lom jumpa lagi yang bertelanjang. tapi ada rasanya kat kawasan pelacur 'terhormat')

Soalan 5
Orang kata, Belanda ni negara bawah paras laut. Macam mana tu?

aku pun baru faham bila aku dah datang sini. hahaha.. terima kasih kepada penghulu Delft, Ahmad. Ya, Belanda berada pada bawah paras laut. Secara mudah, air laut disedut dan menjadikannya daratan. Kaedah? tali air di bina melambak-lambak dengan strategi yang mantap untuk men'darat'kan laut secara sistematik dan berperingkat. Kalau la ditakdirkan sistem pengairan gagal, tenggelam lah bumi Belanda ni. Dengan bongkaknya manusia di sini ada yang mengatakan, Belanda ialah negara/daratan yang dicipta manusia, bukan semula jadi atau tuhan. Kesian diorang ni. huhuhu.. Maka, kita boleh jumpa tempat-tempat di mana aras air adalah lebih tinggi dari tempat kaki kita berpijak di daratan. Kadang-kadang, "eh, kapal berada lebih tinggi dari aras kaki kita!" Kat sini, ada tempat tumpuan pelancong, namanya Delta Work, nanti dia cerita dan tunjuk empangan yang kawal air laut (sori la, aku belum pergi lagi, cari kat internet sendiri lah ya) Akan ada hari Isnin setiap awal bulan, ujian siren amaran banjir di Belanda, untuk menyelenggara sistem keselamatan berkaitan hal ini. Cewah, macam pelapor Majalah 3333 lak.. ahakz

Soalan 4
Negara bebas ****?

haaa.. ni berkaitan juga dengan pesanan abang pramugara tadi. Lantak diorang lah.. janji tak kacau aku. hahaha... Mungkin sebab Amsterdam terkenal juga dengan Red Light District, maka tu yang open sangat kot. (kot tau!) Kalau nak gi jalan-jalan Amsterdam terutamanya, jangan biar anak-anak kecil anda leka menatap lama-lama lebih-lebih lagi di kedai-kedai cenderahati, takut-takut anak-anak itu pelik dengan apa yang dilihat malah menjadi mimpi ngeri. Sebab, bukan anak-anak kecil je, yang dah anak dara ni pun terdetik "eh, apa ni? aiseh.. menyesal aku pandang.." Tapi jangan risau la.. selamat.. selamat.. asalkan semua kuat iman dan tegas. Kalau tak kuat iman, kat negara sendiri pun boleh buat perkara tak patut ni kan.. daaa.. Ha.. disebabkan aku dah tersebut Red Light District tu, aku nak pesan. Siapa yang tak nak hilang ilmu, terutama ayat-ayat hafazan Quran, JANGAN PERGI! JANGAN LALU! walaupun anda perempuan! (luas lagi bahananya, bukan hilang apa yang diingat je)

Soalan 6
Apa yang terkenal di Belanda?

1. Kincir angin.
Ada banyak kincir angin, ada yang kita boleh masuk untuk tengok. Kat belanda ni memang kuat angin. Tepi pantai pun kuat angin kan, apatah lagi tempat yang asalnya laut kan. (memandai je aku buat teori). So, angin adalah antara sumber tenaga terpenting. Untuk jana kuasa (ada kot), untuk pengepaman air, untuk hancurkan.. err apa ntah, gandum kot, ke kapur, dan apa-apa lagi lah kegunaannya.
2. Keju
Mak ngah aku, perkara pertama dia sebut pasal Belanda, "ooowh.. Belanda.. Dutch Lady!" haaa.. betul lah tu. terkenal dengan produk tenusu terutama keju. TETAPI, keju yang ramuan asli tu, ada rennet. Berdasarkan lawatan kumpulan wartawan aku, (hahaha) akak keju tu jawab, rennet adalah enzim dari perut anak lembu. Kami tak tanya lebih dah lepas tu, sibuk amik gambar dan aku pun pening dengan bau keju. Tapi mengikut kata kawan-kawan lain, rennet tak leh makan. So, carilah keju produk tumbuh-tumbuhan (Biologish) atau di kedai halal (orang turki kalau kat tempat aku ni)
3. Porselin
warna biru dan putih kebanyakannya, adalah porselin yang menjadi 'trademark' Delft. Jenama yang biasa ada dijual, Delft Blue. Kalau yang harga ratus-ratus, riban-riban, nama dia Royal Delft Blue. peminat produk macam ini memang minat lah. kalau aku, baik aku simpan duit buat kahwin kan.. ahakz
4. Tulip
belanda ada taman bunga terbesar di dunia, Keukenhof Park. aku dah pergi. yeah! Sangat ramai orang datang terutama masa musim bunga! taman yang sangat besar! bunga banyak! terutama tulip. cantik! ada juga ladang untuk bunga-bunga itu dieksport. tempat proses bunga untuk eksport pun aku belum pergi lagi. tunggu selsema b*** ni reda dulu. hehehe..
5. kasut kayu
tau terompah? haa... aku suka-suka je nak bandingkan kasut kayu belanda dengan terompah kan. hahaha.. tapi rupa dia bertutup lah, macam kasut. banyak cenderahati berupa kasut kayu ni. secara tradisional, kasut kayu ni digunakan seperti kasut biasa. kelebihan? kata abang yang buat demonstrasi di Zaans Schanse, ringan, suam (warm) dan murah berbanding kasut kulit. biasa digunakan untuk ke farm (ladang kan?). sekarang, tak tau orang guna lagi ke tak, tapi kalau untuk tradisi, memang ada lah. pakai dengan baju belanda tu, memang dah rupa kakak kat tin susu Dutch Lady dah lah. hahaha..

Eh, tak sedar aku dah nak tengah hari. Ada kerja lain aku nak buat. Aku akan sambung lah untuk soalan-soalan lain dan mungkin ada soalan tambahan. Berserta gambar-gambar. Bosan je aku tulis tanpa gambar kan.

okay.. will be continued..

update : Bahagian 2 dah siap!

Monday, May 11, 2009

KENAPE LELAKI SUKE MENGAKU SINGLE?


Aku sangat teruja dengan tajuk ini. Punca tajuk ini menimbulkan keterujaan, apabila seorang rakan menceritakan tentang seorang mamat yang mengaku single padahal sudah ber'girlfriend'. Aku tak perlu cerita panjang sebab hujung pangkal tajuk ini akan dihuraikan dengan panjang berjela oleh laporan wartawan kita dari POLANDKINI, asli dari 'note' di Facebook beliau. Layan...

====================================================================

Ini lah topik yang kite bicarakan semalam… setelah kempen meletakkan tajuk di atas dijadikan status YM kepada rakan2 saya & ain diserata dunia, tidak kurang juga kepada rakan kpd rakan kpd rakan kami ber2… terima kasih semua….

Objektif kempen ini diadakan adalah jelas saye kire, iaitu untuk mengetahui mengapa lelaki suka mengaku single, sedangkan tidak/tidak kurang juga yg sememangnya single.

Sememangnya banyak pihak keliru dengan jenis lelaki yang bagaimanakah yang mengaku single ini? Yang sudah berkahwin tetapi masih menaku single, yang belum berkahwin tetapi mempunyai gf yang mengaku single, atau yang sememangnya belum berkahwin dan tidak mempunyai gf yang mengaku single…. Ianya terpulang kepada pihak anda, anda mempunyai pendapat yang bagaimana, dan untuk pihak yang mana satu… semua pon boleh…

Dari hasil kajian yg dijalankan dalam tempoh kurang 24 jam. Pelbagai bentuk maklum balas yg kami terima, ada yang memberi sebab2 yang bernas, terime kasih diucapkan.. ada juga yang tidak senang apabila topik ini dibicarakan, tidak kurang juga yang mencemuh kami.. ini yang saya tidak tahu kenape nk mencemuh pihak kami.. kami hanya bertanyakan soalan… bukan mengeluarkan kenyataan seperti yang tertera di atas… berikut merupakan hasil maklum balas dari orang awam yang kami terima.

Antara jawapan2 yang kami terima dari orang awam yg sporting ialah:

1) berikut merupakan pandangan dr encik N dari timur tengah:
- dah mmg single, x kan nk ckp da kawin kot, erk, x kan nk ckp da nikah kot.
- maybe takut u x layan kot.. (erk.. )
- lain may be dia x ingat terlupa kat family dia
- ataupon dia x suka wife dia
- ataupon dia mmg gatal
- ataupon dia utk berniat jahat
- ataupon dia nk balas dendam
- ada gf single lagi laa.. slagi lom nikah kita berhak memilih yg terbaik, laki or pompuan
- laki biasanya x ngaku ada gf kalau org tak tahu, walau pon gf dia lebih cantik n segalanya dr org yg dia nk tipu tuu,
- lain laa jenis dia hanya niat nk bekawan saje, mungkin dia akan becerita yg dia da ada gf
- kalau dia ada perasaan suka n ada niat utk tackle ...dia x kan bg tau
- tp kan x semua mcm tuu, kalau yg jenis ada kelebihan pulak dia akan trus trang ckp yg dia dah ada gf n dia saja biarkan org syok kat dia

Ujar encik N panjang lebar… Untuk pengetahuan semua encik N sememangnya single, bagi sesiapa yang memang sedang mencari jodoh boleh PM saye ye…

2) Lain pula kata encik Shah dr Manchester (bukan nama sebenar)

“mesti bini die dah membosankan, atau makwe die dah tak menarik, sebab tuh die ngaku single, so camna nak atasi...si wanita kene maintain menarik.. kalu bleh laagi menarik walaupun dah kawin atau kapel.. sebab laki ni makin tua makin seksi.. pompuan makin muda makin seksi.. so pompuan kene jaga lebih.. ok tak jawapan saya…bias tak”

Menurut pendapat saya mmg ada bias disitu… tetapi ade kebenarannya juga.. terima kasih encik shah!!

3) lagi jawapan dr Mr.A (nama yang terpaksa dirahsiakan, kerana beliau kelihatan tidak senang dengan
topik ini). Walaubagaimanapun, terima kasih diucapkan kepada beliau yang sudi memberikan bebepara sebab secara paksa-rela.. mari kita lihat sebab2 beliau….

1=die btul2 single
2=die minat kat 2 org..tp blom ade any relationship ngan those 2 girl..so die ckp single
3=die jahat..die nak mempermain2kan pompuan
3=kwn2 die cabar suh die tackle pompuan ni even die da ade gf
4=self satisfaction/addiction ke or ape2 seantero dengannye
5,6,7 n so on ko tanye la **** ke ******* ke *** ke dorang lebih arif hahaha
Sebab2 yang beliau utarakan memang munasabah…. Saya kira banyak lagi sebab2 lain.

4) bagaimanapun encik lokei dari KL juga berpendapat:

“mmg xde awek..single ler, its simple..xsyg awek r tu..tul x? kalau laki wat perangai cm2, maknanya dia x pandai menghargai wanita”

Itulah katenye, bagaimanapun, seperti yg encik lokei katakan, ia merujuk kpd lelaki yg belum menikah ya, (single gak la kan)… bagaimana pula dengan yg bernikah ye encik lokei?? Itu yg kite nk tahu jugak tuh..

5) bagaimanapun, lain pula dengan pendapat encik A.. dr kutub utara (tidak same dengan Mr.A diatas ye.. mereka adalah individu yang berbeza), beliau menyatakan,

“sbb perasan hot… hehehe… jujur dari hati nih.. mungkin org tu...xpenah rasa cinta dan ingin rs ramai org minat… tp kalo ckp berpunya tp pompuan-pompuan lain masih minat..tuh baru BETOL-BETOL HOT”

Secara peribadinya, saya memang suka pendapat encik A di atas… walaubagaimanapun, saya percaya memang ramai yg menentang… x kisah la.. ikut la pendirian masing2….

Sekian sahaja pendapat peribadi dari individu-individu tertentu, dan saya percaya 100% yang memberikan maklum balas ialah lelaki, sama ada dipaksa atau pon secara suka rela… saya juga dimaklumkan banyak lagi maklum balas yang tidak dapat diproses kerana sebab2 yang tidak dapat dinyatakan disini.. antara maklum balas yang tidak dapat diketahui sumbernya ialah:

- Lelaki mempunyai 4 kuota, jika 1 kuota telah di isi, ade lagi 3 tmpt kosong,
- "kenapa timbul soal single plak ni?lelaki kan bleh kawen 4.ape ada hal" ujar Mr.G dari Pantai Timur

Jawapan di atas adalah jawapan yang terbanyak pihak kami terima dan boleh dikatakan membawa maksud yang sama. Dan kami pasti, ia merujuk kepada lelaki yang telah berkahwin secara sah. Persoalannya, adakah lelaki ini masih boleh mengaku single? Dan secara peribadinya saya tidak bersetuju sama sekali… jika lelaki yg dikatakan di atas hendak mengisi borang membeli rumah/tanah/ mencari kerja, sudah pastinya lelaki ini tidak boleh menyatakan dirinya single kerana lelaki ini sudah ada tanggungan. Lain pula bagi lelaki yang sudah mempunyai gf tetapi mengaku single, dia masih boleh dimaafkan saya kira, kerana jika pihak bank/sekolah bertanya status lelaki tersebut, pastinya dia akan mengatakan bahawa dia masih single.

Antara maklum balas lain seperti.

- "kalo aku dah mmg single..xkan nk ngaku x single plak"

(ini merupakan maklum balas kedua terbanyak selepas yang di atas. Mereka memang benar2 single, percaya sajalah kepada golongan ini, jika mereka pastinya jujur dalam berbicara)

- "kenapa ppuan pon suke ngaku single?"

(Kepada individu ini, soalan yang diajukan, soalan lain pula yang pihak kami terima. Mungkin topik itu boleh di bawa ketengah.)

- "ada sbb kot.bukan suke2 je lelaki nk ngaku single"

(kpd individu ini pula, sebab itu la yang kite nak tau tu)

- senang nak sebut, kot. "single"
- "sbb mane ade org nk mengaku double!!”
- so die nmpk available n hangat di pasaran...

Bukan itu sahaja, salah seorang individu dari pihak kami telah menerima reaksi yang berupa nasihat, teguran, pengakuan, marah, dan simpati dan ada yang berazam tidak mahu mengulagi perbuatan berkenaan. Reaksi terakhir membuatkan pihak kami benar-benar berase terharu… sob3…

Sekian sahaja maklumat yang kami terima, mungkin ada lagi banyak lagi jawapan bagi persoalan di atas yang kita tidak sedar . Terima kasih diucapkan kepada yang menjayakan ujikaji ini….

Saya bagi pihak chief editor, iaitu saudari Nor Ain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap topik kami yang tidak seberapa ilmiah ini, terutamanya kepada saudari Shalyafzan dari Cardiff yang sentiasa menghantar maklum balas terkini. Walaubagaimanapun diharap ia boleh member manafaat kepada kita semua… kadang-kala kita memang menganggap sesuatu isu itu remeh dan kedengaran jelek dan mengada2 (kerana pada mulanya, saya juga berpendapat sedemikian terhadap isu ini) tetapi, nk buat macam mane, tepuk dada tanya selera…
Bagaimanapun, saya selaku editor mewakili pihak chief editor dan yang menjayakan ujikaji ini memohon ampun dan maaf jika tersalah kata atau kira sepanjang kempen ini berlangsung, sesungguh yang buruk memang datangnya dari saya yang menggembar-gemburkan isu ini….

“Majulah Sukan Untuk Negara”

Ditulis oleh wartawan POLANDKINI,
(Suhaila Binti M Buhari)
Warsaw Uni of Technology, Poland

Dilaporkan oleh wartawan WALESKINI,
(Saudari Shaly Afzan Binti Mokhtar)
Uni of Glamorgan, Wales

Disemak oleh, Penasihat POLANDKINI & HOLLANDKINI
(Saudari Norisza Dalila Ismail)
Uni of Glamorgan, Wales

Diluluskan oleh chief editor POLANDKINI, selaku wartawan HOLLANDKINI,
(Saudari Nor Ain Husein)
Delft Uni of Technology, The Netherlands

*laporan bertulis ini tidak memerlukan tandatangan
*kami masih lagi menunggu pengesahan dari pihak penganjur selaku chief editor POLANDKINI, dan wartawan HOLLANDKINI. (wah gile kuasa betul beliau)

-TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SESIAPA YANG SANGGUP MEMBACA LAPORAN YANG TIDAK MENGIKUT FORMAT LAGI PANJANG LEBAR INI

===================================================================
'note' di Facebook beliau (sila klik untuk tulisan asal)

Hakikatnya, ada di antara penyokong kempen tidak meletakkan status di YM "kenapa lelaki suka mengaku single?" tetapi menggunakan ayat, "apa nak buat kepada lelaki yang suka mengaku single?" termasuk lah aku. Namun, respon-respon terhadap status kedua itu adalah kurang sesuai ditulis untuk bacaan umum untuk menjaga hati dan kredibiliti sesetengah pihak.

p/s Lala..!!! aku suka lah jawatan gile kuasa aku tu.. hahaha.. Kredit kepada Lala untuk laporan dan hasil 'tangkapan' gambar. Nanti boleh amik job lagi ya..

Friday, May 8, 2009

Kejayaan Dalam Lipatan Sejarah

Seperti pengalaman pertama kali menukar bulb lampu sendiri dan mencuci perangkap bawah sinki sendiri.. ada juga pengalaman-pengalaman lain yang membuatkan aku terasa sangat bangga dengan diri sendiri. hehehe.. motivated gitu..
(ek eleh.. tukar bulb lampu dan cuci perangkap pun nak kecoh.. hello.. ingat kalau aku dok hostel dan kat rumah aku di melaka, ada ke aku buat kerja-kerja macam tu sendiri? hehehe)

ada pengalaman yang memang nampak cikai giler bagi sesetengah orang, tapi sangat best bagi aku sampai aku kata, "yeah!!! aku berjaya! berjaya!!"
dan, sebagai orang yang rasa sangat gembira atas 'kejayaan' tersebut, aku rasa ada juga orang lain yang akan rasa gembira jika mendapat kejayaan yang sama. atas kesedaran itu, aku nak kongsi cerita tersebut =D

kejayaan yang aku maksudkan ialah, membuat partition hard disk dengan sendiri tanpa software lain..

dulu masa kat UTM memang ada orang sebut, guna software Partition Magic. so, masa aku beli portable hard disk baru hari tu (nak kecoh gak kan .. hahaha) aku memang kena lah cari software tu. selepas mendapat kepastian nama software tu dari dua orang, aku tanya lagi satu orang, saje nak tambah vote.

tapi, orang tersebut, yang berwajah baik dan memang baik, menjawab "boleh ja buat partition tanpa software" "haa?? boleh? macam mana?" teruja aku...

bermulalah sesi kelas cikgu Hassan..

dan hasil kelas tersebut..

1. cucuk portable hard disk (bukan cucuk botox ke hape okay..)
2. right click kat 'My Computer'
3. klik 'Manage'


4. pastu, dah keluar tetingkap 'Computer Management' kan? haaa.. pilih 'Storage', kemudian 'Disk Management'
5. taaadaaaa.. keluarlah segala disk. baik internal, atau external


6. pegi kat kotak disk yang nak dibuat partition, (PASTIKAN DISK YANG BETUL.. KALAU TAK, NAYA..), right click [pada bulatan warna hijau muda dalam gambar di bawah - ikut la volume mana..]
7. kita boleh pilih lah nak buat apa.. nak format boleh.
8. okay, nak buat partition kan? kene format gak sebenarnya.. hahaha.. kalau dah ada location, dia tulis 'Healthy' (kalau tak tulis Healthy, sori beb, gua tak tau). okay, right click tu, pilih delete partition (sebab biasanya memang akan ada partition asal, contoh, klu beli portable hard disk 320 G, awal-awal dah ada partition dlm 298 G)


9. Bila dah delete tu, dia akan tulis 'unlocated'
10. Sekarang, right click, pilih 'New Partition'


11. haaa.. kat sini.. ikut je lah arahan.. aku dok pening-pening gak lah fikir, Gig ada berapa kosong, Mega pulak berapa kosong? (i mean, sifar) dengan mangkuk hayun nya kan.. padahal amik la kalkulator saintifik tu kan. hahaha.. haaa.. pastu anda berjaya buat partition..


12. Pastikan tiada yang dibiar 'unlocated'. ye lah.. nanti korang tak leh guna la kapasiti tu.. =p

tapi tu lah.. aku yakin cara ni senang. cuma aku tak tahu kelebihan guna software 'Partition Magic' tu berbanding dengan cara ni. mungkin ada siapa-siapa yang tahu, boleh lah bagi tahu ya. takut-takut ada masalah ke, buat naya aku dan orang yang percaya aku je karang.. hahaha..

setinggi-tinggi penghargaan untuk orang di belakang tabir, Hassan, Mai, Ahmad.. dan penguat semangat, Lala.. tak lupa kepada sokongan moral penuh kematangan dari kak longku, Husni.. terima kasih juga buat... eeeh.. panjang lak.. ok.. tata..!!

p/s kalau gambar tak clear, korang klik je gambar tu, nanti keluar yang clear punya..

Wassalam..

Wednesday, May 6, 2009

Bilikku Harum

"hijau dengan pink.. tak ke cun tu.. "
"hmmm.. pastikan kene cara la.. kalau tak, pelik warna tu.." pesan Lala
"eh, tak lah, aku dah pernah tengok, pink dengan hijau muda memang cantik kalau combine"
"pun boleh, pun boleh.. "
"aaahh.. aku tak kira.. nak buat warna tema hari kawin aku.. hahaha" aku berangan

nantilah... aku jumpa koleksi padanan warna merah jambu dan hijau muda, akan kupaparkan di blog ini sebagai bukti.. hehehe..

pernah satu zaman, di maktab.. aku tak suka warna merah jambu.. tak suka? bukan.. tapi tak mahu warna itu.. tak mahu!! kalau ada pilihan, katakan tak nak pada merah jambu..
sebab? ada satu kumpulan tidak rasmi bernama 'Rock Band' yang suka warna merah jambu! dan tidak mahu terlibat secara langsung atau tak langsung dengan kumpulan itu! hehehe..
kepada kawan-kawanku dari 'Rock Band' ni, jangan amik ati yer.. aku bukan tak suka korang.. aku kawan je dengan korang kan? hehehe..

eh, apa aku melalut ke zaman maktab ni..

owh.. aku nak tulis.. sebenarnya.. pasal bilikku berbau harum..
dan bau itu semerbak datang dari sejambak bunga mawar (ros lah kan?) yang kesemua 20 kuntum itu berwarna hijau muda dan ditebing luar setiap kelopak berwarna merah jambu. dapat bayangkan? aisehmen.. sorry lah.. malas nak amik gambar.. huhu.. tapi apa aku boleh cakap, merah jambu berkawan dengan hijau muda memang cantik. hehehe..

jambagan mawar berduri dalam plastik-yang-dipotong-menjadi-pasu ini dah semakin layu sebab dah hampir sampai ajal. tapi yang menariknya, bau harum dia semakin semerbak walau diri makin kiok.. alamak.. ada orang pesan jangan tegur benda wangi malam-malam ni.. huhu..

dalam bilik yang alat pengukur suhu tertera padanya 19 darjah celcius ini, aku terus bertenang mendengar deruan angin yang kuat dari tingkat 10 sambil bernafas dengan sempurna dan percuma.. dengan haruman bunga mawar hijau muda merah jambu..

bilikku harum

*mode pening tapi bahagia*

Friday, May 1, 2009

Berehat Semasa Menonton Wayang?

Tersebutlah kisah
Di suatu weekend
Dua gadis comel merantau mencari dua gadis comel yang lain
Yang dipisahkan dek jalan, tali air, landasan kereta api dan macam-macam lagi
Dengan niat suci lagi murni
Meluangkan masa bersama-sama, mengeratkan silaturrahim, mengapai bahagia

hahahaha.. tak boleh blah betul punya pernyataan..

maka, sampai la aku dengan kawan aku kat Utrech..
ada la aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh tuan tanah untuk lawatan dua hari dua malam tersebut. hmm.. dua hari dua malam kan?

apa yang aku nak kongsi kat sini..
kami tengok wayang.. yeah!! teringat saat-saat berkobar-kobar pi panggung kat Jusco Tebrau sebab nak tengok cerita Sivaji, tapi tiket habis, sold out! hahaha.. maka tengok Die Hard 4.. hehehe.. (macam mana lah boleh nak tengok sivaji dulu kan sebelum mempertimbangkan cerita Die Hard.. hahaha.. ni abang Black punya pengaruh la ni)

ook.. kat Utrech tu, kami tengok cite "confessions of a shopaholic"
memang dah lama pun.. ada aku kata baru pegi tengok wayang ni? =P
cerita kisah Rebecca yang bersusahpayah hidup dalam ketagihan ber-shopping-nya!

kami tengok dalam keadaan penat sepenat-penatnya.. tapi aku boleh tengok lagi lah.. best jer aku rasa.. walaupun aku dah baca novel dia kan.. tengok movie tetap best hehehe (macam Ayat-ayat Cinta gak la.. novel dulu baru movie.. baru masyuk..)

aku suka intro cerita ni..
"they have magic card"
magic card yang Rebecca idam-idamkan sejak kecil tu ialah, kad kredit!! ngeh ngeh ngeh...

okay.. aku bukan nak buat review movie..
aku cuma nak bagi tau..
bahawa..

tengah-tengah masyuk tengok movie tersebut, dalam panggung yang tak besar mana.. lepas sejam (katakan lah cerita tu selama 2 jam), tiba-tiba, pada skrin tersebut gelap! dan, terpapar satu perkataan dengan tulisan berwarna putih!

PAUSE

boleh pulak kan ada masa rehat untuk satu filem yang sedang ditayangkan di panggung wayang.. hahaha.. masa rehat itu adalah 20 minit okay..!! sempat la omputeh-omputeh tu nak bercengkerama ker, nak makan ke, nak hisap rokok, nak ke tandas dan lain-lain..

bagus gak sebenarnya.. kurang lah agaknya kebarangkalian gangguan orang bangun dari tempat duduk untuk hal-hal kecemasan kan? ganjil sungguh.. ke, kat tempat lain pun macam tu kecuali Malaysia? ntah..

tu je sebenarnya aku nak cerita..
tentang..
berehat semasa menonton wayang.. =D