PERHATIAN : berdasarkan pengetahuan cetek dan pengalaman singkat aku sahaja.
Korang korang... (gaya Joyah)
Tau tak pasal Sw**tIM yang kalau kita install, nanti YM kita ada macam-macam ikon yang best-best. Macam-macam gaya. Menarik. Menghiburkan. Kalau tau, terus baca. Tak tau pun terus baca.
Kalau kita ada install Sw**tIM tu, kemudian kita bagi satu ikon dari situ pada kawan kita kat YM (senang je sebab dia terus ada kat YM kita), dia tak dapat tengok ikon tu kalau dia tak install juga. Lepas tu kita kata, install lah, install lah..
Gambar menunjukkan link yang keluar jika kita tak install Sw**tIM, tapi kawan kita hantar ikon tu. Teruja lah nak tekan kan...
Aku dah pernah install. Kemudian aku uninstall sebab aku hangin, kerana terperanjat dengan satu animasi, ada jerung makan skrin laptop aku dan berbunyi kuat. Aku tekejut dan terus marah. hahaha.. Baru-baru ni aku install lagi sekali, sebab teringin lah nak tengok ikon yang kawan hantar. Sporting lah kan. Bila aku klik je link yang keluar pada YM aku, sebab kawan aku bagi satu ikon dari Sw**tIM tu, apa yang keluar ialah;
Cuba klik gambar tu untuk besarkan. Dan, perasan tak kat bahagian atas window tu, ada netcraft toolbar? Aku install netcraft tu. Dan salah satu toolbar dari netcraft tu ialah, aku boleh tau siapa host website tu. Host ke? ke, istilah dia, tuan punya server? hihihi... Maka, adakah korang nampak terpampang bendera ISRA** itu? dan juga huruf IL yang merujuk kepada negara itu?
Rakan siber aku, yang pandai lebih sikit tentang dunia IT ni bagitahu, setakat buka link itu, tuan punya server mungkin belum dapat pulangan. Tapi kalau kita download tu (merujuk gambar di atas), mungkin ada la sikit untungnya. Ke mana? ISRA** lah kalau netcraft toolbar tu tak salah. Aku nak check sendiri tak pandai. Siapa pandai, check lah yer.
Masa aku klik link tu, aku tak perasan bendera ISRA** tu, maka aku terus install. Alamak, baru perasan, ISRA** punya! Tapi dah terinstall. Aku abaikan.
Kemudian, beberapa hari, akhirnya aku perasan, setiap kali aku google, (kat ruang kanan, atas, tempat sebagai search engine pada window Mozila aku), sebenarnya bukan direct oleh google dah. Tapi ada gambar monyet warna merah, iaitu Sw**tIM!! Maka, setiap kali search result aku tu, adalah dibawakan oleh Sw**tIM, powered by Google. Dan ini memang Sw**tIM tu dapat bayaran setiap kali kita search! $0.10
Penerangan detail rakan siber aku tu,
macam kalau i buat google adsanse setiap org search, i dapat keuntungan 0.10$
under google..
sama macam affliete
Penerangan dia tu aku tak faham sangat. hahaha. tapi tak pe la, yang aku faham, orang yang buat web tu dapat duit. Dalam kes gambar atas ni, ISRA**
Okay, maka, apa aku buat, aku ubah semula semua yang TERUBAH SECARA AUTOMATIK kat mozila aku iaitu "home" dan "search engine" aku untuk MENGHENTIKAN sumbangan ke Sw**tIM yang sekarang aku faham, adalah kepunyaan ISRA**. (mungkin ubah secara automatik sebab aku main yes, yes, yes je masa install) Lagipun, kita ada pilihan lain seperti yahoo dan google. Dua mende ni US punya. Tapi kira okay lah kan daripada direct ke ISRA**.
Dan untuk Sw**tIM dalam YM tu, wallahu'alam. Tak tau lah bentuk sumbangannya bagaimana. Tapi secara logiknya, bila kita sebarkan ikon tu, makin ramai yang akan klik dan nak install. Serius, aku tak pasti sumbangan macam mana kalau orang klik sebelum install. Tapi.. Hmm.. Lu fikir lah sendiri.
Kepada yang ada install dan pernah bagi aku ikon dari mende ni, dont worry, aku tau korang tak tau. Dan aku tau niat mulia korang nak berbahagia sikit kan. I really appreciate it. Muuaaahh.. (especially 'kawan' yang bagi aku ikon haritu) hehehe..
Ramai yang ada Sw**tIM ni. For fun kan. I know that. Tapi tak pe lah, aku bagitau apa yang aku tau dan fikir je. Terpulang nak fikir apa, nak siasat apa, nak buat bodoh ke. Sebab aku pernah cakap hal-hal macam ni kat seseorang, aku dijawab "bukannya kita keluar duit bayar kat tuan punya website tu... kan percuma...!" Padahal ada cara mereka dapat untung. haaa.. maka, aku tak tahu nak jawab apa pada orang yang fikir macam tu. Cuma satu pesanan kepada diri aku sendiri,
kalau aku tak mampu membuat satu kebaikan, cukuplah aku berusaha lari dari menyumbang kepada satu kejahatan.
***Aku pun tak faham napa aku tak tulis Sw**tIM dan negara ISRA** dengan tulisan penuh. hahaha.. ok.. sebarang pembetulan dan komen amat dialu-alukan. Peace!***
4 comments:
x pe kak ain.
sy x install pun mende alah tu.
huhu.. kalau dh install pun..leh uninstall kan...
tq for that info.
baru sy tau...
licik betul si IS**** tu.
hoho.. klu org yg dh install, tak tau la tindakan terbaik kah kalau uninstall, atau tak de perubahan apa pun.. tp kurangkan iklan tu, logik lah kot..
ala.. ni info tak rasmi pn, adalah beberapa minit punya penelitian.. klu tak mantapkan kepercayaan, cari la sendiri ye.. a'an.. a'an ke flugurl ni? hehehe
wah...cmne dapat teka ni??
hebat tul kak ain ni. hehehe
sy lah a'an. dak KLM satu batch ngan pengarah kelab skrang (faiz).
terasa tua plak bile dh jadi alumni. hehehe...tp x mendftr lg as alumni lambaian.
huhu..baru ku tahu mane dtgnya monyet sw**tIM tuh..selama nih aku ingat benda tu ade sbb google upgrade jd mcm tu..nak kn tkr balik nih..tapi aku tak perasan pun bendera is**** tu..n nsb baik dh lame tak main ym..hehe
Post a Comment