Assalammualaikum warahmatullah..
AMARAN : superb panjang...!!! jangan tahan kencing kalau nak baca, sila ke tandas terlebih dahulu.
PERHATIAN : aku menulis selepas tahu bahawa PPSMI akan dimansuhkan. harap maklum. sekadar perkongsian cerita. pendapat peribadi aku ini tidak diminta/dirayu untuk dipersetujui.
Ada beberapa perkara yang menghasilkan mentol di kepala aku untuk aku tuliskan dalam blog. Tapi aku tahan sebab aku berkata-kata pada diri sendiri, "ain, kau kan nak exam, sila berpuasa dari menulis di blog" Tapi aku tak berjaya. Aku nak tulis gak. hahaha..
Sejak aku balik dari Switzerland lagi, selepas satu minggu attachment dengan FISBA Optik di St. Gallen, aku nak tulis tentang perbualan aku dengan salah seorang pelajar Belanda yang ikut serta. Perbualan tentang, (i) pembelajaran Bahasa Inggeris dan (ii) pembelajaran bermediumkan Bahasa Inggeris. Kami berbual semasa menunggu giliran untuk menggunakan mesin penggilap (polishing machine) untuk kerja praktical subjek Optical Fabrication Techology kami.
Andrew beritahu, (nama dia susah sikit nak sebut dan eja, tapi dia bagitahu, ini English name), di Belanda, mereka belajar dalam bahasa Belanda untuk semua subjek sehingga sekolah menengah. (aku rasa dia maksudkan sekolah menengah lah kot) Kecuali, beberapa jam seminggu untuk subjek bahasa Inggeris. Khas bahasa Inggeris. Macam zaman aku sekolah lah ni.
"Owh.. really? But your English is very good. I think for all Dutch people I can say like that."
Aku menjawab. Memang pun, kalau dengar memang sedap lah. British style, dan betul saja. Aku tau lah betul ke salah, sebab aku kalau dah cakap-cakap English, aku sedar je ada yang aku cakap tunggang langgang. Itu kelemahan aku lah kan. Dengan berbaur belacannya. My bad...
Andrew jawab, (aku terjemahkan), "Owh.. kami belajar subjek khas bahasa Inggeris di peringkat pra-Universiti. " haaa.. Macam mana, wallahu'alam..
"But, study for degree in TU Delft (universiti kami ni) is in Dutch right?"
"Ya, tapi kan semua buku rujukan banyak dalam English, maka sangat penting untuk mahir bahasa Inggeris juga. (sama macam pendapat Tun Mahathir ni) Walau dalam kelas belajar dalam Dutch, tapi kami perlu mahir English juga. Itu lah pentingnya yang pra-Universiti tu."
Aku rasa, (aku tak tanya lebih), mungkin pra-Universiti tu tekankan English for Science and Technology study kot. Atau seangkatan dengannya (bidang lain ke). Even semasa di Universiti pun masih ada kelas khas English. Speaking, writing. Siap cikgu English aku kat sini ada tunjuk satu buku teks bertajuk, "English for Dutch".
So, aku cakap kat dia.. ada something special dengan cara diorang belajar bahasa Inggeris. Sampai bagus untuk komunikasi, malah untuk pembelajaran peringkat tinggi mereka. I admire that. Aku bercakap macam ini juga berdasarkan pengalaman setahun dalam kelas bahasa Inggeris di sini, "Writen English for Technologist".
Kemudian, aku bagitahu dia, aku tanya ni, sebab kat Malaysia sibuk isu nak belajar Science and Maths in English sejak dari darjah satu. (aku berbual ni hujung Mei haritu).
Dia respon,
"What?!! Learning Maths and Science in English? Oh no...!!"
hohoho.. respon dia menunjukkan muka simpati.
Aku terangkan lah, Malaysia baru nak cuba-cuba (dah ada tikus putih dah pun). Tapi ada lah golongan yang bangkang, dan sedang dinilai semula. (Aku sayang Malaysia, selalu nak baikkan nama Malaysia di mata orang lain, pihak kedutaan je yang kurang tahu.. ops.. statement bahaya..)
Okay, cukuplah perkongsian perbualan dengan Andrew. Hasilnya, apa yang aku boleh bagitahu, tak susah nak hidup kat Belanda sebab senang nak cari orang tempatan yang boleh berbahasa Inggeris. Malah universiti-universiti di Belanda ada dalam tempat yang agak tinggi dalam world ranking university. Ekonomi dan politik pun kukuh. Kalau bermusuh dengan semua negara dalam dunia pun, diorang mungkin boleh hidup lagi. Tentang pembelajaran ini, aku rasa sama gak dengan Poland, walaupun diorang baru-baru saja menekankan kemahiran bahasa Inggeris ni. Itu lah hasil pemerhatian tak seberapa aku ni.
Hasil dari perbualan ini, beberapa perbualan lain, dan pengamatan serta pemikiran cetek gadis muda yang tak pandai mana ni, aku rasa, bagus jer (malah sangat bagus) belajar zaman sekolah bermediumkan bahasa ibunda/komunikasi harian. Tetapi dalam masa yang sama, sangat penting ada teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih berkesan juga. Kesimpulan lebih detail boleh ditonton dalam debat di TV9, rancangan Hujah, di Hujah 2009 (Episod 20) bertajuk, Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan (dalam kata halusnya, relevenkan PPSMI.. hahaha)
Tengok di sini (sila klik) Kalau tak leh tengok, cari la pelan-pelan kat website tv9.com.my tu ya.
Opss.. okay okay, aku tahu dah nak mansuhkan. Tapi janganlah mansuh bodoh je kan. Ada lah perkara-perkara lain yang kena kaji lagi, baik (i) pejuang bahasa Melayu, (ii) golongan yang hebat bahasa Inggeris dan sedar kepentingan bahasa Inggeris, dan (iii) golongan yang bertanggungjawab meningkatkan kemahiran matematik, sains dan teknologi anak bangsa di Malaysia. Ini bukan soal menang atau kalah. Ini soal nak bangunkan atau terpaksa korbankan anak bangsa Malaysia.
Pasal pemansuhan? haaa.. hasil dari bacaan blog abang Adam, di sini,
http://adamruslan.blogspot.com/2009/07/yam-tak-tahu-pon-ppsmi-sudah.html
baru aku tahu, pemansuhan tu kurang teliti rupanya (aku rasa lah.. ingat, aku rasa je ni.. hohoho.. ). Merujuk cerita abang Adam tentang ibu yang komen tu. Betul juga, kesian lah kalau sekerat jalan in English, (bahana PPSMI) kemudian nak tukar bahasa Melayu balik (kesan pemansuhan PPSMI), kemudian English balik (lumrah alam sekarang). So, kesian sangat ni. Hadoi haii... Anak-anak bangsa bukan tikus putih! (bahan eksperimen). SOrry lah kalau aku salah faham tentang cara pemansuhan. Sebab tak sempat nak kaji. hehehe..
Okay, aku sebenarnya tak nak bagi pendapat, nak kongsi perbualan dengan Andrew dan Melisa, rancangan Hujah yang dipengerusikan oleh profesor yang sangat neutral dan hebat tu dan tulisan abang Adam tentang pemansuhan PPSMI tu je. hahaha.. Sebab aku rasa kerajaan (lebih tepat lagi, pihak berkenaan dan bertanggungjawab) tahu lebih dari aku. (kot.. ngeh ngeh ngeh...)
Owh, ala.. dah panjang ni, tapi nak kongsi gak. Kalau tak nak baca pun tak pe (ada ke orang baca?)
Ada juga yang rasa bagus PPSMI ni (tanpa memahami masalah-masalah yang ada secara detail). Seorang kawan dalam attachment yang sama, gadis Columbia. English dia sedap dan sopan. Dia baik. Dia pernah kerja di syarikat Apple (macam tu ke nama syarikat tu? hahaha) di US. Dia juga buat degree di US. Dia cerita yang mak dia suruh dia belajar kat US untuk hebat bahasa Inggeris (di Columbia, they speak Spanish). Maka, dia cerita lah tentang kepayahan dia semasa awal-awal di US. Dia kata, semua terma-terma dia tak faham. Macam pembezaan, kamiran, semua dia tahu dalam Spanish. Dia blur. Dia stress. Dia sedih. Dia susah. Tapi dia ada seorang pensyarah yang tolong terjemah satu persatu terma dalam buku-buku asas dia dari Spanish ke English. Atau mungkin English ke English, sampai dia faham. Kami berbual di satu petang di balkoni Youth Hostel, sambil makan nasi berlauk ayam yang kami beli di satu kedai halal. Dia, bernama Melisa, bila kami (aku dan seorang kawan Malaysian aku) respon selepas kami cerita tentang PPSMI.. "Owh.. thats good... very good.. "
Okay lah, aku nak highlight sikit je lagi. Jepun, Jerman, memang boleh membangun dengan bahasa mereka sendiri. (sebab masih ada orang dok pumpang-pumpang, "Jepun tu boleh je membangun dengan bahasa sendiri.." ) Tapi ada beberapa kelebihan lain yang diorang ada (apa yang aku fikir, kegiatan perterjemahan buku). India pula boleh membangun (in term of penyelidikan, banyak journal science oleh Indian, even pemenang hadiah nobel) dengan sistem pendidikan in English sejak dari sekolah rendah. Tapi bahasa dan budaya mereka masih kaya, asli, dan dikenal umum. Renung-renungkan dan selamat beramal =D
Semoga kita lebih nampak kelemahan diri kita daripada kelemahan orang lain, sebab kita mampu ubah diri kita dan tak mampu ubah diri orang lain. (huhu.. kau pun sama ain, dok nampak buruk orang jer.. I am sorry..)
Semoga kita lebih nampak kelebihan orang lain daripada kelebihan diri kita, sebab kita patut menghargai dan mensyukuri persekitaran yang Allah bagi untuk kita tetapi bukan membangga diri dengan kelebihan yang kita ada sehingga mendekati takbur.
Okay.. sekarang barulah aku rasa tenang nak study. hahaha..
Muaaahh..
3 comments:
banyak yer ayen..
adeh..
sebenarnya afzanpun setuju mansuhkan PPSMI nih..
tapi kena ada ada english class yang superb..teacher yang superb tuk didik student pandai English..
tul x?
macam kawan ayen yang berbahasa Dutch tuh.
Tetap merasa kegunaan English dalam bidang teknikal sangat perlu. Cuma cara dilaksanakan perlu lebih teliti.
Terutama untuk pelajar universiti dalam bidang sains, kejuruteraan, komputer, ekonomi & kewangan.
Agree with Afzan about superb english class.. tp mybe english class dah superb tp student malas mcm aku.. ngeh3..
and totally agree with abang Adam. ya, TETAP.. =D
Post a Comment