Assalammu'alaikum warahmatullah..
Salam wangi di hari Isnin dari kediaman 403, Roland Hostlaan, Holland...
Bila aku tengok keliling aku, ada macam-macam longgokan, akibat status kediaman yang berbunyi "kemas-barang-untuk-pulang"
Lupakan sekejap longgokan-longgokan lain, dengan kamera bersarung hitam dan merah jambu, aku cuba merakamkan posing-posing bunga ros baru kejap tadi ni ha. Nampaknya, inilah bunga ros terakhir yang aku beli untuk hiasan bilik ni (ntah bila lagi lah kan aku nak menetap lagi kat sini. tak terjangkau akalku)
Aku tak pasti mode gambar ni. Nampak macam kembang mekar bebenau lak. Tapi next gambar aku suka sangat. hehehe.. (kecik hati gambar di atas)
Hakikatnya, gambar-gambar tak sharp. Tangan tak betul, salah tidur (alasan...) Daripada 20, ada 18 yang telah aku longgokkan.
Dan itu dua yang tinggal. Yang aku longgokan tu, sebab aku nak gantung kasi tonggeng, kasi kering.. Haaa.. aku terasa best... sebab bila aku kemas bunga-bunga tu masa mula-mula nak letak dalam pasu (dari botol je sebenarnya), aku cantas-cantas sikit daun-daunnya, ada pulak tumbuh pucuk baru tu. Boleh tanam ni. hehehe..
Aku pernah cerita tentang bunga mawar hijau muda merah jambu (boleh klik) sebelum ni, tapi tak letak gambar kan. Apa yang aku ada sekarang, adalah mumia mereka. Hisy.. huduhlah guna nama mumia. Versi kering mereka. Inilah rupa mereka sekarang.
Masih wangi. Macam kat Lovely L*** kat JUSC* Taman U. Tapi serius, tak semua bunga mawar yang kalau kasi kering, boleh jadi se-maintain itu tau (ikut pengalaman aku yang tak de skill ni lah) Sekian berita tengah hari ini.
Wartawan untuk segmen Bunga-bungaku, melaporkan.
Sempatkah my final roses in Roland Hostlaan ini di'mumia'kan? Kalau bawa balik Malaysia, adakah selamat dari penyebaran virus H1N1? (eerr.. ada kena mengena ke?)
6 comments:
beshnyer bunga..
cantek2..
since menunggu test aku abes sempat gak aku melawat blog ain.. and br lah aku tau rupe2 nye ain minah bunga... hehehe
misteri betul si bujang cun.. siapa ni wei.. hahaha..
hanisah? pe ke he nye? nama ku bukan minah, apatah lagi bunga.. hehehe
Ko kne turunkan ilmu keringkan bunga. Lawa laa... ;D
pastikan bunga mawar tu banyak kelopak. sbb aku rasa, klu jenis kelopak sikit, bila kering, dia mcm kurang mampat, so senang hancur dan lari bentuk.
pastu, ko biar dia mengembang mekar dengan harum (jangan kembangkan secara paksa, hahaha). agak2 dia dah lari aligment, lentok ke, kembang sangat ke, so ko leh amik bunga2 tu, gantung dalam keadaan tertonggeng(tegak ke bumi) sampai kering. biar kering sendiri, jangan jemur. klu tak dikira kau membunuh secara paksa. hahaha.
masa ikat tu, jgn ikat banyak2 sgt, spy smua bunga tu tak de la terhempap dek satu sama lain yg buat bentuk dia lari.
dah kering, ko potong la pakai gunting ke (jangan pakai tangan lak) agak2 tak pjg sgt. pastu, simpan dalam bekas terbuka. (aku tak tau lak apa jdi klu tertutup)
dah. bukan ada apa special pn. aku main buat ikut suke.dlu2 ada wat kt poland, cantik2, tp aku tinggal je kat poland. aku rasa, lagi comel ros tu, lagi cantik. dan, warna kalau ada dua. ntah, ikut selera masing2 lah ye. bunga lain aku tak pernah try.
wah.. balasan komen aku ni leh buat satu post patutnya hahaha
Waaa... Terima kasih Nor Ain kerana melayan pertanyaan saya. Tq2.. Hahaha.. sempat lagi ko nak fire aku pasal "kembang secara paksaan" itu. Siap ko! ;D
Post a Comment