"Ni duit bayar yuran sekolah. Cakap kat cikgu, mak minta maaf sebab lambat bayar."
Lebih kurang begitulah kata seorang ibu, lakonan Sheila Rusly kepada anak-anaknya semasa mengagihkan wang kepada mereka. Drama yang aku tengah tonton ini, Dunia Batinku masih belum selesai (semasa memulakan penulisan) Tapi macam-macam dah ada dalam kepala aku. Biarlah aku mula menulis tentang salah satunya saja, iaitu yuran sekolah.
Tengok babak itu, mengingatkan aku pada zaman persekolahan aku. Nampaknya, macam banyak je babak aku dan adik-adik aku lambat bayar yuran sekolah. hahaha.. Untuk aku, dari sekolah rendah, sekolah menengah, sampailah nak masuk universiti! Masa sekolah rendah, aku macam ingat-ingat lupa je berapa yuran aku yang belum dibayar. Tapi yang aku ingat, ada satu tahun persekolahan tu, aku bayar tiap-tiap bulan, dan macam ada yang sekali aku bayar tu, hanya RM 10!
Aku ingat, ada seorang guru kelas, panggil aku ke depan kelas, dan dengan perlahan dia cakap, "yuran sekolah awak, dah tak payah bayar ye". Terima kasih cikgu Jun.
Aku ingat juga kelas tusyen aku masa darjah enam. Sampai satu tahap, aku tak ke tusyen. Rasa macam, boleh je aku buat latihan sendiri, dan tengok jawapan kat muka surat belakang buku latihan. Tak payah pergi tusyen. Apa ada hal.. Tapi cikgu Yunus kata, "tak pe, datang je tusyen saya"
Masa tingkatan satu dan dua pun, cikgu Mat dan cikgu Milah bisik kat saya, "yuran awak dah habis bayar" padahal aku yakin, masa tu belum habis.
Nak masuk tahun pertama pengajian sarjana muda, ada yuran yang perlu dibayar pada hari pendaftaran. Di kolej kediaman, tempat mendaftar, aku bawa RM 50 dan sehelai surat. Surat pengesahan pendapatan papa yang disahkan oleh ketua kampung. Aku pun dah ingat-ingat lupa dah kejadiannya. Yang pasti, pada hari mendaftar tu aku memang berbincang dengan siapa ntah, di meja bersebelahan dengan meja-meja orang lain membayar yuran. Pada hari itu, memang hanya RM 50 aku bayar. Fuh...
Aku bukanlah nak bangga dengan tindakan melengahkan bayar yuran tu. Kalau mampu, jangan nak buat drama! Masalah kewangan tak menghalang mama dan papa untuk kuatkan semangat anak-anak mereka untuk ke sekolah, ke universiti.
Ada jalan, kami usahakan.
Ada hak, kami dapatkan.
Ada susah, penyelesaian kami carikan.
Bila mama keluarkan ayat "ye lah, kita dah senang sikit sekarang" atau "dulu masa aku susah..", aku selalu sebut, "eleh.. macam lah dulu awak tu susah sangat.. hidup je.. " sambil gelak. Ya, kami bukan lah susah mana sampai perlu masuk rancangan Bersamamu di TV3. Tapi sekurang-kurangnya, aku layak dapat biasiswa semasa aku tingkatan 3 walaupun aku cuba dapatkan sejak dari tingkatan 2. Sampai ada kerani tu cakap, "eh, kenapa tak dari dulu awak dapat biasiswa ni ek?". Takpe lah, at least akhirnya aku dapat. Aku berjuang. Papa yang ajar. Mama yang kuatkan semangat. Ada jalan, cari! usaha! Kalau malu, tak dapat apa. Kalau bodoh pun tak dapat apa!
Semasa belajar di MRSM, aku dapat biasiswa. Seingat aku, masa dua tahun ini agak kurang belanja. Aku rasa lah.. hehehe. Tapi masa undergraduate, urus duit pun tak pandai lagi (sekarang pun tak pandai-pandai). Selalu je dalam keadaan terdesak. Ale-ale duit dah tinggal RM10 je dalam tangan, SMS papa, bagitahu, duit dah tak de. Hahaha.. Mencecet-cecet papa dan mama cari duit. Dapat. Tak kurang terharu dengan kawan yang bagi pinjam duit kalau papa belum dapat duit berniaga, pak sedara, mak sedara.. Ada saja rezeki yang dapat. Alhamdulillah. Paling comel, adik perempuan aku nak bagi duit biasiswa dia kat aku masa satu program kelab yang aku join perlukan duit! Sebelum orang salah sangka dengan tercetusnya kata-kata, "mana pergi duit dari MARA yang kau dapat di awal semester?", aku bagitahu awal-awal, duit itu ke saluran yang sepatutnya.
Tapi bukan senang nak senang. Duit yang diusahakan oleh papa dan mama semestinya dengan susah payah. Dan yang orang bagi pulak, tak semuanya pemberian ikhlas. Tak kurang juga yang mengungkit dan yang berkata-kata pedas. Malangnya bukan kepada telinga aku, tapi ke telinga mama. Aku tahu sebab mama cerita bila dia suka nak cerita. Malas pulak aku nak ingat cerita-cerita macam tu kan. Dulu, yang aku tahu cuma "long, papa dah masukkan duit". Kalau aku tahu awal-awal, aku ikat kaki mama supaya tak jumpa orang-orang tu.. hahaha..
Kenapa aku menulis hal ini? Sebab terus terang aku nak katakan, aku hangin dengan orang yang mengeluarkan kata-kata, "nak belajar, tapi tak de duit..."
Ingat, rezeki ada di mana-mana. Dan Allah akan permudahkan apa-apa yang diusahakan untuk jalannya. Ya, memang tak semua yang kita nak kita akan dapat. Percayalah, kalau kita tak dapat sesuatu yang dihajati itu, bukan lah sebab utamanya, orang itu salah, pihak itu jahat, mereka tidak adil dan bla bla bla.. Tapi sebab Allah nak uji kita. Samada kita ni cakap lebih buat kurang ke tidak.. Macam tin kosong ke tidak. Sabar ke tidak. Redha ke tidak. Ada sungguh-sungguh usaha ke tidak. Semua tu ujian...! Bukan penghalang yang perlu kita sebut berpuluh-puluh kali..! Semoga kita sama-sama muhasabah diri.
Kalau kata-kata nasihat tak makan, kata-kata perli tak makan, apa kata kita tengok satu dialog dalam filem Cinta, yang keluar dari mulut Syarifah Amani,
"kalau kita nak, mesti ada cara...!"
3 comments:
yeh... mesti ade chare yen!!
kagum kat kak yati n pakcik usen...
'nak belajar tapi tak de duit'
tu ok lagi sis..
sekarang ni banyak yang..
' ada duit tap itak nak belajar'
haisshh..
chare..! kan lala kan..
ha ah ek afzan.. ha.. yg itu, kita hukum buang ke pulau jer. hahaha
Post a Comment