Wednesday, March 24, 2010

Keluarlah dari bilik anda...!

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Tergerak hati ini untuk berkongsi kelegaan dalam hati dan fikiran selepas berbual dengan lebih daripada 15 orang pagi ini sampai tengah hari, tak termasuk dua housemate kesayangan aku.

Kelegaan?

Aku dapat rasakan, kerisauan, kerunsingan dan kekecewaan tidak lah seberat mana apabila dibandingkan dengan kegembiraan, kemudahan, input berguna dan pengajaran yang ditimba daripada semua perbualan aku hari ini. Bak pesan Dr Asiah, seorang pensyarah Fizik, rakan sekerja aku yang dahulunya adalah pensyarah aku,

"kita terpaksa berhadapan dengan ramai orang yang nak down kan kita. tapi percayalah, ada lagi ramai orang yang nak tolong kita"

Teringat aku perbualan dengan nenek Sabtu lepas kat rumah.

"Nek, ain baca buku haritu, dia tulis, keluarlah dari bilik anda"
Buku yang dimaksudkan ialah buku Janganlah Bersedih, terjemahan daripada buku La Tahzan. Yang aku faham, bahagian tersebut menasihatkan pembaca agar keluar dari dunianya sendiri, bergaul dengan ramai orang.. timba macam-macam pengalaman.. Yang paling comel, keluar dari bilik anda!
Nenek aku sambung,
"ha ah.. betul.. kalau tak sedap badan tu, nenek rasa nak duduk je dalam bilik. susah hati fikir nak masak apa, nak makan apa, nak buat apa.. kalau sakit karang nak bagitau siapa... Lepas tu, nenek keluar gi jumpa mak kau.. dapat nenek makanan.. bual-bual.. betul la kata buku tu.. kena keluar dari bilik kita..!"

(aku dah edit ayat nenek aku yang bunyi Melaka sungguh)

wah.. hebat nenek, cepat betul kaitkan kehidupan dia dengan apa yang aku kongsi. hehehe..

Pagi ini, aku belum duduk-duduk lagi dalam bilik aku (di fakulti). Ada aktiviti yang perlu dihadiri. Dalam aktiviti tersebut sahaja aku dah berbual-bual dengan pelajar Master dan PhD APSI, kemudian dapat nasihat-nasihat dari pembantu makmal soal jodoh.. eerr.. jodoh? hahaha.. panjang ceritanya..
Lepas tu untuk urusan yang seterusnya, aku melawat makmal di tingkat 4, jumpa pelajar-pelajar post graduate. Lepas sorang, sorang lagi aku kacau. Untuk macam-macam urusan. Tapi macam biasalah, urusan tu termasuk lah bual-bual mesra.. memang panjang bicara.. Sampai lah tengah hari. Daripada masalah aktiviti APSI, aktiviti kelab, kolej, sampai ke kerja sebagai tutor, urusan PhD.. sampailah kepada sikap lelaki dan perempuan, kecil hati dengan kawan, nak tengok kawan konvo.. banyak lagi.. memang meluas sungguh..! Sampai haus sangat aku rasa...

Bila sampai bilik sendiri, aku fikir balik apa pasal lah aku boleh sangkut kat semua-semua manusia tadi, padahal aku ada banyak kerja.

Namun hakikatnya, aku yakin aku tak perlu kesalkan masa yang aku luangkan untuk 'keluar dari bilik' tadi sebab banyak masalah yang diselesaikan, banyak perkongsian yang berguna malah banyak senyuman yang terukir.

Jangan lah bersedih.

Keluarlah dari bilik anda.

4 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

jarang duk dalam bilik..
tapi jarang keluar rumah tanpa sebab..

Norisza Ismail said...

aku stuju dgn buku tu yen..duduk bilik terperap ni bleh jadi tensi dan tertekan..aku kena pkir tmpat nk gi mana plak ni..ehehehe

fiziskandarz said...

"get the hell out from ur room" [ and mingle around ].. very interesting! :D thanx for sharing, and hope everything is doing well there :)

ayen =D said...

afzan, bilik tu blh jadi rumah, kepompong mahupun pemikiran yang tertutup. aku rasa la.. hehehe..

dilla, pikir, pikir, jangan tak pikir..

thank you fiziskandarz..