Tuesday, May 15, 2012

Nikmat Hujan


Nak pergi sekolah (kampus) pagi ke, lepas Zuhur...
Pagi ke, lepas Zuhur. Pagi ke.....
Baiklah, lepas Zuhur lah! Titik!

'Perbalahan' berlaku di antara dua Ain. Ain yang nak keluar pagi dan Ain yang nak pergi lepas Zuhur.

Akhirnya, aku rasakan, pergi selepas Zuhur bukanlah pilihan yang terbaik. Ya, senang, dah solat Zuhur siap-siap di rumah dengan selesa, siap makan. Tapi cabaran yang terpaksa ditempuh ialah, HUJAN LEBAT!

Aku dah janji dengan kawan, nak buat eksperimen pukul 2 petang. Disebabkan mempengaruhi jadual masa orang lain, aku tak sampai hati nak batalkan hanya sebab hujan. Lagipun, bukan silap dia kalau hujan. Aku yang tak datang pagi kan. Jadi, aku tempuh juga hujan tu.

Image Detail

Ya, memang aku ada payung. Aku pakai warna pink belacan. Hehehe.. Saiz pun macam dalam gambar di atas.Mungkin hujan tu seronok. Nak-nak kalau ada istilah main hujan atau tidur di rumah semasa hujan. Lari-lari dalam hujan nyanyi lagu kuch kuch hota hai.

Image Detail

*Alamak! Hritik Roshan!*

Tapi untuk aku tadi, perasaannya adalah sedih. Mungkin sebab aku rasa hujan tu seperti hukuman tak pergi kampus awal. Atau sedihnya aku tak ada kereta. Juga jauhnya rumah aku dengan tempat perhentian bas. Jauh? 8 minit jalan kaki tepi jalan raya dalam hujan lebat, jauh lah!

Bertambah sedih bila aku mengenangkan yang aku akan bila-bila saja kena percikan air. Eerrrr.. percikan? Tempias? Splash!

Image Detail

Ini maksud aku. Memang aku berada sedekat itu saja dengan kereta yang lalu lalang. Aku dah bersedia, pasrah. Demi sebuah eksperimen. Cewah.

TETAPI! Sepanjang 8 minit jalan kaki dan 8 minit tunggu bas (ya ya je 8.. saja nak nombor cantik), sedih aku bertukar menjadi gembira sedikit demi sedikit sebab semua kenderaan yang lalu melepasi aku memperlahankan kenderaan mereka, dan aku tak kena pun splash air (masih tercari-cari bahasa Melayunya apa) walaupun setinggi paras buku lali. Aku terharu malah rasa sangat disayangi oleh semua pemandu-pemandu itu!

"Laarrr.. memang lah, takkan lah orang nak bawa kereta laju-laju masa hujan, nak-nak engkau tengah jalan kaki kat tepi jalan tu...", mungkin ada orang akan jawab, semata-mata nak matikan rasa teruja aku kan?

Siapa kata memang lah? Siapa kata?
Tau tak kenapa aku sangat teruja gembira dan terharu sebab tak kena splash air hari ni? Kenapa?

***************************

Hari pertama aku ke sekolah masa darjah 3, aku jalan kaki seorang diri. Pakai baju sekolah baru. Jalan dengan riang-ria, tak terdetik rasa takut kena culik sebab zaman tu belum popular lagi isu kanak-kanak kena culik walaupun cantik macam aku. Girang nak pergi sekolah, cuaca mungkin baik.

Jalan kampung dah tak sibuk (memang pastilah aku dah lambat sebenarnya, sebab tu jalan lapang), tiba-tiba ada satu kereta dipandu laju. Berdesuuuupp! Langkah aku terhenti dan aku bingung sekejap. Lepas tu aku yang baru 9 tahun tu menangis. Sebab, kereta tu sebenarnya langgar satu lopak air dan aku kena splash air tu, basah sampai muka tau!!!! Air warna coklat!

Aku patah balik, berlari ke rumah.

"Maaaaa!!!!!!"
Menangis. Mak aku sambut. Aku tak tahu la bapak aku kerja kot. Adik-adik aku, entah. Kecik lagi.
"Kenapa ni??"
"Ain kena langgar..!!."
"Haaa!!! Kena langgar...!!!!"
Mak aku dah pegang-pegang aku dah nak periksa.
"Bukan.. bukan,.. kereta langgar lopak air, air kena Ain..."

Aku pergi juga sekolah hari tu. Tapi tak dapat pakai baju baru. Pakai baju lama =( Dan terlalu lambat sampai di sekolah.

***************************


Maka sebab itulah, dalam hujan tadi, terdetik rasa terkilan yang amat sangat terhadap pemandu kereta 16 tahun lalu itu. Tergamak dia buat macam tu pada kanak-kanak cantik dan comel lagi suci itu kan. Bukannya tengah hujan lebat kalau dia tak nampak aku. Hari pertama sekolah tahun tu, aku masih rasa kesal, tergamak dia.. tergamak dia!

Dia tak nampak lopak air? Kalau betul tak nampak, tak boleh ke berhenti bila dah splash air tu kat kanak-kanak tak berdaya tu?

Bila mengenangkan semua kereta yang perlahan sebab nak melepasi aku tadi, betapa terharunya aku. Malah ada kereta yang hampir berhenti, sebab jalan yang aku lalu untuk ke tempat tunggu bas tu sempit, dan ada kereta lain dari arah bertentangan. Kedua-dua kereta itu saling bertolak ansur semata-mata sebab ada gadis asia pendek yang jalan lambat ada di tepi jalan.

Ada juga satu lopak air yang besar. Aku berhenti  sebab aku perlu ke tengah jalan supaya boleh elak lopak air tu. Kereta yang ada di belakang aku masa tu bersungguh-sungguh elak aku. Aku sangat terharu!

Jujur aku sangat malu dengan pemandu yang pernah mengotorkan baju sekolah baru aku. Sampai hati dia...

Dan sungguh-sungguh aku bersyukur dengan pelajaran yang aku dapat hari ini. Hujan memang satu nikmat.



8 comments:

MrsNotSoCool said...

sian ain.. akak paham perasaan ain.

honestly, pemandu kat malaysia nih, once masuk kereta die lupa alam luar kereta.

sad but true..

Kehidupan said...

hahaha .. "kanak-kanak cantik cam aku" .. bersunguh btol ak aku ketawe .. hahaha

Kehidupan said...

hahaha .. "kanak-kanak cantik cam aku" .. bersunguh btol ak aku ketawe .. hahaha

Ann said...

wa...nice entry ain..tetbe trigt dulu prnh TERbawa laju sebelah motor..sebaik la perasaan, kasi la die jalan dulu walaupun dah dh TERkene sikit splash air..wuwuuwuw

m taufiq a aziz said...

beli baju hujan satu set la.. macam baju orang bulan tu~

Afzani Tual (Ajan) said...

Aku baca ni kali kedua sebab aku rindu kau. Kemudian baru aku perasan:

HAPE KENA MENGENA HRITHIK ROSHAN DENGAN KUCH KUCH HOTA HAI?!

P/s: Sekarang faham kan kenapa aku suka hujan? =)

Annie said...

betul la hujan tu satu rahmat

ayen =D said...

thanks kak Aina for understanding my feeling.. huhuhu.. insyaAllah, we can improve the culture..

Siti, bagus lah kau ketawa, bukti kau masih bahagia hahaha..

Anyra, ok la tu perasan, better late than never, kan?

Taufiq, ala, tak glamor la :P

Ajan, tu dalam movie Mujse Dosti Karoge kot, ada midley semua lagu2 terkenal Bollywood dan part hujan tu, diorang nyanyi lagu Kuch-kuch Hota Hai... kau suka hujan tu sebab kau suka hujan.. aku bukan cerita aku suka hujan kat sini hahaha..
* thanks for missing me =p

yup, rahmat dan hikmah dapat kita padang jika kita memerhati. Thanks Pelangi Sepi for dropping a comment here =)