Tuesday, November 27, 2012

Lena dan Rasa

Letih zahir, mahukan lena
Sudah berjaga, zahir cergas semula
Letih perasaan, mahukan putus asa
Sudah hilang harapan, tiada lagi rasa

Kalaulah boleh dirawat letih perasaan dengan lena
Pasti manusia tak kenal erti kecewa

Aku mahu lena
Lena yang pulangkan cergas
Lena yang pulangkan rasa

No comments: