Tuesday, December 30, 2014

3D Puzzle and GIRLFRIENDS

Sedang Risha dan Nina sibuk window shopping, aku macam tak ada semangat sesemangat mereka. Layan saja dua orang makhluk comel itu cuba dress, cuba skirt dan cuba buat aku mencuba. Ada satu kedai tu, mereka tengah tengok-tengok tudung, dan aku tiba-tiba terbuat muka gembira sangat dan bersuara teruja! "Wah!"
Risha toleh ke arah yang aku pandang.
"Hah! Aku dah agak dah kau bukan excited tengok tudung ni, tapi kau tengok tu!"

Tahu apa yang aku tengok? Dekat atas rak tudung kedai tu, ada ini...
 Heeeee... cantik! 3D puzzle! Aku suka! Pernah nak beli masa jumpa dekat KSL dulu, ada Eiffel Tower.. KLCC.. macam -macam.. tapi masa tu macam, mahal sangat lah.. macam seratus ringgit juga.. susah sangat lah.. tengah sibuk ni nanti leka.. maka tinggallah harapan.. Jadi bila nampak dekat kedai tudung tu, haruslah aku teruja!

Sehinggalah, tiba-tiba... tiba-tiba... kami sampai ke sebuah kedai yang jual 3D puzzle dengan harga RM 3.90 dan RM 4.90!!!!
"Serius 3 ringgit 90 sen, bos? Serius?!" aku separa teriak.
Taukeh kedai tu senyum, "Ya, betul, murah saja!"
"Korang! Nak!" aku dah peluk-peluk dah..
"Kan! Haaa.. pilih! pilih!!", Risha bergaya ala emak yang memberi kebenaran kepada anak-anak untuk membeli alat permainan baru.
"Ni aku punya, ni Ajan punya.. ni Ida punya.. haaaa...."
"Haaa.. ni untuk Aisy!!! Dan Echa!!!"
"Kita buat game ni masa malam BBQ kita nanti nak?!", cadang si Risha dengan lebih teruja.
"Set!!! Nina pengadil!"

Dan..  hasilnya.... pada malam kami buat BBQ kat rumah, atau nama glamornya, fogging-satu-rumah-tapi- bau-sedap, bila dah kenyang, Game Master Risha pun keluarkan 3D puzzle.. Inilah hasil akhir game tersebut!

Ruang bilik tidur oleh Ida

Castle comel aku!

Yasotha's castle!

Castle Risha the game master! Dengan kerjasama Azila the Cinderella!

Dan... dapur oleh Ajan!

Seronok! Bila buat macam pertandingan, buat dengan kawan-kawan yang happening, memang seronok sangat! 3D puzzle was just a tool. Yang penting, manusia-manusia yang excited tu. Termasuklah adik aku, Iqa dan mummy Yaso, Auntie sebagai pom pom girl. Mak bapak aku dan Echa serta anaknya sudah syahid, zzzzz...

Sebenarnya aku nak cerita satu perkara yang jauh lebih penting daripada asal-usul 3D-puzzle-in-the-house ni... Iaitu,  sikap-sikap aku dan kawan-kawan yang terzahir semasa menyelesaikan 3D puzzle tersebut. Sikap-sikap semasa game itu sangatlah macam sikap kami dalam real life!!! Tak percaya? Jom kita tengok satu responden. Ahakz!

Sebelum tu.. pemenang acara 3D puzzle pada malam BBQ itu ialah, tadaaaaa... Yasotha!!! Dia orang pertama yang siap.. TAHNIAH! Tapi dia diam-diam je masa buat tu. Tak kecoh pun (aku lah yang kecoh tu). Dan bila menang pun dia tak de lah nak hoooraayy!! bagai..  Kalau aku lah siap dulu, mesti aku dah jerit, "Yeah!"

Yaso adalah kawan yang aku kenal yang mampu je buat kerja hebat-hebat ni kadang-kadang (eh, ada kadang2 pulak hehehe) tapi dia humble. Tak kecoh-kecoh pun, ale-ale, dia mampu buat. Itu pun dia malu-malu nak dapat tepukan gemuruh. Kan? Kan? Pastu bila dia dah siap, dia siap tolong aku lagi. Tolong pun tak de la kecoh, "Meh I tolong you...", tak ada. Senyap-senyap je dia menzahirkan kasih sayang. Ecewah. Itulah Yaso dalam real life.. haaaa...

Tetapi! Dia suka sentimental atau emosional. Istana yang dia buat ada princess dan prince charming, biasalah kan, castle kan.. Dia ada sebut, "Alaaa.... ada prince charming.. benci..." dengan nada nak sedih-sedih gitu. Tengok, dia suka tiba-tiba sentimental. Tiba-tiba! Hehehehe... Tapi perlu ada kawan yang tough untuk cakap, "Yaso, don't think it as a prince charming, it is just a guy at the castle! Focus!". Tahu siapakah kawan yang macho itu? Ajan! Hehehehe..

Okay.. ulasan untuk responden selanjutnya? Tunggu.....

2 comments:

Nurul Iffa said...

Beli kat mana tu 3d puzzle, murah sgat..kat online mahal jee..

Wak Lat said...

beli katne ? senyap je tuan umah ;p