Wednesday, December 31, 2014

3D Puzzle & Girlfriends (Part 2)

Less than four hours after 3D Puzzle and Girlfriends (part 1) was posted, I received a phone called from the champion of the 3D-puzzle-game-in-the-house, Yasotha.

"Ain....!!!! Sedih....!!!! Baca your blog, Yaso nangis...!!!"
Tengok! Tengok! Kan aku kata dia sentimental. Hehehe.. tapi takut juga aku, kalau dia nangis sebab terguris hati dan perasaannya dek kelantangan aku menulis apa yang aku tafsir. Ya lah, sebagai manusia biasa, mustahil kita mampu tafsir peribadi apatah lagi hati dan perasaan seseorang yang lain dengan sangat tepat kan. Sebab? Kita manusia, bukan pencipta manusia yang tahu how a human is actually operated ;) Yaso, nangis eh? Hehehe...

Sebab mudah tersentuhnya hati Yaso ni lah, dia boleh mudah sentuh hati orang juga. Her sensor on detecting people's feeling also awesome! At least, for me! Pernah aku konon-konon nak berlagak macho, changing the sad topic, and looking to somewhere else But in 0.005 seconds, she said, "don't change the topic, don't lie, i know you are not okay!" Haaaa.. hebat kan? Hehehehe..

Okay, cukup untuk Yaso. Nanti dia call aku lagi, dia cakap lagi, "Ain!!! I am touched!!! Aku nangis lagi!" :P

Kita pergi ke... hurm.. game master lah, Risha!
Ya la, sebab dia tengah sibuk-sibuk kemas barang tu, nak berambus dari Johor, memulakan hidup baru, di tahun baru, di umur barunya, bersama suami terchenta dan dekat dengan keluarga-keluarga. Ecewah.

Daripada 3D puzzle game yang dibuat, Risha dinobatkan sebagai pemenang pingat gangsa, dikongsi bersama Azila the Cinderella. Risha ni orangnya senang teruja. Dia punya teruja tu, dia mampu buat aku yang berhasrat nak tidur sampai tengahari, tapi dia ketuknya pintu bilik aku sampai aku bangun semata-mata sebab nak makan nasi lemak sama-sama di pagi hari cuti!

Nampak tak permainan dia? Bila dia teruja, dia akan mempengaruhi (memaksa!) orang untuk teruja sekali. Habis satu rumah kena main 3D puzzle. Masa dia rajin, satu hari dia boleh masak 5, 6 kali! Masa dia semangat nak buat kerja sekolah dia, kau goda la dia dengan keluar tengok wayang ke, karaoke ke, tengok lampu ke, makan makanan kegemaran dia ke, dia akan jawab, "No!" Hurm, semangat memegang kepada kedegilan. hehehe... Kelebihan perangai dia ni, kalau nak bergumbira, memang perlukan dia ni, and it will be super fun! Kelebihan perangai dia dalam kerja pula, kerja dia akan selesai!

TETAPI! bila dia semangat sangat, dia ada kecenderungan untuk kurang sensitif dengan orang sekeliling (I am in my own world, gayanya) sampai dia tak sedar apa dia cakap (merepek). Contoh, masa dia buat castle dia tu, (yang lagi besar dari castle aku dan Yaso, benci!) dia boleh senang-senang suruh makhluk yang sopan santun, Azila dengan nada "Azila! Cepat, kau buat yang ini!" Amboi! Kau ingat kau ratu ke Risha? Nak suruh-suruh orang? Hehehe..

Tapi, tak ada masalah, sebab orang yang dia suruh tu, Azila the Cinderella. Sekarang korang faham kan kenapa Azila diberi gelaran Cinderella? Selain kening dan kulit yang cantik, dia memang senang tolong orang tanpa banyak karenah, bahasa yang sangat baik, santun, kalau usik dia pun dia tak melenting. Haih, memang baiklah orangnya! Cuma kalau baik sangat, nanti senang kena buli tau, Azila! No, no, no.. you are too precious to be easily bullied, okay. Be tougher a little bit then you will be Azila the Cinderella the Lalalala...!! Tapi Azila tak ada lah Cinderella all the time. Bila berniaga, haaaaa... dialah diva! Hantu berniaga budak ni. Nasib baik dia tak keluarkan fatwa, "setiap penyertaan 3D puzzle dikenakan bayaran RM 5! Percuma Kek Anis" Hehehe..

Okay, aku dah cover Risha dan Azila. Sementara internet aku tak okay, itu aku tulis ni (atas notepad dulu). Haih, tak datang lab kena tuduh suka holiday. Datang lab, inilah cabarannya. huhuhu...

Nak tambah pasal pemenang tempat kedua, Ain Cantik! Akulah tu. Hehehe...

Tapi, aku malu nak mengaku aku pemenang tempat kedua.. hehehe.. sebab, Yaso tolong aku. Hehehe.. Ya, aku rasa, inilah aku. Aku pernah ditegur oleh seorang senior Toastmasters (Cindy Wong), "when people puji you, say thank you...". Sebab aku selalu rasa I always have people behind me to help me achieving what I have. Aku ingat aku pernah marah mak aku semata-mata sebab dia kecoh kat kawan dia aku dapat UPSR 5A. Hurm.. I am not sure if it is a good or bad thing, but the bad thing is, I am not sure how to handle people yang bersusah payah nak acknowledge me. In Toastmaster, I learn to accept pujian dan belajar to say thank you & still be humble. Ecewah. Therefore, I learn to praise others too, as an effective pujian, to inspire people, bukan puji kaki kipas atau cium b*****.

Kelebihan aku, aku malas baca manual. eerr.. kelebihan ke tu? ya lah, jimat masa! Ada je yang aku pasang puzzle tu aku tak ikut nombor (kantoi! puzzle ada nombor!). Sebab aku fikir "ala, sama je, castle tu kan simetri!" Sikap ambil mudah aku yang konon-konon nak cepat dan efisyen tu, akhirnya memakan diri apabila tiba-tiba tingkat dua castle aku tu kubahnya terbalik. Haaa! Tambah haru bila adik aku, Iqa, tanya, "Along, kenapa ada lubang tu?" Ya, aku lupa pasang lantai untuk tingkat dua castle aku!


Bayangkan, princess tu terbalik. 
Hehehe.. Sebab pieces tu semua gambar sama depan belakang tau! Cewah, alasan!

I have the tendency to fix the bigger picture first, make it look complete but actually it doesn't. And that is what happening to my thesis now! Hahahaha.. semua orang (termasuk supervisors) aku pelik, "Apa yang tak siap-siap lagi tu, kan semua dah ada?" Mereka tak nampak, ada 'lantai' yang aku tak pasang lagi hehehehe...

Kecoh? Ya, aku kecoh. "Wah! I tengah buat last piece!" saja berlagak nak susahkan hati competitors. Muahaha.. it is a game what...? "Alamak! Terbalik!".
"Aaaahhh!! Tak ada lantai!". Dan betapa overnya aku, semua orang buat puzzle masing-masing sambil duduk, aku sampai meniarap. Over tak?



*****

Satu hari, mak aku ala-ala nak jadi kaunselor.
"Long, kenapa tesis kau tak siap lagi?"
"Ma, supervisor kata ain kene tulis detail lagi. Ada kesimpulan, tapi ain tak tulis kenapa kesimpulan tu jadi macam tu."
"Oh, dulu masa kau sekolah, cikgu pernah complain. Dia kata kau buat latihan Matematik betul, tapi kau tak tulis jalan  kerja"
"Ye ke?"
"Ye, aku faham benau masalah kau tu. Kau jangan nak berlagak pandai sangat lah!"
"Ma!! Mana ada!"
"Okay, kau gelojoh!"
Fine.


****

Nanti aku sambung pemerhatian aku (termasuk Risha dan Ajan membantu analisis, ecewah) terhadap dua lagi peserta, Ajan dan Ida semasa permainan 3D puzzle itu berlangsung, okay?


No comments: