Wednesday, March 24, 2010

Keluarlah dari bilik anda...!

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Tergerak hati ini untuk berkongsi kelegaan dalam hati dan fikiran selepas berbual dengan lebih daripada 15 orang pagi ini sampai tengah hari, tak termasuk dua housemate kesayangan aku.

Kelegaan?

Aku dapat rasakan, kerisauan, kerunsingan dan kekecewaan tidak lah seberat mana apabila dibandingkan dengan kegembiraan, kemudahan, input berguna dan pengajaran yang ditimba daripada semua perbualan aku hari ini. Bak pesan Dr Asiah, seorang pensyarah Fizik, rakan sekerja aku yang dahulunya adalah pensyarah aku,

"kita terpaksa berhadapan dengan ramai orang yang nak down kan kita. tapi percayalah, ada lagi ramai orang yang nak tolong kita"

Teringat aku perbualan dengan nenek Sabtu lepas kat rumah.

"Nek, ain baca buku haritu, dia tulis, keluarlah dari bilik anda"
Buku yang dimaksudkan ialah buku Janganlah Bersedih, terjemahan daripada buku La Tahzan. Yang aku faham, bahagian tersebut menasihatkan pembaca agar keluar dari dunianya sendiri, bergaul dengan ramai orang.. timba macam-macam pengalaman.. Yang paling comel, keluar dari bilik anda!
Nenek aku sambung,
"ha ah.. betul.. kalau tak sedap badan tu, nenek rasa nak duduk je dalam bilik. susah hati fikir nak masak apa, nak makan apa, nak buat apa.. kalau sakit karang nak bagitau siapa... Lepas tu, nenek keluar gi jumpa mak kau.. dapat nenek makanan.. bual-bual.. betul la kata buku tu.. kena keluar dari bilik kita..!"

(aku dah edit ayat nenek aku yang bunyi Melaka sungguh)

wah.. hebat nenek, cepat betul kaitkan kehidupan dia dengan apa yang aku kongsi. hehehe..

Pagi ini, aku belum duduk-duduk lagi dalam bilik aku (di fakulti). Ada aktiviti yang perlu dihadiri. Dalam aktiviti tersebut sahaja aku dah berbual-bual dengan pelajar Master dan PhD APSI, kemudian dapat nasihat-nasihat dari pembantu makmal soal jodoh.. eerr.. jodoh? hahaha.. panjang ceritanya..
Lepas tu untuk urusan yang seterusnya, aku melawat makmal di tingkat 4, jumpa pelajar-pelajar post graduate. Lepas sorang, sorang lagi aku kacau. Untuk macam-macam urusan. Tapi macam biasalah, urusan tu termasuk lah bual-bual mesra.. memang panjang bicara.. Sampai lah tengah hari. Daripada masalah aktiviti APSI, aktiviti kelab, kolej, sampai ke kerja sebagai tutor, urusan PhD.. sampailah kepada sikap lelaki dan perempuan, kecil hati dengan kawan, nak tengok kawan konvo.. banyak lagi.. memang meluas sungguh..! Sampai haus sangat aku rasa...

Bila sampai bilik sendiri, aku fikir balik apa pasal lah aku boleh sangkut kat semua-semua manusia tadi, padahal aku ada banyak kerja.

Namun hakikatnya, aku yakin aku tak perlu kesalkan masa yang aku luangkan untuk 'keluar dari bilik' tadi sebab banyak masalah yang diselesaikan, banyak perkongsian yang berguna malah banyak senyuman yang terukir.

Jangan lah bersedih.

Keluarlah dari bilik anda.

Tuesday, March 23, 2010

Mimpi Ngeri Iqa

Sibuk?
Ada je masa aku sangat sibuk tapi aku mampu menulis.
Tapi kali ini, aku buka lama dah page untuk new post ini, tapi still have no idea about what I am going to write.

Hmmm...

Masih berfikir...

Fikir lagi..

Hmmm..

Homesick kah aku? Baru dua hari lepas aku balik dari Melaka okay..

Wajar shopping kot.. Owh.. tunggu gaji..

TETAPI!

Bulan ni aku harus kira betul-betul belanjawan. Kerana aku telah mengalami kegeringan poket.. Maka, tidak mahu sejarah mungkin berulang.. (aarggh.. terbayang Tomok zaman muda-muda.. hahaha)

Sampaikan, Iqa mimpi 'ngeri'
Iqa nampak aku naik kereta buruk. Drive sebenarnya..
"Pa, kenapa along bawa kereta buruk? Mana Myvi?"
"oowwh.. dia dah tak de duit.. tu dia jual Myvi, naik kereta buruk"

Errr.. Iqa sangat ada bond dengan aku ya, sampai masuk dalam mimpi lagi... hahaha.. Samada itu amaran buat aku, atau itu adalah petunjuk untuk Iqa supaya bermurah hati dengan aku.. hahaha..

ok dah.. nak lunch..

p/s Tajuk post dicipta selepas post selesai ditulis

Thursday, March 18, 2010

Apa perasaan?

Owh, perasaan sungguh sedih...

Dah sedia ke belum?

Belum.

Huh.. hanya orang yang memahami situasi saja yang akan faham dialog bongek ini...

Sewel...

Monday, March 15, 2010

Aku pesalah. Alhamdulillah.

Aku dah terfikir nak tulis tentang hal ini dua hari lepas lagi. Tapi disebabkan perasaan malas bawa balik laptop yang berat dengan ilmu dan amanah ini ke rumah sewa daripada fakulti, maka niat menulis itu tertangguh.

Dek kerana sibuk, aku lebih lancar menulis post yang sebelum ni, di bawah (sibuk-sibuk pun menulis. alaaa.. nama pun this blog is my writing therapy). Namun, berat hati nak lupakan hal yang nak ditulis dua hari lepas ni. Hmmm..

Aku tak ingat aku baca kat mana. Mungkin dalam blog orang, mungkin dalam buku La Tahzan atau berkali-kali telah diingatkan. Kesalahan yang paling teruk ialah tidak rasa bersalah apabila membuat salah. Tak rasa bersalah kerana menjadi pesalah. Atau, tidak sedar diri sendiri adalah pesalah.

Namun, aku bersyukur kerana resah gelisah selepas aku membuat salah. Aku bersyukur kerana aku alami satu rasa yang lain daripada yang lain. Kalau nak macam-macam, doa bukan main panjang. Solat hajat tonggang tonggek nak minta hajat menjadi realiti. Itu aku pada kebanyakan waktu. Pada masa hidup ini cun saja (macam lagu tu), solat pun jauh daripada sempurna. Doa pun jauh daripada hati. Huhuhu.. tak baik punyer.. Tapi satu rasa yang dikurniakan baru-baru ni buat aku sangat sedar, Allah sangat sayang aku. Ya Allah, Ya Rahim..

Rasa itu ialah rasa bersalah, rasa gelisah, rasa takut kerana membuat salah atau menghampiri perkara salah. Memang kebanyakan perkara salah ditutup atau diiringi dengan keseronokan. Namun keseronokan itu berjaya aku neutralkan, dan aku ingat yang aku dah buat salah. Bila aku baca sekali lagi, "kesalahan yang paling teruk ialah apabila tidak rasa bersalah kerana membuat salah", sentap, maka semahu-mahunya aku bersyukur,

Terima kasih ya Allah, kerana aku ingat bahawa aku dah buat salah.

Aku pesalah.
Alhamdulillah, aku sedar.

Jam ke 25?

Banyaknya perkara nak disiapkan.. Tapi macam tak berkesudahan lagi ni..

Self-study, before giving lecture.. ada dua minggu lagi sebelum study week para pelajar.. Aku belajar sekarang bukan macam belajar masa zaman student. Mestilah aku perlu lebih fokus, faham dan lebih meluas.. kan kan kan... Kalau lah masa aku study aku belajar macam sekarang... hehehe..

Nanti student test, khamis ni, dah kena tanda pulak. Beri feedback (kena pantas, mengikut kata penceramah dalam kursus Rabu lepas).
Huh..
Haa.. tak masuk lagi dengan Final Exam.. owh. tapi tu tak apa, lepas mereka jawab exam lah.. Paling kurang pun, 3 minggu daripada sekarang.

Beri markah assignment lagi.. eeerr.. macam mana nak bagi markah assignment ni ek..

Okay.. itu kuliah yang aku ganti sejak 3 minggu yang lepas. Kuliah Fizik Optik.

Amali Termodinamik lain cerita. Ya, amali dah habis minggu lepas. Yang ada sekarang hanyalah timbunan laporan amali para pelajar. Haih, tak terbuat-buat.. Tertangguh dan kerja-kerja lain. (malas lah aku nak explain kerja-kerja lain tu apa) Aku mesti siapkan minggu ni..! Atau boleh lah minggu depan usik-usik lagi sikit.. Dengan markah sekali.. Supaya aku ingat pelajar mana yang bagus dan yang mana buat eksperimen macam main layang-layang je, berangan.. (eerr.. ye ke main layang-layang macam tu?)

Minggu ni ada 4 hari kursus mengendali laser, pagi sampai petang.. Mula esok. Dah 2 kali tangguh dah. Dah la tangguh lambat beritahu. Lepas tu, "eh, awak terlibat ker?" Dua-dua kali pun macam tu. Nak marah, perangai syaitan. Lagipun, tak sempat nak marah (Sempat tulis kat blog je)

Alamak, mesyuarat perancangan silibus kursus baru..! Minggu depan mula balik selepas rehat minggu ni (sebab kursus laser tu) Setiap minggu sekali. Itu mesyuarat, mestilah kena luang masa kurang-kurang 2 jam seminggu untuk buat kerjanya.. Itu sekarang, nanti-nanti?

Perkembangan diri sendiri sebagai reseacher? Alkisah selesaikan tempat PhD pun tak terpastikan lagi. Alkisah menulis scientific paper pun tak bertambah progress lagi. Bila jumpa orang-orang tertentu, dok tanya bila nak sambung PhD lagi.. Aku jawab "esok.." hahaha..

Tak perlu lah cerita semua kan.. ini pun dah banyak aku rasa.. Tapi boleh pulak ada pelajar kata...
"tutor bukan banyak kerja pun kan.. boring je rasanya kat dalam bilik tu.."

Nak rasa apa ya bila dengar (dan pandang) orang cakap macam ni?
Padahal aku mengajar istilahnya 'tolong' ajar.

Satu hari ada 24 jam..

Ada jam ke 25 kah?

Saturday, March 6, 2010

Scoring Points with the Opposite Sex

Bangun tidur dengan gembira.

Yes, I am happy.

Baca buku "Men are From Mars, Women are From Venus" oleh John Gray yang dibeli bersama Iqa, adik aku 20.08.2008. Wah, cantik tarikh. Tak habis-habis lagi baca. Pagi-pagi bangun baca buku tu bukanlah sebab rajin membaca sangat, tapi buku itu yang ada di sebelah tilam, selain daripada handphone. Disebabkan tak nak bangun daripada tilam lagi, maka aku membaca.

Aku baru habiskan bab "Scoring Points with the Opposite Sex"

Serba sedikit, bab itu menceritakan bagaimana seorang lelaki atau perempuan merasakan mereka saling menyayangi dengan adil atau tidak. Keadilan itu ditafsirkan sebagai scoring point. Kalau lelaki rasa disayangi, dia bagi point pada pasangannya. Macam tu juga kalau perempuan.

Tetapi, John Gray menyusun bab itu, dengan menunjukkan cara lelaki dan perempuan memberi point adalah berbeza. Biasa tak dengar lelaki sebut, "perempuan benda-benda kecik, semua nak kira. remeh. leceh"

Contoh paling kelakar. Lelaki yang disebutkan dalam bab itu mengadu, dia kerja kuat. Buat overtime lagi. Untuk sediakan rumah besar, kereta mewah. Tapi suami isteri itu tak bahagia. Bila disoal siasat, si isteri jawab, "saya buat macam-macam untuk dia. untuk tunjuk saya sayang dia. saya kemas rumah, saya basuh pinggan, saya masak, saya jaga anak-anak. setiap yang saya buat sebab saya sayang dia" "saya pun", suami jawab. "mana ada. awak cuma kerja, beri rumah dan kereta je"

Huh.. John Gray tulis, betapa perempuan memberi point untuk setiap perkara yang kecil tetapi perkara yang besar (bagi lelaki) tetap mendapat point yang sama banyak. Berbeza dengan lelaki, mereka hanya beri point pada hal-hal yang besar. Ahhhaaa...

Okay, banyak lah contoh-contoh diceritakan. Apa yang lebih dihargai lelaki dan apa yang lebih dihargai perempuan. Mengingati perbezaan ini mampu mengharmonikan hubungan. Cewah, sejak bilakah aku nak jadi penasihat rumah tangga?

Memang aku tiada pengalaman, tapi aku sudi ceritakan kekaguman aku tentang mak ayah aku. Ma, pa, tak kesahkan ain cerita?

Masa mama tak berapa nak sihat, atau letih sebab siapkan songkok yang banyak, mama pun baring lah merehatkan diri. Dengan badan yang lebih kuat dikurniakan oleh Allah kepada papa berbanding mama, papa pergi kemas dapur. Walaupun ada kedengaran suara membebel, "ni kenapa bekas ni kat sini ni. ni apsal plastik tak duduk kat tempat plastik" dan blah blah blah, tapi papa siap kemas semua. Ini mama yang ceritakan semula pada aku. Walaupun mama nak cerita 'bebelan' papa, tapi sebenarnya dia highlight yang papa tolong kemas dapur!

Lepas tu, mama pun pergi dapur, dan masak dengan gembiranya. hehehe..

Small things are counted by women! They feel loved. And men also feel loved when they are appreciated. Dan contoh ini memang ada dalam buku tersebut! (muka surat 178) Mestilah papa tak baca buku ni kan?

Okay, satu situasi lain. Dalam kereta. Ada papa yang memandu, mama sebagai co-pilot setia dan aku sebagai penumpang seorang di belakang. Menuju ke satu tempat yang tak pernah sampai. Papa tak ikut panduan yang aku beri, yang aku dapat dari rakan. Dia main jalan je. Tak pe, sabar. Owh.. jalan makin jauh. Kami makin penat. Kereta pun banyak di atas jalan. Aku diam.

"kalau tak salah jalan, tak lah kita boleh tengok ni kan..", papa cakap.
Mama boleh pulak tengok dan baca papan tandanya "kem latihan..." eerr.. aku tak ingat dah.

Terus lagi memandu.

Sampailah satu tahap, papa masih membelakangkan cadangan aku. Aku hangin. Aku diam. Bila dia tanya, "sekarang macam mana?"
"tadi papa nak jalan sini, ikut papa la.. mana ain tau"
Aku telah TERbiadap.
Diam.
Mama diam.

Okay.. tak payah lah aku cerita detail. Lama-lama aku perasan. Bahawa setiap kali papa ikut kepala dia semasa memandu, mama akan diam, atau menyokong papa, atau paling hebat, menyebut kelebihan salah jalan. Huh. Dan kalau nak tahu, dalam buku tu ada sebut, antara perkara yang membuatkan seseorang lelaki memberi point yang tinggi kepada pasangannya ialah,

He gets lost and she sees the good in the situation.
He makes a mistake and she doesnt say "I told you so" or offer advice.
(muka surat 199)

Dan aku sangat pasti mama tak baca pun buku ni.

Pa, Ma,
Thanks for everything.
Every single thing yang Papa dan Mama buat, mungkin tak semua ain sambut dengan sikap dan kata-kata yang menyenangkan. Tapi sebenarnya, ain selalu kagum dengan Papa dan Mama.
Walaupun Papa dan Mama tak baca blog ni mungkin, tengah sibuk berniaga kat Pusat Kraftangan, Jalan Conlay di KL tu, ain tahu yang Papa dan Mama faham yang ain sayang sangat kat Papa dan Mama..

Miss both of you..

Ain, anak yang degil.

Friday, March 5, 2010

Bertukar...!

Tempoh percubaan penukaran background blog..
owh yeah...!

Err.. nanti sambung balik la.. pening pilih dan match-match kan warna font.. huh..

For the rest of my life...



Mai ada satu CD lagu-lagu Maher Zain. Dah lama dah pun dengar lagu-lagu tu. Tapi memang aku dengar hanya jika menaiki kereta Mai sahaja lah, sebab CD tu dia pasang dalam kereta dia kan. Memang layan, nak-nak lagu yang aku letak dalam post ni. Memang romantik habis..!

Okay, actually, melodi lagu-lagu Maher Zain ni yang mantap sebenarnya. Aku boleh layan dengar bunyi gitar dia je.. Fuh.. Kalaulah aku boleh main gitar macam tu, kan masyuk..

Aku dok layan semula lagu-lagu ni, sebab Sabtu lepas kami (aku, Mai, Zafran dan Lala) pergi ke Gunung Berlumut bersuka ria, dan singgah di bandar Kluang juga. Memang best walaupun sepatutnya aku kurang sihat dan penat. Dalam kereta tu lah aku layan lagu ni, kira tahap hadam la sebab buat latih tubi mendengar. Kenapa?

Kenyataan yang terlintas ;
Lagu yang sama, didengar pada masa dan situasi yang berbeza, boleh mendatangkan emosi yang berlainan.
Huh, dengar hari Sabtu haritu, aku rasa macam nak lempang radio kereta Mai.. hahaha.. Emosi tak ketentuan! Maka aku hadam banyak-banyak kali supaya aku lali dan lupa emosi tak ketentuan itu.. Berjaya..! Aku berjaya dengar semula lagu ini dengan gembira, tanpa memikirkan perkara yang aku tak nak fikir.. Owh yeah!

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
Oooo...
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.. loving you
For the rest of my life
Thru days and nights
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I, I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
Oooo..
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

Wednesday, March 3, 2010

Mesti ada cara...!

"Ni duit bayar yuran sekolah. Cakap kat cikgu, mak minta maaf sebab lambat bayar."

Lebih kurang begitulah kata seorang ibu, lakonan Sheila Rusly kepada anak-anaknya semasa mengagihkan wang kepada mereka. Drama yang aku tengah tonton ini, Dunia Batinku masih belum selesai (semasa memulakan penulisan) Tapi macam-macam dah ada dalam kepala aku. Biarlah aku mula menulis tentang salah satunya saja, iaitu yuran sekolah.

Tengok babak itu, mengingatkan aku pada zaman persekolahan aku. Nampaknya, macam banyak je babak aku dan adik-adik aku lambat bayar yuran sekolah. hahaha.. Untuk aku, dari sekolah rendah, sekolah menengah, sampailah nak masuk universiti! Masa sekolah rendah, aku macam ingat-ingat lupa je berapa yuran aku yang belum dibayar. Tapi yang aku ingat, ada satu tahun persekolahan tu, aku bayar tiap-tiap bulan, dan macam ada yang sekali aku bayar tu, hanya RM 10!

Aku ingat, ada seorang guru kelas, panggil aku ke depan kelas, dan dengan perlahan dia cakap, "yuran sekolah awak, dah tak payah bayar ye". Terima kasih cikgu Jun.
Aku ingat juga kelas tusyen aku masa darjah enam. Sampai satu tahap, aku tak ke tusyen. Rasa macam, boleh je aku buat latihan sendiri, dan tengok jawapan kat muka surat belakang buku latihan. Tak payah pergi tusyen. Apa ada hal.. Tapi cikgu Yunus kata, "tak pe, datang je tusyen saya"
Masa tingkatan satu dan dua pun, cikgu Mat dan cikgu Milah bisik kat saya, "yuran awak dah habis bayar" padahal aku yakin, masa tu belum habis.

Nak masuk tahun pertama pengajian sarjana muda, ada yuran yang perlu dibayar pada hari pendaftaran. Di kolej kediaman, tempat mendaftar, aku bawa RM 50 dan sehelai surat. Surat pengesahan pendapatan papa yang disahkan oleh ketua kampung. Aku pun dah ingat-ingat lupa dah kejadiannya. Yang pasti, pada hari mendaftar tu aku memang berbincang dengan siapa ntah, di meja bersebelahan dengan meja-meja orang lain membayar yuran. Pada hari itu, memang hanya RM 50 aku bayar. Fuh...

Aku bukanlah nak bangga dengan tindakan melengahkan bayar yuran tu. Kalau mampu, jangan nak buat drama! Masalah kewangan tak menghalang mama dan papa untuk kuatkan semangat anak-anak mereka untuk ke sekolah, ke universiti.
Ada jalan, kami usahakan.
Ada hak, kami dapatkan.
Ada susah, penyelesaian kami carikan.
Bila mama keluarkan ayat "ye lah, kita dah senang sikit sekarang" atau "dulu masa aku susah..", aku selalu sebut, "eleh.. macam lah dulu awak tu susah sangat.. hidup je.. " sambil gelak. Ya, kami bukan lah susah mana sampai perlu masuk rancangan Bersamamu di TV3. Tapi sekurang-kurangnya, aku layak dapat biasiswa semasa aku tingkatan 3 walaupun aku cuba dapatkan sejak dari tingkatan 2. Sampai ada kerani tu cakap, "eh, kenapa tak dari dulu awak dapat biasiswa ni ek?". Takpe lah, at least akhirnya aku dapat. Aku berjuang. Papa yang ajar. Mama yang kuatkan semangat. Ada jalan, cari! usaha! Kalau malu, tak dapat apa. Kalau bodoh pun tak dapat apa!

Semasa belajar di MRSM, aku dapat biasiswa. Seingat aku, masa dua tahun ini agak kurang belanja. Aku rasa lah.. hehehe. Tapi masa undergraduate, urus duit pun tak pandai lagi (sekarang pun tak pandai-pandai). Selalu je dalam keadaan terdesak. Ale-ale duit dah tinggal RM10 je dalam tangan, SMS papa, bagitahu, duit dah tak de. Hahaha.. Mencecet-cecet papa dan mama cari duit. Dapat. Tak kurang terharu dengan kawan yang bagi pinjam duit kalau papa belum dapat duit berniaga, pak sedara, mak sedara.. Ada saja rezeki yang dapat. Alhamdulillah. Paling comel, adik perempuan aku nak bagi duit biasiswa dia kat aku masa satu program kelab yang aku join perlukan duit! Sebelum orang salah sangka dengan tercetusnya kata-kata, "mana pergi duit dari MARA yang kau dapat di awal semester?", aku bagitahu awal-awal, duit itu ke saluran yang sepatutnya.

Tapi bukan senang nak senang. Duit yang diusahakan oleh papa dan mama semestinya dengan susah payah. Dan yang orang bagi pulak, tak semuanya pemberian ikhlas. Tak kurang juga yang mengungkit dan yang berkata-kata pedas. Malangnya bukan kepada telinga aku, tapi ke telinga mama. Aku tahu sebab mama cerita bila dia suka nak cerita. Malas pulak aku nak ingat cerita-cerita macam tu kan. Dulu, yang aku tahu cuma "long, papa dah masukkan duit". Kalau aku tahu awal-awal, aku ikat kaki mama supaya tak jumpa orang-orang tu.. hahaha..

Kenapa aku menulis hal ini? Sebab terus terang aku nak katakan, aku hangin dengan orang yang mengeluarkan kata-kata, "nak belajar, tapi tak de duit..."

Ingat, rezeki ada di mana-mana. Dan Allah akan permudahkan apa-apa yang diusahakan untuk jalannya. Ya, memang tak semua yang kita nak kita akan dapat. Percayalah, kalau kita tak dapat sesuatu yang dihajati itu, bukan lah sebab utamanya, orang itu salah, pihak itu jahat, mereka tidak adil dan bla bla bla.. Tapi sebab Allah nak uji kita. Samada kita ni cakap lebih buat kurang ke tidak.. Macam tin kosong ke tidak. Sabar ke tidak. Redha ke tidak. Ada sungguh-sungguh usaha ke tidak. Semua tu ujian...! Bukan penghalang yang perlu kita sebut berpuluh-puluh kali..! Semoga kita sama-sama muhasabah diri.

Kalau kata-kata nasihat tak makan, kata-kata perli tak makan, apa kata kita tengok satu dialog dalam filem Cinta, yang keluar dari mulut Syarifah Amani,

"kalau kita nak, mesti ada cara...!"