Monday, March 15, 2010

Aku pesalah. Alhamdulillah.

Aku dah terfikir nak tulis tentang hal ini dua hari lepas lagi. Tapi disebabkan perasaan malas bawa balik laptop yang berat dengan ilmu dan amanah ini ke rumah sewa daripada fakulti, maka niat menulis itu tertangguh.

Dek kerana sibuk, aku lebih lancar menulis post yang sebelum ni, di bawah (sibuk-sibuk pun menulis. alaaa.. nama pun this blog is my writing therapy). Namun, berat hati nak lupakan hal yang nak ditulis dua hari lepas ni. Hmmm..

Aku tak ingat aku baca kat mana. Mungkin dalam blog orang, mungkin dalam buku La Tahzan atau berkali-kali telah diingatkan. Kesalahan yang paling teruk ialah tidak rasa bersalah apabila membuat salah. Tak rasa bersalah kerana menjadi pesalah. Atau, tidak sedar diri sendiri adalah pesalah.

Namun, aku bersyukur kerana resah gelisah selepas aku membuat salah. Aku bersyukur kerana aku alami satu rasa yang lain daripada yang lain. Kalau nak macam-macam, doa bukan main panjang. Solat hajat tonggang tonggek nak minta hajat menjadi realiti. Itu aku pada kebanyakan waktu. Pada masa hidup ini cun saja (macam lagu tu), solat pun jauh daripada sempurna. Doa pun jauh daripada hati. Huhuhu.. tak baik punyer.. Tapi satu rasa yang dikurniakan baru-baru ni buat aku sangat sedar, Allah sangat sayang aku. Ya Allah, Ya Rahim..

Rasa itu ialah rasa bersalah, rasa gelisah, rasa takut kerana membuat salah atau menghampiri perkara salah. Memang kebanyakan perkara salah ditutup atau diiringi dengan keseronokan. Namun keseronokan itu berjaya aku neutralkan, dan aku ingat yang aku dah buat salah. Bila aku baca sekali lagi, "kesalahan yang paling teruk ialah apabila tidak rasa bersalah kerana membuat salah", sentap, maka semahu-mahunya aku bersyukur,

Terima kasih ya Allah, kerana aku ingat bahawa aku dah buat salah.

Aku pesalah.
Alhamdulillah, aku sedar.

1 comment:

noorafzan.blogspot.com said...

Betul2..
byk yang tak sedar buat salah..
atau lebih buruk lagi..
buat2 tak salah..