Wednesday, April 29, 2009

Maisarah dah tak boleh fikir dah..

"Maisarah dah tak boleh fikir dah..."

salah satu dialog watak bernama Maisarah dalam drama bersiri, Diari Ramadhan Rafique.. ingat tak? budak perempuan comel tu.. yang juga berlakon dalam siri Bong memegang watak Ecah.. hehe..

hmmm...

serius, aku dah tak boleh fikir dah..

pertama sekali, pasal Fourier Transform Spectrometer ni.. dah faham-faham dari beberapa bahan (sikit je pun), macam mana aku nak gabungkan semua kefahaman ni? bila cuba nak gabung, eh eh, jadi tak faham pulak.. hisy..

kedua, tentang.. hmm..

dan tentang seseorang
itu pula dirimu

haa.. itu bukan aku kata, tu lirik salah satu lagu dalam filem Ada Apa Dengan Cinta.. hehe..
maka tidak berkait dengan kait rambutan atau kait manggis...

aku dah tak boleh fikir pasal spectrometer tu tak apa.. spectrometer tu tidak ada kehidupan dia sendiri, tidak ada hati.. tidak ada perasaan..

sambungan?

sorry la beb.. ini adalah draf dalam akaun blogger aku ni.. aku pun tak ingat dah apa aku nak cerita.. hahaha.. tapi intro macam best.. so aku publish je lah tanpa sambung kisah 'seseorang' tu..

peace!

jangan serik!

Saturday, April 25, 2009

Kill or be Killed

membunuh, atau dibunuh...

satu kata-kata yang dipegang oleh jaguh tinju.. (boxing tu tinju lah kan?) yang diceritakan oleh Jeong Kyu kepada kawannya, Tae Woong dalam episod 1, Snow Queen, drama bersiri Korea. Jaguh tinju tu mati dalam gelanggang..

Jeong Kyu juga berpegang pada kata-kata 'semangat' tu, cuma bezanya, bidang yang menjadi matlamat kehidupannya ialah Matematik, bukan sukan tinju. matlamat hidup Jeong Kyu (atas pengaruh dan harapan bapak dia) ialah, nak dapatkan Nobel Prize dalam Matematik.. dalam cerita itu, pada masa tu, untuk menang dalam Olympiad Matematik antarabangsa..

sepanjang hayatnya, Jeong Kyu hidup dalam keadaan sangat bersungguh-sungguh mengejar cita-cita, menjadi genius, dan menjadi yang terbaik. TERBAIK, aka, nombor 1..
sepanjang hayatnya? sebab, dia dah mati dalam episod 1 lagi.. hahaha.. ops, tergelak pulak.. dia mengelamun dalam sedih.. sedih sebab tak bersedia dari segi mental untuk menerima hakikat, dia bukan yang terbaik, tetapi Tae Woong yang ikhlas berkawan dengan dia tu yang mendapat pingat emas.. mengelamun.. bumgebabom.. kene langgar lori..

Tae Woong yang cita-citanya tak lah pumpang pumpang .. hanya nak dapat kerja tetap dengan gaji bulanan untuk hidup stabil, nak beli sebuah restoran menggantikan warung mee ibunya, buat ibunya bahagia, mencari cinta dan berkahwin.. itu lah impian Tae Wong yang dikongsi kepada Jeong Kyu. Impian yang sederhana, dan bertemakan kasih sayang..

banyak lagi plot-plot menarik.. aku dah khatamkan 16 episod dah sampai tak pegi fakulti hahaha...

membunuh atau dibunuh.. tak jauh beza dengan biar kalah jangan mengalah.. cuba bezanya, kalah je lah, tak sampai mati.. hehehe.. tapi aku rasa, cukup mempengaruhi pemikiran dan cara hidup.. memang semangat jadi kuat.. memang akan berusaha macam, kalau genggam bara api, biar sampai jadi arang.. memang boleh kerja secara berdikari..

tapi sampai bila?

hanya bila sehingga seseorang tu sedar, hidup kat dunia ni bukan sendiri...
hidup kat dunia ni bukan sekadar untuk kejar cita-cita diri sendiri..
hidup kat dunia ni bukan jayanya dengan mengira berapa banyak impian dicapai atau tak..

dan bila dah sedar, kebahagiaan tu bukan terletak kepada menang atau dapat.. tapi terletak kepada setiap saat yang diluangkan untuk semua impian..
walaupun impian tak tercapai, kalau saat-saat kehidupan di isi dengan makna, kata-kata membunuh atau dibunuh.. biar kalah jangan mengalah... semua tu tak diperlukan sama sekali!

last but not least..
untuk dapatkan sesuatu.. tak semuanya hanya perlukan usaha dan semangat! tak semua yang kita nak dapat itu seperti kes aku nak dapatkan patung unta di Mesir.. hanya perlukan kata-kata "nak patung unta", perlukan duit.. dan perlukan kedegilan "nak jugak, nak jugak..."
tapi untuk dapatkan sesuatu yang BERNYAWA perlukan lebih daripada itu..

dan paling penting.. redha... sebab tak semua yang kita nak boleh kita dapat..

+++ mode : tak tau nak cakap apa dah+++

Thursday, April 23, 2009

muah sama you.... :">

Pada satu hari yang kelam kabut, hampir putus asa dalam keserabutan.. cewah.. untuk memahamkan Wiener Khinchin Theorem, kaitan antara power spectral density, PSD dengan autocorrelation function.. aaarrrgghhh.. nak nangis..!! nak nangis..!! aku masih perlu fahamkan mende alah ni.. huhuhu..

tarik nafas... tahan.. hembus.. okay.. jumpa supervisor.. Puan N.. hehe..

Pn N dengan senyuman, cakap, "susah yer? susah ye bagi awak?" dengan tersipu-sipu.. "ha ah.. tapi rasa nya lebih faham la dengan buku yang diberi pinjam ni.. tapi.. ada juga la yang nak ditanya.." aku pun usulkan pertanyaan pertama..

"hmmm.. M kata, benda ni susah untuk awak.. "
huhu.. terharu aku.. aku terasa dibela oleh Encik M.. huhu.. akhirnya, Puan N mengambil keputusan untuk ajar aku tentang hal-hal berkaitan teorem tersebut esok, seperti dalam kuliah.. huhu.. terharu dengan Puan N jugak.. muuuaaahh..

"maka, hari ni, awak fokus programming ya.. ok?"
"ok..."

mari memulakan programming dengan gembira!!

eerrr...
hmmm..
walaweh.. apa ke benda yang aku nak buat ni.. ades.. stuck!!
encik M!!! aku dengar suara encik M!!

selepas satu kali lawatan dia ke meja kerja aku... hehehe.. hasilnya.. modeling teorem tersebut..
bermula dengan hasil sebelum ni, signal dalam satu autocorrelator, first order autocorrelation function, begini..



tugas hari tersebut ialah, mendapatkan PSD daripada autocorrelation pattern tersebut, dengan menggunakan W-K Theorem.. yang melibatkan Fourier Transform.. hasilnya..

yeeehhaaa.. dapat balik signal asal.. ini lah PSD .. hoiyee...hoiyee...
aku tau tak semua orang dapat manfaat dari post kali ni.. (selama ni ada orang dapat manfaat ker?) tapi aku cuma nak sampaikan perasaan indah ni jer.. ngeh3..
termasuklah pada gambar kedua tu (boleh klik gambar tu untuk besarkan), kat coding aku tu.. kat bahagian loop tu, aku guna perkataan, 'muah' menunjukkan muahnya aku pada hari tersebut.. hahaha..

dan.. siapa lah yang baca coding aku tu kalau bukan encik M kan.. hahaha..
"owh.. perkataan ni, mesti ada maksud dalam bahasa awak kan?"

hahaha.. sori la encik M, anda takkan jumpa perkataan 'muah' tu dalam kamus bahasa Melayu atau bahasa Indonesia..

*mode indah*


Sunday, April 19, 2009

"PhD Defense Ceremony" (Part 2/2) - Kagum???

Antara bentuk soalan lain yang diajukan kepada Man ialah.. hmm.. aku kurang ingat isi persoalan, (kurang faham pun ya juga) tapi yang pastinya berbentuk lebih kurang begini..
Dalam tesis anda menerangkan tentang jenis A, B, dan C. Ceritakan serba ringkas ciri-ciri dan perbezaan, dan pada pendapat anda, mana yang lebih baik untuk aplikasi XYZ (sejenis aplikasi yang bukan tertulis dalam kajian Man) dan mengapa.

'terpause' sebentar gadis Asia itu, berfikir, tarik nafas, dan mula 'mempertahankan diri'.

Pada pendapat aku, soalan macam ni perlukan fahaman menyeluruh tentang apa yang telah dibuat dalam 4 tahun kerja, isnin hingga jumaat, 8 pagi hingga 5 petang untuk diceritakan dalam masa beberapa minit ditambah dengan mungkin pengetahuan di luar bidang kajian! walaupun profesor yang mengajukan persoalan tu kata, "it is okay if you cant answer it", 'it' yg dimaksudkan ialah soalan yang mungkin di luar tesisnya itu, dengan muka yang yakin tapi masih merendah diri (itu lah kita orang Asia.. hehe.. sopan santun tetap ada), Man memberikan pendapatnya. haaa.. bila dah bagi pendapat, dipersoalkan lah, kenapa? atas alasan apa? kueng3.. tapi aku tengok gaya (sebab tak faham isi) nampak macam jawapan yang mantap. hehe..

Dalam naskah yang diberi yang ditulis Man, turut diselitkan penanda buku sedondon dengan kulit buku, kertas tambahan untuk ralat, dan sehelai kertas bertulis, "propositions" yang tercetak di atasnya senarai kata-kata (quote).


Antara 'propositions' yang ada ialah,
'Art and Science are equally powerful to convey the beauty of the world'
Ni kalau orang kita kata, macam kata-kata hikmat la.. ala.. macam albert einstein kot, ke isaac newton cakap, 'ketegangan antara orang islam dan orang kristian tidak akan dapat dileraikan seperti tidak dapat kita meleraikan ikatan dalam suatu atom stabil'
huhu.. sori la, aku tak dapat cari ayat ni yang sempurna, ni semata-mata apa yang aku pernah baca dan ingat jer.. huhu.. (aku terpaksa ingatkan, satu contoh, hukum keabadian tenaga boleh menyimpang dari kepercayaan Islam sepatutnya.. so, kata-kata ni kene baca, faham dan tafsir baik-baik)


okay, back to the 'propositions', salah satu dari senarai tersebut menarik minat seorang juri. Iaitu, okay, kasi zoom sikit..

haa.. yang last tu..nombor 10. sistem demokrasi barat kalau diaplikasikan di China, akan lebih membahayakan daripada merawat/memperbaiki/memberi manfaat.
Bila juri tu kata berminat jer, sila jelaskan lebih, supervisor aku yang duduk kat belakang aku cakap, "owh.. this is a really dangerous question"


walaupun hakikatnya aku tak faham penglibatan kata-kata itu dalam tesis ini, aku teruskan memberi perhatian. huhu.. kata Man, China menggunakan sistem pentadbiran/politik hieraki. Kalau tidak aku salah faham, kuasa pentadbiran adalah diwarisi. dan sistem demokrasi barat yang dimaksudkan ialah rakyat memilih pemimpin dan rakyat bebas bersuara. mungkin sama dengan negara kita? maksud aku, didakwa sama. hehehe..
Man berpendapat, sistem demokrasi ini hanya sesuai untuk negara yang maju dan membangun seperti di barat (wah, pasti kembang para juri, walaupun seorang dari juri adalah dari China!) kerana kebanyakannya pilihan dan pendapat dibuat oleh golongan intelektual/maju. Kalau di China yang tidak membangun sepenuhnya, (dulu coursemate aku dari China masa kat Poland ada sebut, jurang orang kaya dan miskin sangat jauh di China, bantuan kerajaan kurang sebab dia banding dengan Malaysia), demokrasi hanya akan membuat porak peranda. Biarlah kerajaan/pentadbiran yang membuat keputusan dan perancangan. Sebab tu demokrasi barat lebih memudaratkan dari memanfaatkan China, kesimpulan Man dibuat dengan yakin. Itu la pendapat Man yang disahut oleh supervisor aku kat belakang, "yes, it is the same with my country", India.

wah.. perkara yang tidak ada kena mengena langsung dengan tajuk tesisnya menjadi antara pertanyaan yang mampu mengagumkan atau membunuh!

tiba-tiba terfikir tentang pendapat Man itu, di manakah Malaysia ku.. cewah..

Ale-ale, tepat jam 11, makcik.. eh, perempuan bertongkat yang sama, muncul semula dan berdiri tepat di hadapan hadirin, menghadap Man. Man menghabiskan ayatnya yang terakhir, dan perempuan itu mengetuk tongkat dua kali (ke, tiga), tongkat yang lebih tinggi daripadanya itu ke atas lantai, tanda sesi 'PhD promotion' telah tamat. Semua hadirin bangun, dan para juri dibawa ke satu bilik lain yang pintunya dibuka oleh orang-orang penyedia kudapan.

Lepas tu? apo eden nak buek ni? semua orang masih di dalam dewan. apa jadi ni? kawan-kawan Man dok salam-salam Man.. berjabat tangan maksud aku. okay, lepak lah, sebab orang lain pun masih lepak-lepak.
Selang dalam 15 minit agaknya, (tak ingat), para juri masuk semula dalam dewan dengan penuh protokol. Man berdiri menghadap pengerusi (yang ada kayu hakim tu). Bermula lah acara seterusnya.
Baru aku tau, juri-juri tu bukan lah makan minum sahaja (mungkin makanan ringan), tetapi ada perbincangan untuk sesi seterusnya.

Aku tak berapa ingat apa yang dia membebel mula-mula. hehehe... Tapi yang pastinya, dia menyerahkan kepada Man satu bekas berbentuk silinder kecil sedikit daripada tong gas pemadam kebakaran tu sambil menghabiskan ayatnya, "blah blah blah........, Dr Man"

waahh..!!! Man dapat gelaran DR!! maknanya, Man berjaya dalam PhD defense nya! aku tak tau kenapa, aku merasakan bulu tengkuk aku meremang. Ya lah, satu kejayaan yang boleh tahan besar diumumkan dan diterima depan mata aku. Aku bukan siapa-siapa bagi Man tapi aku turun bangga dan terharu! huhu..

Lepas tu, Man menghadap promoter nya, iaitu, supervisor yang baru mula bersuara ketika itu. Prof Urbach mempunyai satu teks ucapan yang mampu buat aku menangis kalau aku jadi Man aku rasa (feel over plak kan). Prof Urbach menceritakan segala kelebihan Man. Seorang gadis muda yang rajin, yang mampu bekerja dalam tekanan dan masa yang singkat, bekerja dengan pantas dan hasil kerja selalu mengagumkan. Man seorang yang kaya dengan ciri-ciri budaya bangsanya, pernah memasak makanan istimewa dari negaranya dan sangat menggembirakan warga kumpulan (Optics Research Group). Man seorang yang artistik, sukakan seni, suka pada seni fotografi dan boleh dilihat pada pembaharuan kulit buku tesis Man, lain dari kebanyakan kulit buku tesis yang lain. Man sangat bercita-cita tinggi... Man akan menyambung kehidupannya sebagai researcher di London, buat post-doc dalam 3 minggu lagi.. Antara ayat yang lebih mengharukan, "sayang, ibu ayah Man tak dapat berada dalam dewan ini hari ini. Pasti ini saat yang sangat bermakna untuk sepasang suami isteri melihat depan mata mereka, anak yang dulu muat di dalam dakapan tangan (kecil), merantau mengejar cita-cita, telah berdiri sebagai seorang Dr Man Xu" aku rasa memang tak boleh blah. ucapan yang sangat bermakna dan mengharukan.. tapi masih dibuat dalam suasana rasmi berprotokol.

fuh...
aku nak berdiri dalam posisi Man tu juga suatu hari nanti.. =D

Thursday, April 16, 2009

makhluk Tuhan bernama tumbuh-tumbuhan

haaa...!!! aku dah tau salah satu sebab aku rasa macam tak best sejak dua menjak ni..

aku dok termenung dalam bilik ni, aku nampak sesuatu.. beberapa 'aura tak best' ada dalam bilik aku..! tumbuhan-tumbuhan dalam bilik aku ni ha... huhu.. aku pun tak tau kenapa.. selain dari tiga pasu yang normal dan berbahagia, ada satu pasu bunga ros kecil yang aku beli kat Utrech Central tu, bunga-bunganya sakit sebelum berkembang.. cewah.. pastu, bunga ros potong yang aku beli masa hari aku genap 22 tahun pun dah kiok (ni memang dah time rasanya..), dok dalam pasu berisi air bervitamin tu.. pasu la sangat.. botol yang dipotong sebenarnya. hehehe... lagi satu, sepasu bunga yang lala kata bunga dahlia.. eh, ke lala kata daisy? ke lala kata carnation? haha.. yang lala beli untuk aku dan sepasu lagi warna lain untuk mai.. cewah.. kembar gitu.. masih stabil, tegap, berwarna oren ceria kembang mekar. tapi yang masih putik tu membuatkan aku hairan sebab tak kembang-kembang.. aarrgghh.. kenapa dengan diorang ni? merajuk dengan aku ker? huhuhu..


hakikatnya, semua yang ada dalam bilik ni adalah bernyawa.. dan bergerak!! walaupun kerusi! kenapa? tak percaya? hehe.. dalam ilmu Fizik, jirim terdiri daripada tiga unsur. pepejal (contoh, kerusi tadi lah), cecair (contoh, air kopi yang aku minum ni) dan gas (contoh, udara yang aku sedut dan yang aku keluarkan.. hahaha). haaa.. ada juga pendapat baru, unsur lain iaitu plasma. ke, plasmon? (carilah kat internet kalau nak tau lebih ya). dan hakikatnya, semua unsur tersebut terbina dari molekul-molekul (perkataan yang aku suka dengar jika mak aku sebut, hehehe..) atau lebih asas lagi, atom. semua atom adalah bergetar/bergerak walaupun atom dalam pepejal! sebab tu aku kata tadi, semua yang ada dalam bilik aku ni bernyawa dan bergerak! hehehe.. hmm.. subhanallah.. :)


haa.. tapi, apa yang aku nak cerita kali ni (di kala banyak kerja sebenarnya) ialah tentang makhluk yang bernyawa pada mata kasar dalam bilik aku ni (selain aku), tumbuh-tumbuhan. selama aku hidup, aku selalu diingatkan bahawa tumbuhan itu berperasaan! hohoho.. jadi, hakikatnya, tumbuh-tumbuhan ini juga respon terhadap perkara yang melibatkan perasaan terutama 'tuan' mereka =D


aku bukan la ambil kursus mengkaji tumbuhan, apatah lagi perasaan.. cewah.. maka, diharap tiada sesiapa mengambil apa-apa tulisan aku di post kali ini untuk rujukan tugasan kerja sekolah ya.. hehe.. (macam lah ada kan.. haha)


seingat aku, tumbuhan pertama yang aku beli (duit papa lah kan), kaktus-kaktus dalam pasu kecil di depan Jaya Jus** kat Melaka. 4 pasu RM 10. ada yang mahal sikit, 3 pasu RM 10. masa tu, aku tak pasti aku sekolah rendah atau menengah rendah. menengah rendah kot. sampai lah aku ada koleksi satu meja saiz meja kayu masa darjah 1 penuh dengan pasu-pasu kaktus. tapi aku tak terjaga dah selepas masuk asrama masa tingkatan 4. huhu.. kaktus-kaktus tu merajuk kalau bukan aku yang tengok (perasan).

ada juga cuba-cuba beli pokok bunga kemboja cina tu. tak tau la korang panggil dengan nama lain kan. tapi yang aku bela tu, keluar bunga sekuntum je selepas sekian lama tak berbunga-bunga. sebelum berbunga, mak aku kata,
"sebab kau belum mengeluarkan hasil"

hehehe.. Bila dah berbunga yang sekuntum tu pulak, dan dibandingkan dengan pokok bunga kemboja makngah aku yang memang 'bertangan hijau', mak aku kata,
"tu maknanya makngah kau lagi banyak mendatangkan hasil dari kau, long"
hahaha.. ntah, aku macam percaya je betapa tumbuh-tumbuhan itu sangat berkaitan dengan 'tuan' nya, yang membeli, menanam dan menjaga. ada chemistry gitu hehehe..


"kalau kau tak berbuah, aku tebang kau..!"

bercakap dengan pokok? gila? hisy.. tidak tidak.. pokok itu boleh dengar.. hehe.. sebab pokok itu berperasaan.. hehe.. boleh nak ugut, boleh juga nak memujuk..
"berbunga la.. kesian orang lalu lalang tengok kau tak berbunga.. " (contoh)
tapi jangan la dok mengayat je tapi tak bagi penjagaan yang sepatutnya. tak patut, tak patut..


tapi ye la kan.. (sendiri cakap, sendiri iyakan) setiap yang berperasaan tu bukan hanya boleh memberi, tapi juga mahu menerima. "what you give you get back" bak kata mak aku.. macam kiok nya hari aku, macam tu la kiok nya tumbuhan kat dalam bilik aku ni. (perasan) so, aku rasa nak indahkan hari aku supaya mereka rasa indah juga. ayuh! berkhidmat untuk 'makhluk hijau' ini! hehehe.. ke, indahkan mereka dulu supaya aku berasa indah.. aaaahhh.. kira vice versa lah... diingatkan, aku kalau ditanya perkara-perkara fakta tentang pokok, aku memang tak tau. main bela jer.. hidup hidup, tak hidup dah ajal, nak buat camne..just feel the pokok la.. hoho.. tangan pun tak hijau sebenarnya.. ngeh3..

engkaulah makhluk Tuhan
yang tercipta
yang paling seksi.. ops, tersilap lagu tema..


Lagu Hijau (aku belum explore cara memasukkan video youtube dalam post hehe..)

setiap yang berlaku di dunia ni tak terlepas dari 'pemerhatian' dan perancangan Allah, sekalipun sehelai daun yang gugur. ayat-ayat Allah termasuklah, satu, yang termaktub dalam al-Quran dan dua, yang ada di atas muka bumi, alam semesta. (ada istilah bahasa Arab, tak ingat. huhu.. baca kat Saifulislam.com tapi tak jumpa balik dah dalam post yang mana satu huhu.. ) ayat-ayat-Nya JUGA untuk mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, kasih sayang-Nya, kekuasaan-Nya. siapa kita untuk merosakkan atau tidak mengendahkan? dan, cukup besarkah kita untuk sombong dengan tidak mengucapkan subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar dengan setiap apa yang kita lihat? termasuklah 'peneman' kita, makhluk-makhluk-Nya yang lain ini..


*mode musim bunga di negara tulip*

Kat bawah ni gambar-gambar yang diambil di Keukenhof Park, Netherlands, taman bunga terbesar di dunia. Setelah puas berjalan, tiga gadis comel dan ceria pulang dengan keadaan yang lembik dalam cuaca yang panas, 24 darjah celcius (kira panas la untuk tempat yang biasa sejuk dan berangin)


~pelbagai bunga, terutama tulip di dalam rumah kaca~


Jangan tanya aku nama bunga.. hoho.. aku tau tulip, orkid, lavender, mawar.. nak spesifik lagi, tanya orang lain hehehe.. Dua gambar bunga tulip merah jambu yang sama spesis kat atas ni, satu aku ambil satu lagi, Mai ambil ;)

~ orkid leopard...!!! hehehe.. ~

~ berangan berada kat Jepun kejap ~

Boleh tengok gambar-gambar lain yang diambil menggunakan kamera bukan dslr di friendster atau facebook aku yer... sekadar berkongsi perkara yang cantik ;)

ada masa kecederaan tak?

sekiranya anda memerlukan bahan bacaan untuk menambah ilmu di dada dan meluaskan pemikiran, jangan teruskan pembacaan

.
.
.
.
.
.
.
banyaknya benda yang aku nak buat sekarang.. dalam kepala lain.. atas planner lain.. atas draft email lain.. komputer kat fakulti lain.. yang patut aku buat satu hal.. yang aku teringin nak buat pun satu hal.. aaaarrgghh.. aku rasa macam perlukan lebih dari 24 jam sehari.. huhu..
.
.
.
.
.
.
.
ada masa kecederaan tak?

Friday, April 10, 2009

i want peace...!!!

"do you know al Qaeda?"
"al Qaeda?"

Almaklumlah, orang bukan tekak Arab, bunyi perkataan tersebut kurang jelas, maka, kami mengulangnya untuk mendapatkan kepastian.

"yes, al Qaeda.. dududududu....!!!"
sambil dia membuat gaya orang memegang machine gun berserta bunyi. Ala-ala orang tengah bermain di pusat video game gitu.

Aku dah rasa malas nak layan dah. Aku terus makan turkish pizza tu, ala-ala kebab. Aku rasa aku bukan kunyah dah, tapi kemam-kemam, telan.. aku nak habis makan cepat!

"do you know Osama bin Laden?"

Sah.. memang sah.. orang tua ni saja nak cari pasal. haih.. malasnya aku nak layan..
Kawan aku jawab, ye, pernah dengar nama tu. hehehe.. Caya la..
Pakcik tu masih cuba menggambarkan watak yang disebut tadi dengan gambaran seperti aku tengah main game paintball kat Danga Bay dulu dengan budak-budak kelab kesayangan aku.. haha.. dudududuududu...!!!

"please tell Osama bin Laden, i want peace!!!"

ceh.. giler ke hape orang tua ni.. sabar Ain, sabar..

Aku tak ingat mana aku dapat ayat,
"jangan berdebat dengan fakta bersama orang yang mahu berdebat dengan emosi"

Pakcik tu memang sahih emosi. Mungkin dia nampak tenang, tapi dia sangat memiliki sentimen anti Islam. Dia menyuarakan pendapat dia tu dalam kedai kebab halal!
Awal-awal nampak dia lagi dia dah buat bahasa tubuh dah, yang bermaksud,

"cuba tak payah pakai tudung tu, mesti lagi cantik.."

Aku diam je masa tu, malas nak layan. Masa makan, dia sibuk-sibuk nak berbual. Sebelum tu sempat la aku bagi gambaran awal pasal pakcik tu kepada dua kawan cun aku yang lain tentang peristiwa bahasa tubuh pakcik tu. ya, sikap ramah nak berbual dia tu bersebab!

"i want peace.. his hen want peace.." sambil tunjuk kawan dia.

hek eleh.. ada ke ayam-ayam siapa yang mahukan peperangan? aku lempang jugak pakcik ni karang. (cewah, dalam blog sendiri berani la) Aku pun meneruskan 'operasi menelan' makanan aku. Kalau dikirakan bengang, memang bengang. Kami tak kacau dia pun, dan sah sah dia sangat tenang di bumi Belanda, di bandar Amsterdam tu. Dia yang merosakkan 'peace' kami masa tu.. pakcik pakcik.. Kalau ikut bengang, nak je cakap macam tu. Tapi aku juga sangat memikirkan seram. Mau tak seram, dia duduk sebelah aku je. kalau la dia tiba-tiba emosional, dengan tapak tangan dia yang sama besar dengan muka comel aku ni, apa saja la yang aku dan kawan-kawan aku boleh buat kan. Maka, sabar.. kami sabar dan cuba bermuka manis.

Tiba-tiba aku teringat peristiwa seorang gadis comel di 'smackdown' oleh seorang lelaki Polish di depan gereja, Warsaw, Poland. smackdown dengan menghayunkan penumbuk sambil berjalan, tepat di muka gadis tersebut, sehinggakan gadis tersebut telentang!! persis terpijak kulit pisang di jalanan! (secara kartunnya, ada keluar bintang-bintang kat atas kepala)

Kembali kepada cerita pakcik tadi, di kedai yang berhadapan dengan Amsterdam Central train station.. Pastu, dia minta maaf.. Dia kata, abaikan dia.. i'm sorry..
aku senyum, dan kata, "okay.."
dia ketawa..

aku ingat dah selesai dah..

tapi masih lagi..

"i want peace!! please tell Osama bin Laden, i want peace.."

ntah, sekarang bengang la kalau nak fikir-fikir balik. tapi hakikatnya, masa tu aku rasa seram. hahaha... hhmmm.. seram dengan hanya kata-kata pakcik yang nampaknya sangat jahil dengan dunia realiti sebenar kan?

Adik-adik kat Gaza tu tak seram pun nak baling batu pada askar Israel yang bersenjata.. HANYA BATU!!
tengok la video kat Youtube. nak nak, lagu Merah Saga. huhu.. Kalau tengok tanpa ada perasaan jugak, tak tau la nak cakap apa kan..

okay la pakcik.. kita serupa pakcik.. kita sama jer.. sebab, saya pun,

i want peace...!!!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Antara yang terlintas di fikiran semasa peristiwa tersebut, Niat hitam putih antara dua agama

Tuesday, April 7, 2009

i love you more than i can say...

"Kartun kat banner tu kau yang lukis ke?"
"ye la..." dengan penuh yakin.
"ooo..." sambil dalam hati, 'wah.... cantik cantik..'

orang berjiwa kartun la katakan... hehehe..
the making of budak itu ialah diceritakan dalam gambar di bawah,

Buku mewarna tu macam terbalik.. hmm.. takpe takpe.. dimaafkan.. mungkin dia ada niat nak kasi tunjuk pada kamera, itu lah gambar yang sedang diwarnakan.. sedang? dia ke yang warnakan masa tu? (agak musykil aku)

Antara perkara yang bertentangan antara aku dengan dia ialah;

- dia cukup tak suka kalau kene tolong jahit songkok. dia lebih rela buatkan air dan cekodok untuk seisi keluarga. aku tidak.
- dia suka ikut mak ayahnya berniaga, menjual songkok. aku tidak.
- dia tukang peringat emaknya supaya berjimat cermat, tidak boros. aku? sangat tidak. hehehe..
- dia peneman karaoke emaknya. aku? tidak sama sekali.
- dia 'disegani' dan ditakuti oleh adik dan adik-adik sepupunya.. hahaha.. aku tidak.. :P
- dia.. hmm.. satu aku cerita pasal dia, secara automatik, satu aku cerita pasal aku jugak kan? hahaha.. okay, cukup, cukup.. :D

disebalik main cikgu-cikgu, main masak-masak, main anak patung, siap jahit baju anak patung pakai mesin jahit lagi tu, conteng dinding almari dengan tulisan-tulisan dan macam-macam lagi, tak kurang hebat juga konflik antara dua manusia ni iaitu aku dan anak kak yati lagi seorang ni. tapi apa la sangat konflik cornflakes semua tu kan kalau dah memang termaktub, air dicincang takkan putus. sebab? ciri-ciri cecair ialah bentuknya adalah mengikut bentuk bekas kerana struktur molekulnya... errr.. okay, boleh rujuk buku sains sekolah rendah ya tentang struktur molekul cecair tu.


haaa.. tengok.. gambar-gambar bukti air dicincang takkan putus. daripada bergaya sakan, sehingga la dia telah mengamok tak nak pakai baju tu lagi, aku tetap amik gambar sebelah dia.. walaupun sebenarnya masa ni, dia sedang.. errr.. camne nak cakap ya.. hmm.. sebenarnya.. hmm... dia yaaaakkk....!

oh.. sebelum ada orang rasa pelik kenapa 'senyum' macam tu.. ha.. sebab, masa nak ambil gambar, jurugambar, merangkap kedua orang tua mereka kata, "senyum.. senyum.." tapi entah kenapa yang susah sangat nak senyum, aku pun tak faham. Maka pasangan suami isteri itu menambah arahan mereka, "senyum nampak gigi, senyum nampak gigi.." dan mungkin juga ditambah dengan, "senyum buka mulut, senyum buka mulut..." haaa.. itu pasal la jadi macam tu.. doraemon, doraemon.. maksud aku kartun doraemon yang tengah jelir lidah kat tepi tu, harap tak de orang terasa yer.. =p



hmm.. kalau nak tau, aku dah lama sangat dok mengarang entry ini. asik tulis, padam, tulis, padam.. serba tak kena.. sebab i really miss my lil sis..

my sis yang offer duit biasiswa dia di saat aku tersepit duit akibat mendahulukan sebahagian besar kewangan aku untuk satu program kelab di utm.. sangat-sangat terharu tahap dewa!!

my sis yang bagi kad ucapan buatan sendiri sempena keberangkatan aku ke luar negara dengan kata-kata yang ada kelakarnya, tapi buat aku menangis semasa membacanya..

my sis yang hmm.. aku tak boleh la wei nak cerita lebih-lebih pasal my sis yang sorang ni.. (memang sorang pun) huhu.. really homesick aku ni kang huhu..

huh.. takpe, aku tau my sis faham apa yang aku sepatutnya tulis atau cakap kat dia.. hehehe.. :P

iqa, happy birthday ye..!! semoga happy selalu, dan dapat apa yang iqa kejar.. kalau dah dapat, jangan lupa apa yang berkurang, dan kalau tak dapat, jangan ingat semuanya dah hilang.. semoga sihat walafiat, tenang-tenang selalu menghadapi semua ujian, dipermudahkan jodoh (cewah, nak jugak..) dan diredhai Allah dunia dan akhirat.. i dont have any other sis, except you..

i love you more than i can say.. (cilok lirik lagu omputeh)



p/s : comel kan, tiga adik beradik comel ni birthday nya dekat-dekat.. sama zodiak gitu.. hehehe.. dan, mengikut kata kak Yati, ketiga-tiga adik beradik ini lahir pada bulan terang.. syaaban, ramadhan, syawal.. semoga terang terang la hendaknya..

p/s lagi sekali : insyaAllah, nanti kita sambut birthday sama-sama tahun lain ya..


Wednesday, April 1, 2009

How old are you? I am 15 years old

1 haribulan April tahun 1994, juga ditulis sebagai 1/4/1994, pada jam 4.44 pagi, (saje je kan doktor tu nak banyakkan nombor 4 ) seorang bayi lelaki akhirnya keluar melihat dunia selepas dua minggu tertangguh. Kenapa tertangguh? Sebab mak dia kata, "Janganlah keluar hujung bulan puasa ni.. aku nak beraya..." haaa.. hamik.. hehehe.. Masa dalam perut lagi dah mendengar kata budak ni.. bagus bagus.. adik sapa lah ni.. hehe..

Tergelak-gelak sorang-sorang aku tengok gambar-gambar yang ada dalam laptop aku ni ha.. gambar muka bayi tadi yang dah bergelar budak lelaki.. Asyik bermain jer budak sorang ni lah..
Sebenarnya aku nak letak gambar dia masa baby yang sangat tembam tu.. tak ada pulak dalam laptop aku kan.. hehe..

Daripada bermain alat permainan yang memang dipanggil alat permainan, sehinggalah kepada apa-apa saja yang boleh dia jadikan alat untuk bermain, dia layan.. hentam saje la labu...

Tengok tu.. hentah apa-apa ranting pun dia layan.. dengan tong sampah biru.. (sikit je nampak dalam gambar hehe) Tanpa apa-apa props pun dia boleh bermain.. hahaha.. langsir kat belakang tu familiar habis la kan.. hehe.. dan.. termasuk lah motor paklong aku.. action je lebih tu.. bawa basikal pun kaki luka.. ada hati.. =P

Dalam budak-budak dia, asyik bermain jer.. sampai ada satu kali tu, aku ajar dia pasal simpulan bahasa, dia boleh main satu benda (aku tak ingat) sebagai kapal terbang yang meruntuhkan 'istana' yang dibina oleh saudara sepupu dia, dak Nui.. huhu.. tapi ada jugak aku rasa, "eh, dah boleh harap la budak ni.." Contohnya,

Dont try this at home.. the making of 'daging kangkang' hahaha..

Aku macam suka pulak kat gambar kat atas ni.. sebab budak kecik tu macam comel lak aku rasa.. tapi diharap jangan cuba menyatakan dengan siapakah dia bergambar.. hehehe... seingat aku, masa ni, budak kecik ni botak.. hahaha.. Masa ni ketot jer budak ni.. Tengok gambar raya lepas, Aidilfitri kedua keluargaku tanpa aku di kampung, (cewah) memang sah, budak ni lagi tinggi dari aku dah.. Budak? dah remaja gitu.. eewww.. remaja..? geli geliman gelimat lak aku hehe..

Ini la budak yang menjadi fashion designer aku,
"Long, baju ni tak best la Long.. pendek.. kau pakai baju lagi satu tu lah.."

Dia juga hero aku,
"Pet, ada orang datang la.."
"biau aku tengok.."


Dia juga seorang pendengki,

"Long, **** apa kabau?" (nama seseorang)
"hek eleh, cari gaduh.. mana aku tau dia apa kabau.."
"hehehe.. oo.. habis, yang nombor dua? *
***?" (nama seseorang yang lain)
"kau ni apasal?"
"eleh.. tanya jer.. hahaha.. acukucukucu.. colet sikit.."
pastu dia blah..

Dia juga buat aku geli hati,
"Long, kenapa orang telinga capang cantik ek?"
"haa? cantik? hentah.. nasib dia la.."
"macam akak tu ha.." sambil tunjuk seorang awek kat meja makan yang lain, "kan telinga dia capang.. cun tu.."
"hmm.. yer kot.."
tak nampak pun muka akak tu..
"cun, macam awek aku.. hehehe.."
"ceh.."

Dia pernah bercita-cita nak jadi tukang bancuh simen (sebab dia tengok orang yang buat rumah kat kampung) Pernah juga nak jadi pelumba kereta.. Pernah juga nak jadi bomba (Dia telah menemuramah bomba bertugas di satu pameran) Jadi penyanyi? Itu kena tanya pengkritik tetap, Kak Yati kita dulu semasa audition.. Pomen? asal dia pomen basikal jer, ada seorang nenek sound, "alaaaaaahhhaaaaii....!! dah macam tikus baiki labu dah ni ha...!!!"

Nak jadi ustaz? nama-nama Malaikat macam ada salah jawab masa exam dulu kan? hahaha.. Nak jadi jurujual? haa.. ni dah ada gaya, omputeh pun dia bantai jual songkok.. Pembuat kotak songkok? haaa.. skil buruh ada, skil mandor pun ada.. boleh dipertimbangkan.. CEO syarikat Kotak Katik Interprise pun boleh.. pun boleh..

Tak kira la Apit nak jadi apa.. dan akan jadi apa.. yang penting.. genapnya hari ini Apit 15 tahun mengikut kalendar orang puteh ni,

i wish you Happy Birthday!! and hope your dreams come true.. tenang, sakses dan bahagia hari ini, esok, lusa, masa depan.. kat dunia dan akhirat.. Allah sentiasa jaga Apit.. insyaAllah..
err.. dah la, tak reti aku nak wish lebih-lebih.. paham-paham je la seorang kaklong yang baik kan.. =p


p/s jangan muncung-muncung.. kalau nak sangat motor, motorola boleh la aku sponsor.. haha..