Tuesday, May 12, 2009

Soalan aku wajib jawab tentang Belanda (Bahagian 1/2)

Assalammualaikum warahmatullah..

Banyak kali juga aku ditanya dengan soalan-soalan yang berulang kali dari orang yang berlainan, malah ada juga orang yang sama. Soalan-soalan yang merupakan rentetan daripada pernyataan aku, "aku/saya/i/ain sekarang berada di Belanda"

Memandangkan pengulangan cerita membuatkan kadang-kadang aku tak jawab detail, atau aku jadi penat dan mungkin jadi teremosi, kerana EQ (kecerdasan emosi) yang tak mampu dikecap setiap masa, minta maaf kepada yang ala-ala tersinggung, my bad =( maka aku berhasrat nak jawab siap-siap kat post kali ini. Layan..

Amaran : Pendapat aku sahaja. Berdasarkan pengalaman beberapa bulan sahaja. Harap maklum.

Soalan 1
Belanda tu Holland ke? Netherlands?

Ya, Belanda itu Holland, dan nama lainnya, The Netherlands. Nama paling formal, The Netherlands lah.. Ayam belanda tu aku tak pasti betul ke ayam sini, sebab dalam bahasa Inggeris, dipanggil Turkey. So, aku tak tahu kenapa bahasa Melayu disebut Belanda.

Soalan 2
Macam mana ya Belanda?

haaa.. soalan yang sangat subjektif. aku biasa jawab ikut mood aku. hehehe. sekarang, mood aku baik, maka, jawapannya, belanda ni tenang, aman, selamat, bersih (******************************** deleted sebab ada orang tak puas hati. sekian), cantik.. Biasa yang aku highlight, aman, terutama di Delft (sebab ni tempat tinggal aku). Kalau mood aku tak baik, jawapannya, sini biasa orang bunuh diri masa musim sejuk, sikap individualistik tinggi, jiran biasa tak kasi bising selepas kol 10 malam dan sebelum 6 pagi (lebih kurang lah), kos hidup tinggi, diorang semua tinggi-tinggi (aku terasa renek). hmmm.. dah dah.. cukup.. hehehe..

(banyak lagi jawapan-jawapan wajib, sangat mencapah soalan ni, dan hakikatnya, boleh je nak positifkan. tapi nanti jadi panjang berjela jela jela jela jela blog aku nanti)

Soalan 3
Macam mana orang Belanda dengan Islam? Bukan Belanda anti Islam ke?

Alhamdulillah, kat sini senang nak jumpa orang Islam. Tudung diorang lagi labuh dari aku. huhuhu.. berjubah.. memang selamber je.. tak de masalah.. Memberi salam semasa Muslim juga menjadi kebiasaan, tak de sorok-sorok. Masjid senang nak jumpa, malah besar! Kebanyakan (mungkin semua) masjid dibina oleh kumpulan bangsa/negara, seperti, orang Turki, orang Morocco, orang Indonesia. Masjid Malaysia tak de lagi kot. huhuhu.. Disebabkan perkembangan Islam di sini lah, orang bukan Islam, terutama Kristian takut dan macam-macam mereka cuba buat (pendapat aku lah). Maka, tak dinafikan ada yang anti. Memang ada yang ekstrem. Tapi apa saja yang mereka boleh buat, setakat perli-perli kan? Tak de lagi kes baling-baling batu ke pada pengalaman dan pengetahuan aku. Tapi kat belanda ni aku baru jumpa sekali je la pakcik yang dengki dengan Muslim. Teringat pesan seorang abang pramugara di saat kami nak keluar dari pesawat, pertama kali menjejakkan kaki di bumi Belanda ni, "baik-baik ye belajar, belanda ni open sikit". dah la abang tu kacak. Maka, pada pendapat aku, Belanda ni open, terbuka. Anda bebas berpurdah, malah bebas bertelanjang. (ni pendapat aku je okay... hakikatnya aku lom jumpa lagi yang bertelanjang. tapi ada rasanya kat kawasan pelacur 'terhormat')

Soalan 5
Orang kata, Belanda ni negara bawah paras laut. Macam mana tu?

aku pun baru faham bila aku dah datang sini. hahaha.. terima kasih kepada penghulu Delft, Ahmad. Ya, Belanda berada pada bawah paras laut. Secara mudah, air laut disedut dan menjadikannya daratan. Kaedah? tali air di bina melambak-lambak dengan strategi yang mantap untuk men'darat'kan laut secara sistematik dan berperingkat. Kalau la ditakdirkan sistem pengairan gagal, tenggelam lah bumi Belanda ni. Dengan bongkaknya manusia di sini ada yang mengatakan, Belanda ialah negara/daratan yang dicipta manusia, bukan semula jadi atau tuhan. Kesian diorang ni. huhuhu.. Maka, kita boleh jumpa tempat-tempat di mana aras air adalah lebih tinggi dari tempat kaki kita berpijak di daratan. Kadang-kadang, "eh, kapal berada lebih tinggi dari aras kaki kita!" Kat sini, ada tempat tumpuan pelancong, namanya Delta Work, nanti dia cerita dan tunjuk empangan yang kawal air laut (sori la, aku belum pergi lagi, cari kat internet sendiri lah ya) Akan ada hari Isnin setiap awal bulan, ujian siren amaran banjir di Belanda, untuk menyelenggara sistem keselamatan berkaitan hal ini. Cewah, macam pelapor Majalah 3333 lak.. ahakz

Soalan 4
Negara bebas ****?

haaa.. ni berkaitan juga dengan pesanan abang pramugara tadi. Lantak diorang lah.. janji tak kacau aku. hahaha... Mungkin sebab Amsterdam terkenal juga dengan Red Light District, maka tu yang open sangat kot. (kot tau!) Kalau nak gi jalan-jalan Amsterdam terutamanya, jangan biar anak-anak kecil anda leka menatap lama-lama lebih-lebih lagi di kedai-kedai cenderahati, takut-takut anak-anak itu pelik dengan apa yang dilihat malah menjadi mimpi ngeri. Sebab, bukan anak-anak kecil je, yang dah anak dara ni pun terdetik "eh, apa ni? aiseh.. menyesal aku pandang.." Tapi jangan risau la.. selamat.. selamat.. asalkan semua kuat iman dan tegas. Kalau tak kuat iman, kat negara sendiri pun boleh buat perkara tak patut ni kan.. daaa.. Ha.. disebabkan aku dah tersebut Red Light District tu, aku nak pesan. Siapa yang tak nak hilang ilmu, terutama ayat-ayat hafazan Quran, JANGAN PERGI! JANGAN LALU! walaupun anda perempuan! (luas lagi bahananya, bukan hilang apa yang diingat je)

Soalan 6
Apa yang terkenal di Belanda?

1. Kincir angin.
Ada banyak kincir angin, ada yang kita boleh masuk untuk tengok. Kat belanda ni memang kuat angin. Tepi pantai pun kuat angin kan, apatah lagi tempat yang asalnya laut kan. (memandai je aku buat teori). So, angin adalah antara sumber tenaga terpenting. Untuk jana kuasa (ada kot), untuk pengepaman air, untuk hancurkan.. err apa ntah, gandum kot, ke kapur, dan apa-apa lagi lah kegunaannya.
2. Keju
Mak ngah aku, perkara pertama dia sebut pasal Belanda, "ooowh.. Belanda.. Dutch Lady!" haaa.. betul lah tu. terkenal dengan produk tenusu terutama keju. TETAPI, keju yang ramuan asli tu, ada rennet. Berdasarkan lawatan kumpulan wartawan aku, (hahaha) akak keju tu jawab, rennet adalah enzim dari perut anak lembu. Kami tak tanya lebih dah lepas tu, sibuk amik gambar dan aku pun pening dengan bau keju. Tapi mengikut kata kawan-kawan lain, rennet tak leh makan. So, carilah keju produk tumbuh-tumbuhan (Biologish) atau di kedai halal (orang turki kalau kat tempat aku ni)
3. Porselin
warna biru dan putih kebanyakannya, adalah porselin yang menjadi 'trademark' Delft. Jenama yang biasa ada dijual, Delft Blue. Kalau yang harga ratus-ratus, riban-riban, nama dia Royal Delft Blue. peminat produk macam ini memang minat lah. kalau aku, baik aku simpan duit buat kahwin kan.. ahakz
4. Tulip
belanda ada taman bunga terbesar di dunia, Keukenhof Park. aku dah pergi. yeah! Sangat ramai orang datang terutama masa musim bunga! taman yang sangat besar! bunga banyak! terutama tulip. cantik! ada juga ladang untuk bunga-bunga itu dieksport. tempat proses bunga untuk eksport pun aku belum pergi lagi. tunggu selsema b*** ni reda dulu. hehehe..
5. kasut kayu
tau terompah? haa... aku suka-suka je nak bandingkan kasut kayu belanda dengan terompah kan. hahaha.. tapi rupa dia bertutup lah, macam kasut. banyak cenderahati berupa kasut kayu ni. secara tradisional, kasut kayu ni digunakan seperti kasut biasa. kelebihan? kata abang yang buat demonstrasi di Zaans Schanse, ringan, suam (warm) dan murah berbanding kasut kulit. biasa digunakan untuk ke farm (ladang kan?). sekarang, tak tau orang guna lagi ke tak, tapi kalau untuk tradisi, memang ada lah. pakai dengan baju belanda tu, memang dah rupa kakak kat tin susu Dutch Lady dah lah. hahaha..

Eh, tak sedar aku dah nak tengah hari. Ada kerja lain aku nak buat. Aku akan sambung lah untuk soalan-soalan lain dan mungkin ada soalan tambahan. Berserta gambar-gambar. Bosan je aku tulis tanpa gambar kan.

okay.. will be continued..

update : Bahagian 2 dah siap!

7 comments:

RS. said...

I SOOOOOOOOO WILL GO TO AMSTERDAM !!
aaaaaaaa cant wait. hahaha
Ayen, make time for us OK??
:)

anyway, baru tau ade keju yg xhalal. i mean if just enzim.. tuh xhalal ke??

ayen =D said...

pantasnya kau Raje...

insyaAllah.. i'll try.. cannot promise.. huhuhu..

ha ah.. senang nk cari yang tak halal kat sini hahaha..

setakat ni, aku paham rennet tu tak halal. tapi penerangan pasal enzim tu, akak tu jawab gitu. tak tau la aku yang lemah hukum hakam (memang lemah pun), aku tak faham ayat akak tu ke, atau akak tu salah gunakan perkataan Inggeris, wallahu'alam. tapi diyakini perkataan rennet tersebut. sekian ;)

Ajibo said...

nice report..

zairibaharom & ekinkhalil said...

soalan tambahan. cik ayen, oops, Dr.Ayen, brape tambang, penginapan & makan utk 3 hari 2 malam ke belanda??hehe..teringin..hihi.=D

ayen =D said...

hahaha..
ehem ehem..
tiket kapal terbang, malas nk cakap, tgk sndri kat website.. rm4000 mybe one way tiket.. hohoh..

hostel kt sni pn, malas nk cakap.. search la sendiri.. nasib baik, dapat la hostel/hotel satu malam 20 euro (darab 5 utk RM).. kalau nasib baik..

transport dalam belanda.. nak ke zaanse schanse ke, amsterdam, volendam, delft, hmmm.. klu ada bunga lagi, keukenhof park, kos2 itu diakui tidak murah.. 50 euro smua.. (betul ke ni? hahaha..ke, kurang?)

makan.. huh.. pun susah nak cakap.. masak sendri la.. bawa bekal.. hehehe.. satu kebab, dlm 4 euro.. (darab 5 utk RM)

air, ain biasa minum air paip je..

jika serius, leh check harga dengan lebih detail selepas ini..

terima kasih.. sila datang lagi ke agensi promosi belanda kami..

Ayu said...

Bagus2.. Naxt time org tanya aku soklan2 ni, aku directkan saja ke post ko nih okes. Sunguh berinformasi. ; )

ayen =D said...

akhirnya aku berjaya siapkan bahagian 2 post ni huuuuuhhh