Sunday, July 12, 2009

Dia peduli, kita?

Assalammu'alaikum ..

Akhirnya.. blog aku kat APSI tu boleh aku buka.. yuhuu.. masih selamat blog tu.. alhamdulillah..
Dah selesai aku tulis satu.. huh, terasa plastik aku apabila cuba menulis dalam keadaan formal.. hohoho.. Dah la penat ni. Tapi nak tulis gak. Hobi. cewah.. Ni kat blog comel aku ni pulak =D barulah jiwa.. (adohai, bahasa memang tak lepas DBP ni)

Haih, banyak lak hutang aku dengan blog comel aku ni. Part 2 tentang Belanda, Part 2 tentang ceramah Yusuf Estes, dan beberapa lagi dalam kepala ni. Hutang kepada diri sendiri dari diri sendiri. Untuk kepuasan diri sendiri. hehehe..

Tapi apa yang aku nak kongsi secara ringkas dalam post ni, (aku harap betul-betul ringkas lah) tentang satu peristiwa masa Ahad lepas, di salah satu bandar di Eropah. (perlu lah kan aku nak berahsia bandar apa. hahaha) Aku ke sana sempena bengkel anjuran program study aku ni ha. Memang wajib pergi pun. Dah termasuk dalam yuran pengajian dah pun. UTM jangan nak dakwa dakwi ye. hehehe.. Tapi memang sewel lah kalau alang-alang dah sampai tak berjalan-jalan kan =D

Okay, peristiwa tu, bukan tentang bengkel, bukan tentang study, mahupun tentang UTM. Ada satu masa tu, kami bertiga (dua lagi tu, Masters in Optical Engineering di Warsaw University of Technology, Poland. Malaysian muslimah). Kami dok leka berbual, sampai tak perasan dah sampai hentian yang sepatutnya semasa dalam metro. Metro ni macam underground transport. Tak tau nak samakan dengan apa kat KL sebab aku ni buta KL sikit. hahaha..

Maka, kami pun berlari keluar pintu metro tu. Aku rasa aku macam melompat ala-ala power puff girl dah. Malangnya, seorang lagi kawan aku tertinggal kat dalam metro tu. Kami gelak je. Sebab, apa la sangat yang susahnya kan. Dia turun lah di hentian berikutnya, dan naik metro arah bertentangan pula. Kami tenang...

Semasa menunggu kawan tu, kawan aku yang selamat melompat keluar bersama beritahu,
"Aku nampak muka sorang pakcik tu sangat kesian dengan kita, Yen.."

Dah macam mata wang Jepun dah dia panggil aku kan.
"owh, ek?"
Kami pun terus menunggu dengan tenang dan santai.

tet, tet, tet... Bunyi pintu metro hampir ditutup.
Metro seterusnya sampai, kawan kami yang tertinggal dah keluar. Dengan muka yang agak ganjil. Suka ke, malu ke, sedih ke, terharu ke, sakit ke, hentah. Dia memang suka buat muka ni hahaha..

"korang.. tau tak.. tadi kan, ada pakcik tu tanya aku, nak pergi mana"
"owh.. pakcik belakang kau tu ek?"
"haa.. ha ah.. aku tunjuk lah nama stesen tu. tapi kene la pergi balik stesen ni kan. aku tak reti sebut, aku tunjuk la kat map. dia kata dia tak nampak. mata dia sebelah tu buta kot. dia tua la jugak kan"
"haa.. pastu..?"
"dia teman aku turun kat next stop tu... sepanjang dalam metro, dia selawat je banyak-banyak. aku macam terharu sangat. aku kata la, it is okay, i can go by myself. tapi dia teman gak"
"ooh.. tu la, tadi pun aku nampak muka kesian dia"
"pastu, dia siap mintak tolong sorang lelaki muda hantar aku naik metro ni tadi. aku kata, takpe lah kan.. dia sangat risau aku.. "
"tu la.. agaknya dia tengok budak ni sorang-sorang, macam kesian sangat dah ni"
"tu la pasal. terharu aku... kitorang sempat la borak-borak. dia tanya dari mana. lepas aku jawab Malaysia, aku tanya dia pulak. dia dari Palestin"
Kitorang masa tu terkedu
"haa.. aku tadi pun terkedu. tak tau nak jawab apa"
huhuhu..
"pastu, dia ada cakap something yang buat aku terharu sangat.."
"apa dia?"
Kitorang terus berbual tanpa kesah apa yang ada kat keliling kitorang. Lantak korang la kami bercakap kuat dan penuh perasaan. hohoho..
"pakcik tu cakap, kalau apa-apa hal, mintak tolong orang Islam tau. kalau nak mintak tolong tu, tengok muka orang tu. kalau tengok betul-betul, kita akan tau orang tu Muslim"

hmm.. Pakcik tu sangat risaukan keselamatan seorang muslimah, kawan kepada dua muslimah yang lain. Risau kan kami yang berada di bandar yang masih selamat, di siang hari. Risaunya dia, sampai temankan, dan berpesan. Selawat banyak-banyak. Tolong sungguh-sungguh walaupun entah mana destinasi dia sebenarnya. Walaupun kurang cergas, dia SANGAT SAYANGKAN KESELEMATAN ORANG SEAGAMA DENGANNYA dan berusaha MENJAGA...!

Dia risau tentang kami, tapi.. Apa yang aku dah buat, tanda aku kesah tentang KESELEMATAN ORANG SEAKIDAH DENGAN AKU KAT PALESTIN SANA? Mungkin anak-anak pakcik tu? Apa yang aku dah buat dan akan buat...???

Dia peduli, kita?

5 comments:

sa_ya S A I D A H said...

oh..meremang bulu roma baca entry ini..teharu..

noorafzan.blogspot.com said...

terharu...
kite patut contohi beliau.

Jalak Lenteng said...

mungkin pakcik tu pernah melihat sendiri kesengsaraan wanita palestin..moral of the stori:pompuan tak elok jalan sorang2..:)

ayen =D said...

hisy.. apa cite pasal bulu ni saidah.. hahaha..

*speechless* for afzan. hehehe..

wah wah wah.. si jalak lenteng.. sempat.. hahaha.. tp kenapa aku tak rasa itu moral of the story nye ek? ngeh3..

zairibaharom & ekinkhalil said...

terharu..sob3.. insaf..thanks ain..