Wednesday, November 25, 2009

Gaya hidup Blogger

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Terpanggil untuk menulis, walaupun dalam kepala ada macam-macam perkara berkaitan kerja yang hendak dilaksanakan. Hmm.. takpelah.. sementara ada seru ni. Kalau kerja tak siap, macam tak biasa buat kerja di rumah. Tiada salahnya pun, bukan ada anak-anak atau suami di rumah buat masa sekarang kan.

Sesampainya di bilik (pejabat), terus buka laman-laman web wajib. Seperti emel, utmonline, dan blog. Disebabkan Afzan antara orang yang rajin tinggalkan komen, aku juga klik lah blog Afzan, nak menjenguk seminit dua. Ya, seminit dua. Aku bukan jenis yang rajin tengok blog orang, nak-nak sejak mula bekerja ini. Jangankan blog kawan-kawan, blog yang biasa baca untuk makanan rohani (cewah) pun tak terbaca-baca (tengok link di sebelah kanan).

Apa yang aku fikirkan sekarang ialah, wah.. Rajin Afzan update blog, layan komen-komen yang banyak. Malah kagum juga kepada tukang komen yang pastinya membaca post tersebut sebelum komen kan. Kalau aku lah, fikir untuk update blog sendiri pun, nasib-nasib je. Apatah lagi komen pada post orang lain selepas membaca. Kalau baca blog seorang tu lain lah, ni kalau lebih dari 5 dalam satu hari. Waw! Gaya hidup Blogger yang sihat pada pendapat aku sebab mereka mengupdate kawan-kawan. Tak terjumpa untuk bersosial pun, dapat baca cerita suka duka kawan-kawan dan menunjukkan rasa caring pun dan memadai aku rasa. Kawan yang bagus!

Teringat aku satu hari tu, baru aku tergerak nak baca blog adik aku. Selepas beberapa minggu. Silap-silap, bulan. Tengok-tengok, beberapa post terakhir dia masa tu adalah berbaur sedih, frust, atau tingtong. Huh.. Betapa tak alertnya aku dengan kehidupan dia masa tu kan. huhuhu.. Iqa.. rileks okay, aku tau ko tengah bahagia sekarang sebab kau cuti kat rumah hehehe..

Aku juga tahu tentang kehidupan para Blogger yang berkaitan dengan nuffnang. Errr.. betul ke aku eja tu. Aku tahu daripada Lala, juga pembaca blog yang tabah. Kalau dia tak beritahu aku, tentu aku sangat tak tahu macam maca boleh ada award kepada Blogger dan cara Blogger buat duit. Hmm.. melakukan hobi sambil berduit. Tak sia-sia kan. Kalau Blogger yang memilih jalan sebegitu, boleh jadi ada yang luangkan banyak masa untuk menulis, mengambil gambar, upload gambar, layan komen malah membaca blog orang lain kan? Aku wonder lah, dalam sehari, berapa minit mereka luangkan dalam gaya hidup Blogger.

Namun tak kurang kagum juga aku kepada Blogger yang menulis untuk menasihat, memotivasi, dan berdakwah. Pastinya ada (atau kebanyakan) Blogger sebegini tidak mengejar award atau wang, malah terus menulis tanpa putus asa. (ingat, aku tak pandang serong kepada Blogger yang buat duit, okay...) Ada yang menulis isu yang berat, kagum habis lah. Tak kurang juga yang menulis isu ringan, tetapi menarik untuk dibaca. Ada yang menceritakan tentang pengalaman yang aku tak pernah dengar dan sangat mengujakan. Ada yang .. sudah-sudah, banyak pula.. (tak de idea sebenarnya sebab dah lama tak blog-hopping). Dan paling menarik, ada yang menulis sebulan sekali, tetapi tulisan sangat dinanti-nantikan.

Apa pun tujuan para Blogger menulis, itu adalah hak peribadi masing-masing. Bebas berkarya, bebas berkongsi. Asalkan tak menyebarkan fitnah, tak buat cerita, tak mendedahkan aib orang, aku sangat kagum. Begitu juga dengan Blogger yang tak obses dengan diri sendiri, seperti yang letak muka sendiri terpampang besar-besar terutama perempuan. Letak gambar sandar menyandar dengan balak/awek. Errr.. tak berani komen banyak. Cuma tepuk dada, tanya iman. Sebab tolonglah ingat (terutama, wahai AKU), setiap perbuatan dan tindakan kita akan ditimbang di akhirat kelak, dan tulisan di blog tidak terlepas.

Wallahu'alam

1 comment:

noorafzan.blogspot.com said...

alamak segan pulak ayen mention nama afzan kat sini..
tq ayen sebab sudi jengah blog afzan..