Sunday, April 29, 2012

Do I Have?

I have a lot of stories to share.
I have a lot of 'thank you' to say.
I have a lot of love to spread.
I have a lot of 'forgiveness' to ask.
For that, I need a lot of time to spend. 

But, do I have a lot of time to share stories, 
to say thank you,
to spread love,
and to ask for forgiveness?


Menuju Fahaman Tepat

Sejuk dan gelap malam. Kucing jalanan meneman makan dua sekawan, di gerai tanpa bumbung dan lantai. Meja dan kerusi atas jalan raya berturap.

"Eh, janganlah bagi kucing tu ayam kau"
"Kenapa?"
"Aku rasa, tak patut bagi kucing tu makanan kat sini"
"Dia lapar tu. Tengok, dia pandang-pandang aku."
"Takpe, jangan ajar dia minta makanan kat orang tengah makan. Jangan ajar dia makan atas jalan raya ni.."
 
"Apa salahnya bagi dia makan"
"Nanti dia akan tinggal tulang tu sepah kat bawah kan"
"Dah lah Ain, kita tukar topik, aku malas nak gaduh dengan kau pasal bagi kucing makan"
"Aku cuma..."
"Dah, dah, dah..."

Perut kenyang, makan minum dah bayar, jalan menuju ke kereta, nak balik.

"Tikus! Gemuknya tikus tu!"
"Eeee....! Eh, bukan satu! Dua!"
"Ha ah.. berlari-lari.. dah macam arnab aku tengok hahaha.."
"hahaha.. eeee.. haih, kenapa lah ada banyak tikus kat sini..."

Nafas dikawal, sabar dilatih. Aku tak jawab. Aku tak nak gaduh. Diam.

"Owh, mungkin sebab orang tinggal makanan atas jalan raya..." kesimpulan dibuat dengan suara perlahan. Bukan suara aku, tapi suara dia. Dia faham sendiri. Aku senyum sendiri.

Jika ada idea, tak salah kalau orang bangkang, tak berdosa kalau orang tentang, tak rugi kalau orang abai terang-terang. Sebab lambat-laut, yang benar pasti tertegak, yang salah pasti terselak, yang gelojoh pasti tersedak.



Kenapa dikejar debat, kalau diam boleh buat otak ligat dan menuju fahaman tepat?


Saya Bukan Penggemar Kucing... Zzzzz...

"Ain, rindu kau!"
"Zzzz.. Malas nak layan kau"
"Kau ni, tak romantik!"

************

"Okay Ain, thanks dengar masalah aku! Sayang kau! Muaahh!!"
"Hek eleh... Kau kenapa ni?"
"Ala.. kau ni.. best tau Ain, kalau kita tunjukkan kasih sayang..."
"Eee.. tak payah lah kat aku... nak thanks2 bagai.. no prob la.. "
"Ain, sayang kau!"
"Dah!"

*************

"Long, tengok ni..."
"Siapa tu, Carol ke Lina?"
"Ni Carol.. Haaa.. yang ni baru Lina..."
"Ni ke yang paling kecik ada kat rumah kita tu?"
"Eh, ada lagi kecik, baru keluar, ada empat.. dua mak"
"Larr.. siapa beranak?"
"Kakak.. dengan Le.. haaaa ni... tengok..."
Mak, bapak dan adik aku berusaha keras memasukkan muka mereka dan muka anak-anak kucing dalam webcam masa Skype dengan aku.
 
"Eeeee....!!!" jawapan spontan aku, dengan nada dan mimik muka jengkel, tengok anak kucing yang rupa tikus (kecik sangat, mata tutup, kepala besar... hahaha).
"hahaha.. eeeeee dia jawab...", kata mak aku.

*************

Kawan-kawan yang baru kenal aku, yang fikir aku suka kucing, mesti kecewa kalau aku bagitahu, "saya bukan penggemar kucing". Kecewa kan? Kecewa kan? Owh, tak? Terkejut? Okay, biasa je, fine..
 
Senang je, kalau ada manusia mengada-ngada nak manja dengan aku pun aku tolak mentah-mentah, ini kan kucing nak bergesel-gesel menagih perhatian daripada aku? Tolong lah. Kau buat la muka comel macam Puss, kau memang cantik dipandang, tapi untuk aku gomol-gomol kau dan usik-usik perut kau macam bapak aku, mak aku, adik-adik aku, nenek aku dan kawan-kawan aku buat pada kucing-kucing di seantero dunia, minta maaf.



Dah macam ni punya ramai makhluk Tuhan berkaki empat ni kat rumah aku satu masa dulu (mungkin gambar 3-4 tahun lepas), takkan la tak terdetik kat hati aku nak perhati gelagat mereka yang pelbagai kan. Tak kan la perhati gelagat tanpa terbit rasa geli hati kan... Orang kata, kalau tak cinta sekali pun, tapi bila dah hari-hari pandang, tak ke mana pun benci tu.



Kenapa aku nak luang masa 20 minit layan kucing gedabam depan rumah sewa aku kat sini guling-guling dan bergambar? Tapi aku tak cinta, tak suka. Jadi kenapa? Kenapa?

 
"Ala, Ain, walaupun kau tak pernah usap aku dengan kasih sayang yang hakiki, aku akan kekal ada depan mata keluarga kau, sebagai generasi pertama kucing-kucing di rumah kau di Merlimau. hehehe.. " kata Kakak =P

***Ini ada blog adik aku, Iqa, dengan gambar-gambar kucing. Kebanyakannya kucing kat rumah kami di Merlimau. Layan....

http://selembarsuterakasih.blogspot.com/2012/03/zzzzzzzzz-tidur-dengan-mummy.html


*********************

"Pa, Ain langgar kereta orang.."


Esoknya,

"Ain, lepas Ain tepon bagitau Ain accident kan, Ma terus cakap kat Pa.. Tengok, haritu kita kata nak buang kucing tu sebab banyak sangat dah, ale-ale dak Ain accident... Tak jadi kami buang kucing kita tu.."

Saya bukan penggemar kucing. Saya tak berani sumpah saya bercakap benar.
 

Malaysia is OUR country : Public Holiday

A Chinese lady  & I were waiting for the bus in Duke University.

"Do you think that it is less bus during the spring break?"
I was trying to become friendly. Actually I know that the bus frequency is less during the break.

"Owh, now is the spring break? I don't know that!"
"I only knew about the break few days ago"
"Yeah, I don't have classes so how can I know about the holiday..."
"You are right. I don't have classes too.. and I am not used with the spring break holiday in my country"
"You don't have spring break? Summer break? You are from...?"
"I am from Malaysia...No, we don't have the 4 seasons. But we have holiday for many cultural celebrations.. Because Malaysia is a multiracial country..."


Cars passed us. But, not the bus.

"Owh, yeah, I know there are a lot of Chinese in Malaysia!"
"Yes, second majority after Malay... like me.." I showed my pretty face.
"... then, Indian... So other that Malay's, we have Indian's festival, Chinese's.. and other races.. so, many holidays.."
"So you  have public holiday for Chinese New Year too?"
"Of course! We celebrate it.. I can say Gong Xi Fa Chai!"
"Waw!!!" with her cute exciting face.
I think, when Chinese girls are excited, they are cute and pretty!

"A lot of Chinese here in US. But we don't have the public holiday here for Chinese New Year"
She showed an upset face.
"Yeah, I can see a number of Chinese people here"
"Yes! We are many. We should have Chinese New Year holiday in US too"

Errr...
Maybe she was kidding. Or just to be friendly, to the beautiful girl, me.
I can't understand (if she was not kidding) why she expected to have CNY holiday in US.
But, I can understand why Malaysia has CNY holiday.. Deepavali's holiday.. Wesak, Cap Go Mei, Christmas, Aidilifitri, Aidiladha...

Why?


I think, because Malaysia is our country... OURS!



Monday, April 23, 2012

Tiga mahu, Tiga cerita


Tak mungkin petah gadis comel itu dikenang tanpa tersenyum.
Tak mungkin ceramah ustazah cilik itu diingat tanpa tersipu.
Tak mungkin jelingan malu tapi mahu si bujang kecil dibayang tanpa tersengih.
Tak mungkin usikan nakal si adik diimbau tanpa terketawa kecil.
Tak mungkin soalan menduga si kakak didengar terngiang-ngiang tanpa tertunduk malu.
Tak mungkin pandangan tajam si emak dibayang tanpa tergetar jantung sama seperti ketika itu.
Tak mungkin senyum si arwah ayah dipandang  tanpa terbit rasa rindu.

Banyak kenangan yang membawa banyak rasa.
Kalaulah boleh dipindah memori ke jasad lain, dah lama dah dicuba.
Aku mahu lupa.

Barang lepas jangan dikenang orang kata.
Ada banyak lagi sebab untuk ketawa.
Cuba seka air mata.
Jalani hidup dengan gagah dan bergaya.
Hati dibuka untuk cerita kedua.
Cerita baru buat mawar mekar semahu-mahunya.

Mawar mekar mewangi bukan tanda mawar layu lalu dah luput dari mata.
Kisah bahagia menyapa bukan tanda calar hati mati dah tiada.
Hanya kerana semangat ada mahu mencuba.
Disemai kasih dibaja rindu.
Sekejap resah sekejap bahagia.
Belum terjamin mampu dituai cinta.
Sebab balasan rasa tiada lagu.
Aku mahu tahu.

Orang tak nak jangan dikejar orang kata.
Cintai dia yang mencintai lebih bahagia.
Jasad dekat, hati rasa melekat.
Terdiam berfikir cerita ketiga dengan ligat.
Siapakah si gerangan pendengar setia.
Celoteh kahwin jadi gurau senda.
Mungkin bermaksud atau hanya penyedap bicara.
Mungkinkah ini cinta seadanya.
Atau hanya kisah sahabat mulia.
Aku mahu bahagia.

Cerita lama terus jadi kenangan.
Cerita rindu terus jadi impian.
Cerita semasa terus jadi ujian.

- ayen usen - 9.54 malam - 22/4/12 -


Saturday, April 14, 2012

Meranam Nor Ain, Nor Uzunun Nehi Hai

"Bang, kuatnya radio!"
"Eh, kuat ke? Biasa je ni..."
"Ya lah, tapi kan budak tengah belajar tu.. nak pekse..."
"Owh.. ha ah.. eh, Ain, tak apa kan Papa pasang radio ni?"
"Tak apa je..." aku tak menoleh, tekun buat apa, aku tak ingat.
Latih tubi? Baca nota? Menconteng?

"Haaa.. Ain tak kesah la.. macam Papa dulu, belajar sambil dengar radio kuat-kuat"
"Ye la tu...", mak aku sambung bekerja keras di dapur.
Bapak aku sambung, "Masa mama ngadungkan Ain dulu lagi papa dah pasang hifi..." (aku telan je yang maksud hifi tu, radio kuat-kuat, speaker besar, ada alat yang banyak tombol) Nak maksud tepat, sila tanya pakcik Wikipedia.

Memang tak rasa terganggu. Dapat 5 A UPSR aku (berlagak sekejap.. haha..).
Meja belajar tak sampai 100 meter dengan radio bapak aku, tanpa langsir, apatah lagi dinding. Meja aku, meja komputer yang bapak aku tambah dengan rak dia buat sendiri daripada playwood. Cakap je nak berapa bahagian, tinggi mana, dia jawab, "Papa boleh buat..." Berapa kali ubah suai, aku tak ingat dah. Agak-agak tak muat rak buku tu, letak atas tangga batu sebelah meja aku. Tangga batu?


Inilah tangga merangkap rak buku kecemasan. Sebelah kiri gambar tu lah 'bilik' belajar. Err.. sudut belajar sebenarnya. Boleh dikatakan, aku mungkin tak mengalami situasi TERLALU terganggu konsentrasi dek kebisingan. Bijak pekakkan telinga!

*Nasib baik aku tak jadi perokok*

Tak (atau kurang) terganggu konsentrasi dek kebisingan (isyarat audio), tapi sangat terganggu dengan apa-apa yang mengusik pandangan, walaupun hanya kelibat di ekor mata, aku akan toleh! Jadi tak mustahil aku tak boleh belajar di perpustakaan, yang orang kata tenang lagi senyap, sebab mata aku akan tengok kanan, tengok kiri, siapa lalu, siapa cari buku. Nak, nak, yang lalu tu lelaki kacak!

Pak ngah ada bagi aku satu buku, masa aku nak UPSR. Petua cemerlang ke apa tajuk dia. Dato' Dr Fadzilah Kamsah yang tulis, idola aku tu. Hehehe... Dan aku ada baca, jenis-jenis manusia. Ada 3. (pergh, ingat lagi ke ni Ain?)

(1) visualitistik - macam aku lah ni, lebih dipengaruhi dengan apa yang dipandang.
(2) audiolistik - sangat bertentangan dengan aku. sensitif dek telinga..
(3) eerrr.. aku tak ingat.. tapi macam ala-ala pergerakan tubuh badan secara keseluruhan. ni jenis orang yang kalau bercerita, nak pegang-pegang tangan kau, usik-usik bahu kau.. eee.. aku cepuk jugak kang!

Ada kelebihannya lebih guna mata daripada telinga. Dah nama aku pun Nor Ain, Nor maksudnya cahaya, Ain maksudnya mata.. (tiba-tiba) Tempat tinggal aku sekarang, belakang bangunannya ada tempat letak kenderaan. Bila aku buka tingkap, untuk dengar bunyi angin dan untuk rasa sejuk angin, aku akan dengar bunyi yang maha bising sekali sekala, bila ada kereta lalu. Sebab, tempat letak kenderaan ini 'berlantaikan' batu kerikil. errr.. kerikil ke?


*belum nak tambah lagi kot*

Terganggu bila nak tidur (sebab tidur kan kita tutup mata, jadi deria penglihatan off sekejap, kot... ). Aku kurang terganggu dek bunyi tu untuk belajar, (dan menulis macam sekarang ni). Kelebihan, memang kelebihan.. Alhamdulillah...

Tetapi!

Situasi 1 :
"Warna asas yang tiga tu.. warna primer... Warna sekunder pula..."
"Cikgu, boleh tak cikgu berdiri je kat depan ni, saya tak nampak cikgu lah.."
"Owh, saya memang suka berjalan masa mengajar.. awak boleh dengar saya kan?"
"Tapi saya nak tengok muka cikgu masa cikgu mengajar"
Cikgu akur, berdiri je kat depan. Dia cikgu maktab (pelatih), untuk kelas pelajar tingkatan dua yang nakal, sampai ada yang masuk surat khabar, masuk lokap, cikgu tak boleh melawan pelajar! Hahaha.. Ops.. jangan tiru ya adik-adik...

Situasi 2 :
"Nak ceramah ustaz tu tak?"
"Nak! Nak...! hurrmm... alamak.. mp3 ke?"
"Kenapa?"
"Ingatkan ada video..."
"Ala.. bukan ustaz tu buat demo pun.. dia duduk je, cakap.."
"Ala..... Ala....."

Situasi 3 :
"Awak cari equation ni.. lepas tu awak selesaikan equation tadi.."
"Eerr.. tak faham lah Dr.."
Encik supervisor tulis semula persamaan matematik tu depan mata, buat anak panah melingkar-lingkar.. bulatkan persamaan asal..
"Owwww...."

Situasi 4 :
"Say it again sir, I can't understand"
Dia pun tulis perkataan tu sebab fikir aku tak tangkap slang Amerika dia. Tapi aku masih kerut dahi.
"Let me give a hand.."
Dia lukis graf tu. Baru aku senyum, kurang kedut, awet muda.

Adakah ini sebabnya, bila ada mesyuarat tanpa slide presentation, handout, atau contengan pada papan tulis, aku jadi lost? Tak dapat tangkap? Lepas tu keluar mesyuarat tanpa rasa sebarang tambah nilai dalam diri, kecewa, kononnya terasa bodoh kerana tak memahami dan terasa tak berguna kerana tidak memberi.

Walaupun orang kata, "telefon lah.. kurang salah faham...", adakah ini sebabnya, jika tak dapat bersua muka, dan ada cara emel, chat dan SMS, aku akan letak panggilan telefon sebagai pilihan akhir?

Meranam Nor Ain, Nor Uzunun Nehi Hai, nama aku Nor Ain, bukan Nor Uzunun (telinga). Hahaha...! Alasan Ain! Alasan!



If I cannot read your lips, your eyes and your body, I cannot read your mind. It is hard, but don't worry, I will not stop trying to maximize the ability of my senses. I am still trying. I am discovering myself. Are you?

Cewah, cakap orang putih tiba-tiba.