Monday, March 30, 2009

"PhD Defense Ceremony" (Part 1/2) - Pengalaman Pertama


Ini lah dia kulit buku tesis yang diedarkan kepada sesiapa yang berminat, yang menghadiri sesi perbentangan/pertahanan PhD (PhD Defense Ceremony) rakan sebidang aku, iaitu dari Optic Reseach Group, Delft University of Technology, Netherlands. Aku pun ambil senaskah, atas bantuan kawan aku sebab bo**** yang agak berat nak bangun dari kerusi.

Masuk-masuk je, Man sedang beri taklimat, tentang bagaimana sesi itu akan berlangsung. Masa aku kat Malaysia, aku rasa sesi ini dipanggil Viva. Merangkap nama salah satu kereta di Malaysia, dan juga merupakan nama yang tertulis pada basikal aku kat sini hehe..
aku tiada sebarang gambar dalam dewan senat tu untuk tunjuk kat orang. dewan senat? aku rasa dewan senat la sebab kat pintu masuk tertulis "senatszaal" (aku ingat-ingat lupa ejaannya). hihi..

Apa yang aku boleh ceritakan, suasana yang sangat formal. sangat berprotokol.
.. tepat 10 pagi, tiba-tiba ada seorang makcik (suka hati je aku kan) masuk mengetuk lantai dengan sebatang tongkat ala-ala tongkat mohor besar raja-raja gitu.. alaa.. masa hari konvokesyen UTM pun ada tongkat tu.. hehe.. itu menandakan sesi nak bermula. semua orang berdiri, aku pun berdiri la sambil bermonolog "wah.. apakah frogtokol ini" hehehe..

Makcik itu.. hisy, tak baik aku.. jangan-jangan dia profesor kan.. ok, beliau masuk dewan dan diikuti oleh 8 orang lelaki lagi, yang juga berpakaian seperti beliau, jubah konvokesyen hehehe.. aku rasa la.. ala.. sekali lagi, macam pakaian orang-orang besar hari konvo tu.. 8 orang lelaki tu ialah seorang pengerusi majlis, 6 orang penilai, kira pengkritik, penyoal, dan pemberi kata putus berjaya atau gagal la ni.. dan seorang lagi, penasihat Man, Prof. Urbach yang merangkap dekan research group kami. sesi pun dimulakan selepas pengerusi majlis mengetuk alat yang macam ala-ala hakim guna tu.. selepas beliau perkenalkan semua yang hadir (berjubah rasmi) kecuali yang bawa tongkat tu (beliau berdiri je, lepas tu keluar tanpa aku perasan bila dia keluar) terus, juri pertama, profesor dari China memulakan hujah/persoalannya..


ini lah muka surat berkaitan soalan pertama. juri pertama itu rupanya memang bidang dia persamaan-persamaan matematik ni. hari esoknya dia beri 'kuliah' tentang Fourier Transform. Fuh, naik sasau aku mendengar. okay, balik pada cerita soalan juri pertama ini kepada Man, tentang persamaan yang ditulis di muka surat ini. "it should not be zero.." katanya. Tanpa memperkenalkan diri atau bermukadimah, Man terus menjawab soalan itu, selepas pengerusi majlis berkata, "please defense yourself..."

tak kesah lah orang nak kata apa, aku suka juga nak cerita dan aku tetap rasa ini pengalaman yang menarik memandangkan juga pertama kali aku tengok sesi sebegini... sesi yang menentukan apakah hasil selepas 4 tahun mengusahakan PhD sebagai full time reseacher.. perbentangan projek sarjana muda (degree) di UTM tu lain lah, memang banyak juga aku tengok kan..

masih tentang soalan pertama lagi, Man tak dapat mempertahankan dirinya.. huhu.. selepas beberapa kali 'berbalas pantun', juri itu cakap, "your equation is incorrect".. huhu.. sedih lak aku tengok masa tu walau aku tak berapa faham matematiknya di situ.. kalau aku macam dah nak nangis dah rasanya.. "thanks for your remarks," jawab Man mematikan hujah.. "i am not satisfied.. but, my next question is..." juri pertama itu meneruskan persoalannya. dalam hati aku.. "pergh, serem. serem..."

apa-apa pun, Man, gadis dari China yang tidak kurang cantiknya, tak kurang ramahnya, semuda 26 tahun terus mempertahankan dirinya.. :) i inspired gitu.. hehe..

lepas tu, juri-juri seterusnya meneruskan penilaian dengan soalan masing-masing. dari Italy, dari Britain.. lain-lain tu tak ingat, mungkin ada juga yang dari Belanda.. ada soalan berbentuk.. "kenapa pilih 9 sampel? kenapa bukan 8 atau 10?" ni aku dah terjemah kan lah.. ada dua kalau tak silap soalan macam ini.. ada soalan tentang penerangan. "in this section, you mentioned about.. blah blah blah.. please explain more.." haa.. soalan macam tu, menarik je aku rasa.. goreng aje la kan.. hehe.. (cakap sonang la...) tapi sejauh mana 'gorengan' itu mampu membuatkan para juri rasa "ya, anda layak mendapat gelaran Doktor dengan PhD anda".. haa.. itu yang pastinya sentiasa diingati oleh Man dan sesiapa yang sedang 'mempertahankan dirinya'

Prof dari Imperial College adalah orang pertama yang buat lawak dalam sesi tu aku rasa. Dia kata, dia suka kulit buku tesis tu. nampak ceria kan? hehe.. Man ni memang berseni orangnya.. dia ada kamera dslr gitu... so, aku rasa dia ni memang seni la, dah dia memang diakui begitu oleh penasihatnya juga dihujung sesi ini.. ops, terlompat ke hujung sesi pulak.. okay.. patah balik pada Prof Britain ni, terus terang aku cakap, susah giler aku nak faham apa dia sebut. Man pun minta dia ulang soalannya.. ini kali kedua aku melihat situasi orang membentang dan ada juri/penonton orang imperial college, orang Britain.. dan, kedua-duanya membolehkan aku buat kesimpulan, "susahnya lah aku nak tangkap perkataan-perkataan Inggeris orang Britain ni.. huhu.. slang diorang.. haih.. sangat jahil English aku jadinya.. " (memang jahil pun.. tapi masa ni kira berganda-ganda la ketidakfahamannya)

waah.. banyak aku nak cerita ni.. ada isu politik juga dalam sesi ni kalau nak tau.. macam mana mereka buat keputusan, apa yang jadi selepas semua juri dah bersoal jawab, apa lagi yang seram dan mengharukan.. saat-saat pengumuman lulus atau tidak.. wah.. insyaAllah, satu entry lagi untuk perkongsian seterusnya..

ok.. peace!!

Thursday, March 26, 2009

Iqa tak nak gosok baju mama lagi...

"Iqa tak nak gosok baju mama lagi.."
"laaa.. kau pesal?"
"nanti berlobang lagi la.."
"hek eleh.. gedik.."
"betul la.. tak nak gosok.. "

-----------------------------------------------------------------------------------------------

pada satu petang.. ke, siang.. seorang budak kecik (aku rasa dia kecik je masa tu) dengan niat mulia hendak menunjukkan sokongannya kepada ibu kesayangan nya.. sokongan kepada ibu yang akan membuat persembahan nasyid sempena pertandingan.. err.. tak ingat pulak pertandingan apa.. pada ketika itu, aku tidak pasti di mana aku..
tapi memang budak kecik tu lebih rajin pun.. maka dengan rasa rela hati.. "meh Iqa gosok baju mama meh.."

baju yang ditempah khas, seragam untuk satu kumpulan nasyid.. digosok.. dalam bahasa nenek aku, diseterika. hehe..

tiba-tiba...

"mak...!!!"
sambil menunjukkan baju berwarna hitam berbunga kuning (ke, oren) dengan lubang akibat ketidaksesuaian suhu seterika tersebut...

dengan senyuman, dan ketawa kecil..
"lar.. takpe takpe.. masalah kecik je ni.."
huhu.. kalau aku la tu, mau dah tarik-tarik rambut dah tu..

berkat kreativiti seorang ibu, dia pergi ke rumah tukang jahit, yang buat baju tersebut, untuk mendapatkan kain lebih.. ha? kain lebih? ya, kain lebihan baju tersebut.. dan, seorang ibu itu mampu menampal lubang yang dibentuk oleh seterika 'pemakan baju' itu tanpa sebarang syak wasangka orang lain dan tanpa menjejaskan 'mood' orang lain kecuali perasaan si budak kecik itu yang ada rasa bersalah.. hahaha..

hidup ini bagai lampu dinding...
yang dinyalakan di malam hari...
apabila minyak sudah kering..
iakan pasti padam sendiri...

itu la petikan lagu yang didendangkan.. dengan baju yang bersejarah.. ha.. untuk pengetahuan aku, pertandingan itu adalah sebelum kumpulan Hijjaz mempopularkan semula lagu tersebut tau!! hehehe..

------------------------------------------------------------------------------------------------

kenapa aku tulis pasal cerita ni?

sebab aku teringat tiba-tiba..

kenapa aku teringat tiba-tiba cerita ini?

sebab pagi ini aku telah 'berjaya' melubangkan satu blaus aku dengan seterika.. hahaha..

peace!!!

p/s Iqa.. kau tak kesah kan aku cite pasal ni? hehehe..
.

Tuesday, March 24, 2009

Mencari Kerajinan

assalammualaikum w.b.t

huhu..

aku masih tercari-cari ketenangan dan kerajinan untuk menambah tulisan di blog ini yang lebih kepada perkongsian untuk manfaat.. tapi tak terbuat-buat pulak.. hoho..

yang aku dah nak buat, tapi tak siap-siap lagi, ialah...

perkongsian tentang pengalaman aku berada dalam dewan senat (aku rasa dewan senat.. dia tulis dalam bahasa belanda.. hehe) semasa seorang pelajar PhD mempertahankan PhD nya (PhD Defense).. seram, seriau, menarik, kaget, kagum.. semua ada.. insyaAllah, aku pasti akan tulis pengalaman best bagi aku ni hehehe..

satu lagi, pasal aku dan aktiviti menonton wayang di Utrech Central baru-baru ni dengan dua bakal doktor haiwan.. hehehe.. eh, bukan, bakal pensyarah doktor haiwan.. haaa.. ni macam lebih tepat jer.. Perkara menarik, selain dari filem tersebut, emosi aku, kawan-kawan aku, dan budaya orang belanda menonton wayang di panggung yang ganjil bagi aku.. insyaAllah, aku nak tulis nanti.. hehe..

aku tulis awal-awal ni sebagai janji kepada diri sendiri untuk menulis untuk tatapan diri sendiri membacanya semula.. hahaha.. (ntah hape-hape)

dan.. hakikatnya, aku sedang MENCARI KERAJINAN untuk siapkan tulisan-tulisan di dalam tesis aku yang aku nak tunjuk kat supervisor aku esok ni... alahai..

ok lah...

nanti aku tulis lagi ya wahai blog aku yang warna pink gedik ni..

~ mencari kerajinan ~
.
.

Friday, March 20, 2009

jangan jual ikan boleh tak?

aku pun tak tau apa pasal isu ni aku minat bebenau..

kenapa?

sebab aku bakal pendidik dalam bidang sains mungkin..
dan, aku penah jadi 'cikgu' untuk adik-adik sekolah rendah untuk sains, sekejap, masa aku tingkatan 4.. ke 5? hahaha..

dan aku pernah rasa perasaannya hendak menyampaikan ilmu sains kepada adik-adik kampung yang.. hmmm...aku nak cakap kat semua pun tak guna.. bukan semua orang tau apa yang adik-adik ni ada dan apa yang adik-adik ini tak da.. tapi bilangan adik-adik sebegini tidak sedikit!! bilangan adik-adik yang macam adik Nik Nur Madihah di kampung nelayan di Kelantan yang dapat 20 A tu juga tak ramai!!

sekarang ni pun malaysia negara PENGGUNA teknologi.. belum banyak lagi menjadi PENCIPTA teknologi.. aku rasa lah.. aku tak buat statistik.. rasa jer.. haha.. suka ke keadaan macam ni? suka?
oo.. kalau suka.. boleh la teruskan.. belajar bahasa asing banyak-banyak.. (yang ini memang sangat baik) kerja BAWAH bangsa dan budaya asing banyak-banyak.. supaya nanti boleh naikkan bangsa sendiri juga akhirnya.. boleh? insyaAllah, boleh kalau dapat sokongan ramai.. aku sokong je nanti kalau dah itu CORAK nya.. dah aku dibayar gaji untuk itu, buat aje la kerja aku kan..

belajar bahasa Inggeris bukan bererti menjadi kurang Melayu.. yup.. setuju bebenau...
belajar sains dan math dalam bahasa inggeris bukan bererti menjadi kurang melayu.. ye.. setuju lagi..

belajar sains dan matematik bukan bererti MENGORBANKAN KEMAHIRAN ILMU SAINS DAN MATEMATIK UNTUK ADIK-ADIK YANG TIDAK SEDIKIT INI.. itu aku belum setuju...

jangan sampai masa aku jadi pensyarah fizik nanti, student aku kebanyakannya orang bandar yang memang mahir berfikir dan berkomunikasi dalam bahasa inggeris sahaja tetapi adik-adik yang tidak sedikit itu tak dapat bersama-sama.. manusia untuk bidang ini (sains dan matematik) nanti jadi kurang.. (sekarang pun memang tak ramai) pastu apa lagi.. kekallah di corong-corong radio kita boleh dengar ;

"kemasukan ke institut pengajian kini dibuka!! institut kami lebih menekankan teknikal berbanding teoritikal..!" wah.. bangganya ya ada banyak institut teknikal.... wah.. bangga ya dapat penuhi 'pasaran pekerjaan' teknikal.. praktikal.. wah.. suka ya jadi PENGGUNA TEKNOLOGI ORANG SAMPAI ANAK CUCU YA.. teruskan teruskan..

hahaha.. aku dah biol..

ada sape-sapa rasa hangin dengan aku, aku mintak maaf.. sebab ini blog aku.. korang pun dah buat aku hangin dengan blog korang ikut suka.. masing-masing dok fikir KERJA DAN BIDANG MASING-MASING.. tak kira la pencinta bahasa inggeris ke.. penjuang bahasa melayu ker.. pekerja syarikat bangsa asing ker.. pejuang politik giler kuasa ke.. manusia pentingkan diri sendiri yang peluk tubuh dan mengata orang je tau ke.. tak kira la sape pun.. aku mintak hampun.. sebab.. di blog aku, aku nak tulis dengan fikir KERJA, BIDANG dan TANGGUNGJAWAB AKU..

tak jauh beza nye aku kalau hangin2 kat blog dengan orang2 lain tu juga.. memang sama je dua kali lima pun.. tapi just mengharap.. ada secebis ruang untuk fikir tentang manusia lain, yang sama-sama ada perjuangan masing-masing.. just.. dont be too selfish!!
.

Thursday, March 19, 2009

Saya kayuh basikal ke sekolah

ya, saya kayuh basikal ke sekolah semalam!
hehehe..

untuk pertama kali tahun 2009..
ini pagi ada rasa sengal-sengal ****** ni hoho..
tapi macam biasa la, susah aku nak potong basikal lain pun.. tapi tak pe.. santai-santai aja dong..

ala, kalau jalan kaki pun asik kene potong jugak..
mana tak nyer.. walaupun aku rasa langkah aku dah tahap paling pantas dah, kalau terus lebih sejam berjalan dengan laju macam tu memang boleh cramp, pun aku kena potong gak..
kaki diorang semua panjang-panjang.. hahaha... (alasan)
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, March 18, 2009

Orang Bijak Dalam Isu PPSMI

aku terlari dari tema blog aku semula.. tapi tak pe la, blog aku kan hehe..

aku rasa perbentangan kajian ini satu tindakan yang teramat bijak sehingga sekarang berbanding dengan orang yang memberi pendapat dan tindakan yang pelik-pelik sahaja. iaitu:

http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/ppsmi-terjawab.html

tapi tak pe la, masing-masing ada perjuangan masing-masing.
kita takkan didengar kalau kita tak sudi mendengar.

tepu dada bila tercekik.. hahaha..

Sunday, March 15, 2009

Cinta Itu Perhatian (Bahagian 2/2)

sambungan 'Cinta Itu Perhatian'

Hakikatnya, aku buat tajuk ini bukanlah nak cerita pasal kedua orang tua aku yang utamanya, tapi intro ale-ale jadi macam itu pulak.. hehehe..

sebenarnya, niat nak menulis tentang hal ini terlintas lepas tengok persembahan juara, kumpulan Sepah di Gelanggang Raja Lawak musim ke 3, 6 Mac yang lepas. Persembahan yang mengambil situasi di rumah orang-orang tua sebagai pilihan. Memang terhibur dengan kumpulan Sepah, susah lah nak tak terhibur walaupun ada lawak 'kasar' tapi ok sangat daripada **** la.. hehe.. tapi, walau berulang kali tengok, gelak, ada perkara yang tetap aku ingat tentang program Secangkir Kasih, di rumah orang-orang tua, JB, 2007 lepas.

Antara yang tak boleh aku lupa dalam program bersama kelab yang mantop tu ialah,

"uncle tak ape ke duduk sini? tak rindu sama anak-anak uncle?"
tanya seorang mamat ni. walaupun agak tak patut, tapi aku pun turut sama nak tau respon pakcik berbangsa cina tu.
"apa lagi saya mau? saya sudah belaja.. saya sudah kelja.. saya sudah kawin.. saya sudah ada anak.. sudah besarkan anak.. anak-anak sudah beljaya.. apa lagi saya mau? duduk sini diam-diam saja la.. hati pun senang..."

adakah semua penghuni rumah seri kenangan tu macam tu?

"makcik tunggu abang makcik ni. dia kata dia datang amik makcik kejap lagi. dia kata dia tinggal makcik kat sini sekejap je. ni semua dia tinggalkan untuk makcik. makcik ada baju, ada gelang ada gincu" sambil tunjukkan barang-barang kepunyaannya..
abang yang dimaksudkan bukan baru beberapa jam tinggalkan makcik tu 'sekejap' kat situ. cerita penuh aku tak pasti, ni cerita seorang kawan aku yang lain. tapi pastinya, makcik tu terpaksa dihantar oleh abangnya ke rumah kebajikan itu sebab anak-anak makcik tu entah ke mana dan anak-anak saudaranya juga mungkin 'tak mampu' memberi cinta lagi, perhatian..

tak kurang juga pengalaman manis, bersukaneka dengan pakcik makcik semua.. benarlah kata sesetengah orang, hidup ini macam roda.. satu kitaran.. bila dah tua, tak mustahil jiwa semasa kanak-kanak ada balik dalam diri.. semuanya jelas kelihatan semasa acara santai tu.. skil yang cermat mesti sentiasa diatur untuk tidak melukakan hati sesiapa, kami datang cuba memberi sedikit cinta.. cewah.. (cewah untuk kurangkan
touching)

"biasa yang datang buat kerja kebajikan kat rumah ni bangsa Cina.. orang melayu kita jarang.."
terkejut aku dengar luahan pengetua rumah tu, eh, pengetua ke dia panggil? huhu.. ini perbualan pertama dan kali pertama aku ke sana untuk diskusi peluang berprogram di situ.
"biasa mereka bual-bual, tolong kemaskan almari, tolong potong rambut, potong kuku.. haa.. nanti bawa la ketip kuku ya.."
ooo.. dalam kepala aku berfikir-fikir apa aktiviti yang boleh dirancang.. belum lagi bab kelulusan program ni.. haih..

akhirnya 'tendor' program itu berjaya juga digenggam junior kelab, yang mewujudkan program secangkir kasih. tahniah dan terima kasih!!

selesai program, di UTM, pengarah program dalam ucapan akhirnya, salah satu isi yang aku sangat ingat, mengucapkan tahniah kepada ahli kelab yang sudi mengetip kuku pakcik makcik tersebut sebab dia yakin bukan semua orang akan buat bakti tersebut.

ya, aku masih kesal apabila aku tergolong dalam golongan yang gagal membuat bakti tersebut walaupun hakikatnya ada seorang pakcik yang tak boleh bercakap atau mengurus diri dengan sempurna menunjukkan kuku tangannya ketika aku datang melawat asrama mereka. sebak satu, takut satu, tak sanggup? huhuhu... maafkan saya pakcik.. pakcik, saya betul-betul minta maaf..

aku takkan berkira-kira untuk beri perhatian kepada siapa-siapa yang berhak lepas ni... huhuhu.. maafkan saya pakcik..

Ain, susah sangat ke nak bagi perhatian!!!?!?!


Friday, March 13, 2009

Dear Caretaker

Caretaker adalah penjaga kebajikan kami di bangunan perumahan ni. Apa-apa aduan, ketengah ketepikan kepada dia. Aduan teknikal la.. Memang dia akan respon dalam masa 24 jam. Beberapa kali juga pernah berurusan dengan dia, biasanya masalah kunci kat pintu aku tu. naik bosan lak aku. tapi hanya melalui tulisan. cewah.. ye la, dia buat kerja masa aku di fakulti. Percaya kat caretaker? lagi percaya dari staf kolej tuan** cansel** kat UTM dulu..

Baru-baru ni, ada satu kisah. Ini surat aku ;


hahaha, ntah apa pasal ntah semua lampu dan laci ni nak mogok dengan aku kan. tapi tak pe.. cool ain, cool. Caretaker boleh betulkan semua tu. Caretaker selalu pulangkan semula surat-surat aku. Dia tak pernah nak simpan. huhu.. sebab dia pulangkan dan tinggalkan kesan atas surat tu. Macam contengan yang dia buat atas tulisan-tulisan buruk aku tu, dan tarikh, dan nama dia.

Tapi kali ini ada juga surat lain dia tinggalkan di atas laci baju aku ;


tau tak, dia dok betulkan laci tu, dia keluarkan satu laci tu punya baju-baju dan dia susun baik-baik sangat. terharu.. (aku pun tak terfikir nak keluarkan baju-baju tu dulu kan) Aku rasa dia ni macam baik sangat la.. sweet sangat.. macam-macam dah mende sweet dia buat... Disebabkan aku tau dia akan masuk bilik aku lagi tanpa mengubah kedudukan barang-barang aku yang lain yang tidak berkaitan walau seinci, aku tinggalkan surat baru untuk dia dan beberapa hadiah tanda terima kasih supaya dia boleh betulkan laci tu dengan senyuman ;


Anggaplah nama negara itu bukan nama sebenar. Hahaha...
Pada hari tu, aku buka pintu bilik setelah pulang dari fakulti dengan terus melihat ke arah meja dan laci, untuk tengok apa yang ada. Ada surat lagi dari dia!!


hehehe.. biskut kelapa yang aku beri tu aku letak dalam bekas makanan, dia panggil blue box sebab penutup bekas tu warna biru.

Dan, selepas satu hari dia mendiamkan diri tanpa kesan kat bilik aku, hari ni, aku dapat semula blue box aku berserta satu lagi tulisan dia, masih di atas surat aku (dia memang suka jimatkan kertas) ;


Sekian.
you are welcome Mr Caretaker

++ sila abaikan ketidaksempurnaan bahasa Inggeris saya sebab saya tak gunakan ppsmi masa dulu untuk berada dalam bidang Fizik sekarang dengan penuh rasa syukur dan sila abaikan ketidakcantikan tulisan tangan saya sebab saya memang tak rasa tulisan saya perlu cantik pada kebanyakan masa++


Wednesday, March 11, 2009

Boleh tak aku nak marah?

Boleh tak aku nak marah?

Sebab?

Ntah, bukan nak berlagak.. tapi tetap rasa nak marah..
lepas aku berada di dua buah negara yang membangun dengan bahasa mereka sendiri, aku dapat rasakan hujah-hujah education in English in Malaysia tak cukup kuat dah.. Kalau rasa cukup kuat, sila berhujah tanpa buat aku bosan!!

Poland.. ada beberapa nama perintis teknologi, kajian sains.. (yang aku tau bidang aku la, fizik) tetapi English mereka di Poland tak tinggi mana!!! Sampai aku rasa rugi tak tau Polish or France sebab ada seorang lecturer tu tak hebat sangat English nya tapi sangat pakar dan sangat baik nak ajar aku tentang Optics.. dia terpaksa guna body language untuk ajar kami kebanyakannya.. tapi dia memang best sebab ada produk kajian dia sekarang di angkasa lepas!! bukan TUMPANG orang naik kapal angkasa!! Cz method untuk buat bahan semikonduktor, Polish. haritu baru-baru ni ada kawan aku sebut penemuan tentang suatu teknologi in Optics, aku tak ingat plak, tapi Polish!

Belanda.. Budak-budak kecil diorang memang tak ramai tahu cakap english, apatah lagi warga tua.. Even anak-anak malaysia di sini terpaksa di hantar ke sekolah bermedium bahasa Belanda, Dutch.. tapi, bila aku datang sini, aku juga join Written English for Technologies (WET) course bahagian 1, yang merupakan tahap lebih rendah daripada WET bahagian 2. Dan tau tak, pensyarah kelas itu (Dutch) bagitau, dalam kelas WET 2 kebanyakan nya adalah pelajar Dutch!!! so, macam mana mereka punya tahap English lebih tinggi dari pelajar international lain yang yang kurang hebat English lebih-lebih lagi aku ni ha padahal pendidikan awal mereka fully in Dutch!!

Orang dok kata bahan rujukan banyak in English? hahaha.. memang la.. dah tak de ramai orang melayu nak buat rujukan bahasa melayu sehebat rujukan English tu, macam tu la jadinya..

semoga aku tak de la mengate je lebih, bak kata supervisor aku semalam kepada en M.. work more, talk less..

honestly, masing-masing ada pro dan kontra nya.. macam india, dari sekolah rendah pendidikan mereka in english. dan memang boleh tahan hebat dan banyak penyelidik dari india. tak dinafikan. tapi budaya, bahasa mereka sangat jelas asli india dan orang sedunia masih kenal budaya mereka. kenapa? fikir-fikir lah..

apa-apa pun.. aku tak de la nak tulis pendapat peribadi lebih-lebih sekarang, aku nak masuk lab ni.. tapi aku cuma nak tanya, boleh tak aku nak marah?
marah kepada orang yang marah tapi macam tak patut marah. hahaha..

sorry kepada yang terguris.. ain, marilah bertenang. hohoho..

semoga Allah beri hidayah kepada kita semua untuk terus mengejar redha Nya.. insyaAllah..



Tuesday, March 10, 2009

Cinta Itu Perhatian (Bahagian 1/2)

"Kalau saya sebagai orang tua, cinta sekarang ertinya.. bahawa saya dijaga dengan baik.. dihibur.. dan juga diperhatikan.. itu yang paling utama.. " jawab Dato' A Samad Said apabila ditanya apa itu cinta, dalam Rancangan Ally, episod 7 di TV3.

Diperhatikan... ya, diperhatikan..

"Ma sibuk sangat siapkan songkok-songkok tu, sampai tak cukup tangan. Nasib baik ade sorang indon tu nak tolong, rajin, jahit cantik, cepat kerje nye.. Modal ade pun tak guna kalau tak ade orang nak tolong buat" (orang tolong buat = pekerja upahan)

"Pastu, balik rumah, ma jenguk la nenek kau, dia tengah duduk termenung kat atas kusi dia tu. Ma pun buat la air Nesca** satu cawan, nak kasi dia minum. Ma ingat nak hulur je kat tingkap, ma nak sambung menjahit. Tapi, bila ma panggil je dia, berebut-rebut dia cari kunci buka pintu dan gril long.."

"hehehe.. ntah nyer, ada ke patut nak hulur kat tingkap jer.." jawab aku, untuk bagi dia peluang bernafas.

"tu la.. ma pun duduk la kat pintu.. start je duduk, dah kata kan mak rindu anak kan long, ada je ceritenya.. lepas satu, satu cerita.. aku pun dok menganggok je.. hehe.. dalam hati, suami aku dok tunggu aku menjahit ni.. ko jahit la sorang-sorang bang hahaha.."

dalam hati aku, ya, mak yang on phone ni pun, lepas satu, satu cerita hehehe.. jangan marah ma.. =p

Tak banyak yang diperlukan oleh seorang ibu atau ayah terutama yang telah di usia tua. Bukan lah anak patung atau robot untuk buat mainan. Bukan duit belanja untuk sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, universiti. Bukan pinjam duit untuk buat duit pendahuluan beli kereta, beli rumah, atau meminang anak dara orang. Walaupun aku pernah jumpa ayat, "wang adalah tanda kasih sayang pada mata kasar" tapi hakikatnya, lambang kasih sayang, bukti cinta yang selalu manusia bergelar anak-anak ini lupa ialah, perhatian.

"Saya selalu jer kirim duit banyak kat mak ayah saya walaupun saya jarang balik Malaysia. Bisnes saya bagus. hehe.. hmm... Tapi bukan itu yang mereka mahu. Saya terlambat.." tiba-tiba kata-kata tu mati kat situ je. Kata-kata seorang pensyarah di depan mata aku masa di UTM. Terdiam juga la satu kelas masa tu. hmm...

Beli lah macam-macam baju, ubat-ubatan, makanan, perhiasan dinding, gelang.. Mesti ada je yang tak kena kalau keperluan yang satu ini tak mahu diusahakan untuk diberi.. Perhatian.. Tapi kalau cuma teo dan biskut kering untuk sarapan yang ada di kala jirannya sedang dihidangkan sarapan lebih berkhasiat oleh orang gaji, itu lebih bermakna bagi seorang nenek yang sentiasa dengar suara anaknya.

Biasa aku dengar, berbaktilah dan tunjuk lah sayang sebanyak mungkin pada mak ayah selagi mereka ada. Nanti dah tak de? haaa.. tapi aku tak pernah dengar lagi mak ayah sebut, mereka akan jaga dan bagi apa saja yang anak mereka mahu SELAGI ANAK-ANAK MEREKA ADA.. pada aku, ini adalah dua keadaan berbeza..

semoga aku mampu menjadi anak sesempurna boleh untuk kedua parents, sebab aku percaya aku ada the best dad and the best mum in the world.


Monday, March 9, 2009

Sila Kunci Pintu Dari Luar

Dewan kuliah dah ada ramai pelajar. Pensyarah dah mulakan kuliah mungkin. Seorang pelajar baru nak masuk ke bilik kuliah, dan terpanculnya dia di pintu itu sah-sah disedari oleh pensyarah tersebut.

"awak boleh tolong kunci pintu tu?"
pelajar itu pun menoleh ke arah daun pintu untuk meneruskan hajat mematuhi arahan seperti yang difahami. dalam masa yang sama, pensyarah itu menyambung,
"..dari luar"

Ini ialah penceritaan semula seorang senior masa kat UTM. Aku tak de la secara spontan terus faham cerita tu. Selang beberapa saat juga la (aku rasa tak sampai seminit la =p, not so slow i think haha) baru aku tergelak.. Ya, pensyarah tu mengarahkan pelajar yang lambat sampai ke kuliah tu keluar dari dewan..

Aku terkenang cerita ni, sebab berlaku satu kejadian hampir serupa di Roland Hostlaan, Delft di satu jumaat yang indah. Di saat berkobar-kobar nak keluar dari ministudio untuk ke fakulti, muka pertama yang aku lihat pagi tu selepas muka aku dalam cermin ialah seorang manusia yang berkata-kata di hadapan pintu bilik aku, "Aku tertinggal kunci kat dalam bilik aku"

Dia telah mengunci pintu biliknya sendiri dari luar tanpa arahan sesiapa. hahaha.. ops, tergelak besar pulak.. hehehe.. Dan pintu itu tak mampu dibuka tanpa kunci dari luar. ngeh3..

Kesinambungan daripada kejadian itu:
1. Dia terpaksa mencari-cari caretaker yang ada kunci spare, tapi tidak dapat dengan segera.
2. Penyelesaian seterusnya, dia perlu mendapatkan kunci spare di pejabat syarikat perumahan dengan 30 minit berjalan kaki.
3. Persepakatan dibuat antara dia dan aku untuk tidak ke fakulti pagi itu dan bersama-sama ke pejabat tersebut.
4. Pulang dari pejabat itu, berniat untuk naik bas. Tapi bas akan sampai 20 minit lagi dan setiap bas berikutnya selang 30 minit. Maka dia dan aku bersepakat untuk pusing-pusing kedai berdekatan, Delft Centrum (tengah-tengah Delft).
5. Akibat pusing-pusing, beberapa kedai pakaian telah dilawat sehingga aku TERbeli lebih dari satu baju.
6. Dia dan aku makan tengah hari di kediaman aku dengan gaya orang Belanda, roti+keju+susu. Tapi ada la gaya Malaysia sikit sebab ada sos cili kimball ala thai.
7. Sejurus selepas zuhur, bergegas ke kelas Writen English for Technologies.
8. Habis kelas, ke pejabat syarikat perumahan itu sekali lagi untuk pemulangan kunci spare dan mendapatkan semula duit deposit kunci itu.
9. Dan, sekali lagi singgah di kawasan Delft Centrum. Membuatkan aku membeli beberapa cenderahati dan waffel buatan Belanda.
10. Hikmah di sebalik kejadian, aku pulang dengan bertambahnya barang di bilik. Dia juga bertambah barang di bilik tetapi barang percuma selepas buat pemeriksaan mata di kedai cermin mata.

Begitu lah hari kami berlalu, hari apabila pintu dikunci dari luar.. DENGAN KUNCI DITINGGALKAN DI DALAM BILIK

Sunday, March 1, 2009

Lelaki Pooojaan Hatiku...

Walaupun hatimu secara mata kasar tidak ku kenal (ye la, dah hati dok dalam badan kan), tetapi setiap kata, setiap perbuatan, membuatkan kau TETAP menjadi lelaki pujaan hatiku...

cut...!!!

Tau tak, masa SPM, kertas karangan bahasa Inggeris, aku buat satu karangan tu, bertajuk, Superheroes. Ke, heroes.. Lebih kurang gitu la.. Aku betul-betul tak tau nak tulis apa. Bab nak reka-reka cerita fiksyen ni aku memang lemah tenaga batin sikit nak fikir. Kalau masa muda-muda buat karangan Aku Sebatang Pen, Aku Sebiji Bola, Aku Sebuah Buku, haa.. itu memang aku suka la.. hahaha.. Tapi aku gagahkan diri juga nak buat karangan tu, aku rasa ada pilihan lain rasanya. Dan, tau tak apa aku tulis? aku tulis tentang satu manusia. Ya, satu sahaja walaupun tajuk karangan tu sepatutnya, Superheroes, plural, majmuk.. hero-hero. Aku tulis tentang satu manusia, tapi mempunyai banyak nama yang buat perenggan-perenggan karangan aku tu macam best bagi aku masa tu. hahaha.. Apa nama-namanya?
- Father
- Daddy
- My mom's Husband

hahaha.. memang lucu bila fikirkan balik. Mesti pemeriksa tu geli gelak (pinjam nama program kelab jap) menanda. Saya memang saje je nak hilangkan stress Encik/Puan..

"Dia anak tunggul (tunggal) haha.. Mak bapak tak de, adik beradik tak de.. Dia tu sebatang kara.. Kalau kita anak beranak nak tinggalkan dia pun boleh.." hahaha.. kejam sungguh kata-kata itu di kala 'dia' ke bilik air. Ke, jamban ek..? Tapi penutup ayat itu yang terpancul dari mulut seorang yang ikhlas sentiasa bersamanya dalam apa jua naik turun hidup ini ialah, "Jadi apa dia buat semua ni memang tak de untuk orang lain, melainkan kita anak beranak" blup.. terkasima aku sampai aku lupa aku tengah menonton cerita apa masa tu. huhuhu..

Anak beranak ni pernah buat satu aktiviti yang agak comel. Beli 3 kotak rokok salem.. err. salem la kan ejaan dia? kotak kaler putih hijau, bungkus baik punya.. sambil gelak-gelak.. "kompem, dia suka hadiah ni ma.. " hehehe..

"papa balik, papa balik.."

"happy birthday to you.. happy birthday to you...." (terus menyanyi sambil tepuk tangan dengan gaya bebas)

kemudian anak beranak ni pun dengan muka tak bersalah beri hadiah hari lahir. Jeng jeng jeng.. suka tak? hehehe.. tak ingat la masa ni umur aku berapa, dan aku tak ingat tu idea siapa. Tapi pastinya samada jelitawan beranak tiga tu, atau tiga anak-anaknya itu. hehehe..

huh.. hanya ku sampaikan pesan.. dan kiriman tulus ikhlas.. dari jauh ku pohonkan ampun maaf.. haa.. cuba teka lirik lagu apa!! haa.. ya, anda di situ, ya.. sila nyanyikan lagu ini.. oh yeah.. jawapan anda tepat dan suara anda sedap!! tahniah Puan Yati!! hehehe.. ades, mengarut lak aku ni...

dari kejauhan ni, tak dapat ain nak beli rokok tiga kotak... hehe.. tak dapat ain nak beli kemeja baru macam masa tingkatan lima dulu (pinjam duit kawan, bagi hadiah hari sabtu, hari ahad penerima hadiah datang melawat semula untuk bagi tambahan duit belanja dengan memakai kemeja baru itu, hahaha..), tak dapat ain nak.. hmm.. apa lagi ek.. huhuhu.. hampun, hampun.. ntah apa-apa je la yang anak papa yang comel ni bagi.. huhu.. apa yang ain bagi, masalah, masalah, nak cite itu, nak cite ini, nak mintak tolong itu, nak minta idea ini.. nak merajuk itu, nak mengamok ini, nak perli itu, nak tarik muka ini.. nak susah kan hati begitu, nak mendeghau kan darah begini.. haaiihh.. ain ain..

dah dah.. panjang lak intro.. hehe.. tengok la sapa yang didik.. dah dok bercerita tak sudah-sudah.. =P

Apa yang ain nak bagi papa ni, satu hadiah paling mahal yang ain mampu ehehe.. ain takkan bagi hadiah ni kat sapa-sapa pun selain papa.. memang khas untuk papa la kiranya.. special edition..

HAPPY BIRTHDAY PAPA!! (mana ain ada papa lain pun kan, so, special for you tau hehehe)
selamat ulang tahun perkahwinan.. eh.. bukan-bukan.. selamat hari lahir.. semoga happy-happy selalu dan cool.. hehe alamak, terperli plak.. semoga happy-happy selalu, selamat dunia akhirat.. ain sayang papa sangat-sangat.. hisy.. malu la.. hoho..

happy birthday!! ma, apa kata buat kan makanan special untuk papa ek.. meggi!!! (sila teriak sambil tepuk tangan dengan bermuka ceria)

mmmuuaaahhhh..