Lepas dua minggu, tak tertanggung rasanya badan dan jiwa untuk terus bertahan, belajar dan menimba pengalaman.
“Nak drop lah praktikal ni. Buat praktikal tahun depan. Lambat grad pun, lambat lah.. Tak larat nak layan ayat dan muka orang-orang tertentu…”
Memang putus asa.
Namum tak kurang juga orang yang menguatkan semangat dan membuat hati itu kering. Tapi gadis yang ketika itu berumur 19 tahun itu, masih mencuba pelbagai cara untuk terus meningkatkan keyakinan, “kenapa aku berada di sini untuk praktikal”.
SMS dihantar kepada seorang yang dipercayai. Pensyarah bahasa Inggeris di UTM Skudai, yang dikenali kerana pernah mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk persediaan MUET (Malaysian University English Test).
“Saya dah buat macam Sir ajar. Rancangan jadual praktikal sendiri. Be indipendant. Campur semua orang. Buat kerja sebelum diberi kerja. Be flexible. Tapi saya tak seronok. Tak tahan dengan orang-orang ditempat praktikal saya. Saya rasa macam nak drop praktikal ni. Saya tak tahu nak buat apa.”
Dengan segera, SMS dibalas. Walaupun Sir, iaitu Mr Affendi yang juga seorang konsultan adalah manusia sibuk.
”Be a sponge. Not Sponge Bob. He3. Ikut orang, bukan orang ikut kita.
Lebih kurang begitulah seingat kotak fikiran ini SMSnya. Simple. Tapi bermakna.
Benar, gadis itu, iaitu aku, tak pernah bergaul mesra lagi setelah 2 minggu itu dengan para cleaner di hospital itu. Mari cuba.
„Auntie, dah makan?“, soalan paling simple dan mudah.
„sudah. Dah makan?“
„Baru nak pergi makan ni“ Cubaan pertama.
„rehat?“
„ha ah lah, banyak penat lah. Tapi kerja sudah siap”
“ooo.. saya ada kerja lagi ni.. Auntie rehat-rehat. Ini pun kemas kat sini ke?”
‘Ini’ merujuk kepada kakak cleaner yang lain.
“tak, dia jaga wad punya”
“ooo…”
Perbualan biasa, mesra, sekejap, tapi aku rasa seronok. Sampai Auntie tu bawa muruku, bagi aku, makan sama-sama muruku tu tau. Bukan beri satu plastik. Aku makan, duduk sebelah dia di kerusi tempat menunggu di Unit Radiografi. Bersama penyapu, mop, dan baldi. Perbualan diperpanjangkan kepada para cleaner memang India mari, lelaki-lelaki, yang tak tahu berbahasa Melayu. Berkat kehebatan bahasa tubuh, akhirnya mereka tahu perkataan : dah makan, sudah, belum, lapar.
Terkedek-kedek aku berjalan, hospital itu memang lengang. Hospital baru. Seorang pakcik sedang termenung memandang kawasan taman. Tengok orang potong pokok rupanya. Pakcik tu sebenarnya ketua kontraktor hospital itu. Aku tahu, tapi tak pernah tegur. Macam kerek je pakcik tu. Tegur lah kejap. Ini pesan Mr Affendi. Tarik nafas.
„Wah, nak potong macam mana tu?”
„Ntah dia tu, saya suruh potong sikit, habis dia potong. Ni kena fikir macam mana nak buat ni”
„hehehe.. ye ke? Tak pe, boleh adjust lagi ni”
„tu lah, macam mana ye?”
„hmmm.. saya ni bukan pandai sangat. Tapi okay lah tu, biar habis potong, nanti pokok tu naik balik, tak lah tinggi sangat. Macam hutan nanti. Tak pun, nanti tanam pokok rendang-rendang aras tanah je"
"ha.. betul.. betul.. "
"Encik kontraktor hospital ni kan ? Sibuk ye nampak sekarang.."
"Ha ah, tulah, baru siap, macam-macam komplain. Dah kerja kita. Awak baru kerja ke ?"
"Saya praktikal. Belajar Fizik, kat UTM Skudai."
"Oo… saya ni dulu Kejuruteraan Awam. "
"Ooo.. lama dah kerja ni..?"
"eh, lama…" blah blah blah..
Betul lah, aku rasa seronok. Dan aku belajar lebih banyak dari orang-orang yang aku tak sangka. Bila seronok, kerja-kerja lain jadi seronok. Buat kerja dalam keadaan seronok, memang menjadi. Kalau masalah, dapat ditangani dengan tenang. Kalau tenang, memang seronok. Haa.. sudah... berbalik-balik dah ayat aku ni. Akhirnya, aku selesai 10 minggu praktikal. Dan puas hati dengan praktikal aku, yang aku akan ingat pengajaran-pengajaran, sampai bila-bila.
Terima kasih Mr Affendi.
Aku belum jumpa-jumpa lagi dia selepas 3 tahun. Huhuhu..
7 comments:
Selamat menemui keseronokkan :D
bukan ayen kat utm gak ker?
x jumpe 3 tahun dah..
tapi mmg berguna la his lesson tuh..
semua orang patut wat camtu..
tawawfayakof.. thanks.. itu baru keseronokan masa praktikal.. masa kerja, sedang mencuba.. :)
ha ah afzan, utm.. lain fakulti kan, tak terjumpa2 la.. afzan ni pn tak terjumpa2 kan.. ;)
salam. ain..
mr efendi also my lect b.i dulu. akak very2 salute dia. byk info dan ilmu dia tak lokek. Akak n my husband still ingat dia sampai skrg n rasanya mr effendi pun still ingat kami berdua. Kami pun dh bertahun2 tak jumpa dia.kalau ade no phone dia, tlg bg akak ye. tq
w'salam..
ok.. nnti ain bagi.. tp ain kene cari dlu.. huhu..
hidup fizik!
salam akak, wahhhhh maksudnya budak major fizik boleh ek buat praktikal kat hospital ? yeyhhhh. saya nak sgt keje kat hospital tp sejak dpt kos fizik saya igt impian sya nk keje kt hospital dh x dpt. selalunya fizik buat keje pe kak kat hospital ? selain xray.
Post a Comment