Sunday, December 26, 2010

Selamatkan Lembu Kita...

17 Disember 2010...

Lebih kurang pukul 11.15 malam...

Tiada lampu jalan... dan hujan renyai-renyai...


"Apa tu??!!"


(sumber gambar : Pakcik Google)

"Lembu...!"



"Alhamdulillah..." tiga gadis comel tarik nafas lega sebab lembu tidak cedera.. Bahagian depan kereta pun tidak cedera... Semua pakai tali pinggang keledar, alhamdulillah...!

Tiba-tiba...


Impak dari belakang...


"Awak dah ambil belum nombor plat kereta belakang?"
"Takpe pakcik, kereta belakang tu kawan kami.."
"Kawan awak? Konvoi?"
"Yup.. Diorang macam mana pakcik?"

*******************************************

Korang...! Aku takkan lupa malam tu! Aku sayang korang! Aku sayang semua...!


Allah bagi aku hidup lagi, untuk lihat budak-budak kenit-kenit ini juga.. Haih, pengsan aku balik rumah tengok budak-budak ini.. 7 ekor!




Monday, December 13, 2010

Filem vs Buku - Aku tukang review?

"Kak Ain dah tengok Harry Potter?"
"Belum"
"Owh ingat nak tanya okay ke tak"

"Tak tengok lagi- tapi ada orang suka; biasanya yang mengikuti lah kot- ada orang kata 2.5 bintang je hehehe"

Tak memasal aku komen agak banyak tentang filem yang aku belum tengok; hasil daripada sumber-sumber lain macam blog kawan dan status di Facebook kawan-kawan--

"Eh sungguh-sungguh pulak aku review muvi kan"
Aku cuba cover keterujaan diri bila dah bercakap (chatting di Facebook sebenarnya) pasal macam-macam filem dengan Hanim- Pasal Harry Potter yang aku tak tengok pun perlukan beberapa ayat untuk aku cerita; apatah lagi filem yang aku dah tengok macam Unstopable; Skyline dan Ngangkung kan...

"Ha ah; saya tahu kak Ain memang up to date"
Errr.. aku up to date dengan filem-filem di pawagam? Itukah label di dahi aku sekarang?

Tu lah antara cerita-cerita yang aku tengok di pawagam- Dan aku suka! Susah je nak cari filem yang aku tengok tapi tak suka kan- Owh ada- Filem Andartu Terlampau aku tengok dan aku tak suka-

Kan best kalau ada orang tanya aku;
"Dah baca tak buku Abu Bakar Sahabat Sejati - novel sejarah Islam tu? Macam mana?" "Buku Dr Zainal yang Tips-tips Cemerlang dari Quran tu best tak?"
atau pun nak omputeh sikit;
"Buku John Gray yang selain Men from Mars Women from Venus tu recommend tak untuk baca?"
Kalau aku sungguh-sungguh review pasal buku; tak ke lebih sedondon dengan karier aku sekarang ni?

Aku dah habis baca dah buku ni; dalam masa dua hari! Itu membuktikan bahawa manusia seperti aku yang susah nak baca novel pun boleh baca novel sejarah Islam ini dengan mudah-- Alhamdulillah-- Banyak lah benda yang aku tak tahu jadi tahu dalam bentuk yang senang nak faham lagi boleh menghayati sebab tulisan dalam bentuk cerita (kata novel): Maka aku tekan butang 'like' macam dalam Facebook untuk buku ni--

Buku ni aku belum habis baca-- Tapi aku memang boleh follow lah page by page-- Buku ni akan senaraikan satu demi satu perkara yang diambil dari Quran yang dikatakan tips untuk cemerlang (aku rasa ejaan untuk 'tips' adalah lebih tepat daripada 'tip' ; aku tak cari Kamus Dewan =p) Semalam aku sampai bab "Cemerlang dengan Zikrullah"- Dalam Quran ada sebut; berzikirlah nescaya kamu akan jadi tenang- Aku pun berzikirlah sekejap- Tapi jangan tiru aksi aku yang dalam kurungan (makan tengahari; baca bab tersebut sambil meniarap atas tilam; berzikir sekejaaaaaaap sangat; dan terlebih tenang; tertidur) Maka; bagi aku; tips baca buku ini (bagi aku) ialah hadkan 2 bab contohnya satu hari untuk dihayati- Ini bukan buku cerita =p


Buku ni dah lama gak aku habis baca- Dah siap letak dalam kotak semula dah (kira macam takkan buka dalam masa terdekat) Yang aku punya di sebelah kiri tu- Sebelah kanan tu wajah baru- Bagi aku buku ni seronok! Memahami sunatullah (bak kata Ustaz Hasrizal) Apa yang seronoknya ialah bukan saja untuk pasangan-pasangan suami isteri atau kekasih; tapi applicable juga bila berurusan secara profesional dengan rakan sekerja; dengan para pelajar mahupun kawan-kawan: Haritu kat MPH ada jual buku John Gray ni 3 buku; harga 50% kalau tak silap- Tapi buku dia yang lain lah- best ke tak; wallahu'alam-

Wah! Aku berjaya tukar post aku daripada cerita tentang filem kepada cerita tentang buku juga! Syabas Ain! Sebenarnya cerita tentang filem tak lah salah pun- Bagi aku berguna sangat- Sebab deria yang kita gunakan untuk 'menerima' sebuah filem adalah lebih banyak berbanding 'menerima' sebuah bahan bacaan kan? Tapi aku tengok banyak sangat filem lah- tak larat nak cerita- ngeh ngeh ngeh--

Contoh; aku sangat tersentuh bila dalam filem Eat Pray Love; masa Julia Robert dek tidak puas hati dengan kehidupan serba lengkapnya; tiba-tiba melutut di rumahnya dan berdoa- Dia mulakan dengan; lebih kurang; "Tuhan; aku tak pernah bercakap dengan Kau......" Masa tu aku fikir; nasib baik aku ada solat 5 waktu- Tu pun tak selalu rasa macam cakap dengan Tuhan- sob sob sob-- (Sila hayati bab "Cemerlang dengan Solat" dari buku ke-2 di atas)

Dah Ain! Sila baca buku di bawah!




Wednesday, December 1, 2010

Soalan Aku Wajib Jawab Tentang Belanda (Bahagian 2/2) - with photos!

Bismillahi rahmani rahim

Hai you allz!!!

Ya ya aku tahu aku patut selesaikan tugasan menyenaraikan segala komponen daripada sebanyak yang boleh experimental setup for the generation of slow light berserta fungsinya dalam minggu ini tapi aku terasa nak menulis di blog aku yang syok menulis dan syok membaca sendiri- Maka; aku nak menulis- Ada masalah ke? Tak da kan? =D

Memungkiri janji itu adalah salah satu daripada ciri-ciri orang munafiq- (biasa dengar; tak pasti sumber) Jika aku buat satu post dan melabelkan nya sebagai 'Bahagian 1/2' pada tajuknya; maknanya aku memberitahu juga bahawa akan wujud 'Bahagian 2/2' kan? Mengikut hukum penaakulan mantik (ya ke ni?) Jika aku tidak mewujudkan 'Bahagian 2/2' tersebut; seolah-olah aku telah memungkiri janji (janji buat sendiri)-- Maka; okay; aku tak nak sambung:

So here I come with "Soalan Aku Wajib Jawab Tentang Belanda (Bahagian 2/2)" sebagai sambungan daripada Soalan Aku Wajib Jawab Tentang Belanda (Bahagian 1/2) yang ditulis 18 bulan lepas! (klik untuk baca)

Okay; dah habis baca Bahagian 1; baru boleh terus membaca supaya tahu hujung pangkal--

Soalan 1 Belanda tu Holland ke? Netherlands?

Aku dah jawab; cuma aku nak beritahu sepatutnya kita tulis sebagai The Netherlands: Sebab; dalam hukum Bahasa Inggeris memang macam tu: (Sila tanya Pakcik Google tentang articles)-- Huh; Bahasa Melayu juga bahasa yang senang lagi indahkan--

Soalan 2 Macam mana ya Belanda?

Aku ada tambahan jawapan yang juga kesinambungan daripada soalan;
"tak nak sambung PhD kat Belanda ke? Tak de rasa nak pergi semula ke Belanda?"
Tambahan jawapan aku ialah; "visiting is not the same with immigrating" muahahaha-- Dan aku rasa buat PhD kat sana boleh dikatakan bukannya visiting! Sama je kot mana-mana negara pun: Nasihat aku; kalau berkeluarga dan mempunyai anak-anak; sila dapatkan khidmat nasihat daripada keluarga warganegara Malaysia di sana terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk buat PhD di sana: Harap maklum; bersedia dan chaiyok!!!! (cewah macam la aku dah ada anak-anak sekarang kan)

Soalan seterusnya aku malas nak tambah jawapan :

Soalan 3 : Macam mana orang Belanda dengan Islam? Bukan Belanda anti Islam ke?
Soalan 4
: Orang kata, Belanda ni negara bawah paras laut. Macam mana tu?
Soalan 5
: Negara bebas seks? (tak perlu letak ****; dah besar kan masing-masing hehehe)

Haaaaa-- Tapi aku berminat nak tambah bagi jawapan bagi soalan yang terakhir ini dengan gambar-gambar seperti yang aku 'janjikan'!

Soalan 6 : Apa yang terkenal di Belanda?


Kincir angin! Gambar di Zaans Schanse-- Terima kasih kawan-kawan budak Medic di Rusia + Ireland untuk sumber gambar (aku tak sure siapa shoot)

Keju! Gambar aku dengan keju mesti aku buat muka sebab tahan bau keju-- Gambar kiri adalah di pasar Delft dan kanan di kilang keju di Zaanse Schanse-- Bak kata orang-orang yang tak makan keju "it smells like sock"-- Ala macam hero cerita Eat Pray Love lah yang kata buah durian bau macam kaki bila Julia Robert nak cuba kan--

Porselin- Yang terkenal ialah Blue Delft- Kalau yang mahal-mahal; halus-halus hand-painting-nya; Royal Blue Delft- Memang cantik!

Tulip : Gambar dari Keukenhof Park

Kasut kayu-- Ada yang saiz kaki untuk di pakai dan ada yang saiz kecil untuk perhiasan comel!

Ini pula gergasi punya! Satu kat Amsterdam (kiri) satu lagi kat Zaanse Schanse (kanan)

Dan satu gambar bonus- Pernah aku sebut dalam Bahagian 1 perkataan 'Dutch Lady' kan-- Ha ini dia Dutch Lady hybrid =D

Gambar dalam studio di Volendam-- Terima kasih korang! (ni lah budak-budak Medic yang aku maksudkan tadi) Aku anggap je korang restu penggunaan gambar korang di sini-- Alamak; rindu korang lah! Entah bila lagi nak bersuka-ria jalan-jalan amik gambar lompat-lompat kan-- sob sob sob

Okay; hutang aku pun dah terbayar-- Cukuplah sampai di sini-- Cerita lama buat apa nak di kenang-kenang lagi; kang ada orang yang cemburu kata aku over pulak (padahal kalau terbuka cerita lama; kisah 10 tahun lepas pun boleh borak 10 jam kan): Akhir kata; jauh perjalanan; luas permandangan: Tapi hujan emas di negeri orang; hujan batu di negeri sendiri; kumpulan Hujan juga yang aku suka!

*Nantikan post tentang keindahan kumpulan Hujan! Eh; nantikan post tentang keindahan negara sendiri! ;)

Peace!

Tuesday, November 30, 2010

Papa memang tak Sayang Ain


Assalammu'alaikum para pembaca sekalian,

Tengok tarikh post terakhir aku, alamak, 10 November... dan 20 hari tidak update blog! Aku manusia yang gagal merancang masa! Hohoho, giler kejam statement untuk diri sendiri ni kan..

Okay, bukan gagal merancang masa, tetapi nafsu menulis itu tertimbun dengan tekanan emosi yang lain (serius bunyi macam manusia tertekan giler padahal tak lah seberat mana masalah-masalah melanda). Nafsu itu dihempap-hempap dan dilenyek-lenyekkan macam mashed banana dek masalah keyboard laptop aku (mashed banana = pisang lenyek buat masker kat muka, lepas tu pisang tu dok jatuh-jatuh dari muka sebab licin seterusnya kena rambut dan bantal.. hampeh.. pakai masker dalam keadaan tidak tenang.. huh..)

Keyboard laptop aku mempunyai kesakitan mengada-ngada pada tiga butang ini (,.?) dan itu sangat mengganggu penulisan di blog kan.. (kesakitan mengada-ngada = kadang-kadang okay kadang-kadang not functioned)

Habis ni boleh je aku tekan ,,,,,....???? Sebab aku guna laptop adik Mai di bilik aktiviti (bilik Lala sebenarnya) Lalalalala.....

Perbualan lebih kurang 10 minit sebelum aku menulis,
"Eh Ain, tak cuti ke?"
Beberapa saat aku terdiam sambil senyum. Kenapa kena ambil cuti ya sekarang? Ada apa-apa raya yang aku lupa ke? Aku tanya dalam hati.

"Ala kak.. saya mana lah ada anak cuti sekolah, nak amik cuti bawa anak jalan-jalan kan.."
Aku bernasib baik sebab dapat cover blur.

"Hehehehe.. ha ah kan..."
Kak Anis, pembantu makmal comel itu puas hati dengan jawapan aku. Yes!

"Akak cuti lah ni?"
Aku tanya, menambahkan ramah-tamah.

"Ha ah.. anak akak SPM ni kan..." "ooo..."

Sampai ambil cuti tu anak SPM.. So sweet... Bapak aku tak cuti pun masa aku SPM dulu.. sob sob sob.. Papa memang tak sayang Ain kan? Betul kan?

*Aku tetap sayang Pakcik Google sebab boleh bagi gambar apa-apa saja, bila-bila masa saja*


Errr.. Kalau aku ambil SPM dan tinggal di sekolah berasrama semasa ambil SPM, apa ke jadahnya bapak aku ambil cuti kan? Haih... Ops.. Sorry Pa! Hehehe...

* Sedikit berita sensasi (eerrr sensasi ke?) Aku dah habis baca buku Five People You Met in Heaven. Selesailah semua pengajaran daripada kelima-lima orang dalam novel tu. Pengajaran mantap.. InsyaAllah, aku ambil iktibiar.. Tapi.. Hmmm.. I like surprise.. Cerita tu macam dah cakap awal-awal yang dia akan jumpa 5 orang, dan masuk syurga.. Maka.. macam tu lah ceritanya.. hehehe.. Aku mengharapkan bila habis je buku tu aku jerit.. "aarrgghh!!! benci nya!" atau "wah...! sweet giler.." atau "yes! akhirnya!".
Tapi kenapa aku baca dan aku ala-ala cakap, "Hmm.. dah habis dah.. buku apa ye next aku nak baca?"dengan mood malas saja.. Bukan tak best tapi tidak terlalu teruja dengan ending.. KOT....

*Apa ya kepentingan post kali ni? Hmmm.. Okay, sekurang-kurangnya pembaca boleh tahu bahawa pisang lenyek boleh buat masker untuk kulit kering/sensitif. Maklumat lanjut? Sila cari Pakcik Google ;)

Wednesday, November 10, 2010

Di Sudut Kamar Hatiku - Aku Kena Sampuk!

Kalau pagi tadi aku dengar lagu Teringin nyanyian Shima sebanyak dua kali (sebelum sampai ke opis aku) dari dua siaran berlainan melalui radio dalam kereta, tak mustahil aku akan dok nyanyi lagu Teringin sepanjang hari kan? Dua kali tu.. Kena sampuk lagu Teringin sangat logik.

Tapi aku tak tahu kenapa, 'hantu' mana yang sampuk, tiba-tiba aku teringat satu melodi, beberapa baris lirik. Atas cadangan Lala, aku google lirik yang aku ingat, dan aku jumpa gerangan empunya melodi dan lirik. Haaa....!!!

Lagu Di Sudut Kamar Hatiku, dendangan Jamal Abdillah.. eeewww.. puas hati aku, Lala dah tunaikan permintaan lagu ni dari laptop Lala... Sekarang tengah layan untuk kali ke-2, sebelum menghadap Encik Supervisor beberapa minit lagi.

Resah hatiku merinduimu
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada

Sepi dunia di dalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman

Hidup ni kan boleh jadi teater.. Dengan satu lagu, boleh buat mimik muka sedih atau gembira... Terpulang kepada pengarah.. Terpulang kepada penulis skrip.. Terpulang kepada pemain watak.. Yang penting, pasti ikut tuan punya dewan teater, yang mana satu ketentuan-Nya...

Tuesday, November 9, 2010

Let Allah do the Rest

You can see the past, but you cannot influence it.
You can influence the future, but you cannot see it.

Sekali dengar, itulah yang aku tangkap, dari mulut MC (master or ceremony) Bengkel 1 Fotonik UTM semalam. Bengkel tu pasal apa, okay, aku tak sudi nak cerita di sini sekarang (hehehe, suka hati aku kan), tapi apa yang aku nak kongsi hanyalah ucapan penutup cik MC, seorang RO (reseach officer) kalau tidak silap. Cik MC ada sebut itu kata-kata daripada someone, tapi aku tak dapat tangkap namanya, maaf =D

Ya, kita sangat faham dengan masa yang dah lepas (the past), kita nampak apa, bila, kenapa, bagaimana.. Kita boleh bincang berjela-jela tentang perkara yang dah lepas.. Daripada macam-macam perspektif kita boleh nampak. Dari mata aku, mata korang, mereka, dan mereka.. Ikut mata, telinga dan hati masing-masing to see the past. Tapi seterang mana pun kita nampak apa yang telah berlaku, kita tak boleh buat apa-apa untuk mengubahnya. You cannot influence it even you are the most powerful man in the world. Bak kata Imam Shafie (ke, Ghazali?) pada anak muridnya, benda yang paling jauh, ialah masa lampau. Kita takkan dapat 'capai'.

Senang kata, kau nak telagah lebih-lebih tentang hal yang lepas pun, apa kau boleh buat? Nasi dah jadi bubur McD?
  1. Dia tu apa je kelebihannya, sampai kau boleh sangkut jadi girlfriend dia? Ni dah kena tinggal, sedih ke?
  2. Kau ambil bidang Sains, apa sangat kau boleh kerja kat Malaysia ni. Tu la.. Lainlah kalau ambil Engineering..
  3. Dulu nak sangat jimat, nak beli kereta ABC.. Sekarang tengok, kalau dari dulu kau beli kereta XYZ, tak de sekarang kau pening-pening nak tukar kereta...
  4. Kenapa kau pakai jenama KKK? Aku pakai jenama JJJ, elok ha sampai sekarang, 4 tahun tahan lagi..
  5. Tu la, aku suruh hantar anak kau tu sekolah asrama kau tak nak.. Nak duduk bawah ketiak kau.. Ni dah degil tak nak belajar..
  6. Orang buat PhD direct after Masters, tengok sekarang, senang je nak maju nanti... Ni kau nak rehat-rehat dulu, masa jalan, kau yang tertinggal..
  7. Tu lah, nak buat projek PhD yang pelik-pelik, advance sangat.. sekarang dah susah nak bangunkan kat makmal sendiri kan..
Dan macam-macam lagi the worst cases that I can think about (ada yang aku saja-saja je wujudkan. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati). Dah nasi jadi bubur McD, makan je lah bubur tu dengan nikmatnya, letak black pepper sikit, godak, makan dengan sopan sebab panas. Apa masalahnya? Nak nasi, balik rumah masak la..!

"My life was a waste"
, kata Eddie kepada Blue Man, lelaki pertama yang dia jumpa di 'syurga' dalam buku Five People You Met in Heaven, tulisan Mitch Albom. Blue Man jawab, "No life was a waste. The only waste is when you think that you are alone in your life" Errr.. macam tunggang langgang je ayat aku ni, tapi lebih kurang begitulah. Terkesan. (Aku baru baca sampai orang ke-2 yang Eddie jumpa. Fuh berat gak kepala otak aku nak proses isi novel yang satu ni)


Aku dah baca For One More Day, serius meremang bulu tengkuk. Tentang macam mana kalau kita diberi lebih satu hari lagi untuk bersama-sama dengan orang yang kita sayang sebelum dia mati. Dalam buku tu, tentang ibu. Siapa baca tapi tak terkesan, serius dalam itu hati ada besar punya batu (Happy Deepavali, belated =D) Boleh pula aku tak baca lagi Tuesday with Morrie kan, antara buku Mitch Albom yang terkenal. Tentang guru kalau tak silap. Err, nanti-nantilah ;)

Okay, balik semula pada quote di awal post tadi, selesai bercakap tentang masa silam, kita tengok pula tentang masa depan, the future. Ya, kita boleh buat macam-macam untuk 'ubah' masa depan kita.
  1. Kita tulis things-to-do pada buku nota kita supaya nanti kita tak lupa apa yang penting untuk kita buat minggu depan.
  2. Kita makan makanan tidak basi hari ni, supaya esok kita tak sakit perut.
  3. Kita pilih baju dan tudung biar sama cantik dan padan, supaya bulan depan, majlis kahwin kawan, sedap mata orang lain memandang kita.
  4. Kita belajar untuk dapat A dalam semua subjek supaya kita boleh dapat pekerjaan yang kita idam-idamkan.
Okay, aku penat nak fikir contoh lain. Cukup Ain, cukup..!

Tapi, betul ke kita akan mampu buat apa yang kita dah tulis dalam things-to-do kita tu minggu depan?
Betul ke kita takkan sakit perut esok?
Betul ke dalam majlis kahwin tu, mata orang lain senang memandang kita? Atau tak sempat mata siapa-siapa pandang?
Betul ke kita akan layak dapat pekerjaan yang diidam-idamkan nanti dengan A kita?

Boleh nampak? Tak boleh kan. Kalau boleh, itu Nujum Pak Belalang orang kata.

Tadi ada perjumpaan NC (naib canselor) UTM, Dato' Zaini Ujang dengan para tutor di UTM dan aku sangat tertarik dengan satu cerita beliau (cerita apa yang aku tak tertarik kan?). Profesor di Israel yang berperang (diperangi atau memerangi) pun buat research dengan sungguh-sungguh, hebat-hebat.. Kata seorang profesor tu, "My work is doing the research and I have to do the research now, because I don't know if my lab (laboratory) will be exist tomorrow"

You can see the past, but you cannot influence it.
You can influence the future, but you cannot see it.

So, see the past and learn. Influence the future and..
(eerr.. tak reti lak aku nak sambung konon-konon qoute kan..) let Allah do the rest.


Wednesday, November 3, 2010

Tinggikah Martabat Bahasa Anda?

Situasi 1 : Kedai menjual pakaian
"Jemput masuk dik... Cari apa dik?"
"Tengok-tengok dulu ya..." adik itu menjawab.
"Tengok lah... Saiz ada..."


Situasi 2 : Di rumah terbuka kawan
"Assalammu'alaikum..."
"wa'alaikum salam.."
"Selamat hari raya... "
Sambil senyum, bersalaman.


"Ini kawan-kawan Nora ke?"
"Ha ah... "
sambil senyum semesra yang boleh kepada kakak ipar Nora yang bertanya.
"Betul ni kawan-kawan Nora?"
"ha ah... " senyum lebar lagi.
Kakak ipar Nora memegang kedua-dua belah bahu salah seorang daripada kawan-kawan Nora, dan berkata, "Laaa... kawan-kawan Nora ek... semangat semua...." sambil buat muka kagum.

Sebelum kakak ipar ditinggalkan kerana masing-masing mahu pulang, mereka bersalaman lagi.
"Seluar akak ni akak pakai dari akak anak dara tau.."
Dalam hati salah seorang kawan Nora, "Ada aku tanya?"

Situasi 3 : Di sebuah rumah kampung

"Eh, kau ni dah tunang ke, baru kene risik.. cuba cerita sikit.."
Yang ditanya diam, malas menjawab. Apa susah, mak bapak ada, selaku pengurus sidang media.
"oooooo.... Pak Lang bagi masa sebulan, kau diet.. senaman... nak kahwin nanti kan.."


Situasi 4 : Di hospital tempat praktikal

"Kau ni manis lah"
Yang dipuji diam, malas menjawab.
"Saya ada anak lelaki tau. Segak"
"oooo... " yang disapa cuba senyum ikhlas.
"Kau diet sikit lagi, saya kenalkan kau dengan anak saya ya.."

Situasi 5 : Di kafe

"Haaa... inilah Sofia...", Rosnah kenalkan Sofia kepada beberapa orang kawan lamanya.
"Ooo.. hai..." Ramli memandang Sofia sambil senyum tetapi dahi berkerut.
"Kau tak ingat ke?" "Errr.. tak sure la..." "Tak perasan kot.. " Rosnah meneka, sambil Sofia duduk di kerusi kosong di meja yang sama.
"Yang kecik-kecik dulu aku jumpa tu, siapa ek?"

Dalam hati Sofia, "Aku ke?"


Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, malah mimik muka, memang tak boleh di cover lagi. Anda rasa anda cukup baik? Cukup sopan? Cukup peramah? Cukup prihatin? Cukup mulia? Anda rasa anda tak layak dilayan biadap oleh orang lain? Tak layak disakiti oleh kata-kata orang lain? Tak layak dapat kutukan orang lain? Tak layak kecil hati disebabkan orang lain?


Komen aku untuk semua situasi ;

Situasi 1 : Kedai menjual pakaian

Okay, kedai anda bagus, ada variasi saiz untuk pakaian. Peniaga macam ni lah yang kita harapkan. Tapi maaf, saya buka pelanggan yang anda boleh harapkan untuk memberi keuntungan kepada kedai anda hari ini, sungguhpun kedai anda ada baju saiz saya, terima kasih.

Situasi 2 : Di rumah terbuka kawan

Owh.. kami memang semangat.. bersemangat waja.. menyambut jemputan rumah terbuka dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran... bercampur gaul dengan orang lain tanpa diskriminasi pangkat, pendidikan atau kekayaan.. senyum lebar tanpa mengira bau haruman.. kami memang penuh semangat kekitaan.. dan kami memang mampu beli seluar baru, tak perlu pakai seluar dari zaman anak dara untuk digunakan sehingga beranak dua... mulianya hati akak merendah diri kerana tak beli banyak seluar.. zuhud itu kami akan kagumi sampai bila-bila...

Situasi 3 : Di sebuah rumah kampung

Terima kasih Pak Lang atas nasihat tersebut. Semoga Pak Lang terus sihat walafiat dengan keidealan berat badan Pak Lang.. Kalau sakit juga, sila kuruskan badan lagi.. Takkan dah tua-tua lemah badan nak bawa badan yang berat-berat kan? Kesian nanti... InsyaAllah, saya takkan jumpa Pak Lang dalam masa berbulan-bulan selagi saya tidak sesedap mata Pak Lang memandang..

Situasi 4 : Di hospital tempat praktikal

Terima kasih Tuan Haji atas pujian kemanisan saya tu. Tahniah sebab ada anak lelaki yang segak. Semoga Tuan Haji jumpa menantu yang sepadan untuk digandingkan dengan anak Tuan Haji yang DIKATAKAN segak itu. Semoga berkekalan dan bahagia sampai ke syurga. Saya tak jatuh sakit kalau tak diperkenalkan dengan anak lelaki Tuan Haji, insyaAllah...

Situasi 5 : Di kafe

Hai Ramli, selamat petang! Semoga kau dapat jumpa orang yang kecik-kecik yang kau cari tu. Aku yakin, orang itu bukan aku.


Tinggikah martabat bahasa anda?

**Nama yang digunakan bukan nama sebenar. Isi dialog yang digunakan bukan sebijik-sebijik seperti dialog sebenar. Gambar-gambar yang terselit bukan gambar sebenar (sumber : Google). Situasi-situasi yang diutarakan... eerrr.. memang situasi sebenar.. **

Saturday, October 30, 2010

Berkamera dan Majalah PhotoYou

Aku ni suka kan buat kerja sekerat-sekerat: Haaa-- itu mungkin salah satu punca banyak post aku yang ada Bahagian 1 atau yang dikatakan akan bersambung; tapi bahagian seterusnya tak muncul-muncul: Ini satu sikap yang tidak baik kah? Hmmm (berkerut dahi sambil berfikir ala kadar); atau ini dikatakan versatile? (angkat kening sambil cuba mempositifkan keadaan dengan satu senyuman nipis):

Kerja sekerat-sekerat yang aku maksudkan dalam kepala otak aku sekarang ni ialah belajar menggunakan kamera-bertali-lebar (DSLR): Dua tahun lepas; aku sanggup tu tengok tutorial kat internet tentang cara-cara ambil gambar dan tengok-tengok beribu riban gambar-gambar orang; walaupun aku berada di saat-saat genting penulisan tesis (err; kerja 6 bulan dikatakan tesis kah? Mungkin report?) Dua tahun tu; kalau orang yang nak berjinak-jinak jadi jurugambar sambilan memang dah kaya sampai boleh kahwin dah (macam abang Zairi hehehehe): Jangankan belajar cara menambah keefisyen gambar menggunakan kamera-bertali-lebar; guna kamera kompak pun aku selalu dapat peluang tunjuk-ajar-ku-sifu: Suka! Suka! Tapi betul lah orang kata; practice make perfect: Tak praktis memang susah nak perfect:

Okaylah; malas nak ulas panjang; cuaca pun mendung semacam: Ni aku letakkan sebahagian daripada majalah Photo You yang aku beli Julai lepas: Antara salah satu pemangkin yang membuatkan aku rajin pegang semula kamera aku: Kalau lah baca jurnal seasyik baca majalah ni kan best =)

Errr-- Macam lebih kurang gaya aku sekarang je; meniarap dan dagu atas bantal (haruslah tangan aku tengah menaip kan)


Cara pegang kamera pun dia tunjuk: Comel kan: Ops; TERada iklan Canon di situ: Tapi aku belum mahir lagi ambil gambar dengan kedua-dua belah mata terbuka: Katanya; satu mata untuk tengok frame (biasanya mata kanan); satu mata lagi tidak ditutup kelopak mata mahupun kamera supaya boleh nampak pandangan hadapan yang lebih luas (biasanya mata kiri) Aku lebih selesa kenyit mata sebelah: Hahaha; lepas tu; jalan-jalan langgar orang kan: Haih--


Ini rule of thirds: Kalau tak tahu; tanya Uncle Google; dan dia akan bagitahu Pakcik Wikipedia: Katanya; gambar basikal yang bawah tu lagi power:

Ini antara bahagian yang aku suka: Cara ambil gambar bayi: The interesting part is; ambil gambar-gambar yang meliang-liuk semua tu sebelum bayi umur lebih dari 2 minggu; sementara badan bayi masih senang dibentuk dan melengkung macam posisi semasa dalam perut ibunya lagi: Tapi aku belum jadikan mana-mana bayi sebagai bahan eksperimen lagi: Tengok bayi orang pun serius takut nak pegang: hahaha:

Ini gambar paling comel! Semoga aku dapat ambil gambar macam ni satu hari nanti: Errr; mestilah bukan guna kaki aku kan:

Dan aku sangat nak majalah Photo You terbaru yang cover dia ada gambar kucing! Cara ambil gambar kucing!

Gambar kat atas ni aku ambil je guna kamera pada salah satu muka surat dalam Reader's Digest bulan ini: Huh; aku tak dapat bayangkan kucing-kucing kat rumah mak bapak aku tu nak di-diam-comel-kan macam gambar tu kan: Dah la ramai berkoyan-koyan: Agresif semacam: Pening aku: Takpe: Cuba: Errr bila tu; wallahu'alam: hehehe:

Antara hasil pagi Ahad lepas di Hutan Bandar; JB: Not the perfect ones; but at least I like them! Hasil 'tangkapan' Lala; Shikin dan aku ;)

*happy tak hingat!*

*pun happy tak hingat sambil ada pandangan jelek dari si tudung putih*

*TAJUK : Misteri Gadis Tudung Putih*

Peace! Happy weekend!

Thursday, October 28, 2010

Shopaholic Series - Books, Movie & Reality....

I read Shopaholic Series by Sophie Kinsella! I read them! I read them! Yeah! And happy with them! Okay; actually I read only two out of six: =D

This first novel I finished during 2007; or maybe 2008; can't really remember: Maybe the first English novel I read in my life: Hahaha-- Okay; not counting the novels I HAVE to read for English classes during my school time: Or pretending read them in order to penuhkan-buku-Nilam:

Even; hmm I think I wanna continue in Malay; my lovely mother tongue =p

Rasa kena sampuk sekejap dengan novel Sophie Kinsella agaknya mula-mula tadi: Haaa-- Now I feel better-- Ops; sekarang aku rasa lebih baik ;)

Ahad lepas aku tidur selepas solat Maghrib; penat sangat agaknya bersuka ria sepanjang hari: Dari Hutan Bandar; makan kat ZZ Sup Tulang; memanjakan diri dengan TV; novel dan face mask; sampailah makan pisang goreng dan cendol di Cendol Cendol Cendol: Tapi tengah malam aku terjaga semula dengan perut lapar: Disebabkan rasa patut kurang makan malam; aku cuba melekakan diri dengan membaca dan aku berjaya habiskan satu lagi novel!


Okay; aku mengaku; khatam je buku ni; aku gagal mengawal diri dan aku buka peti sejuk: Jumpa buah betik sepotong; Mai bawa dari kampung dan aku masak meggi goreng: Hahaha-- Siap ada pillow talk dengan Zafran sampai pukul 3 pagi:

Okay; aku bukanlah pembaca novel: Pertama kali aku cuba baca novel ialah dengan menggunakan novel Ombak Rindu yang sedang hangat diperkatakan ramai lebih kurang 5 tahun dulu:

"Kalau kau start dengan Ombak Rindu; serius; ko boleh suka baca novel" nasihat Rozi; sekarang ibu kepada Fatin: Tapi Rozi; jiwa aku terlalu keras agaknya: Aku jadi serik baca novel selepas tu huhuhu: Minta maaf ya kepada peminat Ombak Rindu: Bukan jiwa aku:

Tapi Shopaholic Series ni ada semacam daya tarikan: Aku boleh masuk dalam cerita tu: Aku boleh sama-sama teruja bila Becky nak beli sehelai skaf kegemaran dia walaupun dia terpaksa menipu dan meminjam duit daripada Luke: Aku sama-sama susah hati bila kad kredit dia dah tak boleh guna: Aku sama-sama; ah; pendek kata; perkataan-perkataan yang disusun mudah faham dan jiwa; dan plot disusun naik turun perasaannya sangat membuatkan aku tak boleh berhenti membaca: Ya; satu kelemahan aku; aku tak sabar untuk habiskan satu-satu novel: Maka jika aku sibuk; jangan mula baca novel! Errr; dalam kes ini; novel Shopaholic Series:

Aku skip siri yang lain; aku terus baca kisah Becky yang dah mengandung: (marah aku sebab aku tak tahu macam mana dia boleh kahwin dengan Luke tu kan): Novel kedua ni lebih bermain dengan perasaan aku rasa: Kisah emosi ibu mengandung yang mengidam macam-macam (tak mengandung pun dah mengidam kan); termasuklah kisah suami isteri yang penuh pancaroba: Tapi masih tak meninggalkan elemen lucu dan teruja: Aku suka! Aku suka!

Cukup pasal buku: Sekarang kita beralih kepada filemnya:

Ada dua poster kan? Tak sama tarikh tayangan pula tu: Aku memang tak ingat tarikh tayangan masa tu guna yang mana satu: Tapi aku yakin aku tengok cerita ni di panggung wayang pada satu malam di Utrech; Holland: Cewah; jauh tu: Masa tu aku belajar kat sana laaa- Dan itulah satu-satunya cerita aku tengok di panggung wayang di Holland; tahun 2009: Dengan Cik Ayu dan Cik Dah: Owh; Mai juga:

Filem ni adaptasi dari novel yang pertama: Entah; aku ni memang manusia yang teruja dengan wayang agaknya; maka aku memang suka: Aku bukanlah jenis yang nak tahu ending sebelum cerita habis; I like surprise! Tapi haruslah aku boleh agak plot-plot sebab aku dah baca novel kan: Tapi masih menarik; sebab cerita ni comel! Okay; macam biasa; kalau filem adaptasi novel ni orang akan komen; tak sama dengan novel lah; banyak plot yang potong lah; pelakon tu tak sesuai dengan watak tu la: Tapi; ada aku kesah? Dah filem tu terhad 2 jam saja; takkan nak sumbat semua plot kan? Manusia; manusia: Memang tak reti nak puas!

Okay; aku rasa aku patut berhenti sekarang: Nanti aku sambung: Aku nak cerita pasal masa kami tengah sedap-sedap tengok cerita tu; separuh masa pertama; tiba-tiba skrin kat panggung wayang tu gelap: Selama 20-30 minit jugak lah: Kenapa?

Monday, October 25, 2010

Pagi Ahad di Hutan Bandar


Walaupun ada banyak gambar lain yang aku suka (siapa lagi nak suka kalau bukan jurufoto dan model sendiri kan); aku tetap rasa ini gambar kegemaran: Feveret omputeh kata: Antara gambar hasil jalan-jalan pagi Ahad lepas di Hutan Bandar:

Okay; perjanjian pada diri sendiri menyatakan; pada klausa pertama dan terakhir;

"Update blog tentang Pagi Ahad di Hutan Bandar hanya boleh disempurnakan selepas membaca satu bab penuh dalam buku Slow Light : Science and Application susunan Jacob Khurgin"

Chaiyok!

Wednesday, October 20, 2010

PMS -------------------------

Entah apa badi yang melanda; tanda koma; noktah dan soal aku tidak berfungsi hari ni: Semalam okay je: Tapi semalam tak da rasa nak update blog pulak: Bila ada rasa nak update blog ni lah; tiga button keyboard ni meragam: Mengada-ngada: PMS!

Okay; PMS tercetus untuk diselitkan dalam post hari ini sebab itu cadangan kawan penyuntik semangat update blog aku; Lala: Tapi; apa aku nak cerita pasal PMS masalahnya? Hmmm- Seingat aku; pernah ada satu kumpulan manusia tak tahu PMS tu apa dan tanya aku; sebab mereka tengok cerita Merah Putih (drama bersiri DI TV3; tapi kami tengok online masa kat perantauan: lagi banyak tengok TV masa kat negara orang berbanding kat negara sendiri kot: banyak masa lapang agaknya) Dalam skrip tu dok ulang PMS; PMS:

*selingan : Merah dalam cerita itu adalah cute!

Premenstrual syndrome (PMS) is a collection of physical, psychological, and emotional symptoms related to a woman's menstrual cycle. Generally, symptoms may vanish either shortly before or after the start of menstrual flow.

Sumber : Pakcik Wikipedia; yang diperkenalkan oleh Uncle Google:

Tapi PMS ini tak boleh dijadikan alasan untuk kita; perempuan-perempuan sekali sesuka hati mengguris hati dan perasaan orang atau membuatkan mereka terpinga-pinga dek bentakan emosional tidak terkawal: Errr; okay; bahasa itu semakin susah nampaknya: Contoh;

"Aaaahhh; tak kiralah nasihat ke; hape ke; aku tak nak dengar!"
"Glup
" kawan yang berniat nak berbual mesra tiba-tiba kena pangkah begitu saja:

Selang seminggu;
"Sorrylah beb; minggu lepas aku tak patut cakap kat kau macam tu: Emo kan: Maklumlah; aku PMS masa tu"

Itu je alasan kau? Bukan salah kau; tapi salah PMS? Huh- Dunia; dunia:
Eh; ada lagi yang tak faham PMS tu apa ke? Ni dikira sebagai gejala sebelum atau semasa bermulanya datang bulan lah-- haih---

Sama je lah dengan alasan;
"Aku dengar; masa aku borak dengan kau haritu; kau cerita kat orang yang aku ni SERANG kau? Kau rasa aku SERANG kau ke?"
"Masa tu aku rasa macam tu la; tapi aku rasa aku faham maksud kau: Aku minta maaf lah"
"Aku pun minta maaf; maybe cara aku salah; buat kau salah faham: Sorry: Tapi orang lain salahkan aku sekarang sebab kau cakap macam tu kat diorang pasal aku"
"Aku pun sorry: Masa tu aku tak de mood"


WHAT? Tak de mood? Itu adalah alasan paling munasabah kau untuk buat orang buruk sangka pasal seseorang? Haih; alasan; alasan--

Ni bak kata Ustaz Hasrizal haritu; masa program Sehari Membina Jiwa di N24; UTM; pasal satu lagu rakyat BANGAU OH BANGAU-- Mari nyanyi sat--

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul. Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan, kenapa engkau tak timbul? Macam-mana aku nak timbul, rumput panjang sangat. Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang? Macam-mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku. Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput? Macam-mana aku nak makan, perut aku sakit.

Perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit? Macam-mana aku tak sakit, makan nasi mentah. Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah? Macam-mana aku tak mentah, kayu api basah. Kayu api basah.

Kayu oh kayu, kenapa engkau basah? Macam-mana aku tak basah, hujan timpa aku. Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu? Macam-mana aku tak timpa, katak panggil aku. Katak panggil aku.

Katak oh katak,
kenapa panggil hujan? Macam-mana aku tak panggil, ular nak makan aku. Ular nak makan aku.

Ular oh ular, kenapa nak makan katak? Macam-mana aku tak makan, memang makanan aku. Memang makanan aku...... (nasib baik ada ular; kalau tak lagu ni tak habis)

*bangau-bangau (aku rasa bangau lah) kat Zoo Rotterdam; Holland*

Kata Ustaz Hasrizal; lagu tu bukan lagu kosong: Ianya adalah satu bentuk hiburan yang sarat dengan sindiran: Sindiran buat manusia yang asyik menunding jari kepada orang @ barang @ perkara lain atas sebab 'kurusnya bangau': Bukan salah sendiri; tapi salah 'ikan tak timbul'; salah 'rumput panjang': Perrrgghh: Aku memang kagum lah dengan cara Ustaz Hasrizal buat aku berfikir: Dan aku sangat kagum dengan kata-kata; pantun; peribahasa; lagu orang dulu-dulu: Cayalah nenek moyang kita! Nanti aku tambah lagi pasal 'kata orang dulu-dulu' ni:

Ingat; kalau kau sakitkah hati orang; bukan sebab kau PMS; bukan sebab kau tak de mood; tapi memang sebab kau tak ada niat nak jaga hati orang: TITIK!

P/S : Aku PMS? Emosi? Tak; Lala yang sebut dulu pasal PMS kat aku bila aku tanya "tajuk untuk blog; please" hehehehe-- Peace!

Monday, October 11, 2010

Cinta Tak Bersyarat - Buat Lala

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Sememangnya kepala otak ini tidak disetkan pun untuk menulis di blog hari ini sebab ada kerja lain yang nak diutamakan. Tapi bila aku tekan keyboard, tanda koma ada (terbukti), noktah ada, dan tanda soal pun berfungsi. Terbuktikan? hehehe..

Kenapalah bila masa aku berniat nak buat kerja yang tak gunakan keyboard lah, keyboard ni 100% functioned. Dan masa aku berkobar-kobar nak gunakannya, terpaksa aku guna tanda lain (seperti ; : -- ) untuk pengganti koma, noktah dan tanda soal. Kenapa.. kenapa.. kenapa???!!!??!!!!

Khamis dan Jumaat lepas, adalah hari all out kami untuk Laser Safety Course 2010 (LSC10). Aku dengan Lala ada bincang sama sendiri, "Hadiah untuk diri sendiri sempena selesai LSC10 ni ialah blog kita updated!" dan topik yang hendak diutarakan telah dipersetujui. Tapi.... Tak tercapai kudratku lagi. Huh..

Maka, biar aku tulis pasal hal lain yang tak lah besar mana, tapi boleh lah aku compactkan kepada perenggan yang sedikit saja. Aku nak cerita pasal kekaguman aku dengan majlis perkahwinan ex-bf Lala (kata Lala) iaitu Dato' Sheikh Muzafar dengan Datin Dr Halina malam tadi. Aku kagumkan sebab sangat mengenengahkan elemen kemelayuan. Berarak masuk pun dengan kompang dan selawat. Lagu-lagu asli dengan tarian asli, macam tengok filem melayu hitam putih. Lala tak dapat tengok, sebab dia tersangkut atas lebuh raya dek kemalangan ke-4 yang ditempuhnya semalam. Hahaha.. Padan muka Lala, tak dapat tengok kek kahwin yang lepas pengantin potong, kek tu naik ke angkasa lepas.. berdesup!!!! (imaginasi kak Syila semata-mata semasa dalam perjalanan weekend bersama @Lambaian)

Ada lagu ni, aku pertama kali dengar, dan aku sangat nak tujukan untuk Lala. Lala, sila dengar lirik.. Ko tu suka tak perasan lirik kan..



Tak ada sedikitpun sesalku
Tak bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu

Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat

p/s Kalau lah Datin Dr Halina TERbaca post ni, aku yakin beliau cukup educated dan sporting untuk menerima post ini sebagai hiburan jari-jemari aku menari atas keyboard semata-mata. Peace! Apa-apa pun aku suka tengok beliau. Bercakap je keje masa jadi pengantin. Comel dan cute! hehehe..

Friday, September 24, 2010

Aku Belajar Memandu

Untuk pengetahuan semua, UTM Skudai ada satu roundabout kat pintu utamanya. Roundabout tu sangat bermakna sebab...

*************************

Dia tak tahu undang-undang di roundabout

Hujan renyai-renyai. Lebih kurang 4.10 petang. Aku keluar daripada fakulti awal (belum pukul 5) sebab nak ke SPS (Sekolah Pengajian Siswasazah) untuk ambil surat tawaran sendiri, lebih mudah, diyakini selamat dan CEPAT. Maka jalan keluar UTM belum sesak, sesesak jam 5 petang.

Tapi pergerakan kereta yang aku pandu dan satu kereta lain (kereta Y) terganggu dek kekeliruan satu kereta yang lain (kereta X). Kereta X berada di satu roundabout, aku dan kereta Y masih dalam jalan yang lurus. Maka, sah-sahlah kereta X patut jalan dulu kan? Kami tunggu.

Tapi kereta X dok berhenti serta merta, beri kami jalan gayanya. Macam dia yang nak keluar simpang dan macam itu pula jalan kami. Haih, macam mana aku nak ajar pemandu kereta X ni?

Kereta Y putus asa dan terus jalan yang bermaksud, "haaa.. ko tak nak jalan ye X, biar aku jalan..." Aku pun ikut sama jalan. Hmmm.. Mungkin pemandu kereta X masih faham bahawa, memang dia patut berhenti. Kesian.

*************************

Aku dan roundabout

Aku yang dah ada lesen memandu kereta (bukan lori) kompeten (dah tak de P macam Lala, hehehe...) memandu kereta masuk UTM dengan Husni sebagai co-pilot. Dengan gaya confident dan cun, aku drive.

Angkat tangan sikit kat pak guard tanda say "Hi!".
Tekan pedal minyak, terus drive.
Tekan pedal break pula, sebab ada bonggol.
Terus mengawal stereng, menempuh satu roundabout.
Roundabout selesai ditempuh, kami terus masuk UTM.

"Kau tau tak macam mana undang-undang kat roundabout sebenarnya Ain?"
"Tak.." Aku jawab dengan rendah diri.
"Owh.. Patutlah kau main hentam je.."
"Hahahaha.."
"Macam ni...."

Husni pun menerangkan, yang aku kena dahulukan kereta belah kanan. Itu aku pernah dengar... Dan aku pernah faham. Tapi disebabkan nak dahulukan tu lah kadang-kadang tak keluar-keluar. Awal-awal dulu je la.. Tapi kesalahan yang aku buat masa tu ialah sebab aku main suka hati tukar lane semasa dalam roundabout. Nasib baik tak ada kereta lain masa tu. Mungkin sebab tak ada kereta lain lah aku suka hati tukar lane kot.

Selepas hari itu, Husni terus memantau pemanduan aku, dalam perjalanan pergi dan balik kerja, terutamanya semasa melalui roundabout dan melepasi bonggol di atas jalan. Aku puas hati dengan kemajuan skil aku.
*************************

Untuk pengetahuan semua, UTM Skudai ada satu roundabout kat pintu utamanya. Roundabout tu sangat bermakna sebab di situlah aku mula-mula belajar cara nak lalu sebuah roundabout (dalam bahasa Poland, rondo) secara teori dan praktikal dengan Husni =D


Mentor driving aku

Sebut pasal Husni, Husnilah orang yang memandu kereta aku tu dari Melaka ke Skudai untuk tujuan pengangkutan kami. Kenapa dia yang memandu? Sebab aku belum berani dan orang lain pun belum berani dengan aku. Walaupun tak ada P pada cermin kereta, hakikatnya aku belum biasa drive sebab tempoh dua tahun memiliki P tu aku di perantauan, dan tak hadap pun nak drive masa tu. Hehehe.. Husnilah yang jadi driver aku (cewah) untuk minggu pertama. Sambil drive, sambil mengajar. Terasa macam lebih best daripada cikgu sekolah memandu. Sebab ajaran yang lebih praktikal dan penting agaknya, untuk real life.. Bukan sekadar lulus ujian JPJ. Kot...

"Jangan kasi dia bawak kete slagi dia tak praktis kat padang kawad tau..."
Pesan bapak aku pada Husni.
Tapi Papa, ampun kan kami, kami langgar pesanan tu. Sebab Husni terus bagi kepercayaan kat Ain untuk drive pergi kerja sebelum praktis di padang kawad UTM tu. Sampai sekarang sebenarnya tak praktis di padang kawad tu. Hehehe...

Antara kesalahan yang diperbetulkan on the sport jugak..
  1. Tengok cermin sisi untuk keluar susur sampai tak tengok kereta di hadapan. Nasib baik tak langgar. Husni cakap "break...!!!!"
  2. Break suka hati sampai penumpang terloncat semasa melepasi bonggol atas jalan.
  3. Berhenti di traffic light sehingga boleh muat 2 kereta di hadapan.
  4. Tukar lane tanpa betul-betul selamat. Pertama kali aku kena hon! Kat jalan dah masuk taman perumahan kami je pun.
Antara kelemahan yang diperbetulkan sedikit demi sedikit...
  1. Mula bergerak dengan tekan pedal minyak sikit-sikit. Tak lah penumpang terkujat ke belakang.
  2. Break dengan sedikit-sedikit. Tak lah penumpang tertunjal ke depan.
  3. Keluar simpang dengan lebih berani. Dulu pernah je Husni cakap, "Okay, dah boleh keluar" tapi aku jawab "tak nak"
  4. Dah pandai menggunakan cermin pandang belakang dan cermin sisi dengan lebih optimum, boleh agak jarak untuk tukar lane.
Dan banyak lagi. Bukan lah aku dah pandai sangat sekarang, tapi boleh lah daripada 2, 3 bulan pertama dulu. Yang kalau aku ambil selekoh, tak aku makan jalan orang, aku makan tembok tepi jalan. Memang care.. Ramai pula tu manusia yang pernah mengalami pengalaman ngeri aku memandu kan. Tapi baguslah, respon semua manusia tu buat aku belajar.. belajar lagi.. dan terus belajar..


Kecut perut seorang mentor driving

Aku pernah jadi co-pilot seorang student, sempena keluar jalan-jalan. Punyalah kurang sabar aku rasa dia nak keluar simpang, membelok dan keluar susur. Terhuyung-hayang penumpang dalam kereta, termasuk aku. Tapi masa tu aku rasa, aku kena cool, tegur dia tenang-tenang. Bagi dia motivation. Macam mana Husni buat kat aku dulu. Kalau nak fikir cuak, memang cuak. Serius! Dah lah student tu bawa jalan bandar. Maka aku cuba fikir, betapa kes-berani-mati nya Husni satu masa dulu jadi mentor driving aku.

Husni, terima kasih! Terima kasih untuk kesabaran semasa kecut perut kau dulu... Semoga ko yang tengah kembung perut sekarang, selamat beranak yang tinggal beberapa je lagi tu.. Amin..


Belajar drive di highway

Husni dan Shikin juga adalah manusia yang pertama ajar aku drive atas highway secara praktikal. Kenapa aku sebut praktikal, sebab secara teori, Mai selalu ajar. Mai pesan ke, dia buat ke, aku tengok je. Aku kan co-pilot tegar dulu. Hehehe..

Pertama kali aku nak memotong di highway masa dari Skudai nak balik Melaka aku dah kena hon. Pertama kali tu. Down habis rasa. Melaka jauh lagi. Aku tengok kat cermin, kereta tu aku tak nampak pun. Apsal ntah ada tiba-tiba. Hahaha.. Lepas tu, Husni yang jadi co-pilot Shikin dalam satu kereta lain masa tu SMS aku. Aku baca (hahaha, tak cekap bawa kereta tapi dah baca SMS sambil driving)

"Kau duduk depan kitorang. Kau ke lane kanan bila Shikin ke lane kanan tau. Nanti Shikin bagi kau masuk. Lepas tu kita memotong"

Cun! Begitulah caranya aku diajar memotong untuk pertama kali di highway, secara praktikal.


Terima kasih Husni, terima kasih Shikin!

Antara ilmu driving di highway yang penting ialah, jangan duduk dekat sangat di belakang kenderaan yang bergerak perlahan jika belum ada peluang untuk memotong. Ambil jarak lebih sikit. Supaya kenderaan sendiri tidak terlalu perlahan, yang akan melambatkan proses memecut jika hendak memotong nanti. Ini, Mai yang ajar. Hehehe..

Sama juga dengan satu kejadian Mai sampai terangkat kakinya ke dashboard masa jadi co-pilot aku yang tengah drive nak ke Simpang Renggam. Atas highway. Aku kat lane kanan. Ada kenderaan belakang aku, yang sepatutnya aku ke kiri untuk membenarkan di potong aku. Tetapi, masa tu, ada susur keluar kat sebelah kiri. Dengan baik hatinya aku tukar ke lane kiri, tapi ale-ale ada lori keluar dari susur tu.

"Ain....!!!!" jerit Mai sambil pijak break maya atas dashboard.
Aku dengan pantas ke kanan semula, dengan anggapan kenderaan di lane kanan tu nampak aku dan memperlahankan kenderaan nya. hahaha.. Slumber..

"Ain, kita tak boleh tukar lane macam tadi kalau ada susur tu haaa..."

Baiklah Mai, akan ku ingat selalu. Peace! Terima kasih Mai! Dan terima kasih kepada kenderaan di lane kanan masa tu sebab tak hon aku.. hahaha..


Belajar drive jalan jauh, kecil, berbelok-belok, berbukit-bukit

Aku drive ke Batu Layar. Satu pantai yang dekat sangat dah dengan Desaru yang bagi aku sangat best sehingga sekarang.

Bersambung...

Tuesday, September 21, 2010

Promosi Kraf Aidilfitri 2010 - Bahagian 1

Khusyuk masing-masing buat kerja haa.. Memanglah kena khusyuk.. Kalau tak siap, tak beraya pakcik-pakcik dan abang-abang yang dok beratur tunggu songkok tu ha.. Tak sia-sia aku jadi kak long korang... Sembat, jangan tak sembat...

"Layan orang datang tu.. Apa saiz dia nak.. Layan, layan..."
"Haaa.. tengah layan la ni... Ya dik, nak songkok yang macam mana?"
"Bual lambat-lambat sikit.. Aku dah terduduk kat lantai dah ni nak tebuk lubang kat atas songkok... Huh, susah nak control handsome"


"Mana pulak lah yang tinggi 4 inci setengah, saiz 23 ni.. ", sambil posing belakang mesin jahit dan depan banner Paling Atas Enterprise.. Okay what banner tu.. =)

Okaylah, penat edit gambar.. nanti aku tambah lagi...

Monday, September 20, 2010

Mata Melilau di PSZ

Mencuba untuk lebih fokus dan faham hasil pembacaan ilmiah, aku putuskan untuk berada di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ). Study konon-konon. Aku menulis bila mata dah mula melilau tengok keadaan sekeliling sampai dah tak boleh fokus. Aiseh.. Matlamat tersasar. Tapi, menulis ni pun dikira hasil bagi aku pe.. hehehe.. Tapi aku melilau mata selepas membaca beberapa muka surat lah..

Aku tengok keadaan sekeliling, aku nampak banyak pelajar berbangsa Cina, belajar dengan menadah kitab yang menggunakan buku tebal beberapa buah di atas meja, membaca dan berbincang-bincang dengan kawan-kawan. Tiba-tiba aku rasa macam berada di oversea, sebab nampak bangsa dari luar negara ke hulu dan ke hilir, termasuk yang berada dalam bilik karel.(Bilik karel tu, adalah bilik kecil yang boleh seseorang belajar atau buat kerja seorang diri tanpa sebarang gangguan, berbekalkan satu kerusi, meja dan kunci pintu bilik karel itu sendiri. Privacy gitu...)

Aku cuba cari pelajar berbangsa Melayu. Okay, tidak mengecewakan, ada beberapa orang. 1 per 5 mungkin daripada semua yang aku nampak dari tempat duduk aku. Kalau nak kurang malu sikit, aku kata 1 per 4 lah. Eh, apa yang nak dimalukan? Siapa tahu, pelajar Melayu mungkin belajar di luar PSZ ke kan? Isy, isy, isy.. tak elok sangka buruk tau. Tak orang, aku. Berapa kali je pun aku duduk di PSZ ni. Atau mungkin pelajar berbangsa Melayu ada di meja-meja lain yang aku tak nampak. Siapa tahu kan.

Apa yang patut nak dimalukan, aku betul- betul duduk bertentangan dengan sepasang orang Melayu (dipercayai pelajar), seorang lelaki yang nampak macam tengah mengajar seorang perempuan dengan sangat bersungguh-sungguh, fokus tak lari-lari, dengan bahu mereka saling bertemu. Kira macam boleh keliru, mana satu bahu masing-masing, dan ketiak masing-masing. Ada faham? Okay, tak nak sangka buruk? Suami isteri kot...

Sekian pemerhatian sejam dua di PSZ. Jangan sambung menulis, pesanan aku buat diri sendiri. Sila baca tentang Slow Light, selepas fahami maksud Fast Light!

******************************

Alhamdulillah, aku cukup mata, telinga, tenaga, masa dan kekuatan untuk study sebebat paper di depan mata aku sekarang tanpa perlu melekatkan bahu aku dengan seorang lelaki. Hmmm.. kalau bapak aku ajar aku sekalipun, apa ke jadahnya nak berlaga bahu dan siku kan? Suami? No comment.

Semoga muslimin dan muslimat masih dalam rahmat-Nya

******************************
Ditulis dengan pen berdakwat biru pada 11.45 pagi, 23 Ogos 2010