Saturday, March 6, 2010

Scoring Points with the Opposite Sex

Bangun tidur dengan gembira.

Yes, I am happy.

Baca buku "Men are From Mars, Women are From Venus" oleh John Gray yang dibeli bersama Iqa, adik aku 20.08.2008. Wah, cantik tarikh. Tak habis-habis lagi baca. Pagi-pagi bangun baca buku tu bukanlah sebab rajin membaca sangat, tapi buku itu yang ada di sebelah tilam, selain daripada handphone. Disebabkan tak nak bangun daripada tilam lagi, maka aku membaca.

Aku baru habiskan bab "Scoring Points with the Opposite Sex"

Serba sedikit, bab itu menceritakan bagaimana seorang lelaki atau perempuan merasakan mereka saling menyayangi dengan adil atau tidak. Keadilan itu ditafsirkan sebagai scoring point. Kalau lelaki rasa disayangi, dia bagi point pada pasangannya. Macam tu juga kalau perempuan.

Tetapi, John Gray menyusun bab itu, dengan menunjukkan cara lelaki dan perempuan memberi point adalah berbeza. Biasa tak dengar lelaki sebut, "perempuan benda-benda kecik, semua nak kira. remeh. leceh"

Contoh paling kelakar. Lelaki yang disebutkan dalam bab itu mengadu, dia kerja kuat. Buat overtime lagi. Untuk sediakan rumah besar, kereta mewah. Tapi suami isteri itu tak bahagia. Bila disoal siasat, si isteri jawab, "saya buat macam-macam untuk dia. untuk tunjuk saya sayang dia. saya kemas rumah, saya basuh pinggan, saya masak, saya jaga anak-anak. setiap yang saya buat sebab saya sayang dia" "saya pun", suami jawab. "mana ada. awak cuma kerja, beri rumah dan kereta je"

Huh.. John Gray tulis, betapa perempuan memberi point untuk setiap perkara yang kecil tetapi perkara yang besar (bagi lelaki) tetap mendapat point yang sama banyak. Berbeza dengan lelaki, mereka hanya beri point pada hal-hal yang besar. Ahhhaaa...

Okay, banyak lah contoh-contoh diceritakan. Apa yang lebih dihargai lelaki dan apa yang lebih dihargai perempuan. Mengingati perbezaan ini mampu mengharmonikan hubungan. Cewah, sejak bilakah aku nak jadi penasihat rumah tangga?

Memang aku tiada pengalaman, tapi aku sudi ceritakan kekaguman aku tentang mak ayah aku. Ma, pa, tak kesahkan ain cerita?

Masa mama tak berapa nak sihat, atau letih sebab siapkan songkok yang banyak, mama pun baring lah merehatkan diri. Dengan badan yang lebih kuat dikurniakan oleh Allah kepada papa berbanding mama, papa pergi kemas dapur. Walaupun ada kedengaran suara membebel, "ni kenapa bekas ni kat sini ni. ni apsal plastik tak duduk kat tempat plastik" dan blah blah blah, tapi papa siap kemas semua. Ini mama yang ceritakan semula pada aku. Walaupun mama nak cerita 'bebelan' papa, tapi sebenarnya dia highlight yang papa tolong kemas dapur!

Lepas tu, mama pun pergi dapur, dan masak dengan gembiranya. hehehe..

Small things are counted by women! They feel loved. And men also feel loved when they are appreciated. Dan contoh ini memang ada dalam buku tersebut! (muka surat 178) Mestilah papa tak baca buku ni kan?

Okay, satu situasi lain. Dalam kereta. Ada papa yang memandu, mama sebagai co-pilot setia dan aku sebagai penumpang seorang di belakang. Menuju ke satu tempat yang tak pernah sampai. Papa tak ikut panduan yang aku beri, yang aku dapat dari rakan. Dia main jalan je. Tak pe, sabar. Owh.. jalan makin jauh. Kami makin penat. Kereta pun banyak di atas jalan. Aku diam.

"kalau tak salah jalan, tak lah kita boleh tengok ni kan..", papa cakap.
Mama boleh pulak tengok dan baca papan tandanya "kem latihan..." eerr.. aku tak ingat dah.

Terus lagi memandu.

Sampailah satu tahap, papa masih membelakangkan cadangan aku. Aku hangin. Aku diam. Bila dia tanya, "sekarang macam mana?"
"tadi papa nak jalan sini, ikut papa la.. mana ain tau"
Aku telah TERbiadap.
Diam.
Mama diam.

Okay.. tak payah lah aku cerita detail. Lama-lama aku perasan. Bahawa setiap kali papa ikut kepala dia semasa memandu, mama akan diam, atau menyokong papa, atau paling hebat, menyebut kelebihan salah jalan. Huh. Dan kalau nak tahu, dalam buku tu ada sebut, antara perkara yang membuatkan seseorang lelaki memberi point yang tinggi kepada pasangannya ialah,

He gets lost and she sees the good in the situation.
He makes a mistake and she doesnt say "I told you so" or offer advice.
(muka surat 199)

Dan aku sangat pasti mama tak baca pun buku ni.

Pa, Ma,
Thanks for everything.
Every single thing yang Papa dan Mama buat, mungkin tak semua ain sambut dengan sikap dan kata-kata yang menyenangkan. Tapi sebenarnya, ain selalu kagum dengan Papa dan Mama.
Walaupun Papa dan Mama tak baca blog ni mungkin, tengah sibuk berniaga kat Pusat Kraftangan, Jalan Conlay di KL tu, ain tahu yang Papa dan Mama faham yang ain sayang sangat kat Papa dan Mama..

Miss both of you..

Ain, anak yang degil.

Friday, March 5, 2010

Bertukar...!

Tempoh percubaan penukaran background blog..
owh yeah...!

Err.. nanti sambung balik la.. pening pilih dan match-match kan warna font.. huh..

For the rest of my life...



Mai ada satu CD lagu-lagu Maher Zain. Dah lama dah pun dengar lagu-lagu tu. Tapi memang aku dengar hanya jika menaiki kereta Mai sahaja lah, sebab CD tu dia pasang dalam kereta dia kan. Memang layan, nak-nak lagu yang aku letak dalam post ni. Memang romantik habis..!

Okay, actually, melodi lagu-lagu Maher Zain ni yang mantap sebenarnya. Aku boleh layan dengar bunyi gitar dia je.. Fuh.. Kalaulah aku boleh main gitar macam tu, kan masyuk..

Aku dok layan semula lagu-lagu ni, sebab Sabtu lepas kami (aku, Mai, Zafran dan Lala) pergi ke Gunung Berlumut bersuka ria, dan singgah di bandar Kluang juga. Memang best walaupun sepatutnya aku kurang sihat dan penat. Dalam kereta tu lah aku layan lagu ni, kira tahap hadam la sebab buat latih tubi mendengar. Kenapa?

Kenyataan yang terlintas ;
Lagu yang sama, didengar pada masa dan situasi yang berbeza, boleh mendatangkan emosi yang berlainan.
Huh, dengar hari Sabtu haritu, aku rasa macam nak lempang radio kereta Mai.. hahaha.. Emosi tak ketentuan! Maka aku hadam banyak-banyak kali supaya aku lali dan lupa emosi tak ketentuan itu.. Berjaya..! Aku berjaya dengar semula lagu ini dengan gembira, tanpa memikirkan perkara yang aku tak nak fikir.. Owh yeah!

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
Oooo...
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.. loving you
For the rest of my life
Thru days and nights
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I, I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
Oooo..
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

Wednesday, March 3, 2010

Mesti ada cara...!

"Ni duit bayar yuran sekolah. Cakap kat cikgu, mak minta maaf sebab lambat bayar."

Lebih kurang begitulah kata seorang ibu, lakonan Sheila Rusly kepada anak-anaknya semasa mengagihkan wang kepada mereka. Drama yang aku tengah tonton ini, Dunia Batinku masih belum selesai (semasa memulakan penulisan) Tapi macam-macam dah ada dalam kepala aku. Biarlah aku mula menulis tentang salah satunya saja, iaitu yuran sekolah.

Tengok babak itu, mengingatkan aku pada zaman persekolahan aku. Nampaknya, macam banyak je babak aku dan adik-adik aku lambat bayar yuran sekolah. hahaha.. Untuk aku, dari sekolah rendah, sekolah menengah, sampailah nak masuk universiti! Masa sekolah rendah, aku macam ingat-ingat lupa je berapa yuran aku yang belum dibayar. Tapi yang aku ingat, ada satu tahun persekolahan tu, aku bayar tiap-tiap bulan, dan macam ada yang sekali aku bayar tu, hanya RM 10!

Aku ingat, ada seorang guru kelas, panggil aku ke depan kelas, dan dengan perlahan dia cakap, "yuran sekolah awak, dah tak payah bayar ye". Terima kasih cikgu Jun.
Aku ingat juga kelas tusyen aku masa darjah enam. Sampai satu tahap, aku tak ke tusyen. Rasa macam, boleh je aku buat latihan sendiri, dan tengok jawapan kat muka surat belakang buku latihan. Tak payah pergi tusyen. Apa ada hal.. Tapi cikgu Yunus kata, "tak pe, datang je tusyen saya"
Masa tingkatan satu dan dua pun, cikgu Mat dan cikgu Milah bisik kat saya, "yuran awak dah habis bayar" padahal aku yakin, masa tu belum habis.

Nak masuk tahun pertama pengajian sarjana muda, ada yuran yang perlu dibayar pada hari pendaftaran. Di kolej kediaman, tempat mendaftar, aku bawa RM 50 dan sehelai surat. Surat pengesahan pendapatan papa yang disahkan oleh ketua kampung. Aku pun dah ingat-ingat lupa dah kejadiannya. Yang pasti, pada hari mendaftar tu aku memang berbincang dengan siapa ntah, di meja bersebelahan dengan meja-meja orang lain membayar yuran. Pada hari itu, memang hanya RM 50 aku bayar. Fuh...

Aku bukanlah nak bangga dengan tindakan melengahkan bayar yuran tu. Kalau mampu, jangan nak buat drama! Masalah kewangan tak menghalang mama dan papa untuk kuatkan semangat anak-anak mereka untuk ke sekolah, ke universiti.
Ada jalan, kami usahakan.
Ada hak, kami dapatkan.
Ada susah, penyelesaian kami carikan.
Bila mama keluarkan ayat "ye lah, kita dah senang sikit sekarang" atau "dulu masa aku susah..", aku selalu sebut, "eleh.. macam lah dulu awak tu susah sangat.. hidup je.. " sambil gelak. Ya, kami bukan lah susah mana sampai perlu masuk rancangan Bersamamu di TV3. Tapi sekurang-kurangnya, aku layak dapat biasiswa semasa aku tingkatan 3 walaupun aku cuba dapatkan sejak dari tingkatan 2. Sampai ada kerani tu cakap, "eh, kenapa tak dari dulu awak dapat biasiswa ni ek?". Takpe lah, at least akhirnya aku dapat. Aku berjuang. Papa yang ajar. Mama yang kuatkan semangat. Ada jalan, cari! usaha! Kalau malu, tak dapat apa. Kalau bodoh pun tak dapat apa!

Semasa belajar di MRSM, aku dapat biasiswa. Seingat aku, masa dua tahun ini agak kurang belanja. Aku rasa lah.. hehehe. Tapi masa undergraduate, urus duit pun tak pandai lagi (sekarang pun tak pandai-pandai). Selalu je dalam keadaan terdesak. Ale-ale duit dah tinggal RM10 je dalam tangan, SMS papa, bagitahu, duit dah tak de. Hahaha.. Mencecet-cecet papa dan mama cari duit. Dapat. Tak kurang terharu dengan kawan yang bagi pinjam duit kalau papa belum dapat duit berniaga, pak sedara, mak sedara.. Ada saja rezeki yang dapat. Alhamdulillah. Paling comel, adik perempuan aku nak bagi duit biasiswa dia kat aku masa satu program kelab yang aku join perlukan duit! Sebelum orang salah sangka dengan tercetusnya kata-kata, "mana pergi duit dari MARA yang kau dapat di awal semester?", aku bagitahu awal-awal, duit itu ke saluran yang sepatutnya.

Tapi bukan senang nak senang. Duit yang diusahakan oleh papa dan mama semestinya dengan susah payah. Dan yang orang bagi pulak, tak semuanya pemberian ikhlas. Tak kurang juga yang mengungkit dan yang berkata-kata pedas. Malangnya bukan kepada telinga aku, tapi ke telinga mama. Aku tahu sebab mama cerita bila dia suka nak cerita. Malas pulak aku nak ingat cerita-cerita macam tu kan. Dulu, yang aku tahu cuma "long, papa dah masukkan duit". Kalau aku tahu awal-awal, aku ikat kaki mama supaya tak jumpa orang-orang tu.. hahaha..

Kenapa aku menulis hal ini? Sebab terus terang aku nak katakan, aku hangin dengan orang yang mengeluarkan kata-kata, "nak belajar, tapi tak de duit..."

Ingat, rezeki ada di mana-mana. Dan Allah akan permudahkan apa-apa yang diusahakan untuk jalannya. Ya, memang tak semua yang kita nak kita akan dapat. Percayalah, kalau kita tak dapat sesuatu yang dihajati itu, bukan lah sebab utamanya, orang itu salah, pihak itu jahat, mereka tidak adil dan bla bla bla.. Tapi sebab Allah nak uji kita. Samada kita ni cakap lebih buat kurang ke tidak.. Macam tin kosong ke tidak. Sabar ke tidak. Redha ke tidak. Ada sungguh-sungguh usaha ke tidak. Semua tu ujian...! Bukan penghalang yang perlu kita sebut berpuluh-puluh kali..! Semoga kita sama-sama muhasabah diri.

Kalau kata-kata nasihat tak makan, kata-kata perli tak makan, apa kata kita tengok satu dialog dalam filem Cinta, yang keluar dari mulut Syarifah Amani,

"kalau kita nak, mesti ada cara...!"

Thursday, February 25, 2010

I Love Optics

How can I give lectures if I don't understand, and don't like the content?

So,

I wanna say...

I Love Optics...

Sunday, February 21, 2010

Tak ingat jalan macam Khai AF

Pagi...!

Seorang diri di rumah sewa, bangun-bangun, tengok TV, buka laptop.. Minum air pun, bawa kat sebelah tilam. Masih atas tilam. Tak de ciri-ciri nak memulakan hari, padahal dah pukul 9.22 sekarang (mengikut jam di laptop). Serius, pagi ini macam kebanyakan pagi aku masa study setahun di negara bawah paras laut dulu. Tengok-tengok sinki kat dapur, wah.. periuk, pinggan semalam tak basuh lagi. Serius macam dapur aku masa duduk dalam single ministudio dulu! huahuahua...

Owh, aku ada alasan, aku kurang kesihatan... hehehe.. Batuk yang kadang-kadang, tetapi bila batuk rasa macam nak putus nafas. Tak boleh jadi ni, mesti ke klinik! Eerrr.. jap lagi lah bangun dari tilam, dan berkemas apa yang patut.. hehehe..

TV yang Mai bawa dari rumah mak ayah dia ni sedang menayangkan channel tv9. Rancangan Nasi Lemak Kopi O. Masa aku mula menulis, sedang berlangsungnya perbincangan Syarifah Shahirah dan Syarifah Nur bersama tetamu, pasangan suami isteri Khai dan Rosma AF. Tajuk diskusi ialah, Tak Ingat Tarikh , Hati Wanita. Haaa.. lebih kurang begitulah tajuknya. Kisah pasangan suami isteri yang salah seorangnya susah nak ingat tarikh-tarikh penting seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan termasuklah nombor kad pengenalan..!

Huh, aku tak pernah tahu pun bahawa ingat nombor kad pengenalan pasangan adalah penting. Siap ada penonton yang buat panggilan, mengadu tentang suaminya. "Nombor IC saya pun dia tak ingat. Nombor IC dia saya ingat!"

Tapi Rosma dan Khai terbalik. Khai tanya Rosma tarikh diorang declare, dan Rosma tak ingat. IC number anak, Khai ingat, Rosma tak. Okay, tengah diorang bincang-bincang, Khai sebut;

Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Walaupun dia susah nak ingat nombor-nombor, dia senang ingat jalan. Saya tak. Saya boleh sesat 2 jam kat Setapak... hahaha..

Rosma menambah,
Kalau satu tempat tu dah pergi berpuluh kali sekali pun, dia tetap tak ingat. Kadang-kadang saya diam je, dia tetap tanya, "eh, kanan ke kiri ek". Kalau saya tertidur, haaa.. dia main terus je..

Aku pun susah nak ingat jalan...!!!

Aku ingat lelaki takkan ada masalah tu, tapi Khai AF ni ada masalah tersebut ek. Baru aku tahu. Kiranya, bukanlah masalah aku sorang.. hahaha..

Akibat susah ingat jalan ni, aku pernah tak jumpa satu makmal atau bilik, dalam jabatan Fizik sendiri semasa undergraduate. Padahal itu bukan tahun pertama pengajian, dan bangunan itu cuma 4 tingkat!
Kalau nak bagitau direction jalan ke rumah aku dulu, ya ampun, punya lah susah.
Sekarang, sikit-sikit okay lah, dah drive kot.
Kadang-kadang ada jugak lah rasa nak cam jalan bersungguh-sungguh bila naik kereta nak ke mana-mana. Ale-ale bila aku dah berbual, terberangan ke, dengar lagu ke, eh, dah sampai situ.. huhuhu.. Kalau suruh aku guide lepas tu, aku tak pasti dah.. wuuuaa..!!

Mana lah aku tahu kenapa aku susah ingat jalan. Itu yang dah berkali-kali pergi. Apatah lagi kalau tak pernah pergi, tapi kena fikir ikut logik ke kanan atau ke kiri. Hmm... Ada wayar shot ker.. ?

Ada beberapa babak dalam hidup aku yang aku kecik hati, makan hati, bila orang gelakkan aku tak ingat jalan, malah bincang-bincang tentang masalah tak ingat jalan ni dengan terhiburnya. Bukanlah aku hati tisu. Bukanlah setiap peristiwa aku beritahu "tak ingat lah" atau "tak pasti lah", akan disahut dengan perkara yang mengguris hati. Ada je yang jadi kelakar, tenang atau takda apa-apa emosi. Sesekali je.

Ada ke patut, jalan rumah sendiri tak ingat?
Ada ke patut, dah pergi nak 10 kali pun tak ingat jalan?

Tu yang biasa dengar, boleh jadi sedih, tapi boleh jadi imun gak.. hehehe.. Ada yang nak uji aku ingat jalan. Gayanya bukan macam teka-teki yang menghiburkan, tetapi soal jawab macam dalam penjara yang penuh tekanan perasaan. hahaha.. Bukan selalu lah kecik hati, ada situasi tertentu je kot.. Dan pastinya taklah kecik hati dengan orang yang baru tahu aku susah ingat jalan..

Hmmm..
Kepada yang membaca, percayalah, ada orang mempunyai masalah tak ingat jalan ni.. Janganlah pelik sangat. Ala, macamlah korang tak de kelemahan tertentu kan?
Tapi kepada yang ada masalah ini, termasuklah aku, kita janganlah bersenang hati dengan mengatakan, "ini memang aku, aku memang tak ingat jalan"
Berusahalah.
InsyaAllah, Dia akan tunjukkan.

Sekian.

Saturday, February 20, 2010

I want to change many things!

Salam...

Dengan kesihatan yang kurang memuaskan, selsema, batuk, demam yang kesan akhirnya ialah kepala rasa sewel dan suara jadi buruk, aku kemas bilik, basuh baju, basuh tudung, masak-masak sikit, dan main internet.. Dalam kepala ni ada beberapa lagi perkara nak dibuat. Nak ampai baju, lipat baju, isi borang permohonan !@#$%^&*, nak kemas bilik di fakulti (eeerr.. rajin ke nak ke fakulti hari Sabtu?) dan nak shopping macam-macam barang baru.. waaaahhh....

Nak buat semua ni hari ini dan esok, dengan harapan esok sihat sepenuhnya dan hari Isnin aku bekerja dengan sangat gembira dan efisyen. yeah...!!!

I want to change many things!

Termasuklah, I want to forget a dream...!

Ya Allah, tolong aku, kuatkan aku...

Thursday, February 18, 2010

Aku janji takkan...

Lagu Imran Ajmain yang dulu tu, sungguh-sungguh menagih cinta orang yang tak nak kat dia.. 1000 tahun tu.. Tapi lagu yang baru ni ha, dia dah tak kesah dah. Dah kuat semangat. Haaa.. macam tu lah.. kita kena kuat semangat!

Itulah ulasan kak Yati, my beloved mama selepas menghayati satu lagu. Hobi...

My beloved papa pulak, diam tidak membantah, tanda setuju.

Ini dia lagu 'kuat semangat' tersebut ;

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

Sekian, lagu tamat tanpa ulasan, yang merupakan ular paling panjang di dunia. Kerana blog ini bebas haiwan berbisa.*sewel*

Penegasan : aku janji takkan...!

Thursday, February 4, 2010

I know myself better than you...!

"I know myself better than you..!"

Teriak aku dalam hati tanpa terkeluar sepatah kata atau senada bunyi, tapi cuma terzahir dengan muka yang masam, bengang, dan ketat sehingga hilang segala keayuan.
Aku marah sangat! Memang marah!

Aku dan kawan-kawan duduk mengelilingi satu meja sebelum satu kursus bermula di Dewan Alumni, UTM. Aku teruja, seronok. Rasanya kursus itu akan buat aku belajar banyak perkara, dan ada pengalaman-pengalaman baru. Memang a very good mindset at early in the morning..!

Sampai sahaja masa untuk kursus bermula, selepas sesi memperkenalkan penceramah, kami berempat diminta bertukar tempat duduk. Sebabnya? Kerana kami duduk agak ke belakang dewan. Ada kerusi kosong di meja-meja bulat yang lain di hadapan (depan sikit je pun), tapi tak cukup untuk kami duduk berempat bersama-sama. Perhatian memang ditumpukan sepenuhnya kepada kami. Yelah, yelah.. kami tukar tempat duduk lah.. huh..

Kami duduk depan sekali, di bahagian tepi. Berbanding dengan meja pilihan kami tadi, tak lah belakang jauh sangat yang tak masuk akal, tetapi meja itu berada di tengah-tengah dewan. Jadi, bayangkanlah, bila duduk meja bulat, dan disebelah tepi. Hmm.. kena lukis ni...

Aku berada di posisi yang aku terpaksa menyengetkan kerusi dan badan aku untuk melihat muka penceramah. Dan kedua-dua siku aku tidak boleh berada di atas meja jika aku ingin menghadap muka penceramah. Arrghh, kalau nak disenaraikan keburukan tempat duduk kedua aku itu, memang banyak. Aku tak selesa. Inilah punca aku marah. Seawal jam 9 pagi aku dah bengang padahal kursus itu akan berlangsung sehingga jam 5 petang!

Aku dah rasa nak tukar tempat duduk masa tu juga! Memang akan sangat dilihat lah ; duduk depan, baru lepas disuruh pindah, tiba-tiba nak pindah lagi. Dan kalau ditanya oleh penceramah, aku nak cakap,
"tempat duduk itu menyusahkan saya, dan saya tidak selesa"
"I know myself better than you..! Siapakah kau untuk menentukan tempat duduk mana yang lebih bagus untuk aku? Hanya aku yang tahu tempat duduk mana yang aku selesa. Kalau tak selesa, bukan masalah kau, tapi masalah aku!"

Tak payah cerita lah bab kami berempat taknak berpisah. Itu juga kepentingan keselesaan kami. Tolak bab ini ke tepi.

Marah dalam hati.
Tapi terzahir dengan muka yang bengang dan tulisan di kertas.
Aku tak senyum langsung dengan penceramah yang seorang lagi (ada dua penceramah) padahal kami duduk semeja!
Aku tak memberi respon positif juga kepada penceramah yang sedang bercakap, sebab hangin dengan ketidak-kondusif-an tempat duduk aku. Tempat duduk secara paksa itu.

Masa minum pagi pun sampai. Kawan aku mula berbual dengan penceramah di meja kami itu dengan satu soalan. Akhirnya jadi perbincangan kumpulan yang rancak, tanpa menghiraukan minum pagi yang terhidang di luar dewan. Perbincangan semakin menarik pada setiap masa rehat. Masa senggang dan peluang duduk semeja dengan para penceramah membolehkan perkongsian yang lebih banyak dengan santainya dapat kami rasa.

Lama kelamaan, aku dah lupa dengan kemarahan aku jam 9 pagi itu.
Lama-kelamaan, aku semakin bahagia dengan 'meja paksaan' kami itu.
Lama-kelamaan, ketidakselesaan aku tidak lagi membebankan.
Lama-kelamaan, hati aku tidak lagi sakit sebab memberontak nak marah penceramah dengan ayat "I know myself better than you.." sebab akhirnya aku sedar, Allah knows myself better than me.

Allah takdirkan aku ke meja itu, ke kerusi itu, bukan dengan sia-sia.
Biasa kita dengar, kadang-kadang kita suka sesuatu, tapi itu bukan yang terbaik untuk kita. Dan kadang-kadang kita bencikan sesuatu, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Yes, I know myself better than you.
But Allah knows myself better than me.
and, He knows you better than yourselves!

Monday, February 1, 2010

janganlah bersedih...

la tahzan.. janganlah bersedih.. tajuk satu buku..

but i dont know why i dont know how..

ah haaaa...

feel happy..! find your green light in the morning..!

but i dont know why i dont know how..