Friday, March 20, 2009

jangan jual ikan boleh tak?

aku pun tak tau apa pasal isu ni aku minat bebenau..

kenapa?

sebab aku bakal pendidik dalam bidang sains mungkin..
dan, aku penah jadi 'cikgu' untuk adik-adik sekolah rendah untuk sains, sekejap, masa aku tingkatan 4.. ke 5? hahaha..

dan aku pernah rasa perasaannya hendak menyampaikan ilmu sains kepada adik-adik kampung yang.. hmmm...aku nak cakap kat semua pun tak guna.. bukan semua orang tau apa yang adik-adik ni ada dan apa yang adik-adik ini tak da.. tapi bilangan adik-adik sebegini tidak sedikit!! bilangan adik-adik yang macam adik Nik Nur Madihah di kampung nelayan di Kelantan yang dapat 20 A tu juga tak ramai!!

sekarang ni pun malaysia negara PENGGUNA teknologi.. belum banyak lagi menjadi PENCIPTA teknologi.. aku rasa lah.. aku tak buat statistik.. rasa jer.. haha.. suka ke keadaan macam ni? suka?
oo.. kalau suka.. boleh la teruskan.. belajar bahasa asing banyak-banyak.. (yang ini memang sangat baik) kerja BAWAH bangsa dan budaya asing banyak-banyak.. supaya nanti boleh naikkan bangsa sendiri juga akhirnya.. boleh? insyaAllah, boleh kalau dapat sokongan ramai.. aku sokong je nanti kalau dah itu CORAK nya.. dah aku dibayar gaji untuk itu, buat aje la kerja aku kan..

belajar bahasa Inggeris bukan bererti menjadi kurang Melayu.. yup.. setuju bebenau...
belajar sains dan math dalam bahasa inggeris bukan bererti menjadi kurang melayu.. ye.. setuju lagi..

belajar sains dan matematik bukan bererti MENGORBANKAN KEMAHIRAN ILMU SAINS DAN MATEMATIK UNTUK ADIK-ADIK YANG TIDAK SEDIKIT INI.. itu aku belum setuju...

jangan sampai masa aku jadi pensyarah fizik nanti, student aku kebanyakannya orang bandar yang memang mahir berfikir dan berkomunikasi dalam bahasa inggeris sahaja tetapi adik-adik yang tidak sedikit itu tak dapat bersama-sama.. manusia untuk bidang ini (sains dan matematik) nanti jadi kurang.. (sekarang pun memang tak ramai) pastu apa lagi.. kekallah di corong-corong radio kita boleh dengar ;

"kemasukan ke institut pengajian kini dibuka!! institut kami lebih menekankan teknikal berbanding teoritikal..!" wah.. bangganya ya ada banyak institut teknikal.... wah.. bangga ya dapat penuhi 'pasaran pekerjaan' teknikal.. praktikal.. wah.. suka ya jadi PENGGUNA TEKNOLOGI ORANG SAMPAI ANAK CUCU YA.. teruskan teruskan..

hahaha.. aku dah biol..

ada sape-sapa rasa hangin dengan aku, aku mintak maaf.. sebab ini blog aku.. korang pun dah buat aku hangin dengan blog korang ikut suka.. masing-masing dok fikir KERJA DAN BIDANG MASING-MASING.. tak kira la pencinta bahasa inggeris ke.. penjuang bahasa melayu ker.. pekerja syarikat bangsa asing ker.. pejuang politik giler kuasa ke.. manusia pentingkan diri sendiri yang peluk tubuh dan mengata orang je tau ke.. tak kira la sape pun.. aku mintak hampun.. sebab.. di blog aku, aku nak tulis dengan fikir KERJA, BIDANG dan TANGGUNGJAWAB AKU..

tak jauh beza nye aku kalau hangin2 kat blog dengan orang2 lain tu juga.. memang sama je dua kali lima pun.. tapi just mengharap.. ada secebis ruang untuk fikir tentang manusia lain, yang sama-sama ada perjuangan masing-masing.. just.. dont be too selfish!!
.

12 comments:

PutRiMAdA said...

datatidain..
harapnya adalah yang mampu berbuat sesuatu mendengar suara kita...


aku mahu anak bangsa aku maju, aku bukan selamanya hidup di muka bumi ni, maka aku mungkin tak dapat melihat generasi akan datang mentadbir dunia ini. jadi apa yang cuba aku dan rakan-rakan lain suarakan bukannya untuk kepentingan aku tapi untuk generasi aku yang akan datang.. dan jua geneasi kalian...

ape aku menagarut ni...
tapi ain.. betul, jangan bazir masa jual ikan kerana ikan2 itu akan busuk tak lama lagi.. jadikan dia ikan masin atau budu atau pekasam...

hahah.. maaf..

ayen =D said...

hahaha..

tak pun, makan je ikan tu.. protein pn banyak.. haha..

apa yg ditulis diruang komen tu ain bleh angguk.. betul :)
utk jadi pendapat UTAMA ain, belum lagi nak angguk.. hehe..

well... u know me.. angguk2.. geleng2.. ahli..fikir!! (tiba2)

zairibaharom & ekinkhalil said...

benda ni ada pro & kontranye. jgn dikatakn pelajar sek men lemah english, pelajar2 universiti di UMP ni sendiri rmi yg terkial2. pndpt sy, utk jd seperti bangsa Jepun, kita perlu ada sebuah kilang terjemahan. kite msh kurg translator utk translate ilmu2 sains & teknologi ni dlm bhs kita.

benar, adik2 di kmpung2 sgt2 kurg englishnye. adik2 yg duduk bandar pn belum tentu hebat. kita sememangnye patut pelihara bahasa kita, tp mgkin realiti keadaan semasa yg perlukn benda ini. sekadar pendapat shj. fikirlah, bgsa lain di malaysia, tertawa melihat mamat melayu tergagap2 berucap dlm bhs inggeris.utk perbaiki semua ini, perlukn sedikit langkah. jika benar kita mahu martabatkn bahasa melayu kita dlm sains & teknologi, kumpulkan kumpulan penterjemah yg terbaik.

situasi P&P di IPT sekarang, semua mengkehendaki english, kecuali UKM. buat bakal2 pendidik, kita tiada pilihan krn english adlh slh satu kriteria penting, dlm P&P kita nnt. saat anda benar2 melihat & mengajar anak bangsa melayu kita yg berpointer 3.92, namun kekok berbahasa inggeris, anda akn sedar betapa pentingnya cuba membantu mrk ini berbahsa inggeris, seawal mgkn. krn mereka perlu bersaing diluar, utk memperoleh kerja.

segala ini, ada baik & buruknye. bangsa kita perlu merubah diri sendiri terlebih dahulu terutama sikap, kerana bangsa kita "suka mentertawakan bangsa sendiri, apabila melihat rakan sebangsa tergagap2 berbahasa inggeris, krn pd mereka, ia adalah jenaka"..
(sekadar pendapat, seorg Tutor yg masih terlalu muda utk mengenali dunia pendidikan & pengajaran)..=)

ayen =D said...

hait..


menjawab abg zairi.. yes, i agree.. but i have write kesinambungan isu tersebut dlm post ini termasuk tentang pasaran kerja.. i didnt nafikan kepentingan english.. i didnt.. and nobody leh nafikan i think..

for me.. (just ringkasan dan PENGULANGAN 3 post di blog ini yang berkaitan),

nk pandai english.. SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ENGLISH TU YANG HARUS BERKESAN..

(ada yg belajar english dari tadika tp time buat master pn gagap2 gak.. ain la tu.. haha.. tp cmne bdk belanda kt sni, belajar english bila baru kt highschool/Uni, tp kt U english mereka lagi mantap.. kenapa?)

nk martabatkan Bahasa Melayu, SISTEM PENDIDIKAN BM DAN PROMOSI CINTAKAN BM TU YANG HARUS BERKESAN..

(india sgt meng'inggeris'kan sistem pendidikan diorg, tapi bahasa, budaya mereka masih asli dan orang dunia kenal.. indonesia pn orang dunia kenal budaya mereka.. kenapa?)

nak hebat sains dan matematik? CARA PENYAMPAIAN SAINS & MATEMATIK ITU YANG HARUS BERKESAN..

(byk je ain jmpe orang bagi talk pasal kehebatan sains dan matematik masing2.. jepun, china, italy, poland, belanda.. yang tidak meng'english'kan pendidikan sains n math mereka.. yes, they use their language, but they still rujuk bahan dalam english.. they still can give a talk in english utk negara lain...)


yang mana ada tu satu persatu yang harus di mantap kan.. bukan dok tambah itu tambah ini tp dok lagu tu jer..

kah3.. jom sarap!! kang gi fakulti.. yeah!!

zairibaharom & ekinkhalil said...
This comment has been removed by the author.
zairibaharom & ekinkhalil said...

ritu, ade talk drp sorang dato' ni. berkobar2 menghentam menteri yg berkenaan yg pki speck yg mahu PPSMI ni. xmalu ke hentam bangsa sendiri tnpa tny asal usul, rasional?berckp berkobar2 cuba martbatkn BM, tp institusi terjemahan kita sgt2 lemah. Jepun berjaya krn institusi terjemahan dia yg sgt2 bagus.

second, attitude bangsa kita sendiri. bile srh ckp english, diorg gelakkn kwn2 yg berani ckp wlupn gagap. bile kaum cina or india ckp english dgn lancar, diorg "woooo"..ape ni?dalaman diri kite sendiri yg mencorakkn identiti kita sendiri, yg kononnya kita cuba majukan bangsa & bahas kita, tp attitude kita terlalu rendah.bukan semua cmni, tp segelintir.tp semakin byk segelintir itu..

di IPT kini, semua kene english. lecturer kene fullfill satu test english utk pengesahan. mcm2 lg. byk lg yg perlu tgk ttg isu ni. isu graduan IPT menganggur, xdpt keje, wlupn jurusan teknikal. sy dh saksikn byk teman2 setemuduga yg kaku berbhs inggeris, tp mereka 1st class student. ini realiti..drp akakr umbi, benda ini perlu diteliti..

ape yg plg sy benci psl isu ini adlh tunjuk perasaan & demonstrasi. semata2 isu ini, sanggup demonstrasi yg bukan2. malaysia diangkat dunia sbg negara yg aman makmur, perpaduan malaysia diiktiraf duni. tp sy benci isu ini kerana kita bertindak tidak profesional mendepani isu ini, yg sebenarnya menjatuhkan lagi maruah kita, malaysia. xcukup dgn isu politik yg kucar kacir, ditambah pula isu ini. sudah2lah.

(syok lak komen kat entry ain ni.sori r.emosional sket coz xsuke tgk org2 kite berbaling batu, tunjuk perasaan, & gaduh2. tp mmg penting kita martabatkan Bahasa Melayu kita, itu wajib. namun, utk membuatkan org asing mahu belajar bhs kita, kita perlu jdkan bangsa kita maju terlebih dahulu..)

ayen =D said...

hahaha. sila2.. ain mmg suka orang komen2 emo2 ni..

yg penting, ain tau..

jangan berdebat secara fakta jika seseorang itu hanya sedia untuk berdebat secara emosi..

klu tak.. tak de nye dia nk nmpk fakta kita..

peace!!

ayen =D said...

ops.. hope abg zairi ain ni tak salah faham.. huhu...

mcm takut boleh difaham lain je komen ain tu.. biasa la kan, kata2 tanpa nada mmg begitu..

klu terdetik rasa2 tak best sbb ain, ain mntak maaf ye abg zairi.. cewah..

zairibaharom & ekinkhalil said...

xdehal r ain..haha..setiap keadaan yg muncul itu, perlu dikaji penuh teliti..bukan senang nk puaskan hati semua org..contohnya, nk diikutkan student luar bandar lemah utk kuasai english, & student bandar ok english..betul ke??sy sendiri dari luar bandar. pedalaman 40km drp pekan kecil.

susah nk buat semua org puas hati ttg PPSMI ni. tp kalo anda mula mengajar dlm kuliah nnt, anda akan tahu bagaimana thp pelajar kita memahami & menjawab soalan exam dlm english.

yg penting, tepuk dada, tanya diri sendiri. jangan tepuk dahi, tanya org lain. rmi pelajar2 luar bandar yg berjaya kini. pokok pangkalnya, diri sendiri. mahu atau tidak mahu sahaja. org kita selalu berkata, hendak seribu daya, mahu seribu cara. tp dimana seribu itu??hanya diri sendiri yg tahu..

peace!!=)

ayen =D said...

"..kalau ANDA mula mengajar.. NANTI ANDA AKAN TAHU.." di situ..

terima kasih la kpd yg sudi meletakkan FAKTA di sini..
i really appreciate it.. sape je pun.. kak ayu and abang zairi.. thanks :)

smoga kita tak de la dh MULA MATI .. NANTI KITA AKAN TAHU apa yang KITA patut atau tak patut buat..
mudah-mudahan..

plz..

~END~

jon hafkian said...

saya setuju ppsmi ni....hidup ain.ceh....

tak setujulah kalau orang kata anak orang kampung nanti ketinggalan sebab mak ayah tak cakap english pon.balik rumah tak guna pun english kat rumah.betul,memang kat rumah tak guna english pun.tapi orang dulu2 a.k.a mak ayah kita belajar membaca mengira.zaman tu orang2 tua lagi la konservatif tak boleh membaca mengira langsung.nak daftar nama anak pun ramai yang silap,siap ada yang pinjam surat beranak anak orang lain untuk daftar kematian anak sendiri.

tapi generasi mak ayah kita boleh je berjaya membaca dan mengira walaupun memang mak ayah diorang tak reti pun.

ayen =D said...

jon hafkian..
selamat menjejakkan kaki kat blog aku yang selenge ni.. hehe..

ko pekabar? hehe.. buat medan ramah mesra dgn kawan plak.. lama menyepi dari hidup aku, cewah, ale2 timbul begini hehe..

hmm..

klu di amati betul2 kedua2 post aku kt sni psl ppsmi, or maybe tiga post.. i dont agree with ppsmi.. i dont agree with ppsmi YANG SEKARANG.. mybe mansuh OR diperhalusi.. but, i'm not the one who have to make the decision about this keseluruhannya, but i just look from my point of view..

and, abt jon hafkian point, yes, you are absolutely right.. i know that coz it is also happen to me.. and i agree with you.. hehe.. mcm kelakar panggil ko jon hafkian la wei..

but i believe that point tersebut BUKAN YANG UTAMA 'mereka' gunakan untuk BANGKANG PPSMI SEKARANG.. klu ini la satu2nya point mereka yg bangkang ppsmi, yes, i absolutely not with them.. but still, all my points cannot make me feel ppsmi pny kejayaan lebih besar dari kegagalannya..

wei.. korang..

aku tak nak la wei blog aku cite2 cmni..
tp aku layan gak sbb kawan2 yg aku sayang yang komen ni hehehe..

kita buka cite happy2 la jom..
ok ok.. aku tulis post happy2 jap lagi... okes..!

piz!!! (nama ko) haha