Saturday, May 15, 2010

Mandi tak basah

Serabut macam sabut kelapa dalam kepala.
Tak tertulis-tulis atas kertas atau dokumen di komputer.
Semuanya dalam fikiran sendiri, sampai kedua-dua kening dirasakan bercantum dengan tegangnya. Pening walaupun semasa tidur. Boleh pulakkan aku perasan aku pening semasa tidur. Haa.. masa aku sedar aku pening tu, sebab aku terjaga lah. Aku cuba kurangkan tegangan di dahi, berjaya, tetapi dengan susah payahnya.

Keputusan untuk tukar keadaan diri yang panas dan busuk kepada segar dan wangi disegerakan. Mandi. Tangan terus mencapai botol paling tinggi dalam bakul azimat, iaitu botol syampu. Cecair syampu dah dituang atas tangan yang kuantititnya adalah ikut perasaan. Kedua-dua tangan dah sedia menuju ke arah rambut. Dah nak sampai sangat dah pada rambut. Aku tak ingat apa aku fikir masa tu. Yang aku sedar, rupa-rupanya rambut aku masih kering. Mestilah nak syampu, rambut dah basah dulu kan. Cuba baca kat botol syampu, apply on wet hair. Adakah ini yang dimaksudkan mandi tak basah?

2 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

kuikui..
lawak la ayen..
haiihhh...

tapi penah gak jadi camtu dulu..

ayen =D said...

penah gak ek? hahaha..