Sunday, May 30, 2010

Wanita yang Bahagia

Pernah dengar Monday sickness? Bukan morning sickness macam orang mengandung di awal kehamilan ('morning' merujuk kepada AWAL kehamilan, bukan merujuk kepada waktu pagi. aku bagitahu ni sebab ada artis kat TV kata, "I tak da morning sickness, ada evening sickness.. sebab waktu pagi I ok.." huhuh) Okay, balik pada Monday sickness. 'Sakit' ini melanda manusia yang terlalu tenang atau bahagia di hari Ahad mereka sehingga terlafaz di bibir atau terdetik di hati, "kan best kalau esok bukan Isnin" (aku rasa lah..)

Aku akui, Monday sickness itu wujud di kebanyakan Ahad aku. Tapi pada satu Isnin, selepas masuk Isya', aku merasakan Isnin itu boleh 'diolah' menjadi Isnin yang bahagia.

Isnin itu, aku manjakan diri dengan losyen baru (perlulah kan beritahu baru di situ) Johnson's bodycare, berbotol ungu yang tertulis Melt Away Stress Daily Calming Lotion (aku tak dibayar, saja kecoh) Dengan haruman lavender dan moonflower, suasana tenang di bilik yang dihiasi dengan bunyi malam serta bunyi kipas, aku membaca buku Jangan Bersedih : Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, karangan Dr. 'Aidh Ab 'Abdullah Al-Qarni.

YA, AKU NAK JADI WANITA PALING BAHAGIA

Aku menulis selepas membaca beberapa muka surat yang ringkas tapi menenangkan. Malah aku berazam agar tulisan aku ini ditaip dan dipaparkan di blog ceria aku, bukan draft yang aku buat sewaktu di perpustakaan pagi itu (aku buat draft di atas kertas, klasik gitu). Pagi itu, aku tulis sesuatu yang menimbulkan rasa hangin dan dengki. Kalau soft sikit jiwanya, boleh jadi ada rasa kecewa dan teraniaya. Padahal ada banyak lagi kegembiraan, kejayaan dan kebaikan yang aku ada. Perkara-perkara membahagiakan itulah yang LEBIH LAYAK untuk dinobatkan sebagai perkongsian. Aku tulis pun dalam keadaan nangka busuk. Eh, silap. Kerang busuk, tersengih.

"... Hidup ini harus sepenuhnya melayani keinginan anda... Hal ini tidak akan tercapai melainkan hanya di syurga. Sedangkan di dunia ini bersifat tidak mutlak. Segala yang anda inginkan tidak mungkin semuanya tercapai. Anda harus menyedari bahawa di sana pasti ada bencana, sakit, musibah dan ujian yang datang menimpa.." Petikan mukasurat 79.

Ain, ini dunia, bukannya syurga! Segala kesempurnaan itu tidak akan tercapai SELAMANYA di dunia.

Bila ditujukan pandangan hanya pada sisi-sisi yang positif pada seseorang, itu lebih membahagiakan. Mencuba untuk membahagiakan diri, aku menyelak lembaran hari Isnin aku. Hari Isnin itu, aku pakai baju dan tudung baru, hadiah dari sebuah keluarga. Baju kurung Pahang itu pula ditempah bersama-sama kawan yang dah rapat, dalam perjalanan yang menggembirakan. Emel kawan-kawan pagi itu menyenangkan hati. Kekeliruan aku dijawab dengan tenang oleh manusia yang dipercayai di pejabat masjid yang damai. Nasihat pasal hal sambung belajar diterima percuma selepas kenyang makan tengah hari. Ditambah pula dengan nasihat, "jangan takut mulakan research". Jawapan Papa pula yang melegakan melalui telefon, pasal kereta. Layanan baik kakak Elianto pun menceriakan petang aku. Huh.. Kalau inilah hari Isnin itu, malu pada Ahad untuk menyebut perkataan Monday sickness. huhuhu..

Ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati ini selepas Engkau beri kesedaran, betapa aku wanita yang bahagia.

4 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

uuu..macam mana nak jadikan isnin itu bahagia dari side ku pula..
haihh..

ayen =D said...

hihi.. boleh Afzan, boleh..
malam tadi, boleh tidur tak? ada rasa gempa bumi? sakit kulit yang perit sampai tak leh tidur?

pagi, ada minum tak? makan? mata, telinga, suara, semua functioning tak?

ada kenderaan nak bergerak tak?
muka, baju, badan.. cantik tak?

ada kerja tak? ke, menganggur?

ada orang culik dan pukul2 tak?

hehehe.. banyak je kebahagiaan yg kita ada.. tu yg jawapan yg Ain rasa general.. mybe you can find the more specific one, which suits you better.

Anonymous said...

Alhamdulillah.Allah mana kaya Dan mengetahui.Kita semua buat silap jadi apa apa pun reda.

Anonymous said...

Alhamdulillah.Allah mana kaya Dan mengetahui.Kita semua buat silap jadi apa apa pun reda.