Wednesday, May 5, 2010

Kangen

Selepas mengenali Dawid dan Echan, kosa kata bahasa Indonesia aku bertambah. Dawid adalah orang Poland tetapi boleh berbahasa Indonesia dengan lancar sebab sudah belajar di ISI, Institusi Seni Indonesia selama setahun. Echan pula asli dari kepulauan Jawa, tetapi semasa aku kenal Echan (melalui alam siber), Echan bekerja/latihan di Jepang (dalam bahasa Melayunya, Jepun).

Antara perkataan yang aku tahu daripada mereka ialah dosen. Dosen maksudnya, pensyarah, profesor. Dawid yang tengah selesaikan Magister (itu bahasa Poland, bahasa Inggerisnya, Master) pada masa itu, dalam bidang muzik di Warsaw University selalu bercerita melalui Yahoo Messenger, "dosenku..." "dosenku.... " Maka lekatlah kat kepala hotak aku ini, dosen.

Perkataan lain, kangen. Ada filem Indonesia, tajuknya kangen. Pelakon, Bunga Cinta Lestari. Jalan cerita, terlalu tenang bagi aku, memang boleh buat aku lalalalala... kemudian zzzzzz.. hehehe.. Kangen itu, maksudnya rindu. "kangen sama kampung halaman ya..?" usik si Echan yang sekali pandang memang comel (atau dalam bahasa Indonesianya, imut) Ha ah, rindu pada kampung halaman semasa berada di perantauan. huhuhu..

Tapi bila dah balik Malaysia, tak tipu kalau aku nak cakap, "kangen sama kehidupan sebagai perantau" Bukanlah rasa nak ke sana semula, cuma rindu.

Punca?

Aku baca satu buku sementara menunggu drama bersiri Asmaradana jam 10.30 malam. Aku baca dalam keadaan pening. Mak aku kata, pening kat dahi tu tanda nak selsema. Jaga makan, minum air banyak-banyak. Tapi mak aku tak kata kurangkan baca buku. Hahaha.. Maka aku baca satu buku dalam keadaan pening.

Beberapa mukasurat yang aku baca tu buat aku teringatkan pengalaman hidup aku semasa hendak ke perantauan, malah semasa di perantauan. Buku tu buat aku rindu sebab penulis menceritakan tentang kerinduannya kepada kehidupannya sebagai perantau juga...!! Penulis itu adalah Ustaz Hasrizal dan buku itu bertajuk Rindu Bau Pohon Tin. Habis baca atau tengah-tengah baca nanti aku ceritakan serba sedikit (berapa banyak buku daaa aku tak tak tercerita-cerita lagi)

Aku abaikan segala perasaan dalam sentimental mode itu sehingga aku tertidur, tak sempat tengok Asmaradana! Cis! Semua ni berlaku Selasa lepas. Bukan Selasa episod akhir Asmaradana ya. Sebelum itu lagi. Nampak sangat post ini dah drafted seminggu. hahaha..

Tengahari Jumaat, masa rehat yang agak panjang, aku tersangkut dari satu blog ke satu blog. Ale-ale aku ke blog warga pelajar Malaysia di Poland. Bertambah rindu.

Sabtu, aku buat liputan di Simpang Renggam. Pertandingan nasyid peringkat Simpang Renggam. Memang wajar aku cerita lebih dalam post berlainan!

Ahad, aku buat khidmat diri dan khidmat rumah.

Isnin, Selasa, aku merantau ke Kuala Lumpur. Negara sendiri pun aku masih jakun. Juga wajar aku cerita lebih dalam post berlainan.

Rabu aku sudahkan dengan bertenang bersama laptop yang berinternet jalur lebar atau muda-mudi sekarang panggil broadband. Sempat juga aku menyapa sifu aku dalam dunia programming, iaitu Bartek, seorang Poland yang tengah selesaikan PhD dia sekarang. Dia sangat sudi melayan aku. Daripada cerita kahwin sampailah kepada keliru memilih projek PhD. Bagi aku, orang Poland punya budi bahasa memang A.

Tak sia-sia malah penuh hikmah aku pernah dicampakkan setahun ke bumi Poland bersama-sama 3 kawan lain yang sama-sama sangat gayat kali pertama naik kapal terbang. Berita terakhir yang aku dengar tentang Poland ialah isu penentangan pembinaan masjid di Poland. Sentap juga masa tahu berita. Besarnya dugaan kalau aku di sana sekarang. Masa aku di sana, makcik di pasar siap tak faham kenapa kami bertudung. Dikatanya warna tudung melambangkan status seseorang lah, untuk tahan sejuk lah, fesyen pelik lah. Sekarang, mungkin lebih ramai yang lebih faham.

Huh, tak berniat nak menulis sebarang isu. Aku cuma nak selesaikan post ini supaya tidak kekal sebagai draft.

Kembali kepada kangen, tengok gambar-gambar lama masa di sana untuk tujuan kemas kini folder yang serabut dalam laptop memang layaaaaaannnzzzz... Sampai ada terdetik rasa, "aku patut bergambar lebih banyak" dan "aku patut tulis diari hari-hari".

Sememangnya perkara manis untuk dirindui lebih banyak daripada masalah dan beban yang dikatakan kononnya tak tertanggung hari ini.

2 comments:

anur malati said...

'aku kangen karo kuwe, si bocah cilik sing ayu...'

hah, gi cari maksudnya sampai dapat

ayen =D said...

alamak.. sahih ain tak faham melainkan aku kangen hahaha