Thursday, May 20, 2010

Promosi Kraf Malaysia di N 9 (5-8 Mei)

Tak mahu teruskan operasi baca, belajar, bincang dan baca lagi, bincang lagi dan baca lagi.. bincang bincang bincang tentang optical fiber, fiber laser, terahertz and so on.. Macam biasa, blogging first. hahaha..

5 hingga 8 Mei lepas, ada Promosi Kraf Malaysia di Seremban, Negeri Sembilan. Ini peringkat negeri. Peringkat kebangsaan dah berlangsung di Kompleks Kraf di KL. Aku sempatlah menjengah hari Jumaat dan Sabtu, 7 & 8 Mei kerana aku ada urusan di KL dan Cyberjaya. Aku merajinkan diri untuk menunjukkan beberapa gambar. Layan... (straight to the point kan.. borink..)

Antara port paling panas.. dan pastinya berasap. Demonstrasi pembuatan lemang bersama rendang Minang. Perrggh.. lomang sodap, lombut... ghondang pun sodap, jilat jari haaa.. hahaha.. failed cakap Negeri Sembilan.

Lautan manusia khusyuk menganyam bakul rotan. Ini adalah antara port yang tak kurang-kurang orang. Sentiasa ada orang je sepanjang aku menjengah.

"haih, kenapa lah aku terjebak dalam kerja menganyam rotan ni.. borink.. " kata adik itu dalam hati, agaknya..

Inilah hasil lautan-manusia-anyam-bakul-rotan tadi. Berjalan-jalan di tapak niaga bersama bakul buatan sendiri. Caya lah.. Aku pun tak pernah buat lagi. Rama-rama daripada rotan pernah lah.

Ada banyak lagi jualan barang-barang kraftangan. Tak teruploadlah aku semua gambar kan. Sikit-sikit sudah.

Ada abang Zorro kita yang tengah melukis potret.

Juga, tokey Paling Atas Enterprise sendiri yang melayan pembeli songkok. Anak pakcik ni tahfiz kalau aku tak salah dengar. Haaa.. memang elok sangat lah tu. Segak dan suci. Takkan belajar bagus-bagus, nak letak atas kepala songkok yang diperbuat daripada surat khabar lama kan? Ya, surat khabar lama. Ada berani, check lah songkok korang, daripada surat khabar lama ke tak. Peace! Belakang tu, nampak orang jual labu sayung. Comel-comel. Ada yang dipasangkan lampu siap. Vouge de vast...

Antara punca bunyi bising di booth songkok. Digunakan untuk membuat lubang di bahagian atas songkok. Ala-ala pengudaraan kepala gitu.

Haa.. macam ni ha main congkak..

Alolo.. pandainya buat peace.. akak suka dik.. akak memang suka! Dah la beberapa kali suruh aku 'timbang' batu seremban tu ha... Terpaksa lah aku asah semula skil batu seremban aku kan.

Di kawasan anyaman mengkuang. Antara satu hasil anyaman yang menarik perhatian aku ialah ;

Ini dia, bakul mengkuang yang ada kain batik di tepinya. Nampak? Aku dah temuramah makcik anyam mengkuang tersebut. Kain batik itu harus dijahit bersama mengkuang yang dah dianyam terlebih dahulu sebelum dipotong dan dijahit menjadi bakul pula. Faham? Aku dah faham, maka aku kagum.

Okay, acara paling happening, persembahan tarian.

DJ majlis kata, tarian.. err.. tak ingat.. tapi ada piring dan lilin atas kedua tapak tangan penari. Ada banyak lagi tarian lain, tapi angle aku ambil gambar tak menariklah. Lagipun, panas. hehehe alasan..

Semua orang rebut-rebut nak amik gambar. Biar lah aku ambil gambar orang yang ambil gambar. Hehehe.. ini tarian Sabah atau Sarawak. Lelaki itu sedang berusaha menjadi gagah, garang dan menakutkan sebelum menyumpit 2 belon dengan jayanya.

Penari turun padang. Eh, penari turun pentas bersama para pelancong. Tarian joget.. hentam..

Jangan cerita P Ramlee je ada tarian yang akhirnya berbentuk bulatan. Kat sini pun ada tau. Sambil tarian 'lambak' ada di tengah-tengah oleh pasangan penari dan pelancong. Happening yang terkawal.

Pertandingan tarian berkain batik buat para pelancong. Masing-masing tengah confuse, macam mana nak pakai kain batik ni ha..

Selain promosi kraf secara outdoor, pengunjung boleh ke Kompleks Kraftangan yang dekat sekangkang kera dari segala macam khemah tu. Ini juga bertujuan untuk aku mensejukkan diri yang kepanasan di tapak promosi. Sebab ada air-cond hehehe..

Permandangan keseluruhan di dalam kompleks kraftangan. Kat Jalan Conlay di KL lagi besarlah.

Adakah ini bunga angsana? Yang membiak melalui angin? Macam dalam buku Sains darjah 4 atau 5 dulu? Inilah antara perhiasan di dalam kompleks kraftangan di sana.

Okay, sekian liputan yang mungkin kurang informatik, tetapi penuh dengan rasa gembira untuk aku sebab negara Malaysia, tanah airku banyak dengan ciri-ciri kesenian. Cewah...



3 comments:

Dr. Zuhaira said...

Salam Ayen,

Nak jemput Ayen n semua pembaca blog ni utk join survey. Utk keterangan lanjut, sila layari http://zmzfuzzyworld.blogspot.com/2010/04/final-call.html

TQ

Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan said...
This comment has been removed by the author.
Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan said...

Terima kasih ayen atas sokongan anda.... Maklumat mengenai Kraftangan Malaysia boleh didapati di laman web rasmi kami. http://www.kraftangan.gov.my/.. Terima kasih..