Thursday, May 13, 2010

Proposal-Ahli Fizik-Ais Kacang Puppy Love

Aku sangat faham diri aku. Kenapa semalam serba tak kena dan tak semangat untuk buat list-things-to-do aku. Sebab aku tak blogging lagi. hahaha...

Disebabkan semalam aku dah letak sebuah proposal (sebuah ke? ke, sekeping? selonggok?) projek penyelidikan di depan mata aku selepas mengemas meja kerja yang berselerak, tetapi aku masih tidak mampu menghadam isi proposal untuk tujuan pertimbangan atau sekadar menambah pengetahuan, aku tekad dengan satu keputusan. Aku nak balik rumah, tidur. Daripada aku main internet, membazirkan bil elektrik universiti kerana keberadaan aku di bilik aku tanpa sebarang hasil berkaitan kerja, lebih baik aku jimatkan tenaga elektrik tersebut, rehat, dan sambung membaca di rumah di malam hari. Ya tak? Adakah itu satu bentuk curi tulang? Aku rasa, itu adalah satu bentuk mensyukuri nikmat betapa fleksibelnya kerjaya aku tanpa mengabaikan rasa bersalah makan gaji buta macam sesetengah orang. Kan?

Okay, aku pun tekad. Habis solat zuhur nak kemas barang, balik, tidur.

Alamak, hajat tak kesampaian. Bilik didatangi klien kepada Mai (rakan sebilik). Tak manis kalau aku kemas-kemas barang dan blah.

Aku buat-buat membaca proposal yang sedia ada.

Semuka, dua muka, tiga muka....

Arggh.. tak sanggup lagi bermuka-muka.

Aku ke bilik Lala, cuba hirup udara penghawa dingin yang lain. Membaca proposal sikit, baca majalah lebih. Ada rencana tentang angkasawan negara kita, Syeikh Muzafar. Antara ayat dibaca yang menarik perhatian dan dijadikan modal berbual dengan Lala ialah, angkasawan negara itu berhasrat untuk meyakinkan masyarakat tentang bidang sains angkasa ini menarik dan luas untuk diterokai. Dato' Syeikh Muzafar nak tanam dalam minda seorang rakyat Malaysia sehari tentang bidang sains angkasa. Itu azam dia.

Alangkah menariknya kalau setiap hari, ada seorang masyarakat Malaysia/dunia (cewah) meyakini bahawa bidang Sains Fizik itu menarik, sangat luas dan sangat penting. Bukannya ahli fizik itu sekadar pencipta robot askar jahat serta penjenayah macam dalam filem Iron Man 2. Bukannya ahli fizik wajib jadi manusia yang hidup hanya dengan dunia sendiri serta membosankan macam ahli fizik dalam filem Hooperz. Bukannya ahli fizik 'to be' hanya bertubi-tubi diingatkan semasa kursus Biro Tatanegara sebelum berangkat ke luar negara untuk Sarjana supaya jangan-jadi-pengganas. Apa orang bidang lain tak ada peluang jadi manusia yang bosankah? Manusia lain tiada peluang jadi penjenayah? Pengganas? Pejuang yang konon-konon jihad dengan konon-konon ketinggian ilmu sains?

hahaha.. dah dah.. aku bukan nak tulis sesuatu yang serius. Itu hanyalah sedikit perkembangan idea daripada sebaris ayat Syeikh Muzafar.

Dipendekkan cerita, selepas makan di Burger King dan membuat kesimpulan bahawa burger di Mc Donalds lebih ummmpphh, kami balik rumah tunggu Adamaya.

Penutup 12 Mei 2010 aku sangat menarik bersama makanan kegemaran iaitu popcorn-yang-dimakan-semasa-dalam-panggung-wayang. Aku tengok filem Ais Kacang Puppy Love. Mampu aku memberitahu di sini bahawa aku tak jumpa perkara yang aku nak kutuk. Best! Jalan cerita best, konsep best, motif marvelous, gambar cun, muzik sangat ikut mood.

Kehidupan tengok wayang aku malam tadi melahirkan sebuah impian. Aku rasa macam nak pergi melawat saja-saja kawasan perumahan di atas air macam yang aku tengok dalam filem tersebut. Weeee... (terkenang kisah puppy love sendiri yang lucu)

Mari bekerja...

* kisah puppy love = kisah cinta monyet

2 comments:

lala said...

yen cakap sikit azam kite yen.... sehari nak sedarkan 10 orang betapa bestnya fizik...can ker??? keikeikei

ayen =D said...

sehari 10 tu mcm seram skit nak capai.. kui2..