Tuesday, April 27, 2010

Aku dan tengok wayang

Mana boleh duduk rumah awal sangat. Perlu cari aktiviti...!

Atas dasar tersebut, yang lebih yakin dilontarkan berbanding dasar dalam negara atau dasar luar negara, tidak memasal aku sanggup keluar semula dari rumah sewa untuk menonton wayang. Padahal aku dah berada di fasa selesa, bergelimpangan di ruang tamu tengok cerita Adamaya selepas pulang dari kerja.

Sanggup.

Dah lah nak tengok wayang cerita ringan. Aku dan Lala anggap itu cerita ringan sebab dibandingkan dengan cerita Loser. Filem yang kami, manusia-manusia penyokong-industri-filem-tanah-air tonton malam tadi adalah, Hooperz. hahaha...

Pendek kata, ayat yang singkat untuk dilontarkan oleh lidah tanpa insurans-khas-lidah ialah,

"cerita ni pandai sikit lah daripada Semerah Cinta Stellato"

Okay, bukanlah nak kutuk sangat cerita Semerah Cinta Stellato tu. Nanti aku tergolong dalam golongan yang dilabelkan oleh para artis sebagai "blogger tulis ikut suka.. blah blah blah.." Aku tak nak tergolong dalam golongan tersebut. Cuma aku rasa, cerita Hooperz pandai sikit lah.. Tu je..

Apa pun, aku suka awek vokalis Bunkface tu dalam Hooperz.. Siapa ntah nama dia. Makin aku pandang, makin cantik lah. hehehe.. Begitu juga AJ dalam filem tu, yang jadi Saerah dalam cerita Dunia Baru. Memang slumber dan sempoi. Bak kata Lala, cerita tu ada maksud lah yang cuba disampaikan (dengan gaya berkaliber kak Ogy masa bagi komen dalam Akademi Fantasia). Cuma pelik, kenapa filem tu memang nak buat gaya berlaku pada zaman dulu-dulu sikit ek? Apa-apa lah.

Nak cerita ringan, ringan lah tu..

Ringan tak ringan, perangai-redah-je Lala pernah membuatkan dia dan Mai terjebak dalam satu plot kehidupan dalam panggung wayang menonton filem yang buat diorang 'sakit kepala ngeri'. Ninja Assasin filemnya. hahaha.. Mungkin sebab mereka terlalu sopan untuk filem ganas itu. Tetapi, perangai redah je Lala juga, ditambah dengan perangai "jom.. boleh jer.." aku, telah membuatkan aku dan Lala tengok cerita Avatar dan The Lightening Thief tau. Dan kami suka!

Kesinambungan dari tengok The Lightening Thief itu, menjadikan aku dan Hajar (kawan si Lala) berbual-bual sambil ketawa mengenangkan filem tersebut semasa dalam panggung menonton filem Clash of the Titans. hahaha.. Pakej lengkap. Tak kesah lah orang nak kata hape, kepercayaan yang menyimpang ke hape, bukannya aku nak percaya apa diorang (dalam filem filem itu) percaya. Namun tak dinafikanlah, ada part yang aku rasa aku wajar istighfar dalam diri. Pandai-pandailah kan. Bila tengok ada fahaman yang sesat, jauh dari fitrah, insyaAllah, kalau betul jalannya, kita akan rasa kita sangat bersyukur dengan fahaman dan jalan hidup yang kita pilih sekarang. Ni aku bukan cakap tak serupa bikin okay. Aku bikin dulu baru cakap.

Alamak, asalnya nak cerita tentang kehidupan yang ada prinsip mana-boleh-duduk-rumah-saja. Tapi jadi penceritaan filem-filem yang ditonton di wayang pula. hehehe..

Alang-alang dah cerita, aku nak sambung lagi sikit.

Aku dah tengok juga filem Date Night. Walaupun agak malang sebab kami (aku, Zafran dan Asmal) masuk panggung lambat dalam 15 minit, namun hari Sabtu itu tidak hambar malah menggumbirakan. hehehe.. Filem yang ala-ala kursus kaunseling rumah tangga (pendapat aku je ni) sambil ada aksi, komedi dan.. eerrr.. yang kau kene tutup mata adik kau kalau dia menonton sama. Buang yang keroh, ambil yang jernih.

Peace!

p/s Filem idaman dalam masa terdekat di panggung ialah, Shutter Island dan When in Rome..
Kuang kuang kuang..

2 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

lama dah tak nonton..

siti khadijah ali said...

when in rome..sangat..sangat..sangat beshh....!!