Satu soalan daripada seseorang melalui gtalk. Hurrm... aku fikir panjang juga. (Tak lah panjang sangat sebenarnya.. tak sampai 10 minit kot) Sekarang memang ada niat nak berniaga sebab rasa duit takkan cukup kalau makan gaji saja. hehehe.. (entah apa yang aku nak niagakan kan) Tapi, adakah aku business-minded?
Ale-ale, apa yang aku jawab pada si tukang soal ialah kisah-kisah aku berniaga dan berbisnes (eerrr.. sama ke dua tu?) semasa zaman aku dikenali sebagai budak sekolah. Harapan aku, kisah-kisah itu membolehkan aku membuat kesimpulan sama ada aku ini seorang yang business-minded atau tidak. Dia rajin layan aku. Layan...
Masa sekolah rendah, seingat aku, aku tolong mak aku jual kacang pedas. Mak aku buat, kemudian bungkus sambil aku tolong makan. Ak bawa pergi sekolah, tiba masa rehat, jual. Alamak, aku tak ingatlah harga kacang pedas sepaket. Mungkin 20 sen? Aku ingat juga bila ada kawan-kawan yang bincangkan, "eh, kacang ni punya sambal kurang lah". Balik rumah, aku bagitahu mak aku. Tak gaul rata agaknya semasa mencampurkan kacang tanah yang dah digoreng itu bersama-sama sambal ikan bilis. Wah, wujud urusan terima feedback daripada pelanggan dan feedback itu diambil kira untuk tujuan produksi seterusnya. Ini dah macam Quality Assurance (QA) punya unit ni.. hahaha..
Semasa aku di peringkat sekolah menengah rendah, aku masih ingat seorang pelajar lelaki datang ke kelas aku masa rehat.
"Eh, mana orang yang jual kerepek pedas ek?" "owh.. dia tak de, dah gi kantin", aku jawab. "ala.. tak de la ek kerepek pedas?" "dah habis rasanya" ke, aku jawab "dia tak bawa hari ni" "oo.. ok.. "
Sebelum pelajar itu berlalu, "tapi kerepek tak pedas ada..."
Muka pelajar lelaki itu berseri-seri.
Akulah manusia yang jual kerepek tak pedas tu. Kuih gunting namanya. Yang kerepek pedas tu, kawan aku jual. Rupanya sama saja, guna mesin mee untuk membentuk kerepek itu sebelum digoreng. Cuma kawan aku jual versi bersira lada. Mari mari..! kerepek pedas..! kerepek tak pedas.. !
Itu dia, teknik pemasaran bersama persaingan yang sihat.
Dua kisah aku sebagai jurujual, juga unit pemasaran.
Dalam perbualan aku dengan si tukang soal tentang adakah aku seorang yang business-minded, aku juga ale-ale teringat yang aku juga ada menghasilkan produk dan menjualnya. Cewah.. Siap ada buruh paksa lagi, iaitu adik aku, Iqa. hahaha.. Kesian dia. Mula-mula dia macam suka. Tapi ada masa aku rasa dia memang terpaksa tolong. Maceh budak kenit yang dah 20 tahun 1 hari!
Ceritanya, aku ada beli (papa lah yang belikan sebenarnya) satu buku kraftangan. Ada cara-cara membuat macam-macam termasuklah penanda buku, kad ucapan dan corak hiasan. Aku cuba buat satu kad yang namanya, kad akordian.
*ini bukan kad akordian. ini tikus putih cuba bermain akordian*
*haaa.. ini contoh kad akordian yang dijumpai di internet. nama akordian tu sempena kad itu berlipat-lipat yang boleh dibuka macam alat muzik akordian*
Cantik kad akordian yang aku buat (bangga dengan pencapaian sendiri). Aku buat beberapa kad. Tunjuk kat kawan-kawan semasa di sekolah rendah (aku ingat-ingat lupa lah darjah berapa). Kawan-kawan aku suka dan "ko jual tak?"*haaa.. ini contoh kad akordian yang dijumpai di internet. nama akordian tu sempena kad itu berlipat-lipat yang boleh dibuka macam alat muzik akordian*
Maka, tempahan diambil, disiapkan, diedar dan pulangan dikutip. Owh yeah... Bila dah permintaan melebihi pengeluaran, tenaga manusia diperlukan untuk memastikan permintaan dipenuhi dalam masa yang dijanjikan. Tenaga Iqa.
Tahap berteknologi sikit, masa tingkatan 2. Haa.. ini aku ingat. Masa tu ada zaman orang buat kad nama cantik. Tempah dalam borang. Ada macam-macam gambar. Kartun, artis, pemandangan. Memang cantik. RM 3!
Balik, tunjuk kat papa. Aku ada order satu set. (ke, lebih?).
"ni kita boleh buat sendiri ni", lebih kurang begitulah kata papa.
Berita gembira buat aku, papa rajin layan aku untuk ajar cara guna scanner, crop gambar, susun kad nama dalam microsoft word (ke, masa tu guna pagemaker?), dan paling best, buka VCD, snap gambar dan gunakan gambar tersebut untuk membuat kad nama sendiri!
Di kala kawan-kawan saling bertukar kad nama yang ditempah dengan syarikat yang berurusan melalui pos itu, aku hulurkan kad nama aku yang aku buat sendiri (papa tolong lah).
"Ain, nak tempah macam ni.."
Haaa.. peluang bisnes lagi. Seterusnya, ada juga usaha membuat buku nota yang muka hadapannya dicetak gambar-gambar pilihan. Yang ini, banyak papa terlibat lah sebab papa kata, "jangan main pisau tu.."
Sekian beberapa cerita yang si tukang soal terpaksa layan.. hahaha..
Now..
Adakah aku seorang yang business-minded?
8 comments:
cantik kad..bile nk buat kad untuk diri sendiri?
gambar tu bkn kad yg sendiri buat la..
and kad utk diri sendiri, org lain la buat.. hahaha..
nak tambah income? ain dah biasa jd tutor dan guru tuition kan. why not ain try buat home tuition...
- income lebih tinggi sbb budak sorng atau 2 je dlm 1 waktu dan fokus
- masa fleksibel
- rate kat jb biasa rm30 per hour utk budak upsr or pmr. utk spm biasa rm40 or rm50 per hour
-refek kt internet, byk blog yg buat home tuition...
-register juga kt website yg related dgn home tuition
just cadangan, but depends pd ain gak.. :)
hai kak anur,
thanks..
ha ah, betul, mmg blh tambah income dan kebahagiaan hidup.. hehe..
but utk awal2 keje ni, ain tak pandai manage time lagi.. nak cuba hari tu, tp ale2, malam je dah terlepek atau pun berhibur.. kah3..
ni student dh exam, nk cuti sem, kepala tenang skit (mungkin), ain usha2 ye nanti.. thanks!
bisnen minded punye pasal..siap boleh tahu hampir di tipu..hebat2
kak anur..mmg cadangan yg baik..tp kt johor tu agak sukar..kt area selangor ni senang sket
sibuk je tempe ni lah.. hahaha..
oit tempe..(marah tempe kt blog ain pulak..hahah).
kat jb n selangor sama je. my hubby member baya akak buat tuition center kt sri skudai or mutiara rini rasanya. lebat sungguh income dia. itu tuition center, kalau buat home tuition lg masyuk beb.
Post a Comment