Tuesday, April 6, 2010

La ilaha illa Allah - Yusuf Estes (Part 2/2)

Salam...

Selepas makan tengahari nasi berlauk ikan keli masak lemak cili padi dan sayur peria (pertama kali cuba, dan aku rasa aku tak reti makan sayur peria.. huhu.. ), aku cuba bertenang sekejap dengan membaca blog kegemaran satu masa dulu yang dah lama aku tak jengah. Blog ustaz Hasrizal. Selesai membaca satu post, aku teringat sesuatu yang aku perlu tulis.

Apa yang aku teringat semasa dan selepas membaca, ialah tentang satu peristiwa yang berlaku disaksikan mata aku dan didengari oleh telinga aku semasa di Holland, di sebuah masjid di bandar Amsterdam. Lebih spesifik lagi, di Podermoskee (moskee tu masjid kalau tak silap), Amsterdam Lelylaan.

Disebabkan aku rasa ini adalah 'hutang' yang agak lama, maka, aku pun baca semula segala tulisan aku yang berkaitan perjumpaan dengan Yusuf Estes, seorang paderi Kristian yang kembali ke agama fitrah, agama Islam Jun tahun lepas.
Ada tiga post..

1. Hadiah dari tuan punya dunia (part 1/2)
2. Hadiah dari tuan punya dunia (part 2/2)
3. La ilaha illa Allah - Yusuf Estes (part 1/2)

Okay.. alhamdulillah, aku masih bernafas untuk sambung menulis..

Dalam post ke-3 ada aku selitkan salah satu pengisian Yusuf Estes yang disusun baik sebagai penutup ceramahnya. (ada baiknya juga kalau tak baca post-post terdahulu, baca lah dulu sebelum terus baca post ini ya.. cewah.. ada ke orang baca ni? hehehe) Namun ada beberapa isu menarik juga terselit di tengah-tengahnya. Antaranya ialah tentang pernyataan 'ramai yang cuba mendekati Islam untuk mencari keburukan Islam tetapi akhirnya menemui keindahan Islam dan memilih Islam sebagai cara hidup mereka'. Yusuf Estes bercerita tentang beberapa contoh yang diketahuinya. Mungkin juga termasuklah dirinya sendiri.

Apa yang aku nak cerita dalam post ini ialah tentang peristiwa yang aku ingat sampai sekarang yang berlaku apabila selesainya ceramah.

Seorang lelaki berjubah datang berbisik kepada Yusuf Estes yang duduk di atas kerusi di hadapan para hadirin yang duduk di lantai masjid. Hadirin senyap. Kemudian Yusuf Estes mengumumkan,

"ada seseorang mahu kembali kepada Islam"

Masa tu aku tak tahu apa aku rasa. Aku diam.

Seorang perempuan berdiri dari kalangan kami.
Ditemani seorang perempuan lain. Kawan dia mungkin. Atau orang terdekat di situ.

"Ikut saya.." kata Yusuf Estes.

"Asyhadualla.."
"Asyhadualla.." dengan seketul-ketul sebutannya..
"ilaha"
"ilaha"
"illa Allah.."
"illa Allah.." hadirin diam menyaksikan.

"Wa asyhadu"
"Wa asyhadu"
"anna muhammada"
"anna muhammada"
"rasulu"
"rasulu"
"Allah..."
"Allah..."

"Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah" Yusuf Estes menyambung (dalam bahasa Inggeris) diikuti oleh perempuan itu yang sejurus selepas itu, adalah saudara kita, seorang Muslimah.

Aku tak tahu la macam mana nak ceritakan pengalaman pertama aku yang satu ni. Mendengar kalimah syahadah diucapkan oleh seseorang untuk kali pertama dengan sangat berhati-hati, susah payah malah tersekat-sekat suaranya sedangkan aku dengan lancar menyebut kalimah syahadah dalam setiap solat tetapi kadang-kadang kelancaran itu macam angin lalu laju saja, yang aku tak sedar dan apatah lagi masuk dalam hati.

Ramai Muslimah lain datang peluk Muslimah baru itu.
Macam-macam warna kulit. Macam-macam bahasa. Tak saling kenal. Luasnya persaudaraan ini!

******************************

Post ustaz Hasrizal yang dimaksudkan bertajuk Ke Gereja untuk ke Masjid (sila klik untuk baca)

No comments: