"Haaa.. Engkau.. Macam mana kau recover masa baru-baru putus dengan dia dulu?"
"Errr.. Aku? Macam mana aku recover? Huh.. "
"Macam mana kau boleh okay semula lepas korang putus..?"
Ya, ya, aku faham soalan itu. Bagaimana aku pulih selepas putus cinta.
Mantap betul soalan. Yang tak boleh blahnya, asal soalan tu berkumandang semula saja, otak aku ligat berputar mengolah semula jawapan. Tiada skema jawapan yang sesuai dengan semua orang, semua keadaan.
Bila otak aku ligat berputar merangka skema jawapan tersebut, tidak terfikir sebarang kata kesal atau tergugat di hati rasa sedih, pedih, marah. Semua yang terjadi hanyalah pengalaman hidup yang mematangkan, bukan titik hitam yang memusnahkan. Semakin aku fikir, semakin aku menghargai setiap saat yang ada dalam hidup aku. Semakin aku mengharapkan yang terbaik untuk semua orang yang aku pernal kenal. Semakin aku sedar, Allah Maha Penyayang.
Disebabkan Allah itu Ar-Rahim jugalah, aku yakin yang aku sebenarnya tidak putus daripada mendapat cinta. Allah itu maha adil. Mana mungkin kita dapat cinta kalau hati penuh rasa benci, dendam malah tak puas hati dengan takdir? Dan mana mungkin kita terus kecewa dan kesunyian kalau kita yakin, ada cinta yang lebih besar untuk kita yang lebih layak dijaga dan dihargai? Allah lebih tahu tentang kita, hati kita. Sebab Dia yang pegang hati kita.
Niat asal aku, nak tulis tips-tips bangun selepas putus cinta. Tapi untuk tulis sesuatu yang ber'point', aku macam perlu fokus yang lebih. Sekarang aku tengah fikir pasal permohonan untuk menyambung pengajian. Berbual dengan kawan pun pasal sambung belajar. (sepatutnya aku tulis.. "aarrghhhh.. stress!!!")
Okay, jadi mengapa aku tulis post ini? Sebab sebahagian besar hari aku juga bercerita, mendengar cerita dan berfikir tentang hal ini. Baik tentang kehidupan diri sendiri mahupun kehidupan kawan-kawan yang aku sayang. InsyaAllah, kalau kawan aku rasa jatuh, aku nak hulur tangan supaya kawan aku boleh bangun, sebagai mana aku boleh bangun dengan bantuan bermacam-macam tangan. Err.. macam-macam tangan? Aku terbayangkan sotong pulak.. hahaha..
Ya Allah, kuatkanlah kawan-kawan aku.
Semoga kawan-kawan aku ingat, mereka bukan putus cinta, tetapi mereka sedang diuji sebelum mendapat anugerah yang berupa, cinta yang tak putus-putus.
2 comments:
iyee ayen....aku suke post2x ko..hee~~
huhu.. ada jugak org suke ke hahaha..
Post a Comment