Tuesday, June 30, 2009

La ilaha illa Allah - Yusuf Estes ( Part 1/2)

Bismillahirahmanirrahim..

Assalammu'alaikum..

Haa.. lepas intro yang boleh tahan syok sendiri sebanyak dua post, (Hadiah dari Tuan Punya Dunia 1 dan 2) di sini aku nak kongsi antara isi ceramah Yusuf Estes, bekas paderi yang telah kembali kepada Islam (tadi kawan kata, ada ulama' sebut 'kembali/revert', bukan tukar/convert, sebab Islam itu agama yang benar. so KEMBALI kepada agama yang benar lah. Wallahu'alam) yang duduk kat Texas. Eh, ke lahir? huhu.. Google lah kat internet ya untuk cari latar belakang dia =D

Ada beberapa perkara menarik yang aku yakin untuk kongsi, (yakin, sebab ada perkara yang takut nak sampaikan. maklumlah, kang orang paham lain jadi lain pulak. hehe.. bukan aku ni ustazah pun kan). Disebabkan ada beberapa, so mustahil lah aku yang suka menaip ni nak tulis dalam satu post je kan =D

Okay, hari tu aku ada intro sikit tentang hak wanita kan? Banyak gak la dia sentuh daripada keseluruhan 1 jam ceramah tu. Antaranya, dia cerita tentang zaman jahiliyah, sebelum kedatangan Islam, tentang tempat perempuan di mata mereka (orang-orang jahiliyah). Termalu aku lah sekejap time tu sebab kalau nak aku cerita balik pun, ingat-ingat lupa. huhuhu.. sedih ustaz ustazah aku kalau tau agaknya nanti kan.

Dari situ, dia sambung kepada Islam yang mengangkat darjat perempuan. Antara yang kita insyaAllah biasa dengar, bila Rasulullah ditanya (maaf, aku tak dapat nak nyatakan hadis riwayat dari mana, huhu.. carilah ye), tentang siapa yang harus kita paling hormat. Rasulullah saw jawab (bermaksud lebih kurang), your mother, your mother, your mother.. and then your father. (haa.. teringat aku satu lagu tu kan).

Lepas tu Yusuf Estes bentang hujah mengikut rukun Islam. haa.. macam mana tu. Dia tanya, "dalam ucapan kalimah syahadah, lelaki perempuan sama ke, tak?"
"sama..."
kami jawab. hehe..
"Okay, dalam solat? Sama ke tak? rukun semua?"
" Sama.. "
kami jawab lagi.
"5 kali sehari kan?"" ha ah.." kami jawab lagi.
"7 hari seminggu kan..?"
" ha ah.."
dengan yakin kami jawab lagi.
"30 hari sebulan kan?" haaaa..
"tidak.."
(paham lah kan?)
"Ada siapa-siapa yang nak ubah hal ni?" dia terus tanya.
"Okay.. sekarang zakat. sama ke tak lelaki perempuan? kadar?"
" sama..."
(hmm.. betul kan sama? hohoho).
Rukun islam seterusnya? Puasa di bulan Ramadhan.
"Sama tak lelaki perempuan?"
Berbekalkan ingatan kepada provokasi semasa point solat fardhu tadi agaknya, ramai jawab dengan yakin,
"tak sama.."
" Haa.. Dalam tempoh perempuan tak boleh solat dan puasa tu, ada yang nak puasa juga ke?"
"Tak de.."
pendengar dok menjawab lagi.
"Masa tu (period tu lah kan) boleh jadi memudaratkan jika berpuasa. Dan mereka boleh membuat urusan-urusan lain juga barangkali."
Lebih kurang gitu lah kesimpulan yang dia buat. Dan akhir sekali, haji di Makkah.
"Sama tak ibadat haji untuk lelaki dan perempuan?" Aku dok fikir, sama lah kan?
"What??? Saya nak tanya perempuan lah, sama ye? I only use two towel for haji.. (kain ihram) "
Ha ah kan. hoho.. "perempuan perlu mahram untuk buat haji, lelaki tak".

Selepas pergi ke satu demi satu rukun islam tu, dia buka kepada persoalan,
"kenapa ada yang sama, dan ada yang tak untuk lelaki dan perempuan?" (dalam konteks jantina, tak termasuk dalam konteks lain ye seperti keuzuran dsb).

"Mari pergi kepada contoh doktor yang didatangi dua pesakit. Selepas doktor faham sakit mereka, doktor bagi ubat dan rawatan, yang BERBEZA. Kenapa? Doktor tak adil! Pilih kasih! saya dapat rawatan mahal, dia dapat rawatan murah! Dia dapat ubat manis, saya dapat ubat pahit (contoh lah) hehe.. kenapa TAK SAMA?!

Sambung dia, "Sebab, doktor itu treat/rawat/layan pesakit-pesakit itu mengikut keadaan dan kemampuan pesakit itu sendiri. Sekarang, kenapa ada beza dalam ibadat, haq, had antara perempuan dan lelaki? Sebab, Pencipta kita maha tahu keadaan dan kemampuan kita, baik lelaki dan perempuan. Dan cara hidup (ISLAM) yang disampaikan dari Pencipta melalui pesuruh-Nya (Rasulullah saw) ADALAH MENGIKUT KEADAAN DAN KEMAMPUAN MANUSIA (kesesuaian), LELAKI ATAU PEREMPUAN. ITU LAH ISLAM. daripada semua ni, apa yang saya nak cakap," (Yusuf Estes menarik perhatian pendengar kepada kesimpulan hujah),

"I want to say, la ilaha illa Allah" (tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.

Macam tu lah Yusuf Estes maksudkan dengan tajuk ceramah favorite dia ialah Islam, dan perempuan (aku rasa lah). Macam tu lah dia tutup ceramah dia di petang tenang hari sabtu tu, di Amsterdam Lelylaan.

Okay, nanti aku sambung tentang isu-isu lain yang dia selitkan dalam ceramah tu. Antaranya ialah tentang mempelajari al-Quran dan isu orang-orang yang belajar Islam untuk 'menyerang' Islam.

++ Kalau ada yang korang baca dan korang rasa something wrong somewhere, bagitau lah ye. kot-kot aku salah sampaikan, salah faham or apa-apa. Dan sedikit pendapat aku, adalah menarik untuk dengar hujah-hujah Yusuf Estes yang senang nak cari kat YouTube. Tapi bagi aku, kalau bab-bab hukum tu, kena lah cari sumber lain juga ya. Mungkin ada yang kurang jelas atau lain. Aku rasa lah. hehe ++

Sunday, June 28, 2009

Isi Masa Lapang dengan Supernanny

Asal lalu kawasan kedai-kedai, mesti nak beli mainan. Kalau keluar jalan-jalan je, diteriaknya "Nak pegi kedai mainan...!!!" sampai orang lalu lalang pandang-pandang jeling-jeling. Mak ayah sibuk kerja. Duit banyak. Anak nak, beli kan aje la. Dari dia dok teriak-teriak ni kan. Menangis, lagi tak jadi kerja.

Akhirnya, jadi la apartment keluarga beranak dua tu seperti 'toy store'..

Kisah ni aku tengok dalam satu rancangan British, Supernanny. Baru kejap tadi, aku tengok lawatan Supernanny ke New York (biasa dia buat kat UK), dengan anak-anak yang sentiasa nak beli alat mainan, susah nak tidur dalam bilik sendiri (orang putih ni ambil berat betul pasal pisahkan tempat tidur kan), dan anak-anak TERIAK tak tentu hala. hehehe..

Rancangan tu ada sesi pemerhatian oleh Supernanny, lepas tu 'Parents' Meeting' dengan Supernanny (ala-ala kaunseling la) , 'Teaching' yang Supernanny memang ajar time time tu jugak kan dan akhirnya, dibiarkan beberapa hari ibu bapa tu cuba hidup tanpa Supernanny tu. Memang rakaman video ada je la dibuat untuk pemantauan dan perbincangan dengan Supernanny. Ntah, aku kagum semacam dengan Supernanny tu. Dia ada macam-macam teknik walaupun nampak masalah macam sama. Masalah bukan anak dok teriak je. Ada keluarga yang anak-anak jenis bergaduh sama sendiri, tak hormat mak bapak, pukul mak bapak atau adik beradik, tak reti greetings, tak suka makan dan malas bangun pagi untuk pergi sekolah.

Tu baru anak-anak. Ada semalam aku tengok keluarga yang bapaknye panas baran. Tangan sangat ringan dan mulut sangat celupar. Hangin aku tengok. Ada 4 anak perempuan, satu yang dah besar tu selalu gaduh dengan bapak dia. Tu Supernanny dok psiko bapak dia memang syahdu la aku tengok. Yang syahdu tu, Supernanny suruh bapak tu baling dart kat gambar anak-anak perempuan dia sampai berlubang, melambangkan 'your harsh word' huhu..

Ada juga kes yang mak tu kaki beranak. Err.. betul ke istilah tu. Dia dah ada 10 anak dan membuatkan dua anak dia yang besar (paling besar 15 tahun, lelaki) hidup macam orang yang matang dan tak enjoy kehidupan remaja sebab dok jaga adik-adik yang nakal. Lepas tu, mak dia tu punya impian nak 12 anak..! Haih. Supernanny handle bapak dia, mak dia.. pastu dok handle luahan hati anak dia yang dua tu..

Belum lagi kesah orang ego sebab Supernanny cuba betulkan keluarga mereka. Haa.. Itu, seorang pemain bola keranjang, Maike apa ntah nama dia. Rumah dia superb besar gile babeng. Maike siap bergaduh dengan Supernanny lagi. hohoho.. Supernanny pun manusia gak, meletup gak.. Tapi she still profesional. Masuk tv tu.. hehehe..

Wah.. Ilmiahnya cara isi masa lapang.. Belajar 'parenting' gitu. ahakz.. Bukan parenting je. Aku belajar bahasa Inggeris gak (hahaha.. tiba-tiba kan) Ye la, rancangan British tu. Tapi cerita-cerita tv melayu tetap tak tinggal. hehe..

Berbekalkan internet yang pantas dan boleh guna tanpa batasan, aku Isi-Masa-Lapang-dengan-Supernanny melalui youtube je. Bawah ni, Part 1 (daripada 5) tentang keluarga yang di New York tu. Kalau taip Supernanny kat youtube tu memang banyak je. Dah 5 season dah. Aku cadang kepada mak bapak, atau bakal mak bapak, tengok la rancangan ni daripada tengok AF ke, Mentor ke, ntah hape-hape lagi la. Lainlah kalau masa anda terlalu lapang.. kalau lapang sangat, no hal.. hehe..

wassalam

Friday, June 26, 2009

Tag oleh Afzan, Ayu dan Elya (hutang lamaku)

Pertama kali dalam hidup aku, nak menjalankan tanggung jawab tag tag ni. Maaf banyak-banyak kepada tiga rakan yang menjemput aku secara rasmi untuk tag-tag mereka, iaitu Elya (berkurun giler), Ayu, dan Afzan yang paling baru. So, silakan. (sila klik pada tajuk setiap tag untuk ke blog mereka)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tag oleh Afzan yang bertajuk "MY DREAM WEDDING"

How old are you?
- 22

Are you single?
- single = bujang? belum berkahwin? yup.

At what age do you think you’ll get married?
- 23? hahaha.. boleh kah? ok la mama, papa, stakat ni, 24 maksimum. hahaha

Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
- malu nak jawab. hahaha..

If not, who do you want to marry?
- tak terfikir pulak lagi

Who will be your bridesmaid or your bestman?
- pengapit kah? my sis? for me, my sis (kalau dia nak la)

Do you want a garden/ beach or traditional wedding?
- tradisional sudah. bawah pokok mangga depan rumah tengok orang bersilat sambil ada muzik gamelan kampung Batu Gajah, Merlimau. haha.

Where do you plan to go for honeymoon?
- rahasia (macam nama satu benua pulak)

How many guest do you think you’ll invite?
- macam banyak je. sedara mara. sedara mara punya sedara. jiran-jiran. kawan-kawan. cikgu, pensyarah. kawan mama dan papa. wah.. ramai ni. berapa ye, kene tanya yang pakar la untuk bilangannya.

Will that include your exes?
- apakah maksud soalan ini? ahakz.. siapa2 yang termasuk dalam jawapan soalan di atas, adalah termasuk.

How many layers of cake do you want?
- satu sudah. ke, caklengkong bercorak batik?? haha..

When do you want to get married? Morning or evening?
- biasanya bila ek? mana-mana la. hoho..

Name the song/tune you would like to play at your wedding?
- dondang sayang. hahaha.. baru Melaka..

Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
- pakai tangan je la. ayam masak merah. pastu ada udang yang dicucuk. wah.. susah la pakai sudu garfu.. kalau nak jaga tangan takut hilang losyen, sudu garfu je la. pisau pun tak mu. hehe

Champagne or wine?
- air mata kucing.. wah..

Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
- days after maybe

Money or household items?
- mana-mana leh.

How many kids would you like to have?
- more than 1, not more that 5. (wah.. bukan main lagi menjawab)

Will your record your honeymoon in DVD and CD?
- yup. tapi, ada seni ke nak record?

I want to know their wedding plan:
- tak pe la.. aku datang je la wedding yang menjemput. hehehe..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tag oleh Ayu (pasal Blog)


1. Apakah nama blog anda skarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Once Upon A Time. Sebab.. Ntah.. hahaha..

2. Apakah link blog anda skarang dan bagaimana boleh timbul idea utk menamakan nya?
nianeya.blogspot.com. Guna nama sendiri je. Perasan tak?

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?
Method? Eksperimen dulu sebelum buat laporan sains. eh.. Hmm.. Asalnya, untuk jadi tatapan aku yang taksub dengan tulisan sendiri. hahaha.. Best woo kalau mengimbau hal dulu-dulu.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Kenapa?
Belum lagi. Kenapa, sebab dia best... (iklan raya). Sebab aku suka blog aku.

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Blog Ayu kiut. Cerita yang comel-comel. Buat aku geli hati. Paling best, pasal makan-makan, pengalaman-pengalaman pelik, shoping, Aiman.. Kalau dia bercerita life siap ada lakonan semula lagi tu.. Kalau blog dia macam dia tengah berlakon depan aku time menulis. hahaha..

6. Senaraikan 7 orang yang anda akan tag.
dia, dia, dia, dia, dia, dia dan dia. hahaha

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tag oleh Elya (pasal aku dan dia.. cewah)


*Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 perkara berkenaan orang yang meng’tag’ dia*

Elya ni,


1. comel

2. selalu nampak muka dia happy go lucky je

3. senang je berurusan dengan dia. tak banyak songeh

4. dia slumber je dan menyenangkan

5. humble. kalau rasa salah, tengok muka dia pun terus rasa kesian

6. dia buat keje sungguh-sungguh dan berbahagia

7. dia suka bertanya. kalau fikir logik, patutnya rimas, tapi dia menyenangkan. do, tak kesah la

8. dia serasi dengan cyber 6. haha.. kenapakah?

9. dia suka edit gambar. (ye ke?)

10. aku hutang dengan dia sesuatu. "ain, ajar lah aku buat modul" (tapi aku dah bayar hutang tu secara online ye, life tidak. tak tau la klu dia nk tuntut gak)


*Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara pasal diri mereka*

alah.. ni yang lomah ni


1. comel. hahaha.

2. tak suka angkat2 ni, kakak angkat, abang angkat, adik angkat (kenapa tiba2 aku terpk benda ni?)

3. suka kicap manis cap kipas udang

4. ades.. aku tak tau nk tulis apa la hahaha.. haa.. dia lembap kalau bab2 jawab tag ni

5. emak dia biasa komen, "kalau bagi soalan kat dia ni kan, dia jawab dengan soalan lain pulak" contoh, ko nak pergi ke? dia jawab, kenapa tak nak pergi pulak? hahaha..

6. bapak dia selalu pesan, "ambil berat, jangan ambil runsing" haa.. selalu sangat kene pesan tu.

7. adik lelaki dia lak, selalu tanya, "pakwe sihat?" budak tak de modal. cet

8. adik pompuan dia adalah pakar jimat cermat yang paling dekat dengan dia dan dia kagumi

9. nenek dia punya tagline yang popular, "lain kali, gunakan akaaaaalll...!!!" sambil bersuara lantang.

10. ada beberapa orang kata, dia ni berfikiran positif. tapi dalam hati ni, hanya tuhan yang tahu. hehe

(kenapa nak sebut yang negatif dulu kalau ada yang positif juga?)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Hidup untuk Memberi - Laskar Pelangi


"hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"


Dua kali ayat tersebut diulang dalam filem, Laskar Pelangi. Satu filem Indonesia yang bahasanya tidak lah susah sangat untuk aku faham. (ke, bahasa Indonesia aku semakin baik? hehehe)
Ye la, sebab dalam filem ni, dia sebut 'tiga' sebagai "tige" haaa.. insyaAllah boleh faham.

Untuk membolehkan sekolah dasar (= sekolah rendah) itu beroperasi semula, perlu ada sekurang-kurangnya 10 orang pelajar. Di hari pertama, cuma ada 9 orang pada asalnya. Hampir-hampir akur dengan perintah, sekolah itu tidak akan beroperasi jika pelajar kurang dari 10, akhirnya datang juga seorang lagi pelajar selepas lama menunggu. fuh.. Pada masa yang sama, sekolah berdekatan yang berbangunan lengkap dan gah penuh dengan ibu bapa dan pelajar berpakaian seragam baru membuat perjumpaan. Pelajar sekolah yang 10 itu adalah dari golongan miskin tapi sangat cintakan ilmu. Seorang guru besar, seorang guru perempuan (Ibu Muslimah) dan seorang guru lelaki, mengajar bukan kerana wang, tapi kerana hati (ini skrip filem okay.. hehehe).

"Cita-cita saya bukan mau menjadi isteri saudagar, tapi mau jadi guru..."
satu dialog Ibu Muslimah ketika ditanya tentang lamaran saudagar kaya yang dia tolak.

"Mahar, kamu harus ingat, kita gak punya dana.."
kata guru besar kepada Mahar, yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua untuk persembahan seni, sempena festival dengan sekolah-sekolah lain.
"Jangan bimbang, serahkan pada Mahar dan alam..", jawab Mahar dengan yakin. Yakin untuk bertanding dengan sekolah-sekolah lain yang ada pakaian seragam, alat muzik, dan kelengkapan lain. Aku suka watak Mahar. Dia muka selenge dan best.. Paling aku suka, masa dia memujuk kawan dia yang jatuh cinta dengan anak cina penjual kapur tulis. hehe.. Mahar nyanyi lagu.. haa.. tengok lah sendiri.

Selain hal yang kelakar, hal yang bersemangat, ada juga hal yang syahdu dan sedu sedan. Antaranya, apabila.. hmm.. aku bukan jenis orang yang suka tahu jalan cerita dulu sebelum tengok, so, aku anggap orang lain pun sama la.. hahaha..

Aku rasa aku ada e-novel Laskar Pelangi. Cuma tak terbaca lagi.

Apa-apa pun, kata-kata "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya" adalah dari guru besar dalam filem ini. Yang sangat menusuk ke pangkal pankreas aku bila aku dalam rasa hampa kerana tidak dapat apa yang aku mahu dari orang-orang yang aku harapkan. Bila kita terlalu mengharap agar orang menolong kita, orang mendengar kita, orang bersama kita atau orang MENJAGA HATI kita, kita akan KECEWA jika kita tidak mendapatkannya. So, ain, ada hati lagi ke nak mengharap-mengharap ni? Dari fikir tentang tergurisnya hati sendiri disebabkan orang lain, baik kau fikir tentang menjaga hati orang lain ain oi... Semoga kau tak tergolong dalam golongan manusia yang asyik dengan kehidupan, kesenangan dan MASALAH diri sendiri sehingga BUTA untuk mensyukuri manusia di sekeliling kau, malah MENGGURIS pula hati orang lain. MASALAH DIRI SENDIRI BUKAN ALASAN UNTUK KAU BUTA HATI, AIN.

Yup, Allah is enough for us. Tapi berbuat baik dan menghargai manusia itu bukan kerana Allah jugak ke?

ops.. teremo pulak.. haa.. silakan..

Wednesday, June 24, 2009

Hadiah dari Tuan Punya Dunia (Part 2/2)

Dengan keadaan terkocoh-kocoh, kawan aku sempat ambil gambar skrin komputer riba beliau yang memaparkan plan perjalanan. eerr.. plan perjalanan ke.. ala, kira nak naik kereta api apa, platform apa, pukul berapa, tukar train di mana, jalan apa.. haa.. tetapi, kami tidak menyalin nombor bangunan untuk cari masjid tersebut.. hmm.. masjid kalau seketul macam masjid kat Malaysia tu tak pe la, senang kenal. Tapi seingat kami, masa di Amsterdam, ada masjid yang dalam bangunan bertingkat biasa je, macam rumah. Tapi dah ubahsuai la.. ayoyo, mana mau cari ni.

Kami terus kan berjalan.. ku mencari.. ku mencari.. hehe.. Akhirnya, kami dah sampai ke stesen akhir, memang tinggal cari bangunan je ni. Alhamdulillah, kami jumpa dua gadis bertudung. Belum tanya lagi nama tempat, mereka meneka,
"Posdermoskee? Yusuf Estes?" "yeah..!!"

Kami pun ikut je lah mereka, yang kedua-duanya boleh berbahasa Belanda yang lancar (aku dengan macam lancar je kan dalam masjid tu) Seorang tu memang orang Belanda, seorang lagi tu katanya Belanda, tapi ada darah campur kot.

Walaupun ada 'port' untuk perempuan sahaja bagi ceramah Yusuf Estes itu, kami memilih 'port' Klang.. eh, 'port' yang campur dengan lelaki. Duduk belakang lelaki lah kan. Sebab boleh tengok orangnya teruskan. Lagipun, aku ni ala-ala pekak kalau tak nampak muka orang. Pernahlah zaman nakal-nakal aku masa tingkatan dua dulu, seorang cikgu sandaran pendidikan seni, perempuan, aku 'sound',
"Cikgu, boleh tak cikgu jangan ke depan ke belakang, saya tak dapat tangkap la apa cikgu cakap kalau tak nampak muka cikgu" (aku duduk depan sekali)
aku yakin gaya, suara, muka aku, semua ala-ala biadap. Kesian cikgu tu. huhu.. hampun, hampun.. Tu zaman jahiliyah saya tu.

Alamak, panjang lak intro, bila nak masuk ke pengisian ceramah ni. Hehehe..

Duduk-duduk je kan, aku ada satu perasaan yang superb pelik. hmm. kalau dah pelik camne aku nak terangkan kan. Aku terangkan sebab ada perasaan tu je lah ye. Sebab, aku nampak ramai orang, dalam 100++ lelaki, dan 100++ perempuan (sebenarnya aku ni lemah dalam bab mengagak bilangan ni) . Macam-macam fesyen pakaian, terutama perempuan lah. Baju, tudung. Macam-macam warna (pakaian dan kulit). Tapi kebanyakannya seakidah. Mungkin inilah yang dirasakan kalau pegi Mekah. huhuhu.. Lelaki pulak, haaa.. biasalah kan, dah aku duduk depan untuk kalangan perempuan, mestilah terlebih usha lelaki kan. Rasa macam sejuk semacam je mata. Muka-muka 'mat saleh', ale-ale berjubah dan berjambang. huhuhu.. Yang memang muka orang timur tengah tu satu hal lah kan. Haisy, memang tenang dan terharu semacam lah.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat Quran oleh seorang.. hmm.. lelaki tu orang Belanda kot. Ntah. orang Belanda ni dah macam-macam warna dah. eh, bukan bacaan mengaji, hafazan. hhmm.. sejak duduk sendirian (kawan aku kan bilik lain), bukan senang nak dengar orang membaca ayat Quran 'life'. huhuhu.. Hal ni sama lah dengan selepas setahun di Poland, sebelum ke Malaysia, semasa transit di Dubai. Setahun tak dengar azan dari corong masjid yang terletak atas muka bumi 'life' (ada kot sekali kat masjid Poland. tak ingat pulak. huhuh..), bila dengar azan di Dubai tu, satu perasan yang.. hmm.. Dalam shopping mall pulak tu. Masjid yang besar, cantik, bersih, berbau segar dalam shopping mall orang-orang kaya. fuh.. Sama gak dengan perasaan di Mesir, azan bersahutan antara masjid. ala.. camne nak cerita ek perasaan tu. hmm..

when we miss (hilang) something, then we will realize that we miss (rindu) it. (betul ke susunan english aku tu? bantai..)

Akhirnya, Yusuf Estes pun sampai. Kami dok perhati je lah kan gelagat dia. Dia ke hulu ke hilir mengambil gambar dengan kamera digital kompaknya. Ntah, kami rasa dia macam comel je. Comel dari segi tingkah laku lah. Bayangkan lah dalam 50 an umurnya (aku pun tak reti nak agak umur, tapi jambang dia putih lah), dia dok ambil gambar beberapa penjuru dalam masjid. Pastu, dia pergi ke tingkap-tingkap, ambil gambar pemandangan luar pulak. Mestilah dia jadi subjek utama, orang dok perhatikan dia kan. Eh, memang comel la perangai tu. Tak rasa ke? =D

Sambil orang dok betulkan 'sound system', dia dah pegang mikrofon dah. Dia dok menge'test' lah. Macam-macam bunyi dia buat. Kelakar.. macam budak-budak... (dialog zizan kepada johan raja lawak semasa meniru gaya Aznil Haji Nawawi).

Eh, rupa-rupanya aku tak masuk ke isi ceramah lagi lah. hahaha..
okay lah, aku intro sikit. Yusuf Estes memulakan ceramahnya dengan bacaan-bacaan doa. Dan, dia bagi tau, topik kegemarannya ialah Islam.. dan yang kedua, perempuan (sambil buat muka kelakar). Dalam hati aku, lega, dia tak cakap bahasa Belanda.. hehe.. ye lah, sebab pengacara majlis cakap bahasa Belanda kan.

Manusia semua nak hak mereka. Haq ialah hak (milik / right) dan benar (true). Orang dok perjuangkan, Haq. We want right..! we want right...! Is there anybody says, we want limit..! we want limit!? hahaha.. Women's right is one of the important rights in Islam...

Lebih kurang begitulah pendahuluan ceramah Yusuf Estes. Okaylah, dari dua muka surat aku tulis nota tentang ceramah tu, aku baru tulis 2 baris daripadanya dalam 'post' ni. hehe.. InsyaAllah, aku habiskan isi ceramah dalam SATU post lain ye. (ain, ingat ain, SATU..)

* nama je tajuk post tu ada part 2/2 kan.. tapi tak habis.. hehe.. *

Wassalam..

Monday, June 22, 2009

Hadiah dari Tuan Punya Dunia (Part 1/2)

Suatu sabtu yang tenang, gadis comel riang berkuak lentang. Bukan dalam kolam renang, tapi atas tilam yang bercadar belang.

Merenung skrin komputer riba tanpa arah tujuan, emel yang masuk diperhatikan. Entah atas sebab apa, hati jadi kuat, tangan bergerak untuk membuka 'inbox'.

"Sila klik".
Mesej ringkas begitu saja dengan satu link. Gadis comel itu patuh pada mesej. Dan keluarlah satu website yang berbahasa Belanda. Aahh.. malas lah nak terjemahkan dengan bantuan 'translation online website'. Dia kembali membaca 'subjek' emel tadi, "nanti malam Yusuf Estes di Amsterdam" hmm.. Yusuf Estes? siapa Yusuf Estes?

Sekali lagi, entah atas sebab apa,hati jadi kuat, tangan bergerak menegur kawan selang beberapa bilik dengan soalan, "kau tau siapa Yusuf Estes?"

"Tu paderi kristian yang masuk Islam. Kenapa?"

"owh.. dia ada talk kat Amsterdam nanti. Kol 2 ni pun ada kat Rotterdam... hmm.. "

"nak pegi...!"

"haa.. Eh, belum kol 2. Aku nak mandi la.. !"

Sekali lagi, entah atas sebab apa, renangan gaya bebas dilupakan begitu saja, dan gadis comel itu terus memulakan hari sabtunya serta merta.

jap jap... pause pause..
aku memang tak suka lah menulis dengan menjadikan watak tulisan sebagai orang ketiga. Aku lagi selesa tulis, 'aku' atau 'saya'. Masa aku sekolah rendah pun, karangan yang aku paling suka untuk baca dan tulis ialah, "Aku sebatang pen", "Aku sebuah buku", "Aku sepasang kasut" dan lain-lain karangan autobiografi (betul ke ejaan ni?)

okay.. sambung..

Walaupun kami tidak dapat 'mengejar' ceramah Yusuf Estes di Masjid di Rotterdam bertajuk, "Islam and Terrorist", kami alhamdulillah direzekikan oleh tuan-punya-dunia (pinjam ayat Akhil Hayy) untuk berada di Podermoskee, Amsterdam dalam satu ceramah beliau bertajuk, "La ilaha illa Allah"

Pengisiannya, insyaAllah aku tulis senang-senang nanti ya. Aku nk buat renang gaya kupu-kupu di 'kolam renang' aku ni. (ke, kuak kupu-kupu?)

Bismikallah humma ahya wa amut..

Saturday, June 20, 2009

Kehilangan dan Penghargaan Satu Mug Oat

Kalau di UTM, aku ada pilihan. Pergi ke kafe kolej-kolej untuk bihun goreng, nasi goreng atau nasi lemak dan air teh o limau suam. Kalau rasa nak berlagak orang putih sikit, sarapan pagi Mc ******, dekat dengan pintu belakang UTM je. Kalau rasa nak tukar angin tengok macha, Sofiah ada, Ayub ada (kedai-kedai mamak). Kalau dah tak sempat, pukul 10-11 pun ada lagi kuih-kuih, soto, dan macam-macam di bangunan SUB (betul ke SUB ek?) Macam-macam ada...

Sekarang, kalau dah namanya bangun pagi dari katil di bilik sendiri, di bilik sendiri lah jawapannya untuk sarapan hebat pagi ceria. Pilihan yang ada ialah, rajin memasak atau malas.. ops, kurang rajin. Ada satu makanan cepat-di-masak-sedap-dimakan yang berkali-kali buat aku teringat tentang suatu pagi, di rumah teres Kampung Pulai.

Semasa umur belasan tahun ada satu zaman yang aku berjalan kaki terlalu sekejap untuk ke sekolah dari rumah yang cuma ada dua pintu (pintu depan, pintu belakang). Jenis keluarga yang sarapan pagi di rumah bihun goreng, nasi goreng, kadang-kadang, nasi berlauk adalah satu kelebihan yang boleh aku banggakan. Makanan segera bukan lah menjadi pilihan di kala tak sempat atau tak rajin, tetapi boleh menjadi makanan istimewa kerana jarang 'naik' atas rumah itu. Disebabkan title "makanan istimewa", makanan segera itu dianggap seperti membawa kebahagian, memandangkan harga juga tidaklah murah.

Pagi itu, dua adik-beradik terkocoh-kocoh bersiap untuk ke sekolah, "pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan" (moto sekolah adik Lala yang menjadi bahan tawa kami serumah satu ketika dulu). Tak sempat berfikir nak sarapan apa, (memang tak pernah fikir pun) sebab selama hidup menjadi anak, tahu tahu je, terus duduk di meja makan tunggu sarapan. Tapi pagi itu, aku tengok atas meja makan, cuma ada dua mug. Dalam hati, suspens, "sarap apa pagi ni.. aahh sekolah tu tak lari, bukan ada exam pun.. sarap sarap.."

Dengan muka tenang dan tersenyum, mama berdiri di sisi meja makan 'menyambut' dua anak perempuannya yang telah siap berkemas. Lalu membuka tutup mug.. tadaaaaa....!!

Mug itu penuh dengan oat. Oat yang sangat masak, mungkin akibat 100% air panas digunakan. Ya, memang air oat termasuk antara makanan/minuman segera yang istimewa di rumah itu (at least, pada aku) tapi bukan se'kembang' dan sebanyak itu... huhuhu.. takmu.. takmu..

Aku dah tak ingat apa respon aku masa tu, tapi aku boleh berfikir, mungkin mama tak biasa buat air oat yang biasa kami telan, iaitu sedikit je oatnya dan dibancuh dengan susu pekat manis serta campuran air mendidih dan air sejuk. Rasanya, mama bubuh banyak oat, dengan air panas dan gula. Tapi apa yang aku ingat, pagi itu agak hambar. Aku makan sedikit je oat tu. Aku rasa tak boleh nak telan. Dan, aku menjadikan alasan dah lambat ke sekolah untuk salam tangan mama dan men'tata' mama. Apa jadi dengan oat dalam mug tu?

Oat dah jadi bahan wajib ada di bilik aku sekarang. Untuk memastikan sarapan hebat pagi ceria, mengenyangkan dan memberi tenaga, oat yang aku buat adalah satu mug penuh, banyak oat, dan menggunakan air yang baru mendidih. Oat yang aku telan adalah yang sangat masak, kembang, lembut, dan berbau susu segar (letak susu sikit). Itulah sarapan yang pernah menghambarkan satu pagi dulu, dan mungkin lebih malang lagi bagi aku, yang pernah mengecilkan hati mama. Hati mama yang berusaha menggembirakan anak-anak dengan makanan yang disangkakan istimewa, tetapi hanya dijamah beberapa sudu dengan muka kelat (aku rasa kelat la).

ain minta maaf mama, ain sekarang suka oat kembang dalam mug tu mama.
(jangan-jangan dia tak ingat pun kan pasal pagi tu.. hehehe)

moral value of the story :

Jangan membazir makanan.
Jangan membazir apa-apa pun.
Bersyukur dengan apa yang kita ada.
Apa yang kita ada lebih banyak dari apa yang kita tak ada.
Jangan nak tunggu kata 'keramat' "kehilangan" baru nak rakamkan kata 'penyesalan' "penghargaan".

Jangan membazir kasih sayang. Jangan mensia-siakan kasih sayang.
Kasih sayang yang kita dapat lebih banyak dari kasih sayang yang kita beri.
Jangan nak tunggu kata keramat 'kehilangan' baru nak merakamkan kata penyesalan 'penghargaan'.

Jangan mengguriskan hati. Jangan menguris mana-mana hati.
Peluang mengguriskan hati lebih banyak dari peluang menjaga hati.
Jangan nak tunggu kata keramat 'kehilangan' baru nak merakamkan kata penyesalan 'penghargaan'.

mode : sentimental

Tuesday, June 16, 2009

i do not forget the days i fell sick

Di kala ada kerja-kerja yang tak berjaya disiapkan, atas kekentalan semangat, mahu bekerja sebanyak yang boleh dan mengabaikan perasaan hendak memasak dan makan dengan sempurna. Akibatnya, pertama kali dalam hidup, sosej dibeli petang jumaat itu. Itulah benda paling pantas untuk dimasak dan dimakan (mengikut fikiran singkat).

Dengan perasaan tidak mahu buat kerja dulu (kerja sekolah lah ni), hiburan di internet diutamakan berbanding upacara masak-memasak di dapur yang sekangkang kera itu. Maka, dijamunya perut kosong dengan sosej yang digoreng begitu saja dan dicecah sos kimball buatan Malaysia sambil menonton drama Melayu. Nampak gaya, macam banyak!

Selesai makan, difikirkan letih, maka kepala direbahkan atas bantal bersarung biru hijau. Bangun tidur sebelum maghrib itu, pening bukan kepalang. Dengan hanya dua langkah, telah sampai ke bilir air, dan memuntahkan semula sosej yang ditelan. Pening, badan panas, tekan pahit, semangat yang hilang bak kata Amuk. Padan muka aku.

Hari sabtu selesai begitu saja. Hari ahad pun tak jauh beza. Weekend itu burn begitu saja. okay, akan ku jadi lipas kudung mencapai target yang ditulis sendiri hari jumaat itu hari ini. Tetapi isnin yang tenang di bilik, bukan di fakulti.

Sayangnya, lipas kudung MC. Yang ada hanyalah seperti ular sawa kekenyangan, tak mahu bergerak. Tapi bukan dengan kepuasan menelan mangsa. Tidur. Masih pening, badan panas, tekak pahit, semangat yang hilang lagi. Padan muka aku sekali lagi.

InsyaAllah, lebih sepapan lah nampaknya paracetamol itu telah dan akan ditelan. Air madu, air barli, dah bergelas-gelas. Teringat kata-kata seorang rakan siber, " doakan dirinya sabar dan ikhlas menghadapi sakit, kerana jika dia sabar dan ikhlas, sakitnya itu menjadi pencuci dosa" huhuhu.. insap, insap..

Mudah-mudahan rehat yang agak over dari kerja-kerja tesis membantu diri menjadi efisyen di esok hari dan seterusnya. Semoga sihat walafiat dan dipermudahkan urusan, kerana aku berada di penghujung 'nyawa' semester ini. amin.. ya rabbal 'alamin..

Syahdu-syahdu macam ni ingat siapa lagi kan.. huhuhu..

i do not forget the days i fell sick.. mama, papa, ain takkan lupa semua.. hmmm.. (tak mau tulis)
lagu ni buat aku semangat nak balik Malaysia cepat!!

http://www.youtube.com/watch?v=mMmkRCCLALk


i will return, Oh mother
and kiss your blessed forehead
and supress all my complaints
and taste the scent of your blessings

enjoy the richness of your comfort
when i lie with my cheek on your feet
i water the soil with my happy tears
grateful that you are alive

how many nights did you stay up late,
so that i could sleep to my content?

and how many times did you remain thirsty,
so you could quench my thirst with your tenderness?

i do not forget the days i fell sick,
your tears that were like healing rain,
your eyes stayed awake all night,
feeling that i maybe in danger

and the day we parted at dawn,
oh, what a harsh dawn that was,
words cannot explain how i felt,
when i abandoned you

and you told me words which
i will remember all my life

"you will never find a heart
more tender towards you than mine"

o, want to my life, obedience to you
(is what) God has instructed me with
you influence is the secret of my success
my love for you is the proof of my faith

don't worry, my dear mother
from this day, i will never leave you
only death will part us

zzzzzzzzz........

Sunday, June 14, 2009

Apa Khabar Fakulti Sains?

Apa khabar Fakulti Sains aku ni ye? huhuhu..
Kenapa aku tanya? Sebab aku tak boleh buka website nya.. sedih-sedih. Bilik server kene pecah masuk ke? Ke ada kemalangan? IT manager sakit ke? Ke ada rusuhan? Ke, ada hackers? hehehe..

Bukan apa, aku nak buka dan update blog aku kat APSI tu, Advanced Photonics Science Institute (baru je lagi ni.. baik institut, baik blog). Dah semangat-semangat, ale-ale, tak boleh buka. Rupa-rupanya, website APSI pun tak boleh buka. Rupa-rupanya lagi, website Fakulti Sains pun tak boleh buka.. Ke, aku je yang tak boleh buka? Orang kat Malaysia boleh buka tak?
Website UTM boleh pulak ni.. haih..

Sedih aku mengenangkan, andainya blog aku tu musnah untuk selama-lamanya. Huhuhu.. banyak masa aku spend untuk blog yang tak seberapa tu. Tinggi harapan dan cita-cita anak muda mentah ni. huhu.. sadis, sadis.. Adakah untuk mengelak kejadian sebegitu rupa, selepas ini, setiap tulisan di blog harus aku simpan juga dalam memori lain..? kuang kuang kuang..

Adohai, jangan-jangan under construction biasa je kan.. Ada je lagi blog tu agaknya.. Tu pun nak kecoh.. huhuhu.. Agaknya, tuan IT manager tu mesti lagi serabut kan.. Semoga dipermudahkan, untuk tujuan manfaat bagi semua pihak..

Haaa.. ni intro je, untuk aku bagitahu, bahawa, blog aku kat APSI tu tak boleh bukak buat masa sekarang.. hehehe..

Akhir kalam,
Semoga Fakulti Sains baik-baik dan sihat walafiat.. Terutama APSI.. dan seterusnya, blog aku.. ngeh ngeh ngeh..

Friday, June 12, 2009

Nickname vs Real Name

Apabila seseeorang yang hatinya bercampur-baur antara perasaan serabut dan berbunga-bunga, mindanya yang tak teratur dengan saksama membuatkan satu kerja pun tak menjadi. Apabila sampai ke tahap tersebut, seseorang itu dengan tanpa rasa bersalah atau gusar, membuat keputusan,

"nak tulis kat blog lah.."

Aku baru balik dari bilik setiausaha Optics Research Group aku ni ha.. cewah.. 'group aku' di situ. Untuk urusan peng'claim'an kos hotel dan pengangkutan trip ke St Gallen, Switzerland hujung Mei lepas. (peng'claim'an bahasa Melayu dia apa ha? ayoyo.. marah kakak Dewan Bahasa Pustaka kat aku ni kang.. )

Owh.. ha ah.. aku pergi Switzerland haritu.. nanti-nanti lah aku cerita. Kalau nak intro sikit, pergi kat blog APSI aku sebelah kanan tu ha..

Okay, balik pada cerita setiausaha tadi, dalam kertas yang aku perlu tanda tangan itu, aku perlu jelaskan tentang sesuatu yang penting! Maklumlah, soal lebih kurang 200 euro, mana boleh buat main-main kan.. Aku nampak nama aku ditulis sebagai,

Surname : Ayen Husein
Initial : N.A.

(aku agak-agak je 'surname' dan 'initial' tu, sebab sah-sah borang tu dalam bahasa Belanda kan) Diruang tanda tangan, ditulis sebagai,

Ayen Husein, N. A.

haaa.. hamik aku..
ampunkan saya kakak setiausaha.. saya telah mengelirukan kakak dengan nama saya yang berbunyi 'Ayen' itu.. itu hanyalah nickname saya di alam siber.. ades..

Sebenarnya nama tu biasa digunakan dalam mailing list, atau sebarang pemberitahuan group. hahaha.. Aku pernah je bagi tahu, nama aku bukan yang itu. Tapi nak buat macam mana, dah aku guna email yahoo aku yang ber-nickname itu kan. Maka, kebenaran tetap tersembunyi walau pun cuba ditonjolkan dek nickname yang terpampang jelas pada alamat emel. Bukan tak nak tukar emel, tapi, malas lah. hahaha.. Ada je emel-emel rasmi, emel sebagai pelajar TUDelft, dan warga APSI. Malah boleh je nak buat emel yahoo atau gmail dengan real name kan.. Tapi aku tetap cheeeentaaa kan emel zaman anak-anak aku ni.

Takpe lah kak, nombor akaun ada, nombor pelajar ada, moga-moga duit tu masuk (walhal aku masih was-was lagi).

Yang penting, aku suka real name aku sebab itu nama yang diilhamkan kepada mama dan papa untuk beri pada aku. Nama yang comel lagi berhikmah. ahakz.. tapi, aku suka juga nickname aku sebab nama itu mempunyai banyak juga sentimental value yang saaaannggaaaaat best.

Pengajaran : Sila gunakan emel dengan REAL NAME untuk sebarang tujuan formal

Sekian, mari bekerja.. (membaca paper "Precision metrology using correlation patterns after pulse propagation in dispersive media")

Wednesday, June 10, 2009

"Rehlah Kubra" Si Jalak Lenteng di Bumi Mesir

Hakikatnya, Si Jalak Lenteng ni bukanlah keluarga terdekat aku yang boleh aku hubungi untuk hal-hal kecemasan, tetapi hanyalah seorang yang bajet pemalu masa kami sama-sama mengikuti Kursus Biro Tata Negara (BTN) 2007 lalu sebelum ke luar Malaysia. Selepas masing-masing berada di bumi Poland dan Jerman, hanya berhubung melalui kemudahan internet yang sangaaaaattttt lah jarang. Dan, kalau berhubung pun, perbualan kami bukan lah seperti kawan lama, malah bukan juga seperti pelajar, tetapi tak ubah seperti traveller sepenuh masa!

Jangan banding dengan aku lah, Si Jalak Lenteng ni lagi banyak berjalan.. Maka gambar-gambar dan cerita dia amatlah menarik untuk dilihat dan didengar/dibaca. Gaya penulisan dia yang aku suka, tak memeningkan, malah ada ummpphhh menjadikan aku rasa tak malu untuk bagitau orang, Si Jalak Lenteng ni kawan aku.. (nasib lah kalau dia tak mengaku kawan)

Apa yang aku nak kongsi di post aku kali ini ialah, akhirnya impian Si Jalak Lenteng untuk berada di bumi Mesir tercapai. Tahniah, dan aku tumpang gembira. Keterujaan aku pada bumi Mesir tak padam-padam walaupun aku telah berada di sana selama 7 hari cuti musim sejuk yang lalu. Aku rasa tambah teruja lagi rindu (perrrhh.. ayat novel tak boleh belah..) apabila Si Jalak bercerita dalam YM dan apabila aku membaca blog Si Jalak. Sebenarnya teruja, rindu dan syahdu tu dari saat aku berborak-borak dengan si Jalak sebelum dia pergi lagi.. Blog si Jalak ada bersiri-siri.. 10 siri.. dengan cerita, gambar, dan video, memang tak menyesal aku baca. Maka, layan...

Blog Si Jalak Lenteng, Rehlah Kubra --- Silalah klik untuk baca---
(10 siri itu berturut-turut, boleh baca post-post beliau berikutnya untuk sambungan)

Baca pengalaman Si Jalak, selain tumpang puas hati, teringat juga kisah-kisah aku dan kengkawan semasa ke sana.. sob sob sob.. Kisah di Mesir.. *blink2*.. tak de ayat lain dah aku nak cakap, melainkan, Allah sayang kita...

Allahuakbar.. subhanAllah.. alhamdulillah..

Wednesday, June 3, 2009

Mengisytiharkan Salah Orang Lain itu Racun

Aku tau aku patut tidur sekarang. Dah nak dekat pukul 4 pagi. Esok, eh, karang, aku kena ke fakulti, macam semalam.. pagi, sampai petang..

Semalam, aku terasa semangat bekerja yang luar biasa.. Semacam satu ketukan kat kepala yang berbunyi, "Ain, buat kerja...!"
Balik rumah, aku teruskan juga, "Ain, jangan terus melepek, nanti kau tak jadi kerja..!" Tapi bukan kerja untuk projek aku lah.. Kerja rumah.. Ala-ala suri rumah tangga gitu..
"okay, selesai, hadiah untuk diri sendiri, mari menonton drama bersiri Jepun..!"
Baru episod 2, aku 'syahid'..
Ternyata, ketukan semangat mampu kuatkan hati, tapi fizikal masih tetap patuh pada hukum alam.

Berbalik kepada ayat pertama, "aku tau aku patut tidur sekarang". Tapi aku terasa nak menaip, hadiah untuk jari-jari aku yang menaip banyak semalam kat fakulti (baru buat kerja satu hari dah kecoh kan..)

Kawan semasa gembira memang ramai, kawan semasa menangis lagi 'ramai'. Tidak jauh dari betul ayat tu. Aku baca dari status YM seseorang. Macam cerita Jepun yang aku tengok ni ha tadi (Lala, aku baru sampai episod 5). Lelaki yang tak kacak yang suka heroin pada awalnya tu menjauhkan diri bila tau heroin tu sakit. Dalam kata lain, kurang upaya. Mungkinkah ramai yang 'tinggalkan' seseorang kerana seseorang itu 'sakit' dan 'kurang upaya'?

Tiba-tiba teringat satu kisah. Kisah yang membuat aku rasa nak berpesan kepada satu dunia. Kalaulah hendak 'tinggalkan' seseorang, tinggalkanlah dengan kejujuran. Walaupun kadang-kadang berkata benar itu sakit, tapi sebenarnya lebih sakit kalau 'ditinggalkan' dengan nama yang palsu, dan plastik.

Tapi, sepatutnya aku tak fikir apa yang patut aku pesan pada orang, apa yang patut orang lain buat, apa yang patut orang lain fikir. Sebab aku tak mampu buat apa selain berpesan, dan aku akan kecewa kalau orang tak ikut pesan. Sepatutnya, aku fikir apa yang aku patut fikir, apa yang aku patut buat, dan apa yang aku patut pesan kepada diri sendiri. Sebab aku mampu fikir dan buat. Itu dalam kawalan aku. Kalaulah setiap saat selama hidup aku ingat hal ni, tentu hidup ini takkan ada sejarah yang bertajuk, "Dia Pesalah" atau "Mereka Bersalah". Mengisytitharkan 'salah' orang lain di dalam minda dan hati sendiri adalah satu racun, bukan ubat. Kalau tak racun serta merta macam gas pemedih mata, mungkin jadi racun pembunuh perlahan yang rasa macam best, macam rokok.

Lebih tenang kalau berfikir, apa yang kita dapat adalah apa yang kita beri. Bak kata orang kesayangan aku, dalam loghat Melaka, "what you give, you get back". Mungkin bukan dapat dari orang yang pernah kita sakiti, mungkin dari makhluk Allah yang lain. Tapi semua itu tetap aturan Allah, sebab tak ada satu pun yang terlepas dari 'kendalian' Allah. Termasuk rasa sakit, rasa sedih, rasa kesal, rasa sendiri...

Satu helai kertas putih kalau ada sedikit kotor, biasanya orang akan sebut apa yang dilihat "eh, ada kotor". Jarang sangat orang sebut, "kertas tu banyak putihnya.. banyak lagi la bersihnya..". Orang memang nampak yang cacat dulu, yang buruk dulu. Orang peka dengan yang sakit dulu, yang sedih dulu. Orang ingat dengan yang hilang dulu, yang ditinggalkan dulu. Orang selalu lupa yang sempurna pada diri, yang cantik pada diri. Orang selalu tak perasan bila sihat, atau gembira. Orang selalu tak sedar bila dapat sesuatu, atau didatangi seseorang yang disenangi. Orang itu, mungkin aku.

Berfikir, bahawa aku dapat banyak yang aku nak, terdetik rasa, aku cukup tamak untuk nak macam-macam lagi. Cuba kuatkan hati untuk tabah dan redha, tapi cukup takut membayangkan aku hilang apa yang aku ada. Cuba belajar menjadikan diri sedia untuk kehilangan, tapi masih ragu-ragu sama ada sedia atau tak. Cuba belajar mempercayai, aku tidak ditinggalkan, tapi masih ada rasa dibiar. Sampai sudah masa, aku boleh percaya, bahawa tidak mustahil tiada orang lain yang boleh aku harapkan lagi. Selain jujur itu tak boleh aku pastikan, ada juga yang tidak boleh diharapkan kerana terasa aku sudah terlalu tamak. Tamakkan kasih sayang dan perhatian. Yang sebenarnya aku boleh harapkan tanpa sebarang ragu atau kasihan daripada Ar Rahman dan Ar Rahim.

Bak kata seorang kawan, pendengar setia, biar orang tak jaga hati kita, asalkan kita tahu kita berusaha jaga hati orang. Mungkin itu balasan atau peringatan untuk kita yang pernah/selalu sakitkan orang. Dengan beringat macam tu, aku rasa lebih tenang. Macam kartun dalam kungfu panda, sifu dia kata, "inner peace... inner peace.." hehehehe..

Dah dah.. jom tidur..

Monday, June 1, 2009

aku alumni ESQ 165 =)

assalammualaikum warahmatullah...

21 dan 22 Mei yang lepas, di Delft, The Netherlands, aku dan Mai menyertai ESQ 165 training, ESQ eropa angkatan 7 (itu cara mereka menamakan batch/generasi).
Trainers adalah pak Fahrul Jamal dan Kang Asep.. (training dalam bahasa Indonesia.. mantap kan aku? hehehe.. walaupun banyak lawak yang orang ketawa, aku blur.. hohoho)

komen aku tentang training ni.. superb..! itu tentang training.. tapi kalau tentang apa yang aku dapat.. *speechless*

kepada yang tidak tahu training ini apa, boleh tengok di website ESQ Malaysia(sila klik). Ni kat Malaysia lah..

antara klien dari Malaysia, klik sini

sebarang pertanyaan lanjut, boleh di komen atau email terus kepada aku =)
(tiada sebarang urusan bisnes di sini, harap maklum)


peace!