Kalau di UTM, aku ada pilihan. Pergi ke kafe kolej-kolej untuk bihun goreng, nasi goreng atau nasi lemak dan air teh o limau suam. Kalau rasa nak berlagak orang putih sikit, sarapan pagi Mc ******, dekat dengan pintu belakang UTM je. Kalau rasa nak tukar angin tengok macha, Sofiah ada, Ayub ada (kedai-kedai mamak). Kalau dah tak sempat, pukul 10-11 pun ada lagi kuih-kuih, soto, dan macam-macam di bangunan SUB (betul ke SUB ek?) Macam-macam ada...
Sekarang, kalau dah namanya bangun pagi dari katil di bilik sendiri, di bilik sendiri lah jawapannya untuk sarapan hebat pagi ceria. Pilihan yang ada ialah, rajin memasak atau malas.. ops, kurang rajin. Ada satu makanan cepat-di-masak-sedap-dimakan yang berkali-kali buat aku teringat tentang suatu pagi, di rumah teres Kampung Pulai.
Semasa umur belasan tahun ada satu zaman yang aku berjalan kaki terlalu sekejap untuk ke sekolah dari rumah yang cuma ada dua pintu (pintu depan, pintu belakang). Jenis keluarga yang sarapan pagi di rumah bihun goreng, nasi goreng, kadang-kadang, nasi berlauk adalah satu kelebihan yang boleh aku banggakan. Makanan segera bukan lah menjadi pilihan di kala tak sempat atau tak rajin, tetapi boleh menjadi makanan istimewa kerana jarang 'naik' atas rumah itu. Disebabkan title "makanan istimewa", makanan segera itu dianggap seperti membawa kebahagian, memandangkan harga juga tidaklah murah.
Pagi itu, dua adik-beradik terkocoh-kocoh bersiap untuk ke sekolah, "pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan" (moto sekolah adik Lala yang menjadi bahan tawa kami serumah satu ketika dulu). Tak sempat berfikir nak sarapan apa, (memang tak pernah fikir pun) sebab selama hidup menjadi anak, tahu tahu je, terus duduk di meja makan tunggu sarapan. Tapi pagi itu, aku tengok atas meja makan, cuma ada dua mug. Dalam hati, suspens, "sarap apa pagi ni.. aahh sekolah tu tak lari, bukan ada exam pun.. sarap sarap.."
Dengan muka tenang dan tersenyum, mama berdiri di sisi meja makan 'menyambut' dua anak perempuannya yang telah siap berkemas. Lalu membuka tutup mug.. tadaaaaa....!!
Mug itu penuh dengan oat. Oat yang sangat masak, mungkin akibat 100% air panas digunakan. Ya, memang air oat termasuk antara makanan/minuman segera yang istimewa di rumah itu (at least, pada aku) tapi bukan se'kembang' dan sebanyak itu... huhuhu.. takmu.. takmu..
Aku dah tak ingat apa respon aku masa tu, tapi aku boleh berfikir, mungkin mama tak biasa buat air oat yang biasa kami telan, iaitu sedikit je oatnya dan dibancuh dengan susu pekat manis serta campuran air mendidih dan air sejuk. Rasanya, mama bubuh banyak oat, dengan air panas dan gula. Tapi apa yang aku ingat, pagi itu agak hambar. Aku makan sedikit je oat tu. Aku rasa tak boleh nak telan. Dan, aku menjadikan alasan dah lambat ke sekolah untuk salam tangan mama dan men'tata' mama. Apa jadi dengan oat dalam mug tu?
Oat dah jadi bahan wajib ada di bilik aku sekarang. Untuk memastikan sarapan hebat pagi ceria, mengenyangkan dan memberi tenaga, oat yang aku buat adalah satu mug penuh, banyak oat, dan menggunakan air yang baru mendidih. Oat yang aku telan adalah yang sangat masak, kembang, lembut, dan berbau susu segar (letak susu sikit). Itulah sarapan yang pernah menghambarkan satu pagi dulu, dan mungkin lebih malang lagi bagi aku, yang pernah mengecilkan hati mama. Hati mama yang berusaha menggembirakan anak-anak dengan makanan yang disangkakan istimewa, tetapi hanya dijamah beberapa sudu dengan muka kelat (aku rasa kelat la).
ain minta maaf mama, ain sekarang suka oat kembang dalam mug tu mama.
(jangan-jangan dia tak ingat pun kan pasal pagi tu.. hehehe)
moral value of the story :
Jangan membazir makanan.
Jangan membazir apa-apa pun.
Bersyukur dengan apa yang kita ada.
Apa yang kita ada lebih banyak dari apa yang kita tak ada.
Jangan nak tunggu kata 'keramat' "kehilangan" baru nak rakamkan kata 'penyesalan' "penghargaan".
Jangan membazir kasih sayang. Jangan mensia-siakan kasih sayang.
Kasih sayang yang kita dapat lebih banyak dari kasih sayang yang kita beri.
Jangan nak tunggu kata keramat 'kehilangan' baru nak merakamkan kata penyesalan 'penghargaan'.
Jangan mengguriskan hati. Jangan menguris mana-mana hati.
Peluang mengguriskan hati lebih banyak dari peluang menjaga hati.
Jangan nak tunggu kata keramat 'kehilangan' baru nak merakamkan kata penyesalan 'penghargaan'.
mode : sentimental
1 comment:
bagus... beringat selagi masih ada kesempatan.. ^_^
Post a Comment