Monday, May 31, 2010

Perfectionist-kah Aku?

"Orang yang perfectionist tu macam mana?"
"hmm.. aku rasa, orang tu salah sikit pun tak boleh. Padahal tanpa hal yang sikit tu pun, tak de la masalah besar sangat pun.. Benda jadi juga.."
"owh.."
"apsal?"
"ada orang kata aku ni perfectionist. aku rasa aku tak.. tapi bila yang ni bukan 1st time, tu yang aku nak tau betul-betul, kenapa diorang kata aku perfectionist"

Mana ada orang gila mengaku dia gila. Hahaha.. Tapi, perfectionistkah aku?

Bersambung...

Sunday, May 30, 2010

Wanita yang Bahagia

Pernah dengar Monday sickness? Bukan morning sickness macam orang mengandung di awal kehamilan ('morning' merujuk kepada AWAL kehamilan, bukan merujuk kepada waktu pagi. aku bagitahu ni sebab ada artis kat TV kata, "I tak da morning sickness, ada evening sickness.. sebab waktu pagi I ok.." huhuh) Okay, balik pada Monday sickness. 'Sakit' ini melanda manusia yang terlalu tenang atau bahagia di hari Ahad mereka sehingga terlafaz di bibir atau terdetik di hati, "kan best kalau esok bukan Isnin" (aku rasa lah..)

Aku akui, Monday sickness itu wujud di kebanyakan Ahad aku. Tapi pada satu Isnin, selepas masuk Isya', aku merasakan Isnin itu boleh 'diolah' menjadi Isnin yang bahagia.

Isnin itu, aku manjakan diri dengan losyen baru (perlulah kan beritahu baru di situ) Johnson's bodycare, berbotol ungu yang tertulis Melt Away Stress Daily Calming Lotion (aku tak dibayar, saja kecoh) Dengan haruman lavender dan moonflower, suasana tenang di bilik yang dihiasi dengan bunyi malam serta bunyi kipas, aku membaca buku Jangan Bersedih : Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, karangan Dr. 'Aidh Ab 'Abdullah Al-Qarni.

YA, AKU NAK JADI WANITA PALING BAHAGIA

Aku menulis selepas membaca beberapa muka surat yang ringkas tapi menenangkan. Malah aku berazam agar tulisan aku ini ditaip dan dipaparkan di blog ceria aku, bukan draft yang aku buat sewaktu di perpustakaan pagi itu (aku buat draft di atas kertas, klasik gitu). Pagi itu, aku tulis sesuatu yang menimbulkan rasa hangin dan dengki. Kalau soft sikit jiwanya, boleh jadi ada rasa kecewa dan teraniaya. Padahal ada banyak lagi kegembiraan, kejayaan dan kebaikan yang aku ada. Perkara-perkara membahagiakan itulah yang LEBIH LAYAK untuk dinobatkan sebagai perkongsian. Aku tulis pun dalam keadaan nangka busuk. Eh, silap. Kerang busuk, tersengih.

"... Hidup ini harus sepenuhnya melayani keinginan anda... Hal ini tidak akan tercapai melainkan hanya di syurga. Sedangkan di dunia ini bersifat tidak mutlak. Segala yang anda inginkan tidak mungkin semuanya tercapai. Anda harus menyedari bahawa di sana pasti ada bencana, sakit, musibah dan ujian yang datang menimpa.." Petikan mukasurat 79.

Ain, ini dunia, bukannya syurga! Segala kesempurnaan itu tidak akan tercapai SELAMANYA di dunia.

Bila ditujukan pandangan hanya pada sisi-sisi yang positif pada seseorang, itu lebih membahagiakan. Mencuba untuk membahagiakan diri, aku menyelak lembaran hari Isnin aku. Hari Isnin itu, aku pakai baju dan tudung baru, hadiah dari sebuah keluarga. Baju kurung Pahang itu pula ditempah bersama-sama kawan yang dah rapat, dalam perjalanan yang menggembirakan. Emel kawan-kawan pagi itu menyenangkan hati. Kekeliruan aku dijawab dengan tenang oleh manusia yang dipercayai di pejabat masjid yang damai. Nasihat pasal hal sambung belajar diterima percuma selepas kenyang makan tengah hari. Ditambah pula dengan nasihat, "jangan takut mulakan research". Jawapan Papa pula yang melegakan melalui telefon, pasal kereta. Layanan baik kakak Elianto pun menceriakan petang aku. Huh.. Kalau inilah hari Isnin itu, malu pada Ahad untuk menyebut perkataan Monday sickness. huhuhu..

Ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati ini selepas Engkau beri kesedaran, betapa aku wanita yang bahagia.

Thursday, May 20, 2010

Yang penting, NAK! - Tip-tip Cemerlang daripada Quran

Selamat .... (sila isi tempat kosong)

Pernah aku berbual-bual tentang buku karangan seorang penulis, yang bernama Dr. Danial Zainal Abidin. Dalam majalah Mutiara Minda (MPH mari, yang aku beli dengan duit RM 3 padahal boleh dapat free kalau guna kad ahli MPH Zafran.. miahahaha.. ), beliau adalah penerima royalti tertinggi daripada hasil penulisan dalam kumpulan PTS Publication untuk 2009. Logiklah. Sebab daripada 10 nama yang ada dalam senarai tu, buku beliau sahaja yang ada di dalam bilik aku. Lagi 9, tiada (sekarang). Hahaha.. Bajet aku penyumbang besar terhadap royalti tersebut lah kan.

Okay, bual-bual yang aku maksudkan ialah, betapa susahnya nak faham ayat beliau. Kena ada kesediaan mental dan pemikiran, serta tenaga yang cukup untuk menghadam penulisannya. Tak boleh nak baca sebagai aktiviti santai tenangkan pemikiran selepas balik kerja. Pernah aku cuba dan aku setuju. Baca baca, tak masuk dalam qalbu. Tapi itu bukan masalah penulis, cuma tak tercapai dek akalku. Lemah pemikiran ghupe-nye...

TETAPI...!

Malam tadi berbeza. Sementara tunggu Malaysian Top Host 2010 bersiaran di TV3, untuk mengelak daripada tertidur (aku memang boleh tertidur lepas maghrib kalau duduk kat rumah kan), aku cuba selak buku beliau yang bertajuk Tip-tip Cemerlang daripada Quran. Buku ni aku beli di sebuah kedai makan (selepas makan roti canai di situ) di.. eerr.. nak kira taman Pulai apa ek.. dekat-dekat taman perumahan rumah sewa aku lah. Aku selak punya selak, berjaya 3 bab aku tempuh. Ke, 4..?

Apa yang aku dapat perhatikan daripada set eksperimen malam tadi ialah, aku boleh membaca, meneruskan membaca, menerima dan menelan, (tak semua pun, lebih daripada 70% rasanya) bab-bab yang aku tempuh tu. Abaikan lah perkataan-perkataan yang aku kurang faham sebab baca buku lain pun bukan aku faham semua patah kata kan. Tapi untuk buku Dr Zainal yang satu ini (yang pernah aku label sebagai susah difahami), bila aku faham, macam satu kejayaan pula rasanya. Yeah..!


Formulanya mudah. Tak faham, tutup buku tu. Tapi jangan terus tutup. Agak-agak dah bosan dengan buku lain, buka semula buku yang pernah ditutup tu. Atau pun, agak-agak hampir berhabuk, cuba baca semula. Simple macam pimple kan?

Formula lain yang dapat diselesaikan ('diselesaikan' digunakan di sini sebab ada masalah matematik yang akhirnya memberi jawapan, cannot be solved) ialah, buat satu perkara mestilah pada masa dan tempat yang tepat!
Kenapa malam tadi, di atas tilam tidak empuk dan bantal berwarna tidak ceria adalah masa dan keadaan yang tepat untuk aku?

Aku rasa.. aku rasalah kan. Sebab aku memang tengah mencari, "apa yang aku perlu buat 10 tahun lagi, 10 bulan lagi, 10 hari lagi, 10 jam lagi atau 10 minit lagi supaya aku rasa aku sukses?" (sekadar ringkasan. sah-sah lah monolog dalaman tidak seringkas itu) Maka, memang tepatlah masa dan keadaannya aku baca buku tu kan? Tak kiralah macam mana pun 1st impression aku terhadap penulis dan buku itu kan? Apa-apa pun, yang penting, nak. Nak seribu daya. Tak nak seribu alasan. Atau dalam penulisan orang yang aku pernah baca, yang penting, niat!

Ustaz Hasrizal ada tulis baru-baru ni, di blog beliau, pasal doa-minta-jauh-daripada-zina. Aku pendekkan, kalau nak minta diri jauh daripada zina, doa minta dijauhkan daripada zina TETAPI hati tu mesti terlebih dahulu NAK jauh daripada zina. Kalau doa je, tapi hati tak sungguh-sungguh menolak, mengabiskan bongas jo doa tu... Faham? Tak faham, klik dan baca tulisan Ustaz Hasrizal ni ha (yang keluar kat Malaysia Hari Ini pagi tadi, 1st time aku dengar dia bercakap.. hohoho..)

Yang penting, NAK!

Okay, aku kongsi siiikkkiiiiiiiit Tip-tip Cemerlang daripada Quran, tulisan Dr Danial yang dihiasi dengan bermacam quote daripada manusia dan daripada Allah (Quran).

Alah.. baca sendiri lah kalau nak tau. Aku ulas karang jadi lain pula. Paling detail yang aku boleh kongsi, ada ditulis, "pastikan setiap hari, ada ilmu baru yang kita dapat"

Yang penting, untuk jadi cemerlang, kita mesti melepasi satu piawai. Maksud? Contoh, pelajar cemerlang dilabel kepada pelajar yang dapat A dalam semua matapelajaran. Kan ada piawai tu. Maka, menjadi manusia cemerlang, apakah piawainya? Siapa yang menetapkan piawainya? Mana nak tahu dan faham piawainya? Pencipta manusia lah yang menetapkan piawai kecemerlangan, dan panduan piawai kecemerlangan itu ada pada utusan-Nya (Nabi Muhammad saw) dan kitab al-Quran.

Wallahu'alam.

Promosi Kraf Malaysia di N 9 (5-8 Mei)

Tak mahu teruskan operasi baca, belajar, bincang dan baca lagi, bincang lagi dan baca lagi.. bincang bincang bincang tentang optical fiber, fiber laser, terahertz and so on.. Macam biasa, blogging first. hahaha..

5 hingga 8 Mei lepas, ada Promosi Kraf Malaysia di Seremban, Negeri Sembilan. Ini peringkat negeri. Peringkat kebangsaan dah berlangsung di Kompleks Kraf di KL. Aku sempatlah menjengah hari Jumaat dan Sabtu, 7 & 8 Mei kerana aku ada urusan di KL dan Cyberjaya. Aku merajinkan diri untuk menunjukkan beberapa gambar. Layan... (straight to the point kan.. borink..)

Antara port paling panas.. dan pastinya berasap. Demonstrasi pembuatan lemang bersama rendang Minang. Perrggh.. lomang sodap, lombut... ghondang pun sodap, jilat jari haaa.. hahaha.. failed cakap Negeri Sembilan.

Lautan manusia khusyuk menganyam bakul rotan. Ini adalah antara port yang tak kurang-kurang orang. Sentiasa ada orang je sepanjang aku menjengah.

"haih, kenapa lah aku terjebak dalam kerja menganyam rotan ni.. borink.. " kata adik itu dalam hati, agaknya..

Inilah hasil lautan-manusia-anyam-bakul-rotan tadi. Berjalan-jalan di tapak niaga bersama bakul buatan sendiri. Caya lah.. Aku pun tak pernah buat lagi. Rama-rama daripada rotan pernah lah.

Ada banyak lagi jualan barang-barang kraftangan. Tak teruploadlah aku semua gambar kan. Sikit-sikit sudah.

Ada abang Zorro kita yang tengah melukis potret.

Juga, tokey Paling Atas Enterprise sendiri yang melayan pembeli songkok. Anak pakcik ni tahfiz kalau aku tak salah dengar. Haaa.. memang elok sangat lah tu. Segak dan suci. Takkan belajar bagus-bagus, nak letak atas kepala songkok yang diperbuat daripada surat khabar lama kan? Ya, surat khabar lama. Ada berani, check lah songkok korang, daripada surat khabar lama ke tak. Peace! Belakang tu, nampak orang jual labu sayung. Comel-comel. Ada yang dipasangkan lampu siap. Vouge de vast...

Antara punca bunyi bising di booth songkok. Digunakan untuk membuat lubang di bahagian atas songkok. Ala-ala pengudaraan kepala gitu.

Haa.. macam ni ha main congkak..

Alolo.. pandainya buat peace.. akak suka dik.. akak memang suka! Dah la beberapa kali suruh aku 'timbang' batu seremban tu ha... Terpaksa lah aku asah semula skil batu seremban aku kan.

Di kawasan anyaman mengkuang. Antara satu hasil anyaman yang menarik perhatian aku ialah ;

Ini dia, bakul mengkuang yang ada kain batik di tepinya. Nampak? Aku dah temuramah makcik anyam mengkuang tersebut. Kain batik itu harus dijahit bersama mengkuang yang dah dianyam terlebih dahulu sebelum dipotong dan dijahit menjadi bakul pula. Faham? Aku dah faham, maka aku kagum.

Okay, acara paling happening, persembahan tarian.

DJ majlis kata, tarian.. err.. tak ingat.. tapi ada piring dan lilin atas kedua tapak tangan penari. Ada banyak lagi tarian lain, tapi angle aku ambil gambar tak menariklah. Lagipun, panas. hehehe alasan..

Semua orang rebut-rebut nak amik gambar. Biar lah aku ambil gambar orang yang ambil gambar. Hehehe.. ini tarian Sabah atau Sarawak. Lelaki itu sedang berusaha menjadi gagah, garang dan menakutkan sebelum menyumpit 2 belon dengan jayanya.

Penari turun padang. Eh, penari turun pentas bersama para pelancong. Tarian joget.. hentam..

Jangan cerita P Ramlee je ada tarian yang akhirnya berbentuk bulatan. Kat sini pun ada tau. Sambil tarian 'lambak' ada di tengah-tengah oleh pasangan penari dan pelancong. Happening yang terkawal.

Pertandingan tarian berkain batik buat para pelancong. Masing-masing tengah confuse, macam mana nak pakai kain batik ni ha..

Selain promosi kraf secara outdoor, pengunjung boleh ke Kompleks Kraftangan yang dekat sekangkang kera dari segala macam khemah tu. Ini juga bertujuan untuk aku mensejukkan diri yang kepanasan di tapak promosi. Sebab ada air-cond hehehe..

Permandangan keseluruhan di dalam kompleks kraftangan. Kat Jalan Conlay di KL lagi besarlah.

Adakah ini bunga angsana? Yang membiak melalui angin? Macam dalam buku Sains darjah 4 atau 5 dulu? Inilah antara perhiasan di dalam kompleks kraftangan di sana.

Okay, sekian liputan yang mungkin kurang informatik, tetapi penuh dengan rasa gembira untuk aku sebab negara Malaysia, tanah airku banyak dengan ciri-ciri kesenian. Cewah...



Wednesday, May 19, 2010

Kalaulah aku seorang penulis diari

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Pada hari ke dua aku meletakkan diri di suasana baru, iaitu Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), UTM Skudai, aku merajinkan diri update blog menggunakan komputer awam di sini. Walaupun bunyi 'tap-dance' pada papan kekunci dek operasi menaip yang boleh tahan macam jurucatit di mahkamah mampu memeningkan pengguna PSZ yang lain, aku buat slumber.

Aku duduk di PSZ ni niatnya nak fokus buat beberapa perkara yang aku nak dan PERLU buat (malas nak cerita). Aku harap suasana baru (lain daripada bilik sendiri di fakulti) mampu menghilangkan kebosanan atau menyuntik semangat lain macam. hehehe.. Bukan lari daripada Mai dan Lala, housemate dan officemate. Boleh juga nak cuci mata tengok mamat-mamat cute (indahnya makhluk-makhluk lain ciptaan Tuhan). Boleh tahan efisyen jugalah pagi pertama aku lepak PSZ, Isnin lepas.

Sebelum memulakan hari nan indah dengan lebih jauh, haruslah aku baca-baca emel dan baca blog orang sikit. Dan akhirnya aku kuatkan semangat untuk menulis tentang satu cetusan di hati dan akal aku iaitu, alangkah baiknya kalau selama ini aku seorang penulis diari.

Aku baca blog orang yang menceritakan aktiviti mereka, aku rasa seronok. Nak-nak kalau cerita yang menarik dengan gambar yang informatik. Bukanlah yang hari-hari nak tulis, "I rindu my boyfriend", "kenapa dia tinggalkan aku.. aku masih sayang dia..", "hari ini aku bangun pukul 10, tidur pukul 10..daa.." dan lain-lain yang kalau tak baca pun tak ape. Itu hak diaorang lah kan nak tulis apa. Cuma aku sangat menghargai 'diari' kawan-kawan/blogger yang sangat membahagiakan aku ketika menziarah. Dah lama aku fikir tentang hal ni sebenarnya. Alkisah, malam tadi aku tidur awal dan bangun dalam pukul 1 pagi gitu. Nak tidur balik (selepas membuat beberapa perkara), aku pusing kiri, pusing kanan, tak lelap-lelap. Malah aku tersengih-sengih terkenang pengalaman yang sangat menarik, sweet, best, challenging dan macam-macam lagi tak kira manis atau pahit (gilo ke hape). Paling utama, selama 2 tahun aku hidup di perantauan sebagai pelajar. Warna warni hidup aku selama itu tak semuanya dirakamkan dalam kamera, blog malah diari. Alangkah bagusnya kalau aku ada diari, aku tulis semuanya, dan aku boleh baca semula (confirm kalau macam ni, lagi lah selalu aku tak lelap-lelap kan) *sentimental..zzzz...*

Aku pernah baca dalam Majalah Mingguan Wanita rasanya, mungkin penulis itu bernama Suzana. Ada ditulis tentang kebaikan menulis diari. Sejak dari baca tulisan tu, aku macam berazam nak tulis, tapi azam entah ke mana, kawan-kawan aku yang bernama Azam pun lama tak contact (tiba-tiba). Antara perkara penting yang aku ingat tentang kebaikan menulis diari tu, bila kita baca semula kenangan manis atau kejayaan yang lepas. Aku yakin perkara itu mampu memotivasikan diri sendiri. Paling penting ialah bila aku berada dalam keadaan sebegini;

"Apa yang aku buat bulan April lepas ek?"
"Apa pencapaian? Buang masa lebih ke, gunakan masa dengan efisyen yang lebih?"

Tapi, aku sure yang tak semua catatan diari itu milik umum. Bukan soal privacy sahaja, tapi lebih kepada mengelakkan orang menyampah membaca. hahaha.. Melainkan he/she is your special one. Macam parents kita, ada ke diorang menyampah ambil tahu apa yang kita buat setiap saat? (tiba-tiba aku sangat homesick semalam sebab tengok lauk asam pedas dalam TV, rasa nak makan asam pedas ikan kembung Mama.. waaa..!)

Malam tadi selepas Maghrib, sempat lah aku baca 2 atau 3 tajuk dalam buku Janganlah Bersedih. Ada satu tajuk menghuraikan tentang, eerr.. tak reti aku nak bermadah, tapi bunyinya lebih kurang; Janganlah dok fikir sangat hari semalam yang sedih-sedih, kecewa atau marah tu, kerana yang lepas tetap dah lepas. Jangan pula dok cemas dengan hari esok yang belum tentu sampai dan kita sendiri tak mampu yakin tentang kesusahan hari esok. Hiduplah dengan sungguh-sungguh hari ini, kerana hari ini pasti milik kita, dan kita perlu isi dengan sepenuh-penuh isi. Berbahagialah dan jangan bersedih.

Hakikatnya banyak je kata-kata tentang semalam, esok dan hari ini tu, tapi buku Janganlah Bersedih ni kumpulkan banyak-banyak tu dan huraikan dengan menarik, berdesup menikam kalbu. Maka nak kenang hal-hal yang lepas tu, biarlah ala kadar, dan nak fikir masa depan itu juga, fikirlah ala kadar. Paling penting, saat ini!

Hmm.. cakap pasal saat ini, aku teringat satu tulisan seorang Indonesian yang sangat menusuk pangkal hati aku. Nanti aku copy & paste di sini (selama ni aku haramkan diri aku daripada copy & paste tulisan orang.. takpe, aku fikir lah macam mana. hehehe) Kisah seorang gadis 13 tahun, yang sakit sampai doktor kata boleh hidup lagi 5 hari je! Okay, fine, cerita macam ni memang berlambak, tetapi pengisiannya.. hmm...

Okay lah.. aku nak kembali kepada tujuan asal aku ke PSZ.

Daaa...

***************

updated : ada tulisan Indonesian yang aku maksudkan, di bawah =)

Surat Kecil Untuk Tuhan (copy & paste)

Haaa.. ini dia tulisan Ruli Amirullah yang aku dapat daripada satu Yahoogroup yang aku sertai. Website beliau under construction. Mohon di-copy-paste ya Mas..

********************************************************************************

SURAT KECIL UNTUK TUHAN

(Diambil dari sebuah judul buku)

Written by : Ruli Amirullah

Huaaaah! Buku ini benar-benar buat aku malu! Gimana gak malu? Sesaat setelah aku mulai membaca, hidungku mulai sibuk menarik ‘air’ agar tidak jatuh keluar. Beberapa saat kemudian, tangan sebelah kananku malah mulai hinggap di mulut, menutup gerkaan bibir yang sudah mulai tak terkendali. Beberapa saat kemudian, mata mulai panas, basah berair. Dan beberapa saat kemudian, daripada tiba-tiba mendadak tangis meledak (dan itu berarti akan banyak mata memandang heran padaku), akupun berhenti membaca. Menarik nafas sebentar, melihat sekeliling…

Buku ini berjudul “SURAT KECIL UNTUK TUHAN” sementara sub judulnya adalah “Perjuangan gadis remaja melawan kanker ganas”. Buku ini ditulis oleh Agnes Davonar. Mau sedikit tentang isinya? Ini dia :

Tuhan ..
Andai aku bisa kembali..
Aku tidak ingin ada tangisan di dunia ini.
Tuhan ..
Andai aku bisa kembali
Aku tidak ingin ada hal yang sama terjadi padaku, terjadi pada siapapun

Cuplikan itu menjadi sedikit bait dari sebuah tulisan yang ditulis seorang remaja penderita kanker Rabdomiosarkoma atau kanker jaringan lunak. Sebuah kanker ganas yang menyerang pada bagian wajah seorang gadis remaja bernama Gita Sesa Wanda Cantika.
Umurnya masih 13 tahun saat dokter mengatakan kepada ayahnya bahwa putrinya hanya dapat bertahan selama lima hari bila tidak melakukan operasi segera.

Itu yang tertulis di cover belakang…
This is true story….
Gadis itu divonis hanya mampu bertahan hidup 5 hari! Dan isi buku ini kemudian adalah bagaimana perjuangan ia, ayahnya, seluruh keluarganya, seluruh teman-temannya, dalam menghadapi vonis tersebut. Buku ini tentang perjuangan hidup, tentang tawa dan tangis, tentang berkarya, tentang semangat, tentang harapan dan tentang segala impian, tentang cinta ayah pada anaknya, tentang cinta anak pada ayahnya, tentang cinta Tuhan pada mereka…

Dan tahukan teman? Gadis itu ternyata bisa bertahan selama 3 tahun! Namun selama 3 tahun itu, karena ia selalu merasa bahwa hidupnya akan berakhir besok, maka iapun selalu hidup penuh semangat. Ia begitu menghargai hari yang kini ia lalui, ia juga selalu ingin memberikan yang terbaik pada hari ini. Dan “pada hari ini”-nya, ternyata bisa berlangsung selama 3 tahun…..

Perjuangan mengarungi 3 tahun itulah yang membuatku terharu. Bayangkan, sewaktu ayahnya berdebat (atau tepatnya marah) pada seorang dokter, karena dokter tersebut secara blak-blakan bercerita pada gadis itu, bahwa team dokter sudah angkat tangan tidak mampu menangani penyakit kankernya. Si gadis kecil tersebut, malah berkata “sudahlah ayah, tidak perlu marah pada dokter, mungkin memang sudah takdirku untuk hidup bersama kanker ini, dan aku siap kok. Aku siap hidup bersama kanker ini…”

Atau waktu mereka ke singapura dan berobat di rumah sakit terkenal, mereka diberi tahu bahwa tindakan yang harus diambil adalah dengan mengoperasi separuh wajahnya (yang itu berarti membuatnya menjadi kehilangan bentuk wajah), maka sang ayah tidak rela. Ia tidak rela jika wajah anaknya harus cacat tak berbentuk. Namun apa ucapan sang anak? “Aku rela, aku rela mukaku cacat asalkan hal itu bisa membuatku lebih lama lagi berada di sisi ayah…”

……..….

Kebesaran, kedewasaan dan kebijakan gadis itu juga ditunjukkan saat ia, dengan berat hati, terpaksa memutuskan pacarnya karena ia tidak mau melihat kekasihnya semakin sedih melihat ia sakit, ia tidak mau kekasihnya menghabiskan waktu bersamanya. Ia merasa hidup kekasihnya masih panjang, sementara hidupnya sudah begitu pendek. Sehingga, (justru karena ia begitu mencintai kekasihnya) ia harus memutuskan hubungan mereka…

…………

Dan bagian paling sedih dalam buku ini adalah ketika ia bersusah payah berjuang untuk tetap belajar, tetap mengikuti ujian di sekolahnya, walau dengan merangkak sekalipun (karena ketika kankernya menyebar, kakinya pun tiba-tiba lumpuh. Tapi ia tertawa pada ayahnya dan berkata bahwa ia merangkak karena ingin seperti mino, kucing kesayangnya). Begitu beratnya hingga akhirnya ia meminta supirnya untuk menuliskan jawaban sementara ia mendikte jawabannya…

… Aku tidak tahu, ketika buku mulai bercerita detik-detik terakhir menjelang ia wafat, adalah hal paling sedih atau justru paling membahagiakan. Karena aku membacanya sambil menangis sekaligus tersenyum. Sedih sekaligus lega. Guncang sekaligus tenang. Hilang sekaligus Abadi…

Entahlah…
Aku rasa saat ia wafat mungkin jadi happy ending yang indah pada buku ini (walau disaat bersamaan aku benar-benar merasa ingin meledak dibagian ini)

Tapi yang jelas, selesai membaca buku ini, aku menjadi malu pada diri sendiri. Karena aku mendapatkan, persamaan maupun perbedaan antara orang yang terkena penyakit kanker dengan aku yang sehat. Persamaannya adalah, aku dan mereka (para penderita kanker) akan sama-sama mati dalam waktu yang tak pernah bisa kita perkirakan. Kapan saja, setiap saat, dimana saja…

Bedanya adalah..
Mereka menyadari mereka akan mati, sementara aku tidak…

Mereka sadar mereka akan mati (mungkin esoknya, mungkin lusanya), karena itulah mereka kemudian selalu berbuat yang terbaik pada hari itu. Tahukah teman? Gadis itu berhasil meraih ranking 3! Mengapa? Karena ia benar-benar ingin berbuat yang terbaik di kelas.. ia tahu, belum tentu ia bisa mengikuti ujian pada tahun depan. Maka ia ingin mengakhiri tahunnya di kelasnya dengan menjadi yang terbaik. Begitu pula dengan sholat dan ngajinya, ia yang awalnya masih belum lancar mengaji, menjadi berusaha giat belajar ngaji…

Sementara aku? Aku yang merasa sehat wal afiat ini, justru asik bersenang-senang. Aku merasa akhir hidup masih lama. Andai aku hari ini melewatkan amal, menunda sholat, malas ngaji, tidak berkarya, maka aku santai saja karena merasa bisa menyelesaikan itu semua besok. Selalu masih ada besok di pikiranku. Dan karena itulah aku terus menunda apa yang bisa kulakukan hari ini. Bagiku yang sehat, selalu ada esok, esok dan esok..

Padahal, bukankah sebenarnya kematian bisa datang kapan saja dan dengan mendadak? Kecelakaan, musibah, serangan jantung? Bukankah itu semua tidak menunggu hari esok?

Mereka para penderita kanker, selalu ingat akan kematian. Sementara aku tidak…
Jika itu kenyataannya, maka siapakah sebenarnya manusia yang beruntung? Mereka atau aku?

Ya Rabb..
Ingatkan aku akan pertemuan denganMU…
Agar aku tak lagi mensia-siakan waktu..
Agar aku tak lagi menjadi manusia yang merugi..
Agar kemudian aku menjadi manusia yang beruntung…
Aamiin…..

***********************************************************************
Copy-paste tamat.

Saturday, May 15, 2010

Mandi tak basah

Serabut macam sabut kelapa dalam kepala.
Tak tertulis-tulis atas kertas atau dokumen di komputer.
Semuanya dalam fikiran sendiri, sampai kedua-dua kening dirasakan bercantum dengan tegangnya. Pening walaupun semasa tidur. Boleh pulakkan aku perasan aku pening semasa tidur. Haa.. masa aku sedar aku pening tu, sebab aku terjaga lah. Aku cuba kurangkan tegangan di dahi, berjaya, tetapi dengan susah payahnya.

Keputusan untuk tukar keadaan diri yang panas dan busuk kepada segar dan wangi disegerakan. Mandi. Tangan terus mencapai botol paling tinggi dalam bakul azimat, iaitu botol syampu. Cecair syampu dah dituang atas tangan yang kuantititnya adalah ikut perasaan. Kedua-dua tangan dah sedia menuju ke arah rambut. Dah nak sampai sangat dah pada rambut. Aku tak ingat apa aku fikir masa tu. Yang aku sedar, rupa-rupanya rambut aku masih kering. Mestilah nak syampu, rambut dah basah dulu kan. Cuba baca kat botol syampu, apply on wet hair. Adakah ini yang dimaksudkan mandi tak basah?

Thursday, May 13, 2010

Blog walking

Blog walking, blog hopping.. apa-apa lah istilahnya. Tak lah jauh sangat aku walk from blog to blog baru kejap ni. Pinggang dan sepanjang kaki (maksud aku, kaki aku, kedua-dua belah kaki) yang sengal dan mata serta kepala yang tak berapa nak segar membuatkan aku blog walking ala kadar je. Dulu, masa zaman belajar, rajin lah juga.

Hmm..

Pernah aku setuju bahawa zaman belajar lebih ngeri daripada zaman bekerja. Hujahnya, sebab kalau belajar, bangun tidur, nak tidur, weekdays, weekend, semua ingat belajar. Test, assigment, tesis. Mimpi-mimpi lagi. Tapi banyak drama aku tengok di tv3.com.my, youtube. Tak masuk lagi drama korea, filem yang aku download. Blog walking lagi banyak. Komen gambar-gambar kat FB lagi banyak. Eh, lagi banyak perkara lain yang aku boleh buat semasa jadi pelajar berbanding pekerjalah rupa-rupanya. Ke, sama je?

Hujah lain juga berbunyi, kalau kerja, habis kerja dah tak fikir dah pasal kerja. Hmm.. tengok keadaan kot. Tak fikir pasal kerja, tapi ada banyak lagi komitmen lain nampaknya.

Yang penting, aku dah tak blog walking sekerap dulu. Tak lah blogwalking sangat satu masa dulu, tetapi sekurang-kurangnya blog-wajib-baca aku akan jenguk selalu juga. Sekarang, tak sangat. Drama yang aku tengok? Pun tak banyak sangat.

Okay.. sebenarnya nak cerita pasal hasil blog-walking yang tak jauh sangat tadi.

Pertama, aku sedar yang aku tak buat apa-apa sempena hari ibu Ahad lepas melainkan berada di sisi Mama sepanjang hari. Aku rasa aku tak mampu buat apa-apa bila Mama depan mata. Nak wish ke, nak masak kan sesuatu kan, nak beli hadiah ke, nak buat kad ke, semua tak terbuat. Kaku dan kelu. Aku baca blog orang, ada cerita pasal Hari Ibu, tapi aku tiada. Haih.. Takpe, Mama tak terasa kot. hehehe..

Kedua, kisah putus cinta. Aku rasa sangat bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, sebab aku terbaca nasihat seseorang tentang putus cinta. Tentang hikmah dipertemukan dengan orang yang salah terlebih dahulu. Ummph.. berkesan juga nasihat tu. Aku tambah hargai apa yang aku ada.

Ketiga, aku juga terbaca kisah isteri yang memandu kereta, menggantikan suami yang letih memandu. Perjalanan jauh kan. Letih, memang letih. Tapi Papa tak letih. hmm.. aku rasa touching lah nak cerita pasal ni. Papa dan Mama berniaga hampir seminggu di Seremban minggu lepas. Lepas tu boleh pula layan aku nak ke universiti situ, universiti sini. Itu pun dapat juga lembutkan hati dia agar orang lain yang tolong, bukan dia. Habis niaga, balik melaka, memandu pergi balik ke Pulau Pinang pula. Aku memandu? Terlopong tidur ada lah. Kalau segar pun, Mama kecut perut nak biar aku memandu. Papa tak letih?

Keempat, hmm.. dah la.. tak larat..

zzzzzz

Proposal-Ahli Fizik-Ais Kacang Puppy Love

Aku sangat faham diri aku. Kenapa semalam serba tak kena dan tak semangat untuk buat list-things-to-do aku. Sebab aku tak blogging lagi. hahaha...

Disebabkan semalam aku dah letak sebuah proposal (sebuah ke? ke, sekeping? selonggok?) projek penyelidikan di depan mata aku selepas mengemas meja kerja yang berselerak, tetapi aku masih tidak mampu menghadam isi proposal untuk tujuan pertimbangan atau sekadar menambah pengetahuan, aku tekad dengan satu keputusan. Aku nak balik rumah, tidur. Daripada aku main internet, membazirkan bil elektrik universiti kerana keberadaan aku di bilik aku tanpa sebarang hasil berkaitan kerja, lebih baik aku jimatkan tenaga elektrik tersebut, rehat, dan sambung membaca di rumah di malam hari. Ya tak? Adakah itu satu bentuk curi tulang? Aku rasa, itu adalah satu bentuk mensyukuri nikmat betapa fleksibelnya kerjaya aku tanpa mengabaikan rasa bersalah makan gaji buta macam sesetengah orang. Kan?

Okay, aku pun tekad. Habis solat zuhur nak kemas barang, balik, tidur.

Alamak, hajat tak kesampaian. Bilik didatangi klien kepada Mai (rakan sebilik). Tak manis kalau aku kemas-kemas barang dan blah.

Aku buat-buat membaca proposal yang sedia ada.

Semuka, dua muka, tiga muka....

Arggh.. tak sanggup lagi bermuka-muka.

Aku ke bilik Lala, cuba hirup udara penghawa dingin yang lain. Membaca proposal sikit, baca majalah lebih. Ada rencana tentang angkasawan negara kita, Syeikh Muzafar. Antara ayat dibaca yang menarik perhatian dan dijadikan modal berbual dengan Lala ialah, angkasawan negara itu berhasrat untuk meyakinkan masyarakat tentang bidang sains angkasa ini menarik dan luas untuk diterokai. Dato' Syeikh Muzafar nak tanam dalam minda seorang rakyat Malaysia sehari tentang bidang sains angkasa. Itu azam dia.

Alangkah menariknya kalau setiap hari, ada seorang masyarakat Malaysia/dunia (cewah) meyakini bahawa bidang Sains Fizik itu menarik, sangat luas dan sangat penting. Bukannya ahli fizik itu sekadar pencipta robot askar jahat serta penjenayah macam dalam filem Iron Man 2. Bukannya ahli fizik wajib jadi manusia yang hidup hanya dengan dunia sendiri serta membosankan macam ahli fizik dalam filem Hooperz. Bukannya ahli fizik 'to be' hanya bertubi-tubi diingatkan semasa kursus Biro Tatanegara sebelum berangkat ke luar negara untuk Sarjana supaya jangan-jadi-pengganas. Apa orang bidang lain tak ada peluang jadi manusia yang bosankah? Manusia lain tiada peluang jadi penjenayah? Pengganas? Pejuang yang konon-konon jihad dengan konon-konon ketinggian ilmu sains?

hahaha.. dah dah.. aku bukan nak tulis sesuatu yang serius. Itu hanyalah sedikit perkembangan idea daripada sebaris ayat Syeikh Muzafar.

Dipendekkan cerita, selepas makan di Burger King dan membuat kesimpulan bahawa burger di Mc Donalds lebih ummmpphh, kami balik rumah tunggu Adamaya.

Penutup 12 Mei 2010 aku sangat menarik bersama makanan kegemaran iaitu popcorn-yang-dimakan-semasa-dalam-panggung-wayang. Aku tengok filem Ais Kacang Puppy Love. Mampu aku memberitahu di sini bahawa aku tak jumpa perkara yang aku nak kutuk. Best! Jalan cerita best, konsep best, motif marvelous, gambar cun, muzik sangat ikut mood.

Kehidupan tengok wayang aku malam tadi melahirkan sebuah impian. Aku rasa macam nak pergi melawat saja-saja kawasan perumahan di atas air macam yang aku tengok dalam filem tersebut. Weeee... (terkenang kisah puppy love sendiri yang lucu)

Mari bekerja...

* kisah puppy love = kisah cinta monyet

Thursday, May 6, 2010

Liputan Pertandingan Nasyid di Spg Renggam

Bak kata-kata yang aku dengar hari ini, kadang-kadang buat blog ni syok sendiri je lebih. Sendiri tulis, sendiri baca. Tak semua kejar hebahan, liputan meluas, kewangan mahupun glamor. Atas sebab syok sendiri itu lah, ada masa bila baca semula tulisan sendiri, tiba-tiba terdetik rasa riak, "aku suka ayat aku" Tak ke riak benar + syok sendiri tu?

Antaranya, daripada post lepas (Kangen) yang berbunyi ;

Sememangnya perkara manis untuk dirindui lebih banyak daripada masalah dan beban yang dikatakan kononnya tak tertanggung hari ini.

Memang kadang-kadang sampai masalah yang perlu difikir dengan serius itu seolah-olah meragut keseluruhan rasa senang hati dalam satu-satu hari. Sampai nak luahkan untuk minta pendapat atau pertolongan orang pun ada rasa bergetar suara, menahan rasa sakit mental. Tetapi hakikatnya, perkara manis dalam hidup itu jauh lebih banyak. Antaranya ialah bila kita buat satu-satu perkara yang sangat jarang kita lakukan.

Sabtu lepas, tanpa ragu-ragu aku bangun awal pagi dan gerak seawal lepas Subuh menjadi co-pilot Lala, housemate aku, menuju ke Simpang Renggam, kampung halaman tercintanya. Walaupun malam Sabtu itu kompak dengan aktiviti, di Hutan Rekreasi UTM dan seterusnya di panggung wayang menonton Iron Man 2 pada hari pertama ditayangkan, aku gagahkan juga badan ini untuk keluar dari Skudai walaupun tidur pukul 2 pagi sebab basuh baju.

Motif ke Simpang Renggam? Nak tengok pertandingan nasyid peringkat Simpang Renggam di dewan orang ramai dekat pekan. Sambil menyelam minum air. Yang menyelamnya, tengok pertandingan, yang minum airnya ialah tempah baju di kedai jahit Cina di Renggam. Tak tahu kenapa, kedai Cina lebih dipercayai daripada kedai Melayu. Baju kurung padahal, bukan ceongsam yang nak ditempah.

Bukan ke Simpang Renggam itu yang dimaksudkan sebagai perkara yang sangat jarang dilakukan. Memanglah tak selalu, tapi dah beberapa kali juga. Tapi yang betul-betul tak pernah buat ialah ke hulu ke hilir bersama kamera sehingga ada kata-kata penuh 'amanah' singgah di telinga yang berbunyi ;

"Dik, tolong ambil gambar ye. Nanti tolong cuci."
"Kak, nanti gambar keluar surat khabar apa? Metro ker?"
"haaa.. cucikan lah ye, 4R, 8R... Eh, kamu semua nak jugak tak?.. haaa.. awak cuci je lah untuk semua ya.."

Taaaaapiiiii...... Aku bukan datang sebagai jurugambar-cari-makan mahupun wartawan-bertugas. hua hua hua...

Aku belum laksanakan lagi harapan semua orang tersebut. Masih tak lekat duduk diam-diam untuk pilih gambar. Tapi saja je nak upload sikit, bukan untuk hebahan (secara sungguh-sungguh), sekadar macam yang diberitahu di awal post, syok sendiri. Kei kei kei (ketawa macam Lala dalam YM)

Majlis Daerah Simpang Renggam

Kumpulan pertama buat persembahan. Di saat aku masih malas angkat bonto* untuk ambil gambar. Inilah kumpulan juara!

Dari depan

Dari belakang

Kumpulan-kumpulan peserta

Barisan juri. Ada dari okestra RTM.

Kumpulan bertanding inilah yang menjadi sebab utama aku berada di tempat kejadian. Dapat nombor 4 daripada 12 tu walaupun pertama kali bertanding!

Anak-anak yang meneman mak-mak berlatih untuk pertandingan ini juga wajar diberikan penghargaan dengan mengambil gambar mereka. Alolo.. sopannya..


'terowong' pokok-pokok dekat sekolah rendah Lala, di Renggam. On the way balik dari tempah baju kurung moden dan kurung pahang.

On the way dari ambil gambar 'terowong' pokok-pokok ke cik Bibah (kereta Viva) Lala yang menanti di petrol pump berdekatan.

Kumpulan dari sebuah sekolah yang mengharapkan gambar masuk Metro. Don't worry adik-adik, akak akan kirim gambar u all yang beberapa ini ya.. Bukan ke akhbar Metro, tapi kepada cikgu adik-adik.

Termasuk cikgunya. Cikgu Zainab, I'll call you.. peace!

Satu-satunya kumpulan yang bermain alat muzik

Namun persembahan mereka yang meriah dengan alat muzik itu membuatkan beberapa adik-adik riang berlari ke sana ke sini di depan pentas. Cara nak diamkan? "Dik, meh akak amik gambar nak?" haaa.. berpeluh-peluh bergambar...

Sekian.
Terima kasih tak terhingga buat Lala dan emaknya yang menjadi tunggak utama pengalaman merasa jadi wartawan satu hari ini. Walaupun selepas tengahari aku dibuai mimpi di surau dewan semasa bacaan al-Quran oleh wakil Malaysia di peringkat antarabangsa, ceramah dari pegawai Kementerian Penerangan dan sesi penyampaian hadiah, proses mengenyangkan perut dengan cendawan goreng dan pisang goreng di petang hari cukup memuaskan hati, perut dan tekak. Dan semoga aku juga tak lupa untuk mensegerakan proses menyampaikan gambar-gambar tak seberapa yang aku ada kepada mereka yang mempercayai.

Salam mengantuk dari Kampung Batu Gajah, Merlimau, Melaka.
Jumpa di Seremban esok pagi dan di KL esok petang...! (bajet diva nak kecoh-kecoh)

Wednesday, May 5, 2010

Kangen

Selepas mengenali Dawid dan Echan, kosa kata bahasa Indonesia aku bertambah. Dawid adalah orang Poland tetapi boleh berbahasa Indonesia dengan lancar sebab sudah belajar di ISI, Institusi Seni Indonesia selama setahun. Echan pula asli dari kepulauan Jawa, tetapi semasa aku kenal Echan (melalui alam siber), Echan bekerja/latihan di Jepang (dalam bahasa Melayunya, Jepun).

Antara perkataan yang aku tahu daripada mereka ialah dosen. Dosen maksudnya, pensyarah, profesor. Dawid yang tengah selesaikan Magister (itu bahasa Poland, bahasa Inggerisnya, Master) pada masa itu, dalam bidang muzik di Warsaw University selalu bercerita melalui Yahoo Messenger, "dosenku..." "dosenku.... " Maka lekatlah kat kepala hotak aku ini, dosen.

Perkataan lain, kangen. Ada filem Indonesia, tajuknya kangen. Pelakon, Bunga Cinta Lestari. Jalan cerita, terlalu tenang bagi aku, memang boleh buat aku lalalalala... kemudian zzzzzz.. hehehe.. Kangen itu, maksudnya rindu. "kangen sama kampung halaman ya..?" usik si Echan yang sekali pandang memang comel (atau dalam bahasa Indonesianya, imut) Ha ah, rindu pada kampung halaman semasa berada di perantauan. huhuhu..

Tapi bila dah balik Malaysia, tak tipu kalau aku nak cakap, "kangen sama kehidupan sebagai perantau" Bukanlah rasa nak ke sana semula, cuma rindu.

Punca?

Aku baca satu buku sementara menunggu drama bersiri Asmaradana jam 10.30 malam. Aku baca dalam keadaan pening. Mak aku kata, pening kat dahi tu tanda nak selsema. Jaga makan, minum air banyak-banyak. Tapi mak aku tak kata kurangkan baca buku. Hahaha.. Maka aku baca satu buku dalam keadaan pening.

Beberapa mukasurat yang aku baca tu buat aku teringatkan pengalaman hidup aku semasa hendak ke perantauan, malah semasa di perantauan. Buku tu buat aku rindu sebab penulis menceritakan tentang kerinduannya kepada kehidupannya sebagai perantau juga...!! Penulis itu adalah Ustaz Hasrizal dan buku itu bertajuk Rindu Bau Pohon Tin. Habis baca atau tengah-tengah baca nanti aku ceritakan serba sedikit (berapa banyak buku daaa aku tak tak tercerita-cerita lagi)

Aku abaikan segala perasaan dalam sentimental mode itu sehingga aku tertidur, tak sempat tengok Asmaradana! Cis! Semua ni berlaku Selasa lepas. Bukan Selasa episod akhir Asmaradana ya. Sebelum itu lagi. Nampak sangat post ini dah drafted seminggu. hahaha..

Tengahari Jumaat, masa rehat yang agak panjang, aku tersangkut dari satu blog ke satu blog. Ale-ale aku ke blog warga pelajar Malaysia di Poland. Bertambah rindu.

Sabtu, aku buat liputan di Simpang Renggam. Pertandingan nasyid peringkat Simpang Renggam. Memang wajar aku cerita lebih dalam post berlainan!

Ahad, aku buat khidmat diri dan khidmat rumah.

Isnin, Selasa, aku merantau ke Kuala Lumpur. Negara sendiri pun aku masih jakun. Juga wajar aku cerita lebih dalam post berlainan.

Rabu aku sudahkan dengan bertenang bersama laptop yang berinternet jalur lebar atau muda-mudi sekarang panggil broadband. Sempat juga aku menyapa sifu aku dalam dunia programming, iaitu Bartek, seorang Poland yang tengah selesaikan PhD dia sekarang. Dia sangat sudi melayan aku. Daripada cerita kahwin sampailah kepada keliru memilih projek PhD. Bagi aku, orang Poland punya budi bahasa memang A.

Tak sia-sia malah penuh hikmah aku pernah dicampakkan setahun ke bumi Poland bersama-sama 3 kawan lain yang sama-sama sangat gayat kali pertama naik kapal terbang. Berita terakhir yang aku dengar tentang Poland ialah isu penentangan pembinaan masjid di Poland. Sentap juga masa tahu berita. Besarnya dugaan kalau aku di sana sekarang. Masa aku di sana, makcik di pasar siap tak faham kenapa kami bertudung. Dikatanya warna tudung melambangkan status seseorang lah, untuk tahan sejuk lah, fesyen pelik lah. Sekarang, mungkin lebih ramai yang lebih faham.

Huh, tak berniat nak menulis sebarang isu. Aku cuma nak selesaikan post ini supaya tidak kekal sebagai draft.

Kembali kepada kangen, tengok gambar-gambar lama masa di sana untuk tujuan kemas kini folder yang serabut dalam laptop memang layaaaaaannnzzzz... Sampai ada terdetik rasa, "aku patut bergambar lebih banyak" dan "aku patut tulis diari hari-hari".

Sememangnya perkara manis untuk dirindui lebih banyak daripada masalah dan beban yang dikatakan kononnya tak tertanggung hari ini.