Thursday, January 5, 2012

Kawan Kursus Induksi - Bahagian 1 ;)

Ditujukan khas buat kawan-kawan Kursus Induksi UTM, 14-31 Disember 2010, terutamanya Kumpulan SATU dari Kumpulan Profesional 1... Muuuuaaaaaaah!
*****************************

"Leen!!! Kau nak kahwin esok...!!!"

Sopan sungguh cara aku tegur tadi, seorang kawan yang lemah lembut, comel dan seronok untuk bual gosip. Nak kahwin dah esok.. Aku suka! Aku teruja! Sebab aku dapat datang (insyaAllah). Padahal bulan lepas aku dah rasa sedikit sedih dah, sebab tak dapat datang, konon-konon nak merantau demi bangsa dan negara. Penangguhan operasi merantau aku selama 12 hari tu sangat berbaloi... Leen!!!! Nantikan kedatangan aku!

Teringat masa hari terakhir kursus induksi (kursus 2 minggu untuk staf baru UTM), aku duduk berbual dengan kumpulan aku (kami 10 orang sekumpulan), yang juga ada Leen. 
"Korang.. keep in touch tau.."
"Ha ah... nanti kita hang out sama-sama la.."
"Eh, siapa antara kita akan kahwin dulu ni?"

Dengan keyakinan yang penuh, aku angkat tangan! Yeeehaaa! Aku dah nampak dah aku nak kahwin bila!


 Haa.. aku rasa masa inilah perbualan tersebut berlaku... Itu dia Leen dan aku yang lapar.

Tapi rezeki aku mungkin kena pusing-pusing roundabout dan masuk simpang-simpang berliku sikit, tak jadi lah aku orang pertama yang kahwin di kalangan rakan kumpulan SATU kursus induksi aku. Hehehe... Tak apa Ain, tak apa.. Yang penting, Leen akan kahwin dulu! Sharul berada di tempat ke dua! yeehaaa!


Ini dia, operasi Sharul menulis nama untuk kad jemputan ke majlis perkahwinan dia... (Itu pun lepas yang perempuan-perempuan ni teriak "Eh Sharul! Bagi kad kahwin mesti tulis nama kitorang la..! Atas sampul pun!" "Owh, kena ek?" jawab Sharul..) Dan dapat dilihat betapa Saha, penghulu kumpulan SATU teruja dengan kad kahwin.

Sharul serahkan kad jemputan kahwin tu masa makan malam kami yang sangat gembira!!!  Di Tepian Tebrau, JB.



Thanks Nina (adik Leen) untuk gambar-gambar masa makan ikan bakar tip top ni.. pedas! Yummy! (Klik untuk gambar besar ye.. gambar ni.. panjaaaaaaannngg.......

Haaa.. tadi ada tulis pasal kursus induksi, agenda hidup yang menemukan kami semua kan? Ini dia, tadaaaa....!!!!

 Aku suka gambar ni.. sangat tadaaa...!!! Leen dan Helmy sangat bijak posing!

Dan pemenangnya.. adalah... kumpulan SATU!!! Untuk persembahan kumpulan... (kategori Kumpulan Profesional 1) Tu kumpulan kecil.. kumpulan besar dapat nombor 1 juga untuk persembahan semasa Malam Kebudayaan! Aku suka semua!!! (kumpulan besar lain ialah Kumpulan Profesional 2 dan Kumpulan Sokongan)


Gambar yang sangat comel.. Gaya tangan tu adalah antara gaya yang kami buat masa persembahan kumpulan SATU tentang 'sustainability'. Haaa.. apa kami buat sampai menang ni? Tunggu....

".... nanti kita hang out sama-sama tau...!" -  Dialog ini mengakibatkan wujudnya outing pertama kami...


Masa ni...

*Bersambung =p

Tuesday, December 27, 2011

Menghargai Perbezaan itu Membahagiakan! =D

Dulu... Aku fikir, kalau suka Sejarah, kita boleh jadi cikgu Sejarah, pensyarah bidang Sejarah, ahli kaji Sejarah... penulis buku Sejarah..

Dulu.. Aku fikir, kalau suka Matematik, kita boleh jadi cikgu Matematik, pensyarah Matematik, pakar Matematik dan penulis buku "Cara Mudah Mahir Matematik" =D

Dulu.. Aku fikir, kalau suka Fizik, kita boleh jadi cikgu Fizik, pensyarah bidang Fizik, ahli Fizik... penulis buku Fizik...

Tapi sekarang...

Aku percaya...

Apa yang kita suka..
Apa yang kita belajar..
Apa kursus yang kita ambil di universiti...
Apa bidang penyelidikan yang kita ceburi...
bukan menentukan apa yang kita akan buat.. apa yang kita akan jadi... apa, apa, dan apa... (SAHAJA)

Tetapi...
BAGAIMANA kita berfikir...

Kalau tengok alam, orang Matematik akan berusaha (secara semula jadi) mengaitkan segala-galanya dengan persamaan Matematik.




Masa aku nakal, aku akan respons "tukar perkataan 'hukum alam' kepada 'algorithm'... Selesai! Tak perlu jadi orang Matematik untuk mematematikkan keadaan =p"

Kalau tengok air teo limau suam dengan teo suam, orang Kimia akan mencetus satu perbualan seperti berikut bila aku mengadu, "teh o aku ni pekat la.. pahit.."

"Sebenarnya kan, dua-dua air ni sama pekat", dia jawab.
"Teh o aku lagi pekat la.. tengok warna.."
"Tak, teh o kita asalnya sama pekat.. cuma teh o saya ada limau, jadi kurang pekat.."
"Ye, aku tau warna teh o kita lain sebab teo limau ada limau.. tapi kenapa kata teh o kita ni asalnya sama pekat?"
Dia senyum... Orang Sains, nak bukti bernas..
Nah.. dia bagi aku penerangan Sains.. lebih fokus lagi, penarangan Sains Kimia.

"Limau ni asid, dia boleh lunturkan warna teh o" haaa Hamik aku... Yo la Farah =)

Kalau tengok orang buat angklung, orang Fizik menerangkan proses pembuatan angklung tu dengan cara...

"Hebat betul orang buat angklung tu.. dia ketuk-ketuk je kat kayu, dengar, dia tau dah itu not apa.. do ke, re ke, mi ke.. agak-agak tak kena not, dia kikis lagi kayu tu.."
"tapi akhir sekali dia calibrate la dengan melodian..."
"Peerggghh.. calibrate...!"
Habis, aku nak guna perkataan apa? Orang muzik akan jawab,
"Tune!"
*Mungkin perkataan 'calibrate' digunakan oleh orang lain juga selain Fizik, yang melibatkan pengukuran parameter di makmal atau bengkel.


*Gambar demonstrasi pembuatan angklung. Melodian ada di tepi paha kiri juru tunjuk (demonstrator)*


Your research area not determines what do you think you are going to find.. but how are going to think to find something..(Aku dalam bidang Fizik, bukan Bahasa Inggeris =p Jadi kalau yang bahasa tunggang langgang tu, harap dimaafkan dan dibetulkan)

*Ini adalah tulisan akibat percampuran maklum balas daripada penyelia PhD dan tulisan (+ perbualan dengan) Ajan... Encik Supervisor aku tadi komen, tak payah lah aku dengan susah hatinya nak perkukuhkan ke mana sumbangan bidang penyelidikan aku.. yang penting, aku perkukuhkan fenomena fizik apa yang aku nak jelaskan, buktikan.. "Aplikasi penemuan awak tu nanti, kerja orang 'engineering', bukan kerja PhD awak tu... awak propose saja..."

Lega... tapi masih cemas atas faktor lain!

Sebenarnya, pada pendapat aku yang muda ni, untuk menerangkan satu-satu perkara, lain orang (orang bahasa, orang sejarah, orang seni lukis, orang sains, orang kejuruteraan, orang matematik) lain caranya. Tapi hasil tetap sama, satu-satu perkara itu TETAP dapat diterangkan. Tak perlu lah dengan bangga dan sombong, "Ini kimia ni, ini kimia ni.. Eh, ni biologi ni... Ni kena faham dengan teori *&%$#@# ni... "

Appreciate the differences.

Ini untuk yang menerangkan. Untuk yang menerima penerangan?

Kalau aku nak terangkan tentang kenapa nasi yang aku tanak lembik, dengan cara Fizik, tentu tak sesuai untuk orang Seni Lukis atau Seni Muzik... Jadi..

Luaskan pergaulan! Kenal macam-macam orang! Kosa kata anda akan berkembang! "BAGAIMANA kita berfikir" juga akan lebih pelbagai! ;)

Menghargai dan mencintai perbezaan adalah perbuatan yang membahagiakan. Cayolah cakap den!

Eerrr... habis, kenapa pasangan kekasih atau suami isteri berpisah, biasanya mereka jawab "kami terlalu berbeza.. kami tak sependapat.. sefahaman.. tak sehaluan..."?

Wednesday, December 7, 2011

xxx

Worrying won’t change much so take action, do your best, and put your trust in Allah!

Chaiyok Ain!!!

Friday, November 25, 2011

Sendiri = Bosan = Sedih

Aku akan banyak luang masa dengan seseorang yang aku tau akan berpisah dengannya tak lama lagi... Dan lepas tu aku akan sangat terasa kehilangan... Perubahan aktiviti harian yang mendadak! Itu sakit! 

*********************************************
"Sendiri?"
"Haaa...?" jawab Mai, atau Lala dengan terpinga-pinga. Masa nak masuk dalam... eerr.. Eye On Singapore? Itu kah namanya? Lebih kurang begitulah. Kami bertiga jalan-jalan masa cuti musim panas, 2008. Cewah, cuti musim panas di situ. Betul lah! Aku tak tipu! Memang tengah cuti musim panas...! Takkan cuti musim durian kot....

 *Kiri, depan mende alah yang kami nak naik tu. Kanan, lepas tengok show song of the sea yang best.
Pulau Sentosa, Singapura*

Aku dengan yakin pun jawab, "Tak, kami bertiga.."
Aku faham kenapa Mai atau Lala tak faham soalan lelaki itu. Sebab kalau bahasa Melayu, untuk tanya "Are you alone..coming by yourself ke.. " bunyinya ialah "Seorang?" bukannya "Sendiri?" Lelaki itu guna perkataan 'sendiri' sebab dia dari Indonesia agaknya. Indonesia, sendiri tu maksudnya seorang. Aku kan mahir bahasa Indonesia lebih sikit daripada Lala dan Mai ;-)

Bagi aku, sendiri, seorang.. sama saja. Melambangkan bosan, sedih, ditinggalkan, gagal, loser.. owh.. terlalu negatif!

"Aku tak boleh makan sorang-sorang kat kedai!" aku buat pengisytiharaan.
"Ain, kita dah banyak kena buat keje sorang-sorang"
"Aku sedih la bila kena makan sorang-sorang.. aku sedih bila date cancel..."
"Ain, aku dah lama dah makan sorang-sorang.. shoping sorang-sorang, tengok wayang sorang-sorang "
"Aku tau.. aku je tak biasa-biasa lagi.."

Tengok wayang sorang-sorang..owh, itu sangat aku tak dapat bayangkan aku buat. Tapi, Lala dah buat. Kalau Lala boleh, kenapa aku tak boleh? Selamat je Lala, tenang je, bahagia je.. Makin cantik je aku tengok Lala..

Aku akan cuba sedaya upaya keluar makan, borak, tidur, bersuka ria dengan kawan-kawan. Tak akan ada "TIDAK" kalau aku memang tak ada kerja. Penat, malas nak bersiap, malas nak patah balik, duit tak ada, bukan alasan pilihan aku. Kadang-kadang sanggup stay up buat kerja sekolah kalau nak keluar dengan kawan. Aku tetap usahakan, asalkan aku jumpa orang. Aku tak suka sendiri! (Okay, nasib baik nak mandi, berak, aku tak perlu kawan...) Bila ada kawan yang dah nak habis belajar.. dah nak kawin ke.. aku suka luang banyak masa dengan kawan.. Sampai lah aku dah sedar tentang satu hal, iaitu...

Aku akan banyak luang masa dengan seseorang yang aku tau akan berpisah dengannya tak lama lagi... Dan lepas tu aku akan sangat terasa kehilangan... Perubahan aktiviti harian yang mendadak! Itu sakit!

Nora, sama kelab Smart Camp.. Salah satu kelab yang buat program motivasi pelajar sekolah. Bila dia dah di ambang nak tamat Masters tu la.. kami makan sama, lepak sama.. lepak bilik dia.. borak banyak-banyak.. cerita rahsia dia, aku cerita rahsia aku.. rasa rapat tiba-tiba.. Sekarang dia dah tinggalkan Johor.. okay, aku rindu dia..



*Antara otai Smart Camp (aku tak otai sangat) yang susah nak jumpa dah sekarang. Apatah lagi nak karaoke sama-sama*

Sama juga dengan Muni.. sepanjang dia kat UTM, sama Jabatan Fizik je padahal, tapi tak ada pun nak lepak dengan dia setahun yang lalu. Bila sekali dah keluar makan dengan dia.. jadi lagi rapat. Makan sama, tidur sama, lepak sama, gosip sama, kat Facebook borak sama lagi.. usha Arjun Rampal lagi.. SMS lagi.. wah.. macam jatuh cinta.. karaoke sama dan trip ke Gunung Ledang juga antara perkara menarik dengan Muni.. tapi.. Muni dah balik Kelantan.. okay, aku rindu dia...


*Trip ad-hoc yang menjadi sangat best! Beberapa jam sebelum je plan, ale-ale sampai air terjun Gunung Ledang dan panjang Bukit Semput siap*


Zafran tak payah lah nak cerita.. orang yang paling senang aku nak kacau hidup dia.. spa hunting, perkara paling suka hati kami buat walaupun ada kerja sekolah. Setakat survey-survey spa, salon, produk, tapi tanpa beli apa-apa, dari pagi sampai malam pun boleh. Tidur kat bilik dia, pakai baju apa ada pun boleh. Tak kira la bilik aku macam tongkang pecah ke, bilik dia macam kandang arnab ke (memang ada arnab pun), kami tidur sama. Bercerita hari-hari. Tak penat ke Zafran layan aku? hahaha..  tengah malam sedap-sedap baring atas katil aku boleh ajak gi Jalal? (mamak tak mamak sangat) Tapi, dah habis Masters, dia balik Shah Alam.. Okay, aku rindu dia...

 
*Lepas siap pakai t-shirt sukarelawan program bersama kanak-kanak OKU kat Dataran Merdeka. Sukarelawan la sangat. Aku suka muka Zafran dan Lala dalam gambar ni hehehehe*

 
*Ini Wong, dalam tempat karaoke yang sangat sweet! Lepas seronok lunch, karaoke, gosip-gosip... Wong sekarang kat Osaka...*

Pernah lah aku bincang dengan Mai, bekas housemate aku, pasal aku lepak selalu dengan seseorang beriya-iya bila seseorang tu nak blah.. sudahnya, sangat rasa kehilangan.. Mai, roomate sejak degree.. Tahun 2005! Merantau negara orang pun sama-sama.. (banyak kalau aku nak senaraikan) Mai tak hilang, ada je kat Johor ni.. Tapi.. Mai dah kahwin.. kami dah tak serumah lagi... Aku balik-balik dari UTM, selalu ngadu kat Mai.. tengok Mai masak apa.. Mai beli apa.. Hurm.. Okay, aku rindu dia...

Tadi mengadu kat Lala, betapa sedihnya aku seorang menghadapi hari aku ini... Kalau Lala kat sini tentu aku ajak dia makan kat Season.. Okay, aku rindu dia...

"Ain, kita kan dah besar.. lama-lama kita kena buat macam-macam benda sorang-sorang.."
"Aku tetap rasa sedih...!!!!"
huhuhu.. Lala mesti stress layan aku...

Aku suka nampak okay. Rasa hebat, nampak tak kalah.. kelihatan cantik.. tapi aku tak segan silu mengadu kat Lala tadi.. Aku juga tak segan situ tulis macam ni hari ni... Kurang macho di situ.. Sekali sekala..

Sekarang aku rasa.. kalau aku sedar yang aku akan berpisah dengan seseorang tak lama lagi, tindakan aku untuk luang masa dengan orang tu sebanyak yang boleh adalah tindakan yang memakan diri sendiri.. Jangan Ain, jangan! Setuju?

"Kak, nanti saya pergi Sabah sorang-sorang.. Tak seronoknya..."
"Eh, kalau saya lagi suka sorang-sorang.. senang nak gerak.. tak payah bincang-bincang.. ikut je diri sendiri nak buat apa... nak gerak mana.. nak pergi bila.."
, jawab Kak Siti.

Kalau lah aku boleh fikir macam Kak Siti.. Kan senang.. 

Senang ke sendiri?

Tapi, MJ kata, "You are not alone..."
Boleh percaya ke?


********************************

AMARAN KERAS : Boleh baca, boleh komen, tapi kalau berjumpa dan bertentang mata, sila pura-pura tak baca tulisan ini ya, harap maklum =p

Thursday, November 17, 2011

Ikutkan Rasa

"Jangan tengok bola tu...! Mata tengok lawan.. Tengok ring!"
Nasihat (sebenarnya, teriak) seorang kawan, masa ajar main bola keranjang. Ya, bola keranjang, basketball, anda tak salah laman blog. Memang aku ada belajar main basketball masa sekolah dulu.



~ hahaha.. tengok gambar zaman muda-muda buat aku ketawa hohohahaha... jangan berani terlintas di fikiran perkataan 'kurus', okay?~

"Kalau aku tak tengok bola, terlepas la bola dari tangan aku..." , aku melawan. Ni lah akibat bila kawan belajar dengan kawan. Senang melawan.
"Boleh je kita tak tengok bola... You feel the ball..."
Eerrr.. feel?

Itu cerita pada tahun 2002. Pada tahun 2009, ada satu cerita lain.

It was in a silent and dark laboratory. Only Mai and I. We were setting up the equipments for our experimental work. After changing the position of the mirrors, lenses, laser source, still, the output was not detected perfectly by the detector. Buntu. Nak gerakkan ke kanan ke, ke kiri ke.. Cermin pertama ke, cermin kedua ke.. Skru mana yang nak diputar dan diputar ke mana.. Arrggh....!!! Clueless!


~Sebahagian daripada keseluruhan eksperimen. Ni yang nampak 4 komponen. Kalau keseluruhan eksperimen ada berpuluh komponen?~

Tapi dengan mudah, mentor kami, seorang pelajar PhD dari Cina datang, selesaikan masalah aku dan Mai, dengan cepat.

"How can you align the laser experimental setup easily? How can you know which screw should be adjusted?"
Aku mengharapkan formula akal logik.
"Hurm... I just feel it... " dia jawab dengan senyuman.

Feel lagi? Ikut rasa?
Orang-orang dulu kata (Melayu), ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Satu lagi yang biasa orang kata, sabar, sabar.. Jangan diikutkan sangat perasaan tu..
FEEL = RASA = PERASAAN = FEELING.. sama lah tu..

Nak ikut rasa ke, jangan ikut rasa.. nak ke.. jangan.. nak ke.. jangan..

Tapi tengahari ini, aku RASA, aku tengah buat perkara mengikut PERASAAN aku.. I FEEL like want to write for my blog. Jadi, aku menulis. Dan, aku RASA gembira.!

Tengok iklan minyak wangi Enchanteur, yang Siti Saleha jadi duta, kayuh basikal tu?
Kan lagunya...
"Saat kau lihat ku... ku teRASA ayu... lalalala...~" lepas tu diorang nampak sangat gembira.
Tengok dan dengar video di bawah ni kalau tak percaya.



Hari ini aku tak de pula orang yang boleh buat aku RASA ayu bila dia lihat aku. Maka, aku kena cari jalan. Walaupun aku perlu siapkan kerja sekolah, tapi, aku RASA aku perlu buat satu post kat sini dulu, dan sekarang aku teRASA ayu.. I FEEL happy..! Lepas ni baru la RASA nak siapkan kerja sekolah dengan hebatnya ! Yeah!

 ***********************
"Ain, jom keluar lunch"
"Aku tak nak keluar lah hari ni.. Aku RASA tak cantik hari ni.."

Dan aku betul-betul tak keluar lunch pada hari tu dengan dia.. aku memang manusia yang ikutkan RASA.. Ada siapa-siapa lagi berani nasihat aku, "Jangan ikutkan rasa" ?




Thursday, October 27, 2011

Redha Masih Tersekat


Kawan-kawan sedia menyanyi dan ketawa
Kawan-kawan setia tanpa kesah berapa harta
Kawan-kawan sedia bersama di waktu derita
Kawan-kawan berjenaka bila aku berair mata
Jadi kenapa perlu aku ketepikan mereka
Demi seorang pencinta

Kerana pada hari itu

Pencinta tiada untuk dengar cerita
Pencinta tak setia menunggu hilangnya lara
Pencinta tak sedia mendukung bila aku tiada daya
Pencinta merajuk minta dipujuk semasa aku seka air mata
Jadi kenapa perlu aku dahulukan pencinta
Demi membezakan pencinta dan mereka

Kalau itu dikatakan dosa
Buktikan pada aku yang kata-kata kau itu pahala
Kalau tak adil itu pencalar bahagia
Buktikan cemburu  baja rumah tangga
Kalau cemuhan itu pengubat duka
Buktikan dengan mata yang hati kau rela

Sakit bukan minta diubat
Hanya tuduhan teguhkan dendam kesumat
Lafaz mahu semuanya tamat
Tapi redha masih tersekat


** Tengah hujan aku tulis, berhenti hujan aku berhenti tulis, 4:14pm, 27/10/11, C21-208, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru, Johor**

Thursday, September 29, 2011

Di Saat Aku Mencintaimu - Mari Hadam Lagu


Ada satu tabiat, kalau dah tertarik dengan satu-satu lagu, aku akan dengar lagu tu berulang-ulang... ulang sampai lebam.. Kena kalau lagu tu tak digemari oleh room-mate, macam Lala pada satu tahun yang indah dulu, Lala menjerit, "Cukup Ain.. Cukup...!!!!!" bila aku pasang lagu Sayang, sayang, sayang, Alif Aziz.. hahaha.. lagi dia geram, lagi kuat aku pasang... Lama-lama.. proses menghadam lagu tu dah jadi biasa.. Kalau kata orang-orang tua.. "dah kena sampuk la tu..." Ala.. Lala pun ada masa akan hadam satu-satu lagu tu sepanjang hari..

Sukacita aku nak sebarkan, bahawa aku tengah kena sampuk @ menghadam lagu Di Saat Aku Mencintaimu.. oleh Dadali..

Mula-mula dengar, di radio.. Macam ni bunyinya..

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
Berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,


Masa rangkap pertama, aku biasa je, tenang... Aku fokus tengok jalan raya (okay, kantoi, aku dengar radio dalam kereta) Standard loser punya lirik.

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,


Okay, sekarang bukan saja sentap, tapi... kata P Ramlee dalam cerita Ahmad Albab,
"Dia nangish la.. nangish la..."

Okay, aku bukan nangis sedu-sedan ya.. sentap sikit je.. Biasalah, jiwa tengah sentimental.. sekejap je lah tau.. I am okay.. Serious...Hehehe.. Aku terus mendengar...

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.......


Okay, aku percaya, lagu ni tak berkait sangat dengan aku.. Confirm! Maka dah tak sentimental dah.. sebab.. Aku nak KATAKAN "aku sangat mencintai dirimu"??? Aku nak CAKAP?

Maaf ya bapak-bapak, ibu-ibu.. That is not Ain.. I even rarely tell my mother, my father, my younger sister, my younger brother.. that.. "I LOVE YOU" Why...? Why don't you simply accept that, IT IS AIN?

Kalau aku boleh faham, kenapa kawan-kawan aku yang dah buat Masters dalam Kimia suka guna perkataan solution (merujuk kepada cecair), kenapa kawan-kawan aku yang tengah buat Masters dalam Matematik mesti selitkan nombor dalam cerita dia, kenapa orang lain tiba-tiba cakap, "Tau la kau budak Fizik, tak perlulah nak tonjolkan dengan sebut, inersia.. momentum.. force.. daaa..." Kenapa orang tak boleh faham yang 'Love' seems to be the hardest word for me?

Tapi, malam tadi, Ajan cakap.. Seek to understand, then to be understood. 
Telur ayam dengan ayam, mana yang wujud dulu...?  Orang terlalu banyak masa terluang je yang akan sudi berdebat tentang soalan ni, kot...

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta



Dah.. sambung hadam lagu.. tanpa sebarang perasaan sentimental melainkan perasan suara bagus (nyanyi-nyayi dalam 'ofis' sambil baca kertas saintifik) Muahahaha...




Thursday, September 8, 2011

ERROR vs SABAH

Buat berkali-kali sudah.. Mesti ada error.. Font not embedded la.. Links are not allowed la.. Bookmarks are not allowed la.. Akibat utamanya, "your pdf file is not accepted'"..

ERROR

ERROR

ERROR

Setakat hantar untuk semakan awal, nampak ERROR, peluh kat dahi tak keluar pun. Cuba nasib kata. Tapi bila hantar tulisan akhir (final manuscript), bila deadline hanyalah tinggal kurang daripada satu jam, dan duit pendaftaran sebanyak RM 900 telah pun didahulukan, perkataan ERROR tak ubah seperti tengok HORROR!

"Hari ini hari gagal aku!"

Minggu lepas aku bagi pernyataan maut kepada diri sendiri, dan para pendengar paksa rela aku. Sebab perkataan ERROR tu. Sampai nak pukul 2 pagi aku hadap website tu. Tapi keajaiban berlaku, bila aku dah rasa sangat tak ada sebarang talian hayat, harapan untuk ke persidangan tersebut hampir kabur. ale-ale, "the deadline is extended"! Rasa macam orang lapar tak makan 3 hari tiba-tiba nampak ayam golek! Orang busuk tak mandi 3 hari tiba-tiba jumpa air terjun bersih lagi permai. Yuuhuuuu...!

Tibalah hari yang betul-betul akhir. Pun sempat makan (buka puasa) kat luar, shopping, window shopping (kekalutan dalam pembelajaran bukan penghalang sebarang terapi kebahagian), aku bekerja dengan penuh tekun untuk semakan terakhir tulisan yang bagi aku dah cukup saintifik dah tu. Lepas convert file doc jadi pdf dengan penuh hati-hati. Terngiang-ngiang pesanan dan pendapat beberapa orang tentang hal-hal teknikal ni, entah selepas bismillah yang ke berapa kali..
aku klik butang upload...
menunggu jawapan..
belajar untuk tenang..
untuk redha andai ditakdirkan ada lagi makhluk berupa ERROR...
Aku dah mula fikir, kalau ERROR juga, aku tak tahu nak buat apa dah. Siapa aku nak kacau pada jam 11.30 malam bila deadline adalah 11.59 malam?

Tiba-tiba...

Aku gosok mata betul-betul. Aku nampak.. Eh, aku keliru.. Celaru pun ada jugak. Berlunjur ala-ala Cleopatra atas sofa baru bakal ex-housemate sebab dia bakal isteri orang, aku tatap skrin laptop comel aku dengan penuh kesabaran.


Nampak tak..? (Klik untuk gambar lebih besar) Passed formating checks!! Satu kali cubaan je tau malam ni. Secara tak langsung, pdf file aku accepted dan lengkap lah proses pendaftaran aku ke persidangan tersebut. Yuuhuuuu!!!

Beberapa hari yang lalu...

"Tak apa Ain, conference yang ini saya tak paksa awak pergi pun. Kalau result tak ada, paper tak sempat buat, tak apa, Withdraw je untuk conference ke Sabah tu. Nanti awak pergi conference lain. Atau hantar jurnal terus"

"Okay Dr. Thanks" Aku jawab dengan nada hambar.

"Jangan paksa-paksa kalau tak dapat result tu. Nanti awak sedih-sedih macam putus cinta. Tak apa la."

Aku tarik nafas panjang-panjang, di tepi tangga, dalam perpustakaan.
"Okay. Tapi Dr, kalau saya nak pergi juga conference dekat Sabah ni, Dr rasa logik tak saya siapkan paper tu dengan tambah.. " blah blah blah (hal-hal saintitifik yang aku malas nak terangkan kat pembaca blog sekian)

"Boleh. Awak nak siapkan juga?"

"Saya nak pergi Sabah, Dr" menjawab tanpa rasa bersalah.

"Awak tu belum pernah pergi Sabah ke?"

"Belum"

"Okay, buatlah paper tu. Nanti kita tengok sama-sama."


Beberapa jam yang lalu...
Di bilik Encik Supervisor.
Kerja keras untuk menyiapkan paper.

"Saya tak sangka yang awak tu belum pernah pergi Sabah"

Errr.. selama aku berbincang tentang paper tu, dia cuma fikir, aku siapkan sebab nak pergi Sabah ke? Errr..

Wednesday, August 17, 2011

Ada Saja Yang Salah

"Tiap kali saya baca semula report saya, ada saja yang salah.."
"Iya kan, tapi itu hari awak terus submit, terus present, terus defense, kan?"
"Ha ah.. Malunya bila baca semula report ni.. Macam tak patut lulus je.. Banyak sangat salah.."
"Biasalah tu, kalau saya pun baca semula tesis saya, ya, ada saja salahnya..."
"Ye ke? Dr. pun sama ke?"

Seorang gadis cantik, iaitu aku, duduk atas kerusi di depan meja Encik Supervisor, dengan muka tak bersalah. Tunggu kata-kata seterusnya daripada beliau, yang berasal dari Indonesia.

"Ya lah.. report master awak tu, tesis saya tu, awak dan saya yang tulis. Tulisan kita ni harus saja ada salah tiap kali orang baca, malah tiap kali kita baca. Yang tulisan kalau dibaca banyak kali tapi tidak ada salah tu..."

"Itu mesti orang yang sangat bagus kan Dr.."

Aku memotong, konon-konon sangat memdalami pemikiran Encik Supervisor. Tetapi..

"Tidak, yang kalau dibaca banyak kali itu tetap tidak ada salah, al-Quran. Itu bukan ayat manusia, ayat Tuhan.. Report awak, tesis saya, tulisan manusia"

Sentap mak nyah..

"Jadi usah khuwatir kalau baca tesis kamu nanti, terus-terus jumpa salahnya... "

Baiklah Encik Supervisor!

Tuesday, August 16, 2011

Kedua-dua Gambar (",)



Apakah persamaan kedua-dua gambar di atas? Kedua-duanya menggambarkan filem yang telah ditonton oleh aku sejak dua menjak ini. Weeeheee..!

Pengajaran filem pertama, The Rise of Planet of The Apes, nasib baik manusia je yang Allah kurniakan ada akal dan kepandaian untuk menjadi khalifah, pemimpin di dunia. Kalau makhluk lain pun ada akal tersebut, haaaa.. manusia tak de nye sempat nak mendabik dada dengan kekayaan, meninggikan hidung dengan pangkat dan nama, menjeling orang yang serba kekurangan dengan segala kelebihan yang ada. Cewah.. Tak sempat, sebab manusia akan sangat sibuk mengharungi suasana haru-biru, tergugat dek makhluk lain itu. Gunalah akal tu baik-baik ya Ain.. Sebab akal lah yang menaikkan kau tu sebagai MANUSIA.

Pengajaran filem kedua, The Reef, bukan saja kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi kalau takut dimakan jerung, jangan pergi berlayar la wei...! Bayar tiket wayang untuk men'suspens'kan diri.. Haaa.. cerita inilah jawabnya.

Dan apakah persamaan kedua-dua gambar di bawah...


Kedua-duanya menggambarkan kulit depan buku & majalah yang sepatutnya aku dah habis baca tapi tak habis lagi. Gulp. Ain, Ain.. Cepat habiskan novel Khalid Al Walid Memburu Syahid ni.. Masa kelas Pendidikan Islam dulu kau tak nak baca betul-betul.. Ni dah bentuk novel yang menarik pun tak boleh nak habiskan.. Dan Reader's Digest Julai ini juga, dah setengah bulan Ogos dah Ain oiii..

Tapi ingat Ain,

To read without reflecting is like eating without digesting. ~Edmund Burke