Monday, April 5, 2010

Asyik diingatkan supaya ikhlas!

Salam...

Straight to the point (jarang-jarang aku suka pendahuluan macam ni), sejak dua menjak ni, aku selalu diingatkan supaya ikhlas.

Alkisahnya, aku bengang dan berkecil hati dengan seseorang. Sangat jelas kemarahan itu sampai talian di telefon aku matikan. Switch off the handphone. SMS dilayan sepatah sepatah. Seorang yang lain minta aku lupakan, abaikan. I said, "Okay" dengan hati yang masih jauh.

Tak sampai seminggu, akibat tidak menggunakan sebaris nasihat yang dikeluarkan oleh orang yang aku bengang itu, aku telah mendapat satu akibat yang boleh tahan besar. Sangat tertampar. Insaf!

Memaafkan mestilah ikhlas.

*************************

Dalam beberapa minggu sudah, hidup aku macam tak sempat merasa 'hilang penat'. Sejak daripada hujung Februari iaitu bila aku mula gantikan seorang pensyarah untuk memberi kuliah, aku perlu luang masa yang jauh lebih banyak untuk belajar, membuat persediaan, mengajar dan menguruskan pelajar seramai 34 orang. Tugasan itu boleh tahan berat, nak-nak, itu kali pertama untuk aku. Kerja-kerja lain tidak juga berkurang, malah bertambah. Sampai aku rasa tak patut ada manusia yang goyang kaki, berjalan lambat, chatting, facebooking lebih lama daripada aku atau tidur pada masa bekerja depan mata aku mahupun pada pengetahuan aku! Apatah lagi pergi keluar membeli belah semasa waktu bekerja di kala aku sendiri rasa cukup penat mental dan fizikal!

Aku jadi marah. Penat dan stress pun tak hilang. Padahal ubatnya mudah sungguh. Yang membolehkan aku mencapai tenang, dan diri ini juga lebih efisyen. Ubatnya?

Bekerja mestilah ikhlas.

*************************

Hari Jumaat lepas, lewat petang aku ke Angsana. Niat mulia, nak ke Badan, sebuah kedai buku. Ilmiah kan..? hehehe.. Mai beli majalah Solusi. Tajuk di muka depan majalah ada tulis perkataan 'IKHLAS'. Aku belum baca betul-betul lagi majalah itu, tapi tema beberapa artikel juga adalah 'ikhlas', termasuklah ;

Haruslah ikhlas dalam mendidik ikhlas.

(merujuk kepada mengajar anak-anak tentang sifat ikhlas agaknya)

*************************
Masa yang diluangkan di salun semalam membolehkan aku khatam satu majalah Mingguan Wanita. Siap tengok rancangan Nona lagi. Bukan hal salun yang aku nak kongsi, tapi perihal isi dalam majalah tersebut.

Ada secebis mutiara kata dicetak di ruangan kecil yang lebih kurang berbunyi, terimalah seseorang yang menyayangi (atau boleh menyayangi) kita seadaanya, jangan berlengah, sebelum seseorang itu tawar hati. Ikhlaslah menerimanya.

Menerima kehadiran seseorang dalam kehidupan ini mestilah ikhlas.

*************************

Juga masih dalam majalah yang sama, ada satu ruangan yang ditulis oleh kolumnis tetap. Perihal tok dan wan penulis yang masih berkomunikasi secara romantik walaupun dah bercicit, malah ada anak kepada cicit (tak tau nak sebut apa), padahal mereka berkahwin sebelum saling cinta pada satu sama lain. Rahsianya? Terima pasangan seikhlas mungkin. Niat berkahwin diluruskan.

Bernikah mestilah ikhlas.

*************************

3 comments:

Eyqa Zaque said...

ingat mengingat
manusia mudah lupa.
huhu

noorafzan.blogspot.com said...

terima kasih ayen kerana mengngatkan..
betul2..
kalau tak ikhlas, memang hati tak tenteram aje..

ayen =D said...

ada ms nanti, korang2 ingat kan aku plak time aku lupa..