Saturday, April 17, 2010

Siapa yang memekak...?

Satu tengah hari, dalam bilik solat yang hanya boleh memuatkan lebih kurang 7 orang untuk solat dalam satu-satu masa, aku duduk mencari bedak muka untuk ditepekkan pada pipi yang tidak cengkung. Di hadapan tempat aku bersila, seorang gadis mengerjakan solat Zuhur, memenuhi tuntutan Islam, jalan hidupnya. Senyap aku dengan bedak dan kemudiannya dengan pelembap bibir dan gadis yang sedang solat itu pula terus menyempurnakan 4 rakaat yang wajib.

Tiba-tiba berkumandang nada dering dari satu telefon bimbit dengan lagu 'Lemon Tree' untuk kali ke-2.

"hisyh.. masa orang nak sembahyang ni lah sibuk nak telefon.. ! memekak je..!"
tuan telefon bimbit itu mengomel dengan LANTANG.

hmm.. Orang yang buat panggilan memekak di bilik solat itu? Tahukah si pemanggil bahawa tuan telefon bimbit itu di bilik solat dan sedang memakai telekung? 'Memekak' itu sepatutnya ditujukan kepada telefon bimbit (si pemanggil) atau kepada tuan telefon bimbit yang mengomel dengan lantang, yang boleh dikategorikan sebagai bising? Kata orang memekak, tapi pada pandangan aku, dia yang memekak.

Kata dulang paku serpih...
Kata orang dia yang lebih...

Kemudian dia solat. Aku mengemaskan lipatan tudung di muka. Gadis di hadapan aku masih dalam zolat Zuhurnya. Tiba-tiba, nada dering yang sama berkumandang sekali lagi, lengkap satu lagu mungkin.

Siapa yang memekak sebenarnya ni?

Huh.. dunia.. dunia..

3.30 petang
15.04.2010
Dewan Cempaka Palm Resort
(semasa modul akhir dibentang dalam kursus "overview of outcome based learning")

2 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

dah tahu maca mtu patutnya dia silent mode kan phone.
marah2 pun tak guna gak kan sebenarnya.
muhasabah diri snediri.=)

nor ain said...

hehe.. betul tu.. bak kata tampalan di surau2 di hentian plus,

'tiada seruan yang lebih penting daripada seruan Ilahi'