Wednesday, May 19, 2010

Kalaulah aku seorang penulis diari

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Pada hari ke dua aku meletakkan diri di suasana baru, iaitu Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), UTM Skudai, aku merajinkan diri update blog menggunakan komputer awam di sini. Walaupun bunyi 'tap-dance' pada papan kekunci dek operasi menaip yang boleh tahan macam jurucatit di mahkamah mampu memeningkan pengguna PSZ yang lain, aku buat slumber.

Aku duduk di PSZ ni niatnya nak fokus buat beberapa perkara yang aku nak dan PERLU buat (malas nak cerita). Aku harap suasana baru (lain daripada bilik sendiri di fakulti) mampu menghilangkan kebosanan atau menyuntik semangat lain macam. hehehe.. Bukan lari daripada Mai dan Lala, housemate dan officemate. Boleh juga nak cuci mata tengok mamat-mamat cute (indahnya makhluk-makhluk lain ciptaan Tuhan). Boleh tahan efisyen jugalah pagi pertama aku lepak PSZ, Isnin lepas.

Sebelum memulakan hari nan indah dengan lebih jauh, haruslah aku baca-baca emel dan baca blog orang sikit. Dan akhirnya aku kuatkan semangat untuk menulis tentang satu cetusan di hati dan akal aku iaitu, alangkah baiknya kalau selama ini aku seorang penulis diari.

Aku baca blog orang yang menceritakan aktiviti mereka, aku rasa seronok. Nak-nak kalau cerita yang menarik dengan gambar yang informatik. Bukanlah yang hari-hari nak tulis, "I rindu my boyfriend", "kenapa dia tinggalkan aku.. aku masih sayang dia..", "hari ini aku bangun pukul 10, tidur pukul 10..daa.." dan lain-lain yang kalau tak baca pun tak ape. Itu hak diaorang lah kan nak tulis apa. Cuma aku sangat menghargai 'diari' kawan-kawan/blogger yang sangat membahagiakan aku ketika menziarah. Dah lama aku fikir tentang hal ni sebenarnya. Alkisah, malam tadi aku tidur awal dan bangun dalam pukul 1 pagi gitu. Nak tidur balik (selepas membuat beberapa perkara), aku pusing kiri, pusing kanan, tak lelap-lelap. Malah aku tersengih-sengih terkenang pengalaman yang sangat menarik, sweet, best, challenging dan macam-macam lagi tak kira manis atau pahit (gilo ke hape). Paling utama, selama 2 tahun aku hidup di perantauan sebagai pelajar. Warna warni hidup aku selama itu tak semuanya dirakamkan dalam kamera, blog malah diari. Alangkah bagusnya kalau aku ada diari, aku tulis semuanya, dan aku boleh baca semula (confirm kalau macam ni, lagi lah selalu aku tak lelap-lelap kan) *sentimental..zzzz...*

Aku pernah baca dalam Majalah Mingguan Wanita rasanya, mungkin penulis itu bernama Suzana. Ada ditulis tentang kebaikan menulis diari. Sejak dari baca tulisan tu, aku macam berazam nak tulis, tapi azam entah ke mana, kawan-kawan aku yang bernama Azam pun lama tak contact (tiba-tiba). Antara perkara penting yang aku ingat tentang kebaikan menulis diari tu, bila kita baca semula kenangan manis atau kejayaan yang lepas. Aku yakin perkara itu mampu memotivasikan diri sendiri. Paling penting ialah bila aku berada dalam keadaan sebegini;

"Apa yang aku buat bulan April lepas ek?"
"Apa pencapaian? Buang masa lebih ke, gunakan masa dengan efisyen yang lebih?"

Tapi, aku sure yang tak semua catatan diari itu milik umum. Bukan soal privacy sahaja, tapi lebih kepada mengelakkan orang menyampah membaca. hahaha.. Melainkan he/she is your special one. Macam parents kita, ada ke diorang menyampah ambil tahu apa yang kita buat setiap saat? (tiba-tiba aku sangat homesick semalam sebab tengok lauk asam pedas dalam TV, rasa nak makan asam pedas ikan kembung Mama.. waaa..!)

Malam tadi selepas Maghrib, sempat lah aku baca 2 atau 3 tajuk dalam buku Janganlah Bersedih. Ada satu tajuk menghuraikan tentang, eerr.. tak reti aku nak bermadah, tapi bunyinya lebih kurang; Janganlah dok fikir sangat hari semalam yang sedih-sedih, kecewa atau marah tu, kerana yang lepas tetap dah lepas. Jangan pula dok cemas dengan hari esok yang belum tentu sampai dan kita sendiri tak mampu yakin tentang kesusahan hari esok. Hiduplah dengan sungguh-sungguh hari ini, kerana hari ini pasti milik kita, dan kita perlu isi dengan sepenuh-penuh isi. Berbahagialah dan jangan bersedih.

Hakikatnya banyak je kata-kata tentang semalam, esok dan hari ini tu, tapi buku Janganlah Bersedih ni kumpulkan banyak-banyak tu dan huraikan dengan menarik, berdesup menikam kalbu. Maka nak kenang hal-hal yang lepas tu, biarlah ala kadar, dan nak fikir masa depan itu juga, fikirlah ala kadar. Paling penting, saat ini!

Hmm.. cakap pasal saat ini, aku teringat satu tulisan seorang Indonesian yang sangat menusuk pangkal hati aku. Nanti aku copy & paste di sini (selama ni aku haramkan diri aku daripada copy & paste tulisan orang.. takpe, aku fikir lah macam mana. hehehe) Kisah seorang gadis 13 tahun, yang sakit sampai doktor kata boleh hidup lagi 5 hari je! Okay, fine, cerita macam ni memang berlambak, tetapi pengisiannya.. hmm...

Okay lah.. aku nak kembali kepada tujuan asal aku ke PSZ.

Daaa...

***************

updated : ada tulisan Indonesian yang aku maksudkan, di bawah =)

2 comments:

lala said...

chayuk2 yen... semoga ko berbahagia di psz....

eh ape cite indonesian tu?? ko ni cite x abes laa

ayen =D said...

mmg bahagia skit td.. haa.. cite yg indonesian tu tulis, ada kat bawah post.. skian