aku yakin aku cantik, tidak fikir celaan orang, bukan bibir sebab tertarik, tapi apa kata dikarang. Bismillah, aku pun mengarang.
Tuesday, June 21, 2011
Fikir lebih sebelum pilih...
Semalam aku beli 3 benda untuk kegunaan Oyen aku (Oyen, laptop baru warna oren aku hehehe.. perlulah kan kenyataan 'baru' di situ) iaitu sarung laptop (yang nipis je tu, aku tak tau apa mau panggil), keyboard protector, dan lcd screen protector. Tak sabar-sabar, maka aku terus beli tanpa perincian yang lebih mendalam. Padahal laptop ada dalam kereta je pun masa tu. Boleh je nak bawa terus kasi install semua aksesori tu kan. Tapi maklumlah, nervous sebab terkejar-kejar nak jumpa encik supervisor masa tu (alasan..)
Hari ni, lepas lipat baju macam ambil part time kerja dobi (padahal lipat baju sendiri je pun), aku pun buka la semua barang-barang baru beli untuk Oyen tu. Berbunga-bunga hati untuk menjadikan Oyen lebih sempurna. Cewah..
Sarung dia.. haih, panjang cun dah, lebar pulak terlebih! Laptop aku terlalu kurus untuk beg tu.. huhuhuhu.. Tapi aku tak dapat rasa kurus (sekarang!), laptop rasa kurus jadi lah..
Keyboard protector, memang aku tahu panjang sikit dari Oyen masa beli. Aku gunting je la dengan gunting dapur. Tak cantik potongannya tapi okay la, masih boleh digunakan.. Bukti.. aku tengah menaip dengan adanya keyboard protector pada Oyen ni.. Berasa cukup dengan apa yang ada.. Qana'ah...
Berita utama hari ini, cerita LCD screen protector. Aku nak lekatkan protector tu mentah-mentag walaupun lebih besar dari saiz LCD screen laptop aku. Macam handphone aku juge.. Boleh je.. Tapi ale-ale tak boleh sebab ada border pada skrin ni. Border tu tak sama rata dengan screen laptop macam handphone aku.. Ada tebing.. So tak fully melekat pada LCD screen laptop aku. Faham tak? hehehe.. Aku sedar ketidakserasian aksesori itu lepas cuba lekatkan protectornya sendiri.. dengan mata kepala ini.. Manusia yang mementingkan praktikal lebih dari teori la kata kan. Buat dulu baru tahu kan..
Okay, tak pe, tak putus asa, aku pun potong dengan gunting. Freestyle gitu. Anggap je la aku berjaya potong. Senget sikit-sikit, seni kata.. Tetapi.. langit tak selalu cerah..
Aku dah lekatkan, dengan nafas kejap laju, kejap tak ada langsung. Tapi nasib tak menyebelahi, aku gagal beberapa kali cubaan.. dan bila rasa macam dah tak gagal, aku tak mampu pula nak hilangkan semua buble-buble yang ada pada skrin. Stress! Walaupun alat-alat pembersihan dah macam pro dah sebab guna alat-alat bersihkan lensa kamera, buble tak nak bercerai dengan screen.. Aku cabut balik protector tu.
Hampa.. dan.. buang. Ya la, bukan boleh guna lagi, mesti dah berhabuk-habuk sakan. (Tiba-tiba aku terbayangkan betapa berbakatnya orang yang kerja pasang tinted pada cermin kereta kan)
Pengajarannya, sila bawa laptop anda ke kedai bersama-sama semasa membeli aksesorinya dan minta orang kedai pasangkan terus LCD screen protector agar kegagalan baru tidak dicipta dalam hidup anda.
Sekian.
9 Jun 2011
** Tak semua benda dalam dunia ni boleh main redah. Salah pilih LCD screen protector, buang lah RM 10, macam tak de banyak sangat rugi..
Salah matching kan tudung dengan baju, taklah dibuang negeri, boleh jawab "ini fesyen color blocking la wei.." Kan...?
Tapi masih tak semua benda boleh main redah je.. Tak boleh salah pilih.. Jadi apa salahnya fikir lebih sebelum pilih?
Tolonglah..
Fikir lebih sebelum pilih...
Friday, May 27, 2011
Oslo Must Go, Study Must Also.. : Cerita Lama
*****************************
Satu jumaat, sign in (YM) Yahoo Messenger, dengan berstatuskan "Oslo, Oslo.. "
Tiba-tiba, seorang brother happening yang aku kenal masa BTN (Biro TataNegara) di Balik Pulau sebelum sambung belajar di perantauan dulu hantar mesej kat YM, "Oslo must go, Study must also.. " Encik Hafiz, terima kasih! akan kami kenang selalu.. hehehe.. ('kami' merujuk kepada aku dan 3 kanak-kanak ribena yang lain)
Oslo? paling glamor Oslo kat sini, ialah sejenis pizza di Pizza Hut.. iaitu.. pizza seafood.. hehehe.. habis takkan kami nk makan pizza ayam lak.. sah-sah tak sembelih- maksud halal pun belum tentu orang Pizza Hut tu tahu- Dan.. takkan vegetarian pizza je selalu.. huhu.. eh, bukan pizza Oslo yg nak diceritakan.. tapi..
OSLO, sejenis software yang digunapakai dalam kelas semester ini, kelas Optical Design.. dengan OSLO, kita boleh design optical system untuk pastikan sistem itu menepati ciri-ciri yang dikehendaki.. Contoh optical system ;
err.. bukan OSLO ini juga la yang best untuk aku ceritakan… tapi..
Oslo, bandar di Norway.. kalau ikut kata Mai.. bandar termahal di dunia.. hehehe.. Status di YM yang berupa "Oslo, Oslo.. " tu sebenarnya menunjukkan mood pada masa tu yang dah tak sabar nak tunggu weekend untuk ke Oslo =) Yuuhuuu!! (Tiket murah macam promo AirAsia lah)
Eh kat luar pun akak cantik tu pakai lawa-lawa?
Pakai lawa-lawa semua sempena hari kebangsaan Norway- Yang berbaris dan buat persembahan malah yang datang sekadar menyaksikan pun pakai pakaian tradisional diorang- Hari Kebangsaan Malaysia aku pun tak pernah lagi tengok perarakan dengan baju kurung-Itu hal yang buat pening.. hal yang buat hati kepala dan perut kecut ialah.. berlari sekuat hati menuju ke hotel selepas makan kentang goreng dan ikan yang mahal giler, dengan sos ala-ala halia naik ke hidung..! Euuwww! Berlari kerana ‘ditemuramah’ oleh seorang lelaki mabuk selepas festival national day Norway.. huh.. Selalu je jumpe orang mabuk, tapi, tak tahu kenapa, kali ni, rasa macam nak nangis sangat.. huhuhu.. nape la ada org mabuk dalam dunia ni.. huhuhu..
Merasa la aku mengalami terkujat, kaget, terkasima, akibat kemahalan yg 2, 3 kali ganda dari harga biasa. Memang tempat mahal ler.. Satu burger McD (burger sahaja) sama dengan harga satu set McD (perbandingan Eropah lah)- Mana tak nyer, banyak rumah tepi pantai.. bersama dengan bot-bot persendirian!! Ada pulau persendirian la… huh.. kaya, kaya, kayap aku dok lama-lama kat situ..
Atas kiri : Kecewa sebab terlepas botAtas kanan : Isi masa lapang baca peta
Bawah kiri : Tempat duduk belakang bot kami yang punya! muahaha!
Bawah kanan : Pulau yang ada satu rumah dan siap ada tempat terjun ala-ala kolam renang gitu (kiri gambar); mantop!!!
Naik bot melihat kemewahan.. huhu.. err.. melihat keindahan ciptaan Dia.. before tu.. ke theme park.. hhmm.. biasa la.. theme park la.. hehehe.. apa-apa pun, aku kagum dengan terapi yang aku buat, iaitu terapi tekak dan hidung, yang mampu buat selsema aku lega sekejap.. terapi ketika menaiki benda-benda yang boleh membuatkan aku menjerit.. tahniah kepada pencipta terapi tersebut.. huh.. terima kasih!
12 Mei 2008
Dom Studentski Zaczek; Warszawa; Polska (Student Dormitory Zaczek; Warsaw; Poland)
******************************************
Punyalah kaya negara Norway tu; semua orang tua (aku tak ingat umur berapa) akan diberi wang pencen secara automatik; tak kira lah kerja ke tak kerja sebelum tu dan kerja apa- Penganggur pun dapat elaun kalau tak silap- Perubatan pendidikan memang percuma lah kan- Lebih menarik; artikel tu ada sebut yang negara kaya dengan minyak ni (minyak lah kalau aku tak salah faham) pernah tersalah tadbir kekayaan negara mereka- Kesan salah tadbir tu aku tak berapa nak baca (artikel omputeh kata); yang pastinya ada ditulis; kerajaan Norway cepat sedar dengan pengurusan kekayaan negara yang tak berapa nak bagus itu; dan buat mereka ubah sistem mereka; sampailah mereka mampu kekal kaya sekarang- Negara pengeluar minyak yang kaya; kekal kaya; dan rakyatnya merasa mewah- Okay; aku tak nak komen banyak sebab aku baca artikel tu tak sepenuhnya- Maka- Malaysia- Hurm- Okay; tak nak buat kesimpulan juga hahaha-
*Rindu Husni; Pat dan Kat; kan Lala? kan Mai?
Monday, May 23, 2011
Sehari di Scrap Bug
Dah berbulan-bulan aku lalu depan satu kedai yang berada dalam satu shopping mall yang selalunya menarik perhatian aku tapi aku tak keluar-keluar duit pun untuk kedai tu- Jimat atau kedekut- Mother knows better! (macam cerita Rapunzel daaa)
Tapi akhirnya duit aku sampai juga pada tangan orang yang berada dalam kedai tersebut- Duit yang dikategorikan sebagai yuran workshop tu bukan lesap; tapi telah pun bertukar menjadi hasil secara fizikal dalam rupa bentuk seperti gambar-gambar di bawah-
Daripada kalendar 2010; dah berhabuk-habuk sampai mampu menambah kerengsaan kulit jika tersentuhnya; gambar tiga gadis comel pada satu masa yang indah dulu dah tukar jadi layout yang lebih bermakna : My first layout di kedai Scrap Bug semasa workshop 'basic' Jumaat lepas- Hoooyeeeehhh!!!Paling kiri tu produk asal; tengah-tengah tu masa proses reframe; cikgu aku panggil 'matting' dan yang kanan sekali tu adalah hasil akhirnya- Kata cikgu; ini layout basic-
Dan my second layout yang lebih haru-biru proses nak hasilkannya sebab nak letak macam-macam gambar; ini dia; gambar keluarga aku! tadaaaa!
Projek 3 jam setengah aku tu buat aku lari dalam dunia aku sendiri- Macam ala-ala budak tadika masa tengah mewarna- Mana ada fikir hal nak bayar bil telefon ke; hutang kad kredit ke; kerja dengan supervisor ke kan- Haaa sama la dengan aku time tu- hahahaha- Ini hasil yang dapat aku upload- Hasil yang tak mampu aku upload; berupa feelings dan ilmu-ilmu teori ada yang aku dah lupa belajar masa kelas pendidikan seni dulu dan ada yang aku tak pernah tahu pun; dan ilmu-ilmu tu sangat berguna- Jangan kata berguna untuk minta kerja atau penulisan tesis anda; ianya tak ada kene mengena- Tapi for me; berguna- lalalala~Daripada rule of third (yang digunakan dalam ilmu fotografi juga); posisi-posisi menarik untuk 'tarik' mata orang yang melihat hasil kerja; warna; corak heavy dengan corak tak heavy; positif negatif gambar; gabungkan 6 kertas bercorak pada satu projek; koyak-koyak kertas; kasi warna guna distress ink (ala-ala kesan kertas terbakar; yang dulu-dulu aku buat guna ubat nyamuk yang melingkar tu) sehinggalah kepada mood dan feeling- Hmmm- Tak dapek la den nak cito semuo kan-
Nanti senang-senang nak belajar teknik yang lagi superb!
Cikgu aku haritu tak berhenti menerangkan selagi aku tak faham- Terima kasih cikgu!
Tuesday, May 17, 2011
Tak Ada Duit
Aku taklah suka tengok sinetron Indonesia, tapi pagi yang hampir tengahari di rumah sewa seorang diri aku isi dengan suara dari TV, tertayang sinetron dari negara jiran yang satu tu- Biasalah, cerita-cerita macam tu, orang baik, cantik, mesti teraniaya kan-
Sampai satu babak, suami isteri tak boleh tidur sebab lapar- Aku terfokus pada babak tersebut-
"Maaf ya, buat kamu terpaksa tidur lapar begini" kata si suami- "Yuk, munim, kita sahur" cadang si isteri yang cantik- "Puasa" soal suami-
"Rasulullah kan berpuasa kalau di rumah tidak ada makanan" Si isteri bangun dari katil, buat air- Si suami memandang isteri, mata berkaca- Aku rasa, babak mantap!
Teringat aku satu cerita, mama dan papa yang cerita- Seorang lelaki beranak dua, cerita yang dia asalnya taklah sayang sayang isteri dia dengan nada slumber- "Main kawen je" Kata dia lah-
Satu hari, suami isteri tu makan sama-sama di rumah- Lepas syok makan, lauk pauk habis- Tinggal nasi putih ja- Aku pun biasa buat, lauk habis, berhenti makan- Si suami yang bercerita kata, dia berhenti makan- Tapi si isteri terus makan seorang diri- Si isteri makan nasi putih sahaja dengan sangat berselera dan tekun- Tak perasan si suami pandang-
"Woi, lapar sangat ke sampai nasi putih pun hadap macam tu" kata si suami- Okay- Itu adalah aku tambah-tambah cerita-
Si suami tengok si isteri, baru teringat, yang isterinya adalah dari keluarga susah- Adik beradik ramai- Tak cukup makan- Logik lah kan untuk cerita dulu-dulu- Adik beradiknya didahulukan untuk makan sampai dia pada masa dulu biasanya hanya makan keras nasi saja- Berlinang air mata si suami melihat isteri yang masih meratah nasi putih-
"Sejak tu aku sayang bini aku, bang" tutup cerita si suami tu pada papa- Meremang bulu tengkuk aku masa papa cerita semula pada aku- Malah semasa aku menaip ni- (Banyak lah bulu tengkuk ko kan)
Sebenarnya aku bukan tak ada duit- Bukan tau Ain! Tapi aku ada baaaanyaaaak duit- Sampai tak pandai nak uruskan dengan bijak- Banyak sangat la katakan- Ain, Ain-
"Biasanya orang nak uruskan duit dengan baik selepas jadi kaya- Tapi mereka silap! Sepatutnya mereka uruskan duit dengan baik dulu, baru mereka akan jadi kaya" Petikan buku yang Ajan tunjuk pada aku Isnin lepas di MPH Jusco Taman U- First time kot aku tengok buku-buku macam tu- Tapi tak beli lah- Belum beli- Tak ada duit- Eh, bukan, duit ada, belum ada untuk beli buku tu- =D
20 April 2011 - 11:05 pagi
Wednesday, May 11, 2011
Attention! : Cerita Lama
# Attention! Masa tulisan ini dibuat; aku belum ada kesedaran menjaga bahasa yang tinggi berbanding sekarang; Tak larat nak edit semua; banyak sangat bahasa SMS- Harap maklum-
*************************************************************
hari jumaat lepas.. kitorang budak-budak Optics kat Universiti sini ni, ada visit ke Military University of Technology, Warsaw, Poland.. untuk tengok research2 dan lab diorang la..
dalam kepala, syok habis la… jumpe abang-abang askar.. tengok diorang training ker, kene denda ke, macam ATMA kat UTM skudai dlu.. (abang-abang ATMA jangan marah ek, i suka stori pasal u all, kene dende pun comel.. he3).. tp tak de la senang jmpe diorang pn.. sbb mmg byk spend masa kt lab la..tp tak pe..
hakikatnya, bangunan diorang memang tgk mcm nk roboh.. bangunan lama la katakan.. tp dlm bangunan, mak aih, cantik seh.. ada satu bangunan lab tu, ada pintu utama, mcm pagar besar la.. sorang classmate kitorang, gadis filipina kata.. "wah, prison break!!" hmm.. cite ni mcm tak best sgt je.. he2.. ok cite lain la
ok, kmbali kpd lab.. stakat sensor, kat senjata, kenderaan perang..sensor kat kubu..nk elak kenderaan senang meletup la.. sensor kt badan askar utk detect kene serang kt bahagian mana.. kamera IR (infra red) yg detect object berdasar kan suhu.. (ha yg ni aku pn xphm2 cmne dia detect).. buat thin film guna laser mmg success je.. kang cite smua, pening lak korang baca.. semua mmg mantap la kitorang tgk.. agak kagum la.. tp, tak tau la sistem kt Malaysia aku takpernah tgk pn kan.. sbb tu tak leh nk kata sape lagi hebat pn.. he3.. (dlm hati, patut la ada kmnterian msia and prof kt UTM pi mlawat akademi ni tahun lepas.. mmg.. wau..!!!)
dan, cerita klimaks nya, ialah..
last2, kitorg nk la amik gambar dgn abg yg beruniform smart yg iring group ktorg.. sepanjang visit lab2 tu..
so, kami cakap.. nk amik gambar blh? (dh translate la..)
dia kata, "sure.."
then, bergambarlah kami.. then, kami tukar2 la tukang petik gambar supaya smua org ada peluang masuk dlm gambar.. (phm kan motif ni?)
~Tu dia abang askar yang kami dapat tangkap~
Dan yg lucu plus comelnya, abg askar tu plak kata "let me take the pic for all of u"..
huhuhu, oh abg askar, apakah maknanya, dh sah2 la kami nk amik gambar dgn abg!!! tp tak pe la, at least kami kenang, gambar tu abg yg amik.. layanlah, abg amik la gambar utk ktorg tu..
dan.. yg menarik nyer.. masa nk amik gambar, yg tukang pegang kamera, mstilah kata.. "ok, 1, 2, 3, smile..!" ada yg kata, "ok.. smile!!" ada gak kata, "ok friends, here..!! " Kitorang senyum-
korang tau apa abg askar tu kata masa dia yang nk petik gambar utk kitorang? (dlm nada senyum mengenangkan situasi yg sweet)
aku nk gitau korang, abg tu ckp;
"ok, attention…!!"
huhu.. mmg sah dia askar.. attention!!!
Monday, May 9, 2011
Tulis Apa yang Kita Fikir : Masalah Baca Novel
Sudah habis lantai rumah disapu daripada belakang televisyen, bawah alas kaki, bawah dacing penimbang berat badan sampailah ke bawah sinki di dapur, cawan-cawan dalam sinki siap dibasuh, bila rasa badan panas dan rasa diri berhabuk, aku sudah siap mandi dan pakai segala macam pelembap untuk muka, tangan sehinggalah kaki, tapi..... (tarik nafas sekejap) aku tetap rasa tak cukup selesa.
Aku baca novel di bawah kipas siling, peluk satu bantal. Seorang diri kat ruang tamu lapang tanpa sofa. Kononnya santai lagi menenangkan. Tapi setiap muka surat diselak buat aku rasa macam tertekan tak tahu hujung pangkal. Memang cerita berat, tentang kemasukan Islam ke Tanah Melayu (aku ke yang baca novel ni cayo la cakap den) tapi aku yakin bukan salah isi novel aku rasa macam ni..... (tarik nafas panjang sekejap)
Aku betul-betul mengharapkan lebih tenang dalam jam-jam berikutnya hari ini. Bohong kalau aku cuba mempositifkan diri dengan membayangkan aku tengah gembira dan lalalala~ Selepas beberapa minit, aku dah sedar proses cleaning yang tidak selesai lagi ialah ‘pembersihan’ fikiran yang berserabut dengan macam-macam things-to-do.
Kalau tak terbuat, cukuplah kalau tertulis. Tulis! Orang pertama yang mencadangkan "tulis apa yang kita fikir” dalam hidup aku sepanjang yang aku ingat adalah pengetua MRSM Jasin satu masa dulu; mungkin 2002 atau 2003; Dr Fathanah- Ya, aku tulis lah ni.
Nasib baik ada bawa balik laptop ke rumah sewa; kalau tak biasanya tinggal di bilik kerja di fakulti dek berat berkilo. Tapi aku nak tulis apa. (tarik nafas panjang dalam-dalam sekejap)Haaa tulis pasal novel!!!
Novel pertama aku beli hari ke Pesta Buku di PWTC haritu ialah Contengan Jalanan, tulisan Hlovate yang aku beli atas dasar “redah je” . Tak tahu cerita pasal apa. Hanya tertarik dengan betapa tergamaknya penulis biar kulit novel tu tanpa sinopsis. Walaupun Zafran dah cakap, “Aku tak suka buku Hlovate, bahasa dia sangat santai”, aku beli juga sebab bukan aku protes Zafran, tapi sebab aku memang ‘takut’ baca novel bahasa ‘sempurna’. Dulu aku pernah baca novel “Ombak Rindu” yang boleh dikatakan ramai orang (kawan-kawan) baca. Ada kawan cakap “kalau kau mula baca novel dengan Ombak Rindu; ko akan suka novel” Tapi kawan, aku tak suka novel pun lepas baca Ombak Rindu. Huhuhu~ Aku rasa serik ada lah.
Okay; kawan-kawan; terutamanya peminat novel Ombak Rindu- Aku tak kata aku serik baca Ombak Rindu sebab novel tu tak best- Tidak!Masalah pertama aku, aku adalah manusia yang tak sabar kalau baca cerita, aku nak habiskan cepat! Sebab tu lah aku tak jadi kerja kalau dah mula baca novel, sampai sanggup stay up sampai 3 pagi, macam yang jadi minggu lepas bila aku baca Contengan Jalanan dan pada tahun 2008, aku baca novel Ayat-ayat Cinta- Memanglah aku sanggup stay up untuk Contengan Jalanan dan Ayat-ayat Cinta tu dah kalau aku baca dalam pukul 2, 3 pagi tapi aku boleh ketawa atau menangis untuk novel tu kan- Tak ke novel-novel tu hebat?

Masalah kedua aku; hmmm nanti sambung la~
Wednesday, April 27, 2011
Redah je... Contengan Jalanan
Sebelah backpack nampak dua beg plastik.. yang ada baju-baju kotor hasil jalan-jalan cari pasal hujung minggu lepas.. Nanti aku cerita lah ke mana aku jalan-jalan tu. Mata bergerak lagi.. ada fail-fail dan buku-buku yang tidak disusun kemas apatah lagi ikut sistem perpustakaan. Terbaring botol losyen. Baju dalam almari ada yang terjuntai, tak sempat lipat, main sumbat.. Atas lantai ada gulungan sejadah berintikan kain telekung.. Errr.. sungguh comot.. Nak kemas ini dulu la.. eerr.. yang itu dulu lah.. hmmm.. almari dulu la.. Arrghh!! Sambung baca novel la..
Aku bukan pembaca novel. Geli nak mengaku. Bukan pandang serong pada pembaca novel. Geli tu maksudnya rasa kurang sesuai dengan aku la. Macam aku geli nak pakai reben besar kain kat atas tudung. Tapi aku tak kata orang yang pakai reben tu buruk atau jijik.
Tapi aku ada novel ni sebab Pesta Buku di PWTC Ahad lepas la.. Ops, tercerita satu aktiviti hujung minggu lepas.. Atas pengaruh Zafran juga.. Tema hari tersebut, redah je...!
Aku main redah je, tak tahu pun novel tu aku akan suka atau tak, cerita pasal apa.. Aku hentam..
Rupa-rupanya aku suka.. Novel bertajuk Contengan Jalanan, tulisan Hlovate.. Mula-mula Zafran tanya kakak kat booth novel tu aku dengar macam tajuk buku "Hello Vet" hahaha.. Kenapa aku suka.. Errmm.. nanti aku buat review novel tu la..
Tak fikir panjang.. cerita best ke tak, ayat aku faham ke tak, tema cerita apa pun tak tahu.. Ye lah, tiada sinopsis pada kulit buku.. Serius berdebar nak beli. Tapi ikut tema, redah je..!

Bila best, aku rasa sangat bagus tema "redah je..." ni.. Ya lah, kita tak luangkan masa dan tenaga apatah lagi urat-urat kepala untuk terlalu banyak fikir tentang satu-satu perkara. Kalau tak best, kita redha.. rasa tak rugi sangat.. sebab tak berapa nak penat.. Kalau best pula, alangkah berbaloi-baloi!
Kan best kalau perkara-perkara yang ada kat tiap sudut kepala otak aku ni (macam barang-barang yang ada kat tiap sudut bilik aku malam tadi) boleh aku guna tema yang sama, "redah je...", tak perlu fikir susah-susah.. tenang.. bahagia.. lalalalala....
Sha la la la la.. (clap clap clap) Sha la la in the morning...
Serius bahagia..
Macam pesanan penaja tengahari semalam, daripada Encik Supervisor ;
"Awak tu jangan fikir susah-susah.. Ni mesti fikir susah-susah.. Tenang-tenang saja Ain.. Ini awak tu belum kahwin.. Kalau macam saya ni nanti, ada keluarga, ada anak-anak, lagi banyak nak fikir.. Kalau sekarang awak tu dah fikir susah-susah... Macam mana nanti-nanti?"
Hurmm... boleh ke redah je...?
Sunday, April 3, 2011
Awak tu Jangan Down Ya
"awak tu jangan down ya"
Antara tagline kegemaran sejak dua menjak ni di kalangan aku dengan kawan-kawan- Tapi pertama kali aku dengar (Mac lepas) terkasima lah juga sebab "eh macam mana dia tahu aku akan down?"- Dia ialah Encik Supervisor aku-
"jangan nanti awak tu dah harap dapat attachment di sana; awak kerjakan macam-macam; sudahnya; awak tak dapat- ingat tu; awak tu jangan down ya"
Haa lebih kurang begitulah ayat yang lebih penuh- Isi utamanya; jangan menaruh harapan terlalu tinggi; kalau tak dapat apa yang diharapkan nanti takut remuk-redam hati-
Teringat aku masa tingkatan dua; subjek bahasa Melayu ada soalan tatabahasa; tajuk yang dibincangkan ialah kata majmuk- Kalau bukit jadi bukit-bukau; lauk jadi lauk-pauk; kalau remuk? Aku jawab remak-remuk! Serius bo***!
Sambungan isu kata majmuk; kalau kembang?
Bak kata lagu Ketika Cinta Bertasbih ciptaan Melly Goeslow;
Kembang-kempis dadaku Merangkai butir cinta
Okay aku tak rasa itu kata majmuk; itu hanyalah flip-flop macam dalam litar elektrik- errr-
Berbalik kepada cerita "awak tu jangan down ya"; teringat satu peristiwa masa aku baru beberapa minit selesai temubual bersama para panel untuk tesis Masters aku- Nama biasa mereka sebut ialah Thesis Defense- (Perbentangan depan orang awam tu lain ye)-
Selesai Thesis Defense; aku jumpa seorang profesor untuk berterima kasih dan berbual-bual mesra- Dia tanya apa rancangan aku selepas habis Masters- Dengan yakin aku jawab; "I would like to do a PhD"; disertakan muka comel lagi suci- Ahakz-
Itulah yang dah tertanam dalam kepala otak aku sejak aku kecil- Punca? Mungkin- Mungkin sebab masa aku sekolah rendah; bapak aku suka buka TV masa aku tengah siap-siap nak pergi sekolah dan banyak kali pula aku ingat slot bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah di TV dan aku dok fikir yang aku nak ada "Dr" kat depan nama aku macam beliau- "Macam best je"- Ditambah pula dengan kehidupan yang aku pilih sekarang; kenapa mesti aku tak yakin nak jawab "I would like to do a PhD" kan?
Tau apa profesor tu jawab kat aku?
Nak tau?
"Hurrrmm- PhD is not for everyone- You still can become a good person without a PhD"
blah blah blah blah Dia menambah;
"You cannot do a PhD- I don't think so"
Aku masih terpacak depan dia dengan gigih aku teruskan perbualan; dan mengucapkan terima kasih atas 'segala-galanya'- "I really appreciate it" dengan mata yang tidak kering- Errr-- Tak ke remak-remuk? Eh; remuk-redam? Macam seorang perempuan dengan gembira menyampaikan hasrat nak jadi model tapi dijawab oleh seseorang yang mendengar; "awak tu tak boleh jadi model tapi lebih sesuai jadi penulis novel- Sebab ya la- Nak jadi model ni sebab rupa- Dan- Hurm- Awak tak boleh jadi model"
Mungkin masa tu aku sangat perlukan; "awak tu jangan down ya"- huhuhu-
Tapi dah lepas dah- Dah dua kali raya puasa dah pun selepas peristiwa tu- Aku rasa aku dah tinggal kan 'down' yang itu- Mulakan semangat baru! Dan menghadapi 'down' yang baru! Yuk!
Ingat; awak tu jangan down ya!
Thursday, March 10, 2011
Itulah Sayang~
Aku stress giler!
Kerja yang encik supervisor 'minta tolong' tak siap lagi- Encik supervisor harap dapat esok-
Esok? Ya esok merangkap hanya ada beberapa jam sahaja di UTM di pagi hari sebab dah nak naik bas ke KL untuk meneruskan hobi menghadiri kenduri kahwin!! Muahahahaha! Hobi di situ! Owh kenduri kahwin bukan di KL tetapi KL hanyalah tempat transit- I am going to KEDAH!!!!
Itu memang menggembirakan-
TETAPI!
Tiba-tiba encik supervisor telefon-
"Awak ada kat mana?"
"Di bilik saya"
"Eh tak ada kelas ke?"
"Baru balik dari kelas lah ni"
Dalam hati "Baru balik dari kelas lah ni- Siap buat presentation kumpulan dah tadi-"
"Okay Saya nak beritahu awak yang esok pagi nak bincang pasal proposal FRGS- Boleh ya?"
"Boleh"
Takkan nak jawab tak boleh pula kan-
Okay- Which one I have to do first?! Tiba-tiba rasa pening-
Masuk pula SMS dari partner kumpulan untuk kelas Falsafah Sains dan Ketamadunan- Kelas ni tadilah yang kami buat pembentangan kumpulan tentang Penyelidikan Ilmiah- SMS tersebut berbunyi (ada bunyi okay);
"Ha? Serious? So kena prepare form untuk survey dan interview ke?"
Tegangan di kepala otak ini bertambah kerana ia juga bermaksud TAMBAHAN KERJA yang baru disedari oleh aku dan partner kumpulan aku petang ini!
Okay-
Tarik nafas-
Dan terhasil lah tulisan ini- Writing Therapy kata!
Ditambah dengan rasa sedikit tenang dek lagu berikut (kalau tak tahu; sila Google atau cari di Youtube ; I am listening to Yuna's and the gang version);
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Okay- Aku nak tengok wayang!!!!!
*Bila banyak sangat perkara yang nak dibuat; aku rasa macam tak nak buat semua langsung- Adakah itu normal? Itulah sayang~ Lalalalala~
Tuesday, February 8, 2011
Tengok teater Primadona... Perahu Mimpi
Sebelas (11) malam yang lepas; aku telah buat satu perkara yang aku tak pernah buat sebelum ni- Iaitu tengok teater! Selalu sangat teringin nak tengok tapi ye lah kan; nak seribu daya tak nak seribu daleh (asalnya tadi aku nak tulis 'ada saja kengkangan yang datang'- alasan!)-
Dekat saja; di Dewan Sultan Iskandar UTM; sebab tu aku dapat tengok- Aku beli tiket RM 20- Lepas beberapa ketika; aku telefon Olie; beritahu yang aku dah belikan tiket untuk dia; mak dia dan adik-adik dia (sporting kan mak dia) juga-"Kau pun beli RM 20 punya tiket ke Ain?"
"Ha ah lah"
"Kenapa kau tak dapat harga student?"
"Alamak!!!! Aku lupa!!!! Aku lupa yang aku student!!!!"
Memang masak lah kena ketawa dek Olie atau nama sebenarnya Zuhaili si comel dan petah- Aku menderma lebih RM 10- huahuahua-
"Aku neves ni"
"Apsal kau nak neves plak?"
"Aku takut nanti aku tak suka"
Boleh pula aku nak nervous disebabkan itu kan-
Hasilnya-
Aku suka!!!!
Sediakan minda dan hati yang neutral; insyaAllah; mesej dan keindahan sesuatu perkara itu dapat kita lihat- Cayolah cakap den!
Aku suka jalan ceritanya- Aku suka mesejnya- Aku suka skripnya yang sinis-sinis- Aku suka muzik yang mengiringi- Aku suka suara-suara penyanyinya- Owh bukan suka- Aku sangat suka suara-suara penyanyi-penyanyi; nak nak Datin Shima- Mantap!!! Aku suka tariannya-
Paling aku suka; aku disalam oleh seorang wanita yang berpakaian formal (sepatutnya tengok teater pakai formal lah kan) dengan sangat padat persalamannya (betul ke perkataan ni?) sambil berkata;
"Terima kasih ya datang"
Aku pun sambut jabat tangan super-mesra; sambil tunggu persembahan mula; aku menonjolkan keramahan aku ;
"Dari kumpulan kebudayaan Johor ke?" aku tanya wanita tu-
"Tak; saya penulis bebas; ada masa saya hantar kat DBP"
Aku bersalaman dengan Rahimah Muda; penulis teater tersebut rupa-rupanya- Tiba-tiba aku rasa excited! Aku rasa aku dia idola tambahan untuk aku sekarang-
"Kalau aku jadi penulis teater nanti; aku nak pergi ke banyak penonton dan salam diorang sambil cakap; terima kasih sebab datang dengan gembira macam Rahimah Muda" bisik aku pada Olie-
Appreciation can be simple but really valuable- Give it; then you will get it-
Eh; aku nak minta maaf; sebenarnya ini bukan teater pertama aku tengok dalam hidup aku lah- Hohoho- Tapi teater pertama aku tengok di Malaysia- Hehehe- Senang-senang aku tambah pasal teater yang betul-betul pertama aku tengok ya-
** Ain; kalau nak jadi penulis teater; pastikan berjaya jadi penulis scientific papers dan penulis tesis kau juga!!**







