Tuesday, April 27, 2010

Aku dan tengok wayang

Mana boleh duduk rumah awal sangat. Perlu cari aktiviti...!

Atas dasar tersebut, yang lebih yakin dilontarkan berbanding dasar dalam negara atau dasar luar negara, tidak memasal aku sanggup keluar semula dari rumah sewa untuk menonton wayang. Padahal aku dah berada di fasa selesa, bergelimpangan di ruang tamu tengok cerita Adamaya selepas pulang dari kerja.

Sanggup.

Dah lah nak tengok wayang cerita ringan. Aku dan Lala anggap itu cerita ringan sebab dibandingkan dengan cerita Loser. Filem yang kami, manusia-manusia penyokong-industri-filem-tanah-air tonton malam tadi adalah, Hooperz. hahaha...

Pendek kata, ayat yang singkat untuk dilontarkan oleh lidah tanpa insurans-khas-lidah ialah,

"cerita ni pandai sikit lah daripada Semerah Cinta Stellato"

Okay, bukanlah nak kutuk sangat cerita Semerah Cinta Stellato tu. Nanti aku tergolong dalam golongan yang dilabelkan oleh para artis sebagai "blogger tulis ikut suka.. blah blah blah.." Aku tak nak tergolong dalam golongan tersebut. Cuma aku rasa, cerita Hooperz pandai sikit lah.. Tu je..

Apa pun, aku suka awek vokalis Bunkface tu dalam Hooperz.. Siapa ntah nama dia. Makin aku pandang, makin cantik lah. hehehe.. Begitu juga AJ dalam filem tu, yang jadi Saerah dalam cerita Dunia Baru. Memang slumber dan sempoi. Bak kata Lala, cerita tu ada maksud lah yang cuba disampaikan (dengan gaya berkaliber kak Ogy masa bagi komen dalam Akademi Fantasia). Cuma pelik, kenapa filem tu memang nak buat gaya berlaku pada zaman dulu-dulu sikit ek? Apa-apa lah.

Nak cerita ringan, ringan lah tu..

Ringan tak ringan, perangai-redah-je Lala pernah membuatkan dia dan Mai terjebak dalam satu plot kehidupan dalam panggung wayang menonton filem yang buat diorang 'sakit kepala ngeri'. Ninja Assasin filemnya. hahaha.. Mungkin sebab mereka terlalu sopan untuk filem ganas itu. Tetapi, perangai redah je Lala juga, ditambah dengan perangai "jom.. boleh jer.." aku, telah membuatkan aku dan Lala tengok cerita Avatar dan The Lightening Thief tau. Dan kami suka!

Kesinambungan dari tengok The Lightening Thief itu, menjadikan aku dan Hajar (kawan si Lala) berbual-bual sambil ketawa mengenangkan filem tersebut semasa dalam panggung menonton filem Clash of the Titans. hahaha.. Pakej lengkap. Tak kesah lah orang nak kata hape, kepercayaan yang menyimpang ke hape, bukannya aku nak percaya apa diorang (dalam filem filem itu) percaya. Namun tak dinafikanlah, ada part yang aku rasa aku wajar istighfar dalam diri. Pandai-pandailah kan. Bila tengok ada fahaman yang sesat, jauh dari fitrah, insyaAllah, kalau betul jalannya, kita akan rasa kita sangat bersyukur dengan fahaman dan jalan hidup yang kita pilih sekarang. Ni aku bukan cakap tak serupa bikin okay. Aku bikin dulu baru cakap.

Alamak, asalnya nak cerita tentang kehidupan yang ada prinsip mana-boleh-duduk-rumah-saja. Tapi jadi penceritaan filem-filem yang ditonton di wayang pula. hehehe..

Alang-alang dah cerita, aku nak sambung lagi sikit.

Aku dah tengok juga filem Date Night. Walaupun agak malang sebab kami (aku, Zafran dan Asmal) masuk panggung lambat dalam 15 minit, namun hari Sabtu itu tidak hambar malah menggumbirakan. hehehe.. Filem yang ala-ala kursus kaunseling rumah tangga (pendapat aku je ni) sambil ada aksi, komedi dan.. eerrr.. yang kau kene tutup mata adik kau kalau dia menonton sama. Buang yang keroh, ambil yang jernih.

Peace!

p/s Filem idaman dalam masa terdekat di panggung ialah, Shutter Island dan When in Rome..
Kuang kuang kuang..

Monday, April 26, 2010

Hey ladies...!

Tempat kejadian : Tempat meletak kenderaan di Jusco Taman Universiti

Masa kejadian : Tengahari Jumaat, masa rehat yang panjang atau juga dikenali sebagai girls/women' day out.. (hour je sebenarnya pun)

Tema kejadian : Berhati-hatilah!

*************************************

Si Pencerita memandu kereta comel seorang diri pada tengah hari itu untuk membeli beberapa barang keperluan yang bertemakan makanan. Selesai membeli belah dan berurusan di tong kuning luar pintu masuk Jusco yang berkaitan dengan tiket parking, Si Pencerita menuju ke keretanya. Kereta kuning itu (dah dua benda kuning aku bayangkan semasa Si Pencerita bercerita) terletak tidak jauh daripada pintu keluar dan mesin tiket parking, serta bersebelahan dengan sebuah MPV. MPV itu dinaiki oleh satu keluarga berbangsa Cina. Tempat duduk co-pilot MPV keluarga itu adalah bersebelahan dengan tempat duduk pemandu kereta kuning Si Pencerita.

MPV itu sudah pun hidup enjinnya, bersedia untuk beredar. Seorang lelaki berjalan kaki yang kelihatan sangat biasa datang menghampiri dan seterusnya berdiri di tepi tingkap co-pilot MPV. Dengan kedua-dua tangan yang dibentukkan seperti penumbuk, lelaki yang kelihatan seperti berbangsa Melayu itu mengetuk/menumbuk/menghentak (apa-apa lagi lah) cermin tingkap co-pilot MPV tersebut. Pecah. Lelaki yang berperwatakan yakin itu yang sekarang dikenali sebagai Si Bongek memasukkan kedua-dua belah tangannya untuk mencekup beg tangan co-pilot, seorang wanita, dari ribanya. Si Bongek yang bongek!

Pantas.

Wanita co-pilot berbangsa Cina yang sekarang dikenali sebagai Si Mangsa menjerit sekuat hati. Orang ramai di tong kuning memerhatikan kejadian super kejam bongek bangang tersebut. Para pengawal keselamatan Jusco datang berlari dengan pantas. Tetapi pantas mereka tak cukup tangkas jika nak dibandingkan dengan Si Bongek tanpa helmet itu (tiada ciri-ciri nak sorok muka) yang dibantu seorang rakan dengan motosikal. Pengawal keselamatan bermotosikal tidak kelihatan, mungkin ke masjid solat Jumaat (memandai je kan). Si Bongek cabut.

Si Mangsa dalam kereta, mungkin sangat sedih, terperanjat, bengang, panik.. aarrghh.. tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kenderaan dipandu sudah tidak tentu arah. Nak keluar dari kotak parking pun dah jadi susah sehingga terlanggar sana sini. Kasihan Si Mangsa dan keluarga, yang termasuk anak-anak kecil di tempat duduk belakang. Si Bongek memang bongek!

Si Pencerita?

Si Pencerita masih berada di tepi keretanya semasa kejadian memecah cermin tingkap dan mencekup beg tangan itu. Dengan takut dan paniknya, Si Pencerita cepat kilat masuk ke dalam keretanya, dan kunci kereta. Memerhatikan kejadian tersebut dari dekat dengan rasa seram. Sangat dekat, sangat seram.

"If not that lady, it was me!", ulang Si Pencerita beberapa kali.

"Tak pernah ada kejadian macam ni berlaku sedekat itu!"

Punyalah panik Si Pencerita, duduk dalam keretanya itu (yang aku dengar sebagai tindakan yang pantas dan bijak), Si Pencerita mendapati tiada stereng di hadapannya.

"Saya duduk kat seat belakang rupanya...!"

Ya lah, tempat pemandu mestilah telah terhalang oleh Si Bongek semasa operasi bongek itu kan. Pintu yang berkunci cumalah pintu tersebut, bukan keseluruhan kereta kuning Si Pencerita. huhuhu...

Dengan azam yang kuat, Si Pencerita melontarkan monolog dalamannya yang terbuku,

"Saya mesti ceritakan pada Ain, Mai.. saya mesti ingatkan ladies semua ni.. "

Hey ladies....!

*************************************

Huh, aku dengar pun panik. Walaupun ada yang aku ketawa terbahak tanpa contrul cun bila Si Pencerita menyebut tentang duduk di tempat duduk belakang. Aku selama ini selalu fikir bahawa di tempat parking itu memang bahaya, tapi aku fikir hanyalah di antara pintu keluar shopping mall dan pintu kereta sahaja. Masuk dalam kereta, kunci, selamat. Rupa-rupanya, 'dunia' tak seindah yang dibayangkan.

Nak pesan jangan shopping malam, kejadian berlaku siang.
Nak kata keluar jangan seorang, kejadian berlaku kepada orang yang dalam kereta bersama keluarga.
Nak ingatkan jangan terhegeh-hegeh kat tempat parking, kejadian berlaku dalam kereta.
Nak beri amaran jangan parking di tempat sunyi, kejadian berlaku dekat dengan pintu masuk shopping mall.

Maka, satu pesanan yang aku sendiri tak teringat sebelum ini ialah, segeralah sorokkan beg tangan, jangan di riba. Aku selalu je memandu, beg tangan letak kat tempat duduk co-pilot atau tempat duduk belakang. Don't try this at home! (home di sini ialah car) Sila letak beg tangan di bawah tempat duduk!

Pesanan lain yang maha penting, minta perlindungan daripada Allah. Allah sajalah yang maha berkuasa terhadap setiap satu kejadian dan Allah sajalah tempat sebaik-baiknya untuk diletakkan pengharapan.





Saturday, April 24, 2010

Cinderella dan kutu

"Jangan kawan dengan dia. Dia ada kutu...!"

Teriak seorang pelajar tahun 3. Bukan tahun 3 pengajian peringkat ijazah sarjana muda, tetapi sekolah rendah. Bak kata orang town, darjah 3. Teriakan itu berkumandang jelas dalam kelas, yang ketiadaan cikgu. Mana entah cikgu masa tu. Ada mesyuarat agaknya.

***********************************

Jika tiada sebarang perancangan aktiviti untuk hari Sabtu, apa lagi perkara yang mampu dan mahu disebut pada petang Jumaat oleh gadis berkerjaya macam aku ini jika bukan "jom enjoy!"

Maka dengan penuh semangat, aku dan La** yang lebih gemar dikenali sebagai bakal isteri Fah*** Ah*** menaiki Bibah (Viva si La**) menuju ke Tebrau City, nak tengok wayang. Yeeehhaaa... Bulan ini bulan berjimat. Itulah satu ayat yang berkumandang di telinga. Maka, apa kata makan murah sikit, bajet dah lari ke tiket wayang kan. Okay, jom makan kat warung abang Lokman (ntah ye ntah tidak namanya abang Lokman).

Hujan lebat. Sungguh lebat. Macam mana menuju ke warung daripada kereta tanpa payung? Kalau ada payung pun, masih lah dengan susah payah kan. Maka, terbatallah niat makan di warung abang Lokman. Makan sajalah di Tebrau City. Dan seharusnya lah akan lebih mahal daripada perancangan. Hmm.. takpelah, sekali sekali. Semoga benar-benar sekali sekala. Huh. Kuatkan azam!

Petang, waktu orang balik kerja, hujan, jalan Pasir Gudang. Memang sahih ada kesesakan lalu lintas. Perjalanan untuk menghiburkan diri itu amatlah paaaaaaaanjaaaaang.

Dengan tidak semena-mena (betul kah perkataan ini?), terbukalah alkisah zaman muda remaja masing-masing. Entah apa puncanya. Tapi memang ada banyak cerita. Sehingga boleh aku buat kesimpulan bahawa perbualan tentang zaman sekolah adalah perbualan yang boleh jadi super panjang, penuh dengan emosi seperti suspen, sedih, kasihan, gembira, bangga mahupun ketawa terbahak-bahak macam syaitan (macam lah pernah dengar syaitan ketawa kan).

Keluarlah cerita kawan makan kawan, tikam belakang, kawan waktu senang, kawan waktu susah. Cerita semakin berkembang, semakin mencapah.

*************************************

Masa sekolah, dalam darjah 2, ada cikgu maktab jaga kelas. Agaknya cikgu tu nak isi masa lapang dengan sesuatu daripada para pelajar, dalam istilah lain, student-centered learning process (hahaha.. belum keluar lagi teori-teori pengajaran dan pembelajaran lain ni), cikgu tersebut menanyakan satu soalan,

"Siapa nak bercerita?"

Dengan bangganya, ada seorang bangun angkat tangan,

"Saya...!"

Akulah pelajar proaktif tersebut. Hahaha.. Aku ingat lagi, aku bercerita kisah Cinderella. Aku rasa kawan-kawan aku suka dengar cerita yang aku sampaikan dalam keadaan berdiri di hadapan kelas berlatarbelakangkan papan hitam yang sebenarnya hijau (sebab tak de orang booo pun). Sejak dari itu, aku rasa beberapa kali juga aku dijemput (atas permintaan ramai) untuk bercerita.

"Ain cikgu, Ain...! Dia boleh cerita Cinderella...!"

***********************************
Aku duduk di atas kerusi, dikelilingi dengan kawan-kawan, baik lelaki mahupun perempuan. Cikgu tiada dalam kelas. Meja dan kerusi dah lari daripada susunan asal kelas. Kami buat ikut suka. Semata-mata nak buka 'kedai kopi' Cerita apa? Cerita Cinderella. hahaha.. mendapat sambutan betul. Kawan-kawan aku pun boleh pulak dengar cerita tu berulang-ulangkan.

Tengah aku seronok bercerita, kawan-kawan khusyuk mendengar, keadaan keseluruhan kelas hingar bingar buat hal kumpulan masing-masing, tiba-tiba salah seorang dari pelajar kelas lalu depan kumpulan aku. Kumpulan yang sedang dengar aku bercerita.

"Jangan kawan dengan dia. Dia ada kutu...!"

Dia yang dimaksudkan ialah, aku!
Aku terdiam.
Aku tak ingatlah kalau aku ada respon apa-apa.
Yang aku ingat, salah seorang kawan aku yang sedang dengar cerita aku, namanya Zaidi kalau tak salah, terus memalingkan semula muka ke arah aku dan berkata,

"Ain, sambunglah cerita tadi"

Aku pun terus sambung cerita. Kami semua mengabaikan kawan yang seorang tadi.

***************************

Motif post ini? Isi masa lapang.


Thursday, April 22, 2010

Tidak putus daripada mendapat cinta

"Haaa.. Engkau.. Macam mana kau recover masa baru-baru putus dengan dia dulu?"

"Errr.. Aku? Macam mana aku recover? Huh.. "

"Macam mana kau boleh okay semula lepas korang putus..?"

Ya, ya, aku faham soalan itu. Bagaimana aku pulih selepas putus cinta.

Mantap betul soalan. Yang tak boleh blahnya, asal soalan tu berkumandang semula saja, otak aku ligat berputar mengolah semula jawapan. Tiada skema jawapan yang sesuai dengan semua orang, semua keadaan.

Bila otak aku ligat berputar merangka skema jawapan tersebut, tidak terfikir sebarang kata kesal atau tergugat di hati rasa sedih, pedih, marah. Semua yang terjadi hanyalah pengalaman hidup yang mematangkan, bukan titik hitam yang memusnahkan. Semakin aku fikir, semakin aku menghargai setiap saat yang ada dalam hidup aku. Semakin aku mengharapkan yang terbaik untuk semua orang yang aku pernal kenal. Semakin aku sedar, Allah Maha Penyayang.

Disebabkan Allah itu Ar-Rahim jugalah, aku yakin yang aku sebenarnya tidak putus daripada mendapat cinta. Allah itu maha adil. Mana mungkin kita dapat cinta kalau hati penuh rasa benci, dendam malah tak puas hati dengan takdir? Dan mana mungkin kita terus kecewa dan kesunyian kalau kita yakin, ada cinta yang lebih besar untuk kita yang lebih layak dijaga dan dihargai? Allah lebih tahu tentang kita, hati kita. Sebab Dia yang pegang hati kita.

Niat asal aku, nak tulis tips-tips bangun selepas putus cinta. Tapi untuk tulis sesuatu yang ber'point', aku macam perlu fokus yang lebih. Sekarang aku tengah fikir pasal permohonan untuk menyambung pengajian. Berbual dengan kawan pun pasal sambung belajar. (sepatutnya aku tulis.. "aarrghhhh.. stress!!!")

Okay, jadi mengapa aku tulis post ini? Sebab sebahagian besar hari aku juga bercerita, mendengar cerita dan berfikir tentang hal ini. Baik tentang kehidupan diri sendiri mahupun kehidupan kawan-kawan yang aku sayang. InsyaAllah, kalau kawan aku rasa jatuh, aku nak hulur tangan supaya kawan aku boleh bangun, sebagai mana aku boleh bangun dengan bantuan bermacam-macam tangan. Err.. macam-macam tangan? Aku terbayangkan sotong pulak.. hahaha..

Ya Allah, kuatkanlah kawan-kawan aku.
Semoga kawan-kawan aku ingat, mereka bukan putus cinta, tetapi mereka sedang diuji sebelum mendapat anugerah yang berupa, cinta yang tak putus-putus.

Wednesday, April 21, 2010

Berkongsi Impian

Bismillahirrahmanirrahim..

Dua hari berturut-turut aku memberitahu dua orang berlainan tentang salah satu impian aku.
Sehingga sekarang, memang dua orang itu saja lah yang tahu.
Yang pasti, mereka bukan mama, papa atau adik-adik aku.

Ya, memang aku senang bercerita itu dan ini, tetapi kalau satu-satu impian yang boleh tahan besar, malah kadang-kala boleh dikatakan menyimpang daripada aku yang dipandang pada mata kasar, berkongsikannya kepada orang lain bukanlah perkara mudah dan selesa.

Namun apa yang sudi aku kongsi pada tengah hari Rabu ini, sesungguhnya berkongsi impian itu sangat manis, indah dan menggembirakan. Serius...! Rasa seronok itu ada disebabkan respon yang sangat menyenangkan malah menyokong daripada si pendengar. Membuatkan aku rasa tambah kuat dan paling penting, aku rasa sangat bersyukur kerana impian aku itu kelihatan tidak mustahil.

Berkongsi impian memang membahagiakan.

=)

Dari satu sudut yang bukan tempat untuk aku, "Hello... berkongsi impian dan harapan, bukannya mengumpat, mengadu nasib atau melepaskan rasa marah dan sedih, memang lah rasa seronok. Apa daaa...??

Hmm.. salah sama sekali. Aku memandang hal berkongsi impian ini sangat besar risiko sebab aku pernah cuba berkongsi impian dengan seseorang, tetapi sejurus selepas aku menceritakan harapan dan cita-cita, segala semangat, motivasi malah kepercayaan diri aku hilang selepas mendengar kata-kata yang dilabel sebagai nasihat oleh si pendengar. Hilang. Aku tak salah kan nasihat atau dia (atau mereka). Itu pandangan masing-masing. Tapi serius, dalam kes dua impian yang aku kongsi dengan dua orang berbeza satu masa dulu, harapan tinggi menggunung jatuh terus jadi gaung. Harapan itu terpadam begitu saja tanpa sebarang usaha selanjutnya, apatah lagi dengan sebarang kegagalan minor. Hanya kerana kata-kata si pendengar, aku lupa tentang impian. Impian aku, bukan impian orang lain! Aku lupa mencari kekuatan. Malah paling menyedihkan, aku takut untuk mengenangkan yang aku punya impian. Takut dan malu pada diri sendiri.

Atas sebab itu, aku takut berkongsi impian dengan orang lain. Pada fahaman aku, berkongsi impian adalah perkara yang tak patut!

Biarlah dah dapat, baru orang tahu.

Itu pegangan aku pada kebanyakan masa.

Maka sebab itulah, apabila aku berjaya membuka mulut menceritakan tentang impian yang satu ini, kemudian disahut dengan ayat-ayat positif yang mengharukan, aku merasakan dunia ini sangat indah. Biarpun usaha belum terlaksana. 'Hadiah' itu sangat istimewa.

Tak salah berkongsi impian. Tapi aku percaya, bukan senang nak cari insan yang tepat untuk kita menceritakan tentang impian.

Mudah-mudahan aku tidak menjadi si pendengar yang mengubah gunung harapan orang lain kepada gaung rendah diri dengan kebodohan diri dalam menyusun kata.
Mudah-mudahan orang yang hadir dengan niat berkongsi impian dengan aku akan pulang dengan kekuatan yang bertambah, senyuman yang lebih ikhlas.

Paling penting, mudah-mudahan Allah tambah nikmat bahagia kepada si pendengar cerita-cerita aku, kerana sesungguhnya, perkongsian itu juga nikmat untuk aku daripada Dia.

Amin...

Saturday, April 17, 2010

Siapa yang memekak...?

Satu tengah hari, dalam bilik solat yang hanya boleh memuatkan lebih kurang 7 orang untuk solat dalam satu-satu masa, aku duduk mencari bedak muka untuk ditepekkan pada pipi yang tidak cengkung. Di hadapan tempat aku bersila, seorang gadis mengerjakan solat Zuhur, memenuhi tuntutan Islam, jalan hidupnya. Senyap aku dengan bedak dan kemudiannya dengan pelembap bibir dan gadis yang sedang solat itu pula terus menyempurnakan 4 rakaat yang wajib.

Tiba-tiba berkumandang nada dering dari satu telefon bimbit dengan lagu 'Lemon Tree' untuk kali ke-2.

"hisyh.. masa orang nak sembahyang ni lah sibuk nak telefon.. ! memekak je..!"
tuan telefon bimbit itu mengomel dengan LANTANG.

hmm.. Orang yang buat panggilan memekak di bilik solat itu? Tahukah si pemanggil bahawa tuan telefon bimbit itu di bilik solat dan sedang memakai telekung? 'Memekak' itu sepatutnya ditujukan kepada telefon bimbit (si pemanggil) atau kepada tuan telefon bimbit yang mengomel dengan lantang, yang boleh dikategorikan sebagai bising? Kata orang memekak, tapi pada pandangan aku, dia yang memekak.

Kata dulang paku serpih...
Kata orang dia yang lebih...

Kemudian dia solat. Aku mengemaskan lipatan tudung di muka. Gadis di hadapan aku masih dalam zolat Zuhurnya. Tiba-tiba, nada dering yang sama berkumandang sekali lagi, lengkap satu lagu mungkin.

Siapa yang memekak sebenarnya ni?

Huh.. dunia.. dunia..

3.30 petang
15.04.2010
Dewan Cempaka Palm Resort
(semasa modul akhir dibentang dalam kursus "overview of outcome based learning")

Monday, April 12, 2010

Eh, Iqa!!!

Iqa...!!!
Aku macam ingat yang aku akan buat post besday untuk kau.. tapi ale-ale aku siasat, rupa-rupanya tak de lagi.. hahaha..

Aku tahu ko tak kecik hati..
Hadiah aku dah beli, dah ada kat rumah..
Nanti ko balik Melaka, ko tanya mama ye..

Owh.. kepada manusia yang membaca tetapi blur dengan apakah yang sedang berlaku, last 7th of April adalah birthday adik aku, Iqa yang ke 20.
Rasa macam nak tulis wish aku melalui SMS pada dia dalam keadaan mamai masa tu. Tapi, malas lah.. kang ramai pulak terharu.. cukup la Iqa terharu sorang (kalau la betul dia terharu kan.. ahahaha)

Wah.. Iqa, apakah perasaan hidup sebagai bukan lagi budak belasan tahun? ngeh ngeh ngeh...

Ok.. ada kerja.. senang-senang aku tambah lagi..
zzzzz...

Friday, April 9, 2010

Emas dalam mulut

Aaarrrrghhh...!!!! Betulkah apa yang aku jumpa ni??! Aku dok search gambar untuk.. eerrr.. untuk.. saja-saja.. suka-suka.. Tapi aku terjumpa ini.. Silence is Golden. Benarkah?

Hmmm.. patutlah aku belum ada apa-apa emas lagi..

Jangan cakap banyak!

Tapi ada pernah aku dengar,
"cuba cakap.. bagitau.. agak dalam mulut kau tu ada emas? sampai kau tak nak cakap?"

Aku nak bagitahu sekarang, makcik, betullah, dalam mulut ada emas.. Tak percaya, tengok gambar kat atas ni, silence is golden tu maksudnya, diam itu emas.. eerrr direct tranlation lah..
lalalala....

Thursday, April 8, 2010

Seorang yang 'Business-Minded'?

Adakah aku seorang yang business-minded?

Satu soalan daripada seseorang melalui gtalk. Hurrm... aku fikir panjang juga. (Tak lah panjang sangat sebenarnya.. tak sampai 10 minit kot) Sekarang memang ada niat nak berniaga sebab rasa duit takkan cukup kalau makan gaji saja. hehehe.. (entah apa yang aku nak niagakan kan) Tapi, adakah aku business-minded?

Ale-ale, apa yang aku jawab pada si tukang soal ialah kisah-kisah aku berniaga dan berbisnes (eerrr.. sama ke dua tu?) semasa zaman aku dikenali sebagai budak sekolah. Harapan aku, kisah-kisah itu membolehkan aku membuat kesimpulan sama ada aku ini seorang yang business-minded atau tidak. Dia rajin layan aku. Layan...

Masa sekolah rendah, seingat aku, aku tolong mak aku jual kacang pedas. Mak aku buat, kemudian bungkus sambil aku tolong makan. Ak bawa pergi sekolah, tiba masa rehat, jual. Alamak, aku tak ingatlah harga kacang pedas sepaket. Mungkin 20 sen? Aku ingat juga bila ada kawan-kawan yang bincangkan, "eh, kacang ni punya sambal kurang lah". Balik rumah, aku bagitahu mak aku. Tak gaul rata agaknya semasa mencampurkan kacang tanah yang dah digoreng itu bersama-sama sambal ikan bilis. Wah, wujud urusan terima feedback daripada pelanggan dan feedback itu diambil kira untuk tujuan produksi seterusnya. Ini dah macam Quality Assurance (QA) punya unit ni.. hahaha..

Semasa aku di peringkat sekolah menengah rendah, aku masih ingat seorang pelajar lelaki datang ke kelas aku masa rehat.
"Eh, mana orang yang jual kerepek pedas ek?" "owh.. dia tak de, dah gi kantin", aku jawab. "ala.. tak de la ek kerepek pedas?" "dah habis rasanya" ke, aku jawab "dia tak bawa hari ni" "oo.. ok.. "
Sebelum pelajar itu berlalu, "tapi kerepek tak pedas ada..."
Muka pelajar lelaki itu berseri-seri.
Akulah manusia yang jual kerepek tak pedas tu. Kuih gunting namanya. Yang kerepek pedas tu, kawan aku jual. Rupanya sama saja, guna mesin mee untuk membentuk kerepek itu sebelum digoreng. Cuma kawan aku jual versi bersira lada. Mari mari..! kerepek pedas..! kerepek tak pedas.. !

Itu dia, teknik pemasaran bersama persaingan yang sihat.

Dua kisah aku sebagai jurujual, juga unit pemasaran.

Dalam perbualan aku dengan si tukang soal tentang adakah aku seorang yang business-minded, aku juga ale-ale teringat yang aku juga ada menghasilkan produk dan menjualnya. Cewah.. Siap ada buruh paksa lagi, iaitu adik aku, Iqa. hahaha.. Kesian dia. Mula-mula dia macam suka. Tapi ada masa aku rasa dia memang terpaksa tolong. Maceh budak kenit yang dah 20 tahun 1 hari!

Ceritanya, aku ada beli (papa lah yang belikan sebenarnya) satu buku kraftangan. Ada cara-cara membuat macam-macam termasuklah penanda buku, kad ucapan dan corak hiasan. Aku cuba buat satu kad yang namanya, kad akordian.

*ini bukan kad akordian. ini tikus putih cuba bermain akordian*

*haaa.. ini contoh kad akordian yang dijumpai di internet. nama akordian tu sempena kad itu berlipat-lipat yang boleh dibuka macam alat muzik akordian*

Cantik kad akordian yang aku buat (bangga dengan pencapaian sendiri). Aku buat beberapa kad. Tunjuk kat kawan-kawan semasa di sekolah rendah (aku ingat-ingat lupa lah darjah berapa). Kawan-kawan aku suka dan "ko jual tak?"
Maka, tempahan diambil, disiapkan, diedar dan pulangan dikutip. Owh yeah... Bila dah permintaan melebihi pengeluaran, tenaga manusia diperlukan untuk memastikan permintaan dipenuhi dalam masa yang dijanjikan. Tenaga Iqa.

Tahap berteknologi sikit, masa tingkatan 2. Haa.. ini aku ingat. Masa tu ada zaman orang buat kad nama cantik. Tempah dalam borang. Ada macam-macam gambar. Kartun, artis, pemandangan. Memang cantik. RM 3!
Balik, tunjuk kat papa. Aku ada order satu set. (ke, lebih?).
"ni kita boleh buat sendiri ni", lebih kurang begitulah kata papa.
Berita gembira buat aku, papa rajin layan aku untuk ajar cara guna scanner, crop gambar, susun kad nama dalam microsoft word (ke, masa tu guna pagemaker?), dan paling best, buka VCD, snap gambar dan gunakan gambar tersebut untuk membuat kad nama sendiri!

Di kala kawan-kawan saling bertukar kad nama yang ditempah dengan syarikat yang berurusan melalui pos itu, aku hulurkan kad nama aku yang aku buat sendiri (papa tolong lah).
"Ain, nak tempah macam ni.."
Haaa.. peluang bisnes lagi. Seterusnya, ada juga usaha membuat buku nota yang muka hadapannya dicetak gambar-gambar pilihan. Yang ini, banyak papa terlibat lah sebab papa kata, "jangan main pisau tu.."

Sekian beberapa cerita yang si tukang soal terpaksa layan.. hahaha..

Now..

Adakah aku seorang yang business-minded?

Tuesday, April 6, 2010

La ilaha illa Allah - Yusuf Estes (Part 2/2)

Salam...

Selepas makan tengahari nasi berlauk ikan keli masak lemak cili padi dan sayur peria (pertama kali cuba, dan aku rasa aku tak reti makan sayur peria.. huhu.. ), aku cuba bertenang sekejap dengan membaca blog kegemaran satu masa dulu yang dah lama aku tak jengah. Blog ustaz Hasrizal. Selesai membaca satu post, aku teringat sesuatu yang aku perlu tulis.

Apa yang aku teringat semasa dan selepas membaca, ialah tentang satu peristiwa yang berlaku disaksikan mata aku dan didengari oleh telinga aku semasa di Holland, di sebuah masjid di bandar Amsterdam. Lebih spesifik lagi, di Podermoskee (moskee tu masjid kalau tak silap), Amsterdam Lelylaan.

Disebabkan aku rasa ini adalah 'hutang' yang agak lama, maka, aku pun baca semula segala tulisan aku yang berkaitan perjumpaan dengan Yusuf Estes, seorang paderi Kristian yang kembali ke agama fitrah, agama Islam Jun tahun lepas.
Ada tiga post..

1. Hadiah dari tuan punya dunia (part 1/2)
2. Hadiah dari tuan punya dunia (part 2/2)
3. La ilaha illa Allah - Yusuf Estes (part 1/2)

Okay.. alhamdulillah, aku masih bernafas untuk sambung menulis..

Dalam post ke-3 ada aku selitkan salah satu pengisian Yusuf Estes yang disusun baik sebagai penutup ceramahnya. (ada baiknya juga kalau tak baca post-post terdahulu, baca lah dulu sebelum terus baca post ini ya.. cewah.. ada ke orang baca ni? hehehe) Namun ada beberapa isu menarik juga terselit di tengah-tengahnya. Antaranya ialah tentang pernyataan 'ramai yang cuba mendekati Islam untuk mencari keburukan Islam tetapi akhirnya menemui keindahan Islam dan memilih Islam sebagai cara hidup mereka'. Yusuf Estes bercerita tentang beberapa contoh yang diketahuinya. Mungkin juga termasuklah dirinya sendiri.

Apa yang aku nak cerita dalam post ini ialah tentang peristiwa yang aku ingat sampai sekarang yang berlaku apabila selesainya ceramah.

Seorang lelaki berjubah datang berbisik kepada Yusuf Estes yang duduk di atas kerusi di hadapan para hadirin yang duduk di lantai masjid. Hadirin senyap. Kemudian Yusuf Estes mengumumkan,

"ada seseorang mahu kembali kepada Islam"

Masa tu aku tak tahu apa aku rasa. Aku diam.

Seorang perempuan berdiri dari kalangan kami.
Ditemani seorang perempuan lain. Kawan dia mungkin. Atau orang terdekat di situ.

"Ikut saya.." kata Yusuf Estes.

"Asyhadualla.."
"Asyhadualla.." dengan seketul-ketul sebutannya..
"ilaha"
"ilaha"
"illa Allah.."
"illa Allah.." hadirin diam menyaksikan.

"Wa asyhadu"
"Wa asyhadu"
"anna muhammada"
"anna muhammada"
"rasulu"
"rasulu"
"Allah..."
"Allah..."

"Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah" Yusuf Estes menyambung (dalam bahasa Inggeris) diikuti oleh perempuan itu yang sejurus selepas itu, adalah saudara kita, seorang Muslimah.

Aku tak tahu la macam mana nak ceritakan pengalaman pertama aku yang satu ni. Mendengar kalimah syahadah diucapkan oleh seseorang untuk kali pertama dengan sangat berhati-hati, susah payah malah tersekat-sekat suaranya sedangkan aku dengan lancar menyebut kalimah syahadah dalam setiap solat tetapi kadang-kadang kelancaran itu macam angin lalu laju saja, yang aku tak sedar dan apatah lagi masuk dalam hati.

Ramai Muslimah lain datang peluk Muslimah baru itu.
Macam-macam warna kulit. Macam-macam bahasa. Tak saling kenal. Luasnya persaudaraan ini!

******************************

Post ustaz Hasrizal yang dimaksudkan bertajuk Ke Gereja untuk ke Masjid (sila klik untuk baca)

Monday, April 5, 2010

Asyik diingatkan supaya ikhlas!

Salam...

Straight to the point (jarang-jarang aku suka pendahuluan macam ni), sejak dua menjak ni, aku selalu diingatkan supaya ikhlas.

Alkisahnya, aku bengang dan berkecil hati dengan seseorang. Sangat jelas kemarahan itu sampai talian di telefon aku matikan. Switch off the handphone. SMS dilayan sepatah sepatah. Seorang yang lain minta aku lupakan, abaikan. I said, "Okay" dengan hati yang masih jauh.

Tak sampai seminggu, akibat tidak menggunakan sebaris nasihat yang dikeluarkan oleh orang yang aku bengang itu, aku telah mendapat satu akibat yang boleh tahan besar. Sangat tertampar. Insaf!

Memaafkan mestilah ikhlas.

*************************

Dalam beberapa minggu sudah, hidup aku macam tak sempat merasa 'hilang penat'. Sejak daripada hujung Februari iaitu bila aku mula gantikan seorang pensyarah untuk memberi kuliah, aku perlu luang masa yang jauh lebih banyak untuk belajar, membuat persediaan, mengajar dan menguruskan pelajar seramai 34 orang. Tugasan itu boleh tahan berat, nak-nak, itu kali pertama untuk aku. Kerja-kerja lain tidak juga berkurang, malah bertambah. Sampai aku rasa tak patut ada manusia yang goyang kaki, berjalan lambat, chatting, facebooking lebih lama daripada aku atau tidur pada masa bekerja depan mata aku mahupun pada pengetahuan aku! Apatah lagi pergi keluar membeli belah semasa waktu bekerja di kala aku sendiri rasa cukup penat mental dan fizikal!

Aku jadi marah. Penat dan stress pun tak hilang. Padahal ubatnya mudah sungguh. Yang membolehkan aku mencapai tenang, dan diri ini juga lebih efisyen. Ubatnya?

Bekerja mestilah ikhlas.

*************************

Hari Jumaat lepas, lewat petang aku ke Angsana. Niat mulia, nak ke Badan, sebuah kedai buku. Ilmiah kan..? hehehe.. Mai beli majalah Solusi. Tajuk di muka depan majalah ada tulis perkataan 'IKHLAS'. Aku belum baca betul-betul lagi majalah itu, tapi tema beberapa artikel juga adalah 'ikhlas', termasuklah ;

Haruslah ikhlas dalam mendidik ikhlas.

(merujuk kepada mengajar anak-anak tentang sifat ikhlas agaknya)

*************************
Masa yang diluangkan di salun semalam membolehkan aku khatam satu majalah Mingguan Wanita. Siap tengok rancangan Nona lagi. Bukan hal salun yang aku nak kongsi, tapi perihal isi dalam majalah tersebut.

Ada secebis mutiara kata dicetak di ruangan kecil yang lebih kurang berbunyi, terimalah seseorang yang menyayangi (atau boleh menyayangi) kita seadaanya, jangan berlengah, sebelum seseorang itu tawar hati. Ikhlaslah menerimanya.

Menerima kehadiran seseorang dalam kehidupan ini mestilah ikhlas.

*************************

Juga masih dalam majalah yang sama, ada satu ruangan yang ditulis oleh kolumnis tetap. Perihal tok dan wan penulis yang masih berkomunikasi secara romantik walaupun dah bercicit, malah ada anak kepada cicit (tak tau nak sebut apa), padahal mereka berkahwin sebelum saling cinta pada satu sama lain. Rahsianya? Terima pasangan seikhlas mungkin. Niat berkahwin diluruskan.

Bernikah mestilah ikhlas.

*************************

Friday, April 2, 2010

Apit, Happy Birthday..!!

Hari ini 1 April, ulang tahun kelahiran Apit, my youngest brother. Yang ke 16.. hehehe..
Apit, Along malas nak telefon Apit.. SMS je..
Kira okay pe, aku SMS, happy birthday yang ke 16. Daripada kau, SMS aku, wish besday tapi salah umur kan.. hahaha.. Apit Apit..

Disebabkan aku adalah staf UTM yang berkaliber, aku tak dapat spend banyak masa untuk fikir idea dan menulis post baru untuk kau. Maka, layan.. Post 1 April tahun lepas.. hehehe...

http://nianeya.blogspot.com/2009/04/how-old-are-you-i-am-15-years-old.html

"Nanti buat makan-makan yer, Apit nak ajak kawan-kawan datang makan Ahad ni"
"haaa.. boleh-boleh.. Ahad ni? ramai?" mama menanya kembali.

Kejap lagi,
"Boleh ye buat makan-makan?"
"Boleh. Mee goreng ke, boleh?"
"Boleh-boleh.."

Selepas itu lagi,
"Kenapa nak buat makan-makan dik?" mama confuse.
"Besday Apit la... Tu nak ajak kawan datang makan-makan"

"Aku lupa sebenarnya Long...!", cerita mama pada aku, Rabu malam Khamis yang lepas..

Apit, Apit..

Thursday, April 1, 2010

My Friends?

"kau anggap aku kawan kau ker?"

Itu satu persoalan yang aku tak rasa aku perlu jawab. hahaha.. Kalau tak, apsal aku kawan dengan dia, dia, dia dan mereka? Best friend? Is that title needs any clarification? I don't think so. Aku, dan beberapa kawan buat gaya geli-geleman dan ketawa dengan gembira di ruang tamu bila bercerita tentang orang yang menitikberatkan persoalan tersebut. Persoalan yang kami rasa tak perlu jawab. Persahabatan adalah sangat subjektif, dan kasih sayang bukan perlukan ikrar semata. Your love in your action, your care and how you really care about your friends' heart is more important.

Okay, tak dinafikan ada jenis orang yang 'soft' perlukannya berserta lafaz. But it is not my type, even few of my friends.

But that friendship is there. The love is there. Kami bukan hati plastik.

Malam ulang tahun kelahiran, makan sama-sama. Nyanyi sikit lebih kurang.. Ada masa sweet-sweet.. ada masa sengal-sengal sebab mendengki.. we are friends.

Makan kat secret recipe dua malam lepas sampai kenyang giler..!
Lepas tu ada yang datang bilik di fakulti hadiahkan ini,

Petang semalam, jumpa seorang, hadiahkan tabung comel, sebagai nasihat ikhlas kepada aku, "ain, menabung lah kamu".. (gambar belum ambil). Makan Mc D.

Lepas tu, sambung lagi makan char kuew tiau sedap kat taman perumahan dengan seorang lagi.. Walaupun tak lapar, tapi aku boleh makan (don't try this at home).

Tak lupa kepada yang menggunakan kemudahan Facebook untuk menyapa dan menggembirakan. Termasuklah mesej dan video dan seseorang yang aku baru kenal




Semuanya ringkas, tapi bermakna. Sebab aku yakin, aku tak akan dapat merasa hari-hari aku itu tanpa manusia yang bergelar kawan, sahabat..

Aku tak pandang serong atau senget kepada manusia/kawan yang sangat berlawanan dengan aku sebab aku faham, kita cuma berbeza. Dan perbezaan itu tidak mustahil, dan tak perlu dihindari. Be yourself, and live in your happy world, with your friends...

Thank you very much, my friends.