Tuesday, December 27, 2011

Menghargai Perbezaan itu Membahagiakan! =D

Dulu... Aku fikir, kalau suka Sejarah, kita boleh jadi cikgu Sejarah, pensyarah bidang Sejarah, ahli kaji Sejarah... penulis buku Sejarah..

Dulu.. Aku fikir, kalau suka Matematik, kita boleh jadi cikgu Matematik, pensyarah Matematik, pakar Matematik dan penulis buku "Cara Mudah Mahir Matematik" =D

Dulu.. Aku fikir, kalau suka Fizik, kita boleh jadi cikgu Fizik, pensyarah bidang Fizik, ahli Fizik... penulis buku Fizik...

Tapi sekarang...

Aku percaya...

Apa yang kita suka..
Apa yang kita belajar..
Apa kursus yang kita ambil di universiti...
Apa bidang penyelidikan yang kita ceburi...
bukan menentukan apa yang kita akan buat.. apa yang kita akan jadi... apa, apa, dan apa... (SAHAJA)

Tetapi...
BAGAIMANA kita berfikir...

Kalau tengok alam, orang Matematik akan berusaha (secara semula jadi) mengaitkan segala-galanya dengan persamaan Matematik.




Masa aku nakal, aku akan respons "tukar perkataan 'hukum alam' kepada 'algorithm'... Selesai! Tak perlu jadi orang Matematik untuk mematematikkan keadaan =p"

Kalau tengok air teo limau suam dengan teo suam, orang Kimia akan mencetus satu perbualan seperti berikut bila aku mengadu, "teh o aku ni pekat la.. pahit.."

"Sebenarnya kan, dua-dua air ni sama pekat", dia jawab.
"Teh o aku lagi pekat la.. tengok warna.."
"Tak, teh o kita asalnya sama pekat.. cuma teh o saya ada limau, jadi kurang pekat.."
"Ye, aku tau warna teh o kita lain sebab teo limau ada limau.. tapi kenapa kata teh o kita ni asalnya sama pekat?"
Dia senyum... Orang Sains, nak bukti bernas..
Nah.. dia bagi aku penerangan Sains.. lebih fokus lagi, penarangan Sains Kimia.

"Limau ni asid, dia boleh lunturkan warna teh o" haaa Hamik aku... Yo la Farah =)

Kalau tengok orang buat angklung, orang Fizik menerangkan proses pembuatan angklung tu dengan cara...

"Hebat betul orang buat angklung tu.. dia ketuk-ketuk je kat kayu, dengar, dia tau dah itu not apa.. do ke, re ke, mi ke.. agak-agak tak kena not, dia kikis lagi kayu tu.."
"tapi akhir sekali dia calibrate la dengan melodian..."
"Peerggghh.. calibrate...!"
Habis, aku nak guna perkataan apa? Orang muzik akan jawab,
"Tune!"
*Mungkin perkataan 'calibrate' digunakan oleh orang lain juga selain Fizik, yang melibatkan pengukuran parameter di makmal atau bengkel.


*Gambar demonstrasi pembuatan angklung. Melodian ada di tepi paha kiri juru tunjuk (demonstrator)*


Your research area not determines what do you think you are going to find.. but how are going to think to find something..(Aku dalam bidang Fizik, bukan Bahasa Inggeris =p Jadi kalau yang bahasa tunggang langgang tu, harap dimaafkan dan dibetulkan)

*Ini adalah tulisan akibat percampuran maklum balas daripada penyelia PhD dan tulisan (+ perbualan dengan) Ajan... Encik Supervisor aku tadi komen, tak payah lah aku dengan susah hatinya nak perkukuhkan ke mana sumbangan bidang penyelidikan aku.. yang penting, aku perkukuhkan fenomena fizik apa yang aku nak jelaskan, buktikan.. "Aplikasi penemuan awak tu nanti, kerja orang 'engineering', bukan kerja PhD awak tu... awak propose saja..."

Lega... tapi masih cemas atas faktor lain!

Sebenarnya, pada pendapat aku yang muda ni, untuk menerangkan satu-satu perkara, lain orang (orang bahasa, orang sejarah, orang seni lukis, orang sains, orang kejuruteraan, orang matematik) lain caranya. Tapi hasil tetap sama, satu-satu perkara itu TETAP dapat diterangkan. Tak perlu lah dengan bangga dan sombong, "Ini kimia ni, ini kimia ni.. Eh, ni biologi ni... Ni kena faham dengan teori *&%$#@# ni... "

Appreciate the differences.

Ini untuk yang menerangkan. Untuk yang menerima penerangan?

Kalau aku nak terangkan tentang kenapa nasi yang aku tanak lembik, dengan cara Fizik, tentu tak sesuai untuk orang Seni Lukis atau Seni Muzik... Jadi..

Luaskan pergaulan! Kenal macam-macam orang! Kosa kata anda akan berkembang! "BAGAIMANA kita berfikir" juga akan lebih pelbagai! ;)

Menghargai dan mencintai perbezaan adalah perbuatan yang membahagiakan. Cayolah cakap den!

Eerrr... habis, kenapa pasangan kekasih atau suami isteri berpisah, biasanya mereka jawab "kami terlalu berbeza.. kami tak sependapat.. sefahaman.. tak sehaluan..."?

Wednesday, December 7, 2011

xxx

Worrying won’t change much so take action, do your best, and put your trust in Allah!

Chaiyok Ain!!!

Friday, November 25, 2011

Sendiri = Bosan = Sedih

Aku akan banyak luang masa dengan seseorang yang aku tau akan berpisah dengannya tak lama lagi... Dan lepas tu aku akan sangat terasa kehilangan... Perubahan aktiviti harian yang mendadak! Itu sakit! 

*********************************************
"Sendiri?"
"Haaa...?" jawab Mai, atau Lala dengan terpinga-pinga. Masa nak masuk dalam... eerr.. Eye On Singapore? Itu kah namanya? Lebih kurang begitulah. Kami bertiga jalan-jalan masa cuti musim panas, 2008. Cewah, cuti musim panas di situ. Betul lah! Aku tak tipu! Memang tengah cuti musim panas...! Takkan cuti musim durian kot....

 *Kiri, depan mende alah yang kami nak naik tu. Kanan, lepas tengok show song of the sea yang best.
Pulau Sentosa, Singapura*

Aku dengan yakin pun jawab, "Tak, kami bertiga.."
Aku faham kenapa Mai atau Lala tak faham soalan lelaki itu. Sebab kalau bahasa Melayu, untuk tanya "Are you alone..coming by yourself ke.. " bunyinya ialah "Seorang?" bukannya "Sendiri?" Lelaki itu guna perkataan 'sendiri' sebab dia dari Indonesia agaknya. Indonesia, sendiri tu maksudnya seorang. Aku kan mahir bahasa Indonesia lebih sikit daripada Lala dan Mai ;-)

Bagi aku, sendiri, seorang.. sama saja. Melambangkan bosan, sedih, ditinggalkan, gagal, loser.. owh.. terlalu negatif!

"Aku tak boleh makan sorang-sorang kat kedai!" aku buat pengisytiharaan.
"Ain, kita dah banyak kena buat keje sorang-sorang"
"Aku sedih la bila kena makan sorang-sorang.. aku sedih bila date cancel..."
"Ain, aku dah lama dah makan sorang-sorang.. shoping sorang-sorang, tengok wayang sorang-sorang "
"Aku tau.. aku je tak biasa-biasa lagi.."

Tengok wayang sorang-sorang..owh, itu sangat aku tak dapat bayangkan aku buat. Tapi, Lala dah buat. Kalau Lala boleh, kenapa aku tak boleh? Selamat je Lala, tenang je, bahagia je.. Makin cantik je aku tengok Lala..

Aku akan cuba sedaya upaya keluar makan, borak, tidur, bersuka ria dengan kawan-kawan. Tak akan ada "TIDAK" kalau aku memang tak ada kerja. Penat, malas nak bersiap, malas nak patah balik, duit tak ada, bukan alasan pilihan aku. Kadang-kadang sanggup stay up buat kerja sekolah kalau nak keluar dengan kawan. Aku tetap usahakan, asalkan aku jumpa orang. Aku tak suka sendiri! (Okay, nasib baik nak mandi, berak, aku tak perlu kawan...) Bila ada kawan yang dah nak habis belajar.. dah nak kawin ke.. aku suka luang banyak masa dengan kawan.. Sampai lah aku dah sedar tentang satu hal, iaitu...

Aku akan banyak luang masa dengan seseorang yang aku tau akan berpisah dengannya tak lama lagi... Dan lepas tu aku akan sangat terasa kehilangan... Perubahan aktiviti harian yang mendadak! Itu sakit!

Nora, sama kelab Smart Camp.. Salah satu kelab yang buat program motivasi pelajar sekolah. Bila dia dah di ambang nak tamat Masters tu la.. kami makan sama, lepak sama.. lepak bilik dia.. borak banyak-banyak.. cerita rahsia dia, aku cerita rahsia aku.. rasa rapat tiba-tiba.. Sekarang dia dah tinggalkan Johor.. okay, aku rindu dia..



*Antara otai Smart Camp (aku tak otai sangat) yang susah nak jumpa dah sekarang. Apatah lagi nak karaoke sama-sama*

Sama juga dengan Muni.. sepanjang dia kat UTM, sama Jabatan Fizik je padahal, tapi tak ada pun nak lepak dengan dia setahun yang lalu. Bila sekali dah keluar makan dengan dia.. jadi lagi rapat. Makan sama, tidur sama, lepak sama, gosip sama, kat Facebook borak sama lagi.. usha Arjun Rampal lagi.. SMS lagi.. wah.. macam jatuh cinta.. karaoke sama dan trip ke Gunung Ledang juga antara perkara menarik dengan Muni.. tapi.. Muni dah balik Kelantan.. okay, aku rindu dia...


*Trip ad-hoc yang menjadi sangat best! Beberapa jam sebelum je plan, ale-ale sampai air terjun Gunung Ledang dan panjang Bukit Semput siap*


Zafran tak payah lah nak cerita.. orang yang paling senang aku nak kacau hidup dia.. spa hunting, perkara paling suka hati kami buat walaupun ada kerja sekolah. Setakat survey-survey spa, salon, produk, tapi tanpa beli apa-apa, dari pagi sampai malam pun boleh. Tidur kat bilik dia, pakai baju apa ada pun boleh. Tak kira la bilik aku macam tongkang pecah ke, bilik dia macam kandang arnab ke (memang ada arnab pun), kami tidur sama. Bercerita hari-hari. Tak penat ke Zafran layan aku? hahaha..  tengah malam sedap-sedap baring atas katil aku boleh ajak gi Jalal? (mamak tak mamak sangat) Tapi, dah habis Masters, dia balik Shah Alam.. Okay, aku rindu dia...

 
*Lepas siap pakai t-shirt sukarelawan program bersama kanak-kanak OKU kat Dataran Merdeka. Sukarelawan la sangat. Aku suka muka Zafran dan Lala dalam gambar ni hehehehe*

 
*Ini Wong, dalam tempat karaoke yang sangat sweet! Lepas seronok lunch, karaoke, gosip-gosip... Wong sekarang kat Osaka...*

Pernah lah aku bincang dengan Mai, bekas housemate aku, pasal aku lepak selalu dengan seseorang beriya-iya bila seseorang tu nak blah.. sudahnya, sangat rasa kehilangan.. Mai, roomate sejak degree.. Tahun 2005! Merantau negara orang pun sama-sama.. (banyak kalau aku nak senaraikan) Mai tak hilang, ada je kat Johor ni.. Tapi.. Mai dah kahwin.. kami dah tak serumah lagi... Aku balik-balik dari UTM, selalu ngadu kat Mai.. tengok Mai masak apa.. Mai beli apa.. Hurm.. Okay, aku rindu dia...

Tadi mengadu kat Lala, betapa sedihnya aku seorang menghadapi hari aku ini... Kalau Lala kat sini tentu aku ajak dia makan kat Season.. Okay, aku rindu dia...

"Ain, kita kan dah besar.. lama-lama kita kena buat macam-macam benda sorang-sorang.."
"Aku tetap rasa sedih...!!!!"
huhuhu.. Lala mesti stress layan aku...

Aku suka nampak okay. Rasa hebat, nampak tak kalah.. kelihatan cantik.. tapi aku tak segan silu mengadu kat Lala tadi.. Aku juga tak segan situ tulis macam ni hari ni... Kurang macho di situ.. Sekali sekala..

Sekarang aku rasa.. kalau aku sedar yang aku akan berpisah dengan seseorang tak lama lagi, tindakan aku untuk luang masa dengan orang tu sebanyak yang boleh adalah tindakan yang memakan diri sendiri.. Jangan Ain, jangan! Setuju?

"Kak, nanti saya pergi Sabah sorang-sorang.. Tak seronoknya..."
"Eh, kalau saya lagi suka sorang-sorang.. senang nak gerak.. tak payah bincang-bincang.. ikut je diri sendiri nak buat apa... nak gerak mana.. nak pergi bila.."
, jawab Kak Siti.

Kalau lah aku boleh fikir macam Kak Siti.. Kan senang.. 

Senang ke sendiri?

Tapi, MJ kata, "You are not alone..."
Boleh percaya ke?


********************************

AMARAN KERAS : Boleh baca, boleh komen, tapi kalau berjumpa dan bertentang mata, sila pura-pura tak baca tulisan ini ya, harap maklum =p

Thursday, November 17, 2011

Ikutkan Rasa

"Jangan tengok bola tu...! Mata tengok lawan.. Tengok ring!"
Nasihat (sebenarnya, teriak) seorang kawan, masa ajar main bola keranjang. Ya, bola keranjang, basketball, anda tak salah laman blog. Memang aku ada belajar main basketball masa sekolah dulu.



~ hahaha.. tengok gambar zaman muda-muda buat aku ketawa hohohahaha... jangan berani terlintas di fikiran perkataan 'kurus', okay?~

"Kalau aku tak tengok bola, terlepas la bola dari tangan aku..." , aku melawan. Ni lah akibat bila kawan belajar dengan kawan. Senang melawan.
"Boleh je kita tak tengok bola... You feel the ball..."
Eerrr.. feel?

Itu cerita pada tahun 2002. Pada tahun 2009, ada satu cerita lain.

It was in a silent and dark laboratory. Only Mai and I. We were setting up the equipments for our experimental work. After changing the position of the mirrors, lenses, laser source, still, the output was not detected perfectly by the detector. Buntu. Nak gerakkan ke kanan ke, ke kiri ke.. Cermin pertama ke, cermin kedua ke.. Skru mana yang nak diputar dan diputar ke mana.. Arrggh....!!! Clueless!


~Sebahagian daripada keseluruhan eksperimen. Ni yang nampak 4 komponen. Kalau keseluruhan eksperimen ada berpuluh komponen?~

Tapi dengan mudah, mentor kami, seorang pelajar PhD dari Cina datang, selesaikan masalah aku dan Mai, dengan cepat.

"How can you align the laser experimental setup easily? How can you know which screw should be adjusted?"
Aku mengharapkan formula akal logik.
"Hurm... I just feel it... " dia jawab dengan senyuman.

Feel lagi? Ikut rasa?
Orang-orang dulu kata (Melayu), ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Satu lagi yang biasa orang kata, sabar, sabar.. Jangan diikutkan sangat perasaan tu..
FEEL = RASA = PERASAAN = FEELING.. sama lah tu..

Nak ikut rasa ke, jangan ikut rasa.. nak ke.. jangan.. nak ke.. jangan..

Tapi tengahari ini, aku RASA, aku tengah buat perkara mengikut PERASAAN aku.. I FEEL like want to write for my blog. Jadi, aku menulis. Dan, aku RASA gembira.!

Tengok iklan minyak wangi Enchanteur, yang Siti Saleha jadi duta, kayuh basikal tu?
Kan lagunya...
"Saat kau lihat ku... ku teRASA ayu... lalalala...~" lepas tu diorang nampak sangat gembira.
Tengok dan dengar video di bawah ni kalau tak percaya.



Hari ini aku tak de pula orang yang boleh buat aku RASA ayu bila dia lihat aku. Maka, aku kena cari jalan. Walaupun aku perlu siapkan kerja sekolah, tapi, aku RASA aku perlu buat satu post kat sini dulu, dan sekarang aku teRASA ayu.. I FEEL happy..! Lepas ni baru la RASA nak siapkan kerja sekolah dengan hebatnya ! Yeah!

 ***********************
"Ain, jom keluar lunch"
"Aku tak nak keluar lah hari ni.. Aku RASA tak cantik hari ni.."

Dan aku betul-betul tak keluar lunch pada hari tu dengan dia.. aku memang manusia yang ikutkan RASA.. Ada siapa-siapa lagi berani nasihat aku, "Jangan ikutkan rasa" ?




Thursday, October 27, 2011

Redha Masih Tersekat


Kawan-kawan sedia menyanyi dan ketawa
Kawan-kawan setia tanpa kesah berapa harta
Kawan-kawan sedia bersama di waktu derita
Kawan-kawan berjenaka bila aku berair mata
Jadi kenapa perlu aku ketepikan mereka
Demi seorang pencinta

Kerana pada hari itu

Pencinta tiada untuk dengar cerita
Pencinta tak setia menunggu hilangnya lara
Pencinta tak sedia mendukung bila aku tiada daya
Pencinta merajuk minta dipujuk semasa aku seka air mata
Jadi kenapa perlu aku dahulukan pencinta
Demi membezakan pencinta dan mereka

Kalau itu dikatakan dosa
Buktikan pada aku yang kata-kata kau itu pahala
Kalau tak adil itu pencalar bahagia
Buktikan cemburu  baja rumah tangga
Kalau cemuhan itu pengubat duka
Buktikan dengan mata yang hati kau rela

Sakit bukan minta diubat
Hanya tuduhan teguhkan dendam kesumat
Lafaz mahu semuanya tamat
Tapi redha masih tersekat


** Tengah hujan aku tulis, berhenti hujan aku berhenti tulis, 4:14pm, 27/10/11, C21-208, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru, Johor**

Thursday, September 29, 2011

Di Saat Aku Mencintaimu - Mari Hadam Lagu


Ada satu tabiat, kalau dah tertarik dengan satu-satu lagu, aku akan dengar lagu tu berulang-ulang... ulang sampai lebam.. Kena kalau lagu tu tak digemari oleh room-mate, macam Lala pada satu tahun yang indah dulu, Lala menjerit, "Cukup Ain.. Cukup...!!!!!" bila aku pasang lagu Sayang, sayang, sayang, Alif Aziz.. hahaha.. lagi dia geram, lagi kuat aku pasang... Lama-lama.. proses menghadam lagu tu dah jadi biasa.. Kalau kata orang-orang tua.. "dah kena sampuk la tu..." Ala.. Lala pun ada masa akan hadam satu-satu lagu tu sepanjang hari..

Sukacita aku nak sebarkan, bahawa aku tengah kena sampuk @ menghadam lagu Di Saat Aku Mencintaimu.. oleh Dadali..

Mula-mula dengar, di radio.. Macam ni bunyinya..

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
Berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,


Masa rangkap pertama, aku biasa je, tenang... Aku fokus tengok jalan raya (okay, kantoi, aku dengar radio dalam kereta) Standard loser punya lirik.

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,


Okay, sekarang bukan saja sentap, tapi... kata P Ramlee dalam cerita Ahmad Albab,
"Dia nangish la.. nangish la..."

Okay, aku bukan nangis sedu-sedan ya.. sentap sikit je.. Biasalah, jiwa tengah sentimental.. sekejap je lah tau.. I am okay.. Serious...Hehehe.. Aku terus mendengar...

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.......


Okay, aku percaya, lagu ni tak berkait sangat dengan aku.. Confirm! Maka dah tak sentimental dah.. sebab.. Aku nak KATAKAN "aku sangat mencintai dirimu"??? Aku nak CAKAP?

Maaf ya bapak-bapak, ibu-ibu.. That is not Ain.. I even rarely tell my mother, my father, my younger sister, my younger brother.. that.. "I LOVE YOU" Why...? Why don't you simply accept that, IT IS AIN?

Kalau aku boleh faham, kenapa kawan-kawan aku yang dah buat Masters dalam Kimia suka guna perkataan solution (merujuk kepada cecair), kenapa kawan-kawan aku yang tengah buat Masters dalam Matematik mesti selitkan nombor dalam cerita dia, kenapa orang lain tiba-tiba cakap, "Tau la kau budak Fizik, tak perlulah nak tonjolkan dengan sebut, inersia.. momentum.. force.. daaa..." Kenapa orang tak boleh faham yang 'Love' seems to be the hardest word for me?

Tapi, malam tadi, Ajan cakap.. Seek to understand, then to be understood. 
Telur ayam dengan ayam, mana yang wujud dulu...?  Orang terlalu banyak masa terluang je yang akan sudi berdebat tentang soalan ni, kot...

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta



Dah.. sambung hadam lagu.. tanpa sebarang perasaan sentimental melainkan perasan suara bagus (nyanyi-nyayi dalam 'ofis' sambil baca kertas saintifik) Muahahaha...




Thursday, September 8, 2011

ERROR vs SABAH

Buat berkali-kali sudah.. Mesti ada error.. Font not embedded la.. Links are not allowed la.. Bookmarks are not allowed la.. Akibat utamanya, "your pdf file is not accepted'"..

ERROR

ERROR

ERROR

Setakat hantar untuk semakan awal, nampak ERROR, peluh kat dahi tak keluar pun. Cuba nasib kata. Tapi bila hantar tulisan akhir (final manuscript), bila deadline hanyalah tinggal kurang daripada satu jam, dan duit pendaftaran sebanyak RM 900 telah pun didahulukan, perkataan ERROR tak ubah seperti tengok HORROR!

"Hari ini hari gagal aku!"

Minggu lepas aku bagi pernyataan maut kepada diri sendiri, dan para pendengar paksa rela aku. Sebab perkataan ERROR tu. Sampai nak pukul 2 pagi aku hadap website tu. Tapi keajaiban berlaku, bila aku dah rasa sangat tak ada sebarang talian hayat, harapan untuk ke persidangan tersebut hampir kabur. ale-ale, "the deadline is extended"! Rasa macam orang lapar tak makan 3 hari tiba-tiba nampak ayam golek! Orang busuk tak mandi 3 hari tiba-tiba jumpa air terjun bersih lagi permai. Yuuhuuuu...!

Tibalah hari yang betul-betul akhir. Pun sempat makan (buka puasa) kat luar, shopping, window shopping (kekalutan dalam pembelajaran bukan penghalang sebarang terapi kebahagian), aku bekerja dengan penuh tekun untuk semakan terakhir tulisan yang bagi aku dah cukup saintifik dah tu. Lepas convert file doc jadi pdf dengan penuh hati-hati. Terngiang-ngiang pesanan dan pendapat beberapa orang tentang hal-hal teknikal ni, entah selepas bismillah yang ke berapa kali..
aku klik butang upload...
menunggu jawapan..
belajar untuk tenang..
untuk redha andai ditakdirkan ada lagi makhluk berupa ERROR...
Aku dah mula fikir, kalau ERROR juga, aku tak tahu nak buat apa dah. Siapa aku nak kacau pada jam 11.30 malam bila deadline adalah 11.59 malam?

Tiba-tiba...

Aku gosok mata betul-betul. Aku nampak.. Eh, aku keliru.. Celaru pun ada jugak. Berlunjur ala-ala Cleopatra atas sofa baru bakal ex-housemate sebab dia bakal isteri orang, aku tatap skrin laptop comel aku dengan penuh kesabaran.


Nampak tak..? (Klik untuk gambar lebih besar) Passed formating checks!! Satu kali cubaan je tau malam ni. Secara tak langsung, pdf file aku accepted dan lengkap lah proses pendaftaran aku ke persidangan tersebut. Yuuhuuuu!!!

Beberapa hari yang lalu...

"Tak apa Ain, conference yang ini saya tak paksa awak pergi pun. Kalau result tak ada, paper tak sempat buat, tak apa, Withdraw je untuk conference ke Sabah tu. Nanti awak pergi conference lain. Atau hantar jurnal terus"

"Okay Dr. Thanks" Aku jawab dengan nada hambar.

"Jangan paksa-paksa kalau tak dapat result tu. Nanti awak sedih-sedih macam putus cinta. Tak apa la."

Aku tarik nafas panjang-panjang, di tepi tangga, dalam perpustakaan.
"Okay. Tapi Dr, kalau saya nak pergi juga conference dekat Sabah ni, Dr rasa logik tak saya siapkan paper tu dengan tambah.. " blah blah blah (hal-hal saintitifik yang aku malas nak terangkan kat pembaca blog sekian)

"Boleh. Awak nak siapkan juga?"

"Saya nak pergi Sabah, Dr" menjawab tanpa rasa bersalah.

"Awak tu belum pernah pergi Sabah ke?"

"Belum"

"Okay, buatlah paper tu. Nanti kita tengok sama-sama."


Beberapa jam yang lalu...
Di bilik Encik Supervisor.
Kerja keras untuk menyiapkan paper.

"Saya tak sangka yang awak tu belum pernah pergi Sabah"

Errr.. selama aku berbincang tentang paper tu, dia cuma fikir, aku siapkan sebab nak pergi Sabah ke? Errr..

Wednesday, August 17, 2011

Ada Saja Yang Salah

"Tiap kali saya baca semula report saya, ada saja yang salah.."
"Iya kan, tapi itu hari awak terus submit, terus present, terus defense, kan?"
"Ha ah.. Malunya bila baca semula report ni.. Macam tak patut lulus je.. Banyak sangat salah.."
"Biasalah tu, kalau saya pun baca semula tesis saya, ya, ada saja salahnya..."
"Ye ke? Dr. pun sama ke?"

Seorang gadis cantik, iaitu aku, duduk atas kerusi di depan meja Encik Supervisor, dengan muka tak bersalah. Tunggu kata-kata seterusnya daripada beliau, yang berasal dari Indonesia.

"Ya lah.. report master awak tu, tesis saya tu, awak dan saya yang tulis. Tulisan kita ni harus saja ada salah tiap kali orang baca, malah tiap kali kita baca. Yang tulisan kalau dibaca banyak kali tapi tidak ada salah tu..."

"Itu mesti orang yang sangat bagus kan Dr.."

Aku memotong, konon-konon sangat memdalami pemikiran Encik Supervisor. Tetapi..

"Tidak, yang kalau dibaca banyak kali itu tetap tidak ada salah, al-Quran. Itu bukan ayat manusia, ayat Tuhan.. Report awak, tesis saya, tulisan manusia"

Sentap mak nyah..

"Jadi usah khuwatir kalau baca tesis kamu nanti, terus-terus jumpa salahnya... "

Baiklah Encik Supervisor!

Tuesday, August 16, 2011

Kedua-dua Gambar (",)



Apakah persamaan kedua-dua gambar di atas? Kedua-duanya menggambarkan filem yang telah ditonton oleh aku sejak dua menjak ini. Weeeheee..!

Pengajaran filem pertama, The Rise of Planet of The Apes, nasib baik manusia je yang Allah kurniakan ada akal dan kepandaian untuk menjadi khalifah, pemimpin di dunia. Kalau makhluk lain pun ada akal tersebut, haaaa.. manusia tak de nye sempat nak mendabik dada dengan kekayaan, meninggikan hidung dengan pangkat dan nama, menjeling orang yang serba kekurangan dengan segala kelebihan yang ada. Cewah.. Tak sempat, sebab manusia akan sangat sibuk mengharungi suasana haru-biru, tergugat dek makhluk lain itu. Gunalah akal tu baik-baik ya Ain.. Sebab akal lah yang menaikkan kau tu sebagai MANUSIA.

Pengajaran filem kedua, The Reef, bukan saja kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi kalau takut dimakan jerung, jangan pergi berlayar la wei...! Bayar tiket wayang untuk men'suspens'kan diri.. Haaa.. cerita inilah jawabnya.

Dan apakah persamaan kedua-dua gambar di bawah...


Kedua-duanya menggambarkan kulit depan buku & majalah yang sepatutnya aku dah habis baca tapi tak habis lagi. Gulp. Ain, Ain.. Cepat habiskan novel Khalid Al Walid Memburu Syahid ni.. Masa kelas Pendidikan Islam dulu kau tak nak baca betul-betul.. Ni dah bentuk novel yang menarik pun tak boleh nak habiskan.. Dan Reader's Digest Julai ini juga, dah setengah bulan Ogos dah Ain oiii..

Tapi ingat Ain,

To read without reflecting is like eating without digesting. ~Edmund Burke



Friday, July 22, 2011

Bila Tertelan Green Lantern

Tak tahu la cerita ni ada lagi kat panggung wayang atau tak. Rasanya tidak. Kira macam cerita aku ni dah basi lah. Tapi aku belek-belek simpanan gambar yang aku ambil menggunakan handphone aku (handphone pertama aku yang ada kamera, gayat kan...), ada gambar-gambar yang mengingatkan aku kepada cerita Green Lantern.

Aku tengok Green Lantern dengan Zafran, secara, redah je.. Ada duit lebih, tak tau nak buat apa.. (tipu). Keluar je aku ketawa-ketawa (haruslah comel) dan cakap kat Zafran, "Aku suka cerita ni la.." dan dibalas dengan Zafran, "Haaa??? Kau suka???" sambil dia buat muka kurang puas hati.

Ye la, cerita tu memang fiksyen, tak perlu lah nak pertikaikan apa-apa (aku tak merujuk kepada Zafran, dia sentiasa jadi kawan tengok wayang aku yang best, komen dia aku suka je walaupun tak semua sama dengan aku), macam kebanyakan orang Melayu pertikaikan kelogikan filem Melayu, mengutuk bukan main, tetapi tengok cerita dari luar yang fiksyen dan karut boleh pulak tak marah-marah naik angin kan.. Pernah je aku jumpa review filem Fast Fourius yang terbaru tu, ada babak lepas adegan tembak-tembak, jatuh, bergaduh, ale-ale kekotoran pada The Rock hilang. Tu lagi lah, bukan cerita fiksyen atau tahyul. Biasalah, yang orang punya bagus.. sendiri punya tak bagus..

Kuman seberang sungai nampak, gajah depan mata tak nampak... Errr.. tapi tak depan semua mata ada gajah la.. Don't worry..

Okay, aku dah melalut. Aku suka cerita Green Lantern sebab.. Hurm.. Tiba-tiba aku nak samakan dengan karya Faisal Tehrani. Watak diada-adakan, tetapi kalau fikir banyak kali, ada maksud disebaliknya. Macam dalam Green Lantern, kisah makhluk-makhluk hijau lawan dengan makhluk-makhluk kuning. Yang hijau tu akan menang kalau keazamannya 100% dan yang kuning akan menang kalau ketakutannya 100%. Kira kalau terdetik rasa takut pada superhero tu, kuasa dia kurang. Yang jahat tu pulak, 'superhero' kuning tu berasal dari orang yang rendah keyakinan dirinya, rasa dia tak handsome, tak bagus, orang tak suka dia, takut nak approach girl yang dia suka.. Lagi dia takut, lagi dia power!!! (ini fahaman peribadi aku tentang cerita ni)

Keazaman VS Ketakutan

Okay, dah falsafah sangat ni, aku takut pembaca akan berhenti membaca.

Maka aku teruskan kepada akibat aku tengok cerita Green Lantern, cerita ala-ala superhero (tipikal), tapi dah diubahsuai dengan sewelnya. Contoh, bila superhero tu jumpa heroin dengan keadaan bertopeng, masa nak kiss, heroin tu kenal siapa superhero tu. Dia kata, mestilah dia kenal! Dah jumpa dan tengok selalu, takkan setakat pipi, dagu dia tak boleh nak cam! Serius perli cerita superhero lain, yang heroinnya tak tahu superhero tu siapa tanpa topeng. Aku suka babak ni.. hahaha.. lantak kau la kalau kau tak suka ye.. Ops..

Okay, balik kepada akibat aku tengok cerita Green Lantern... Ini makanan aku lepas keluar dari panggung...
Tak sengaja okay! Air suam dalam cawan hijau, air teh epal pun hijau, salad dengan ayam panggang bersama banyak dedaunan hijau. Greeeeen Kampus! (tiba-tiba)

Tapi inilah hasilnya, bila tertelan Green Lantern.

*post entah hape-hape

Saturday, July 16, 2011

Serang Ledang! (Pra-baca)

Sebelum 3 gadis cantik dan satu lelaki tak cantik basah dek air gunung ledang.. testing testing dulu... Salah satu daripada 2 lagi gadis cantik yang tiada dalam gambar mestilah aku kan...

Bersambung
...

Friday, July 1, 2011

Itu bukan aku...

Mata menghadap skrin komputer, beralih ke kertas-kertas bertulisan atau bergambarajah, yang kalau nak faham kena kerut-kerut dahi sikit... Jari joget-joget atas papan keyboard komputer, atau pegang pen dan pensel, tulis apa yang dah faham, atau tak faham.. Mulut bercakap nak ilmiah, tak dengan supervisor, dengan kawan-kawan, masih pasal research.. Kalau berbual jauh sikit pun, tetap patah balik kepada research.. Cukup happy..

Itu manusia A...

Call kawan-kawan dan teriak, "Jom jumpa.. !"
Tak makan, tengok wayang, karok, borak-borak kat warung, atau sambil window shoping, tak terkecuali shoping sekali.. Jalan-jalan, cuci mata, tengok orang.. Atau, melepek kat rumah, pillow talk dengan manusia.. Boleh juga sambil rehat, SMS atau call orang, tak kawan, keluarga dan tanya, "uit.. tengah buat apa..?" Cukup kalau ada reply "Sorry, busy..", bukti ada makhluk hidup di hujung talian.. Cukup happy..

Itu pula manusia B..

Bawa kereta perlahan-lahan, park tepi jalan, bawa keluar kamera, posing-posing sikit tepi jalan yang sunyi.. Cukup happy.. Nyanyi lagu lalalala...

Dan itu manusia C...

~hasil kerja manusia C~

Secara formal, label aku adalah manusia A. Tapi.. rasanya itu bukan aku yang total.. Secara mata kasarnya, aku manusia B.. Tapi itu bukan sepatutnya aku.. Jauh dalam sudut hati, aku enjoy jadi manusia C.. Tapi sekali-sekala la dapat jadi..

Boleh ke nak jadi manusia ABC? Tapi penat la...

Manusia ABC yang tahan penat.. Itu pun bukan aku..

Saturday, June 25, 2011

Nak Lagi...!!!!


Nak banana boat lagi....!!!

Tiba-tiba kan..

Masa : Februari 2010
Tempat : Melaka (Ismah Beach Resort)
Acara : 1Heart 1Lambaian (Hari Keluarga Alumni Lambaian + Mesyuarat Agung Tahunan ke-2)
Perasaan : Best giler...!
Perasan : Aku perasan ada dua pasang tunangan atas bot pada gambar di atas dah selamat menjadi suami isteri..

Thursday, June 23, 2011

Aku Bahagia Kerana Aku

"orang macam tu nak buat kawan? tak ada kawan lagi bagus la.."

"tv cerita macam haram! tak tengok tv lagi bagus la.. bukan menenangkan, lagi naik hangin dan merosakkan minda ada la!"

"artikel majalah ni berat sebelah.. buat sakit hati je baca.. menyesal beli!"

"balik rumah pun kena bebel, apa dibuat semua tak betul, yang salah aku, asal salah aku, baik tak payah aku balik rumah..!"

"tak boleh nak timbang rasa, buat stress aku je, tak de dia pun tak pe, aku boleh hidup la.. menjanda pun menjanda la.. bukan hina pun jadi janda!"



Semua ni contoh-contoh karangan yang aku tak perlu ceritakan asal usul dialog, yang menyebabkan tukang lafaz dialog muka huduh lagi menyeramkan, nada suara sumbang lagi membingitkan, hati sakit lagi menyakitkan orang yang mendengar. Kesian. Banyak punca sengsara. Banyak punca derita. Lari daripada punca-punca itu dikatakan ada bahagia. Ye ke bahagia?

Tak berkawan dengan seseorang yang telah sakiti kita, bahagia? Macam mana kalau segala kebaikan dia pada kita sebenarnya lebih banyak daripada kebaikan kita kepada 10 orang?

Cerita kat TV tu tak bagus? Macam mana kalau kita yang bercerita, bagus sangat ke? orang yang dengar cerita kita tu semua bersyukur ke dengar cerita kita? TV tak paksa kita tengok, tapi kita paksa orang tengok 'drama' kita?

Artikel majalah tak bagus? Pendapat kita kalau dikarang jadi artikel, bagus sangat ke? Tak akan bias ke? Kalau orang kata kata-kata kita tak beri manfaat, tapi kita akan fikir orang tu yang bodoh sebab tak nampak manfaat kita selitkan. Macam mana? Salah antena ke receiver?
Balik rumah tak bagus? Habis nak duduk kat pejabat sentiasa? Tenang sangat ke? Seronok ke makan nasi bungkus atau Mc D hari-hari kat pejabat bertemankan komputer, fail-fail dan meja kerja?

Laki kita tak bertimbang rasa, betul ke lebih baik menjanda? Anak-anak suka ke cerita pasal kita jadi single parent yang superwoman? Mak ayah kita suka ke kita balik kampung tanpa suami sebab dah janda?

Kalau punca sengsara dan derita itu ada di sekeliling kita, kita akan sentiasa diancam sengsara dan derita. Kita tak boleh lari dari segala-galanya. Kalau nak tinggal dalam gua pun, kita tetap tak boleh lari daripada punca sengsara dan derita, iaitu 'sunyi' dan 'bosan' selepas kita dah imun dengan 'tenang'. Jadi segala-gala yang ada nama di sekeliling kita, adalah punca sengsara dan derita! Kita tak boleh bahagia!


Suami, tak faham kita. Emak, dah tak larat dengar masalah kita. Ayah, dan sibuk dengan sakit-sakit dia. Anak, tak habis-habis dengan cari masalah. Kawan, ada keluarga sendiri punya cerita. Kerjaya, ada saja buat sakit kepala. Persatuan, tak habis-habis politiknya. Hobi menjahit, cina jual benang tipu harga. Restoran, pelayan lembap. Nak transfer duit, online banking hang. Haih, semua ada cari pasal!

Sengsara wei! Sengsara!

Macam mana nak bahagia? Macam mana aku nak rasa hidup bahagia???!!!!??!!

"Kalau kau hidup macam orang bahagia, kau akan bahagia. Kau bahagia sebab KAU rasa bahagia."

Hanya aku yang boleh buat aku bahagia. Aku bahagia kerana aku.


*Macam mana dengan orang yang kata, "Sebab suami lah saya bahagia dan berjaya macam ni.."?

Tuesday, June 21, 2011

Fikir lebih sebelum pilih...

Nasib baik dapat siaran televisyen Singapura, dapatlah aku tengok rancangan-rancangan realiti yang menyihatkan minda walaupun kurang produktif aku melepek di rumah.. macam top chef, makeover makeover.. martha..

Semalam aku beli 3 benda untuk kegunaan Oyen aku (Oyen, laptop baru warna oren aku hehehe.. perlulah kan kenyataan 'baru' di situ) iaitu sarung laptop (yang nipis je tu, aku tak tau apa mau panggil), keyboard protector, dan lcd screen protector. Tak sabar-sabar, maka aku terus beli tanpa perincian yang lebih mendalam. Padahal laptop ada dalam kereta je pun masa tu. Boleh je nak bawa terus kasi install semua aksesori tu kan. Tapi maklumlah, nervous sebab terkejar-kejar nak jumpa encik supervisor masa tu (alasan..)

*Kata bapak aku, "oren Felda lah ek...". Aku mengiyakan.. Baru perasan warna Felda*

Hari ni, lepas lipat baju macam ambil part time kerja dobi (padahal lipat baju sendiri je pun), aku pun buka la semua barang-barang baru beli untuk Oyen tu. Berbunga-bunga hati untuk menjadikan Oyen lebih sempurna. Cewah..

Sarung dia.. haih, panjang cun dah, lebar pulak terlebih! Laptop aku terlalu kurus untuk beg tu.. huhuhuhu.. Tapi aku tak dapat rasa kurus (sekarang!), laptop rasa kurus jadi lah..

Keyboard protector, memang aku tahu panjang sikit dari Oyen masa beli. Aku gunting je la dengan gunting dapur. Tak cantik potongannya tapi okay la, masih boleh digunakan.. Bukti.. aku tengah menaip dengan adanya keyboard protector pada Oyen ni.. Berasa cukup dengan apa yang ada.. Qana'ah...

Berita utama hari ini, cerita LCD screen protector. Aku nak lekatkan protector tu mentah-mentag walaupun lebih besar dari saiz LCD screen laptop aku. Macam handphone aku juge.. Boleh je.. Tapi ale-ale tak boleh sebab ada border pada skrin ni. Border tu tak sama rata dengan screen laptop macam handphone aku.. Ada tebing.. So tak fully melekat pada LCD screen laptop aku. Faham tak? hehehe.. Aku sedar ketidakserasian aksesori itu lepas cuba lekatkan protectornya sendiri.. dengan mata kepala ini.. Manusia yang mementingkan praktikal lebih dari teori la kata kan. Buat dulu baru tahu kan..

Okay, tak pe, tak putus asa, aku pun potong dengan gunting. Freestyle gitu. Anggap je la aku berjaya potong. Senget sikit-sikit, seni kata.. Tetapi.. langit tak selalu cerah..

Aku dah lekatkan, dengan nafas kejap laju, kejap tak ada langsung. Tapi nasib tak menyebelahi, aku gagal beberapa kali cubaan.. dan bila rasa macam dah tak gagal, aku tak mampu pula nak hilangkan semua buble-buble yang ada pada skrin. Stress! Walaupun alat-alat pembersihan dah macam pro dah sebab guna alat-alat bersihkan lensa kamera, buble tak nak bercerai dengan screen.. Aku cabut balik protector tu.

Hampa.. dan.. buang. Ya la, bukan boleh guna lagi, mesti dah berhabuk-habuk sakan. (Tiba-tiba aku terbayangkan betapa berbakatnya orang yang kerja pasang tinted pada cermin kereta kan)

Pengajarannya, sila bawa laptop anda ke kedai bersama-sama semasa membeli aksesorinya dan minta orang kedai pasangkan terus LCD screen protector agar kegagalan baru tidak dicipta dalam hidup anda.

Sekian.

9 Jun 2011


** Tak semua benda dalam dunia ni boleh main redah. Salah pilih LCD screen protector, buang lah RM 10, macam tak de banyak sangat rugi..

*Fesyen color blocking*

Salah matching kan tudung dengan baju, taklah dibuang negeri, boleh jawab "ini fesyen color blocking la wei.." Kan...?

Tapi masih tak semua benda boleh main redah je.. Tak boleh salah pilih.. Jadi apa salahnya fikir lebih sebelum pilih?

Tolonglah..

Fikir lebih sebelum pilih...

Friday, May 27, 2011

Oslo Must Go, Study Must Also.. : Cerita Lama

Lagi cerita lama daripada blog lama aku yang aku tulis semula dan nak kongsikan- Dengan gambar! Enjoyz!!!!!

*****************************

Satu jumaat, sign in (YM) Yahoo Messenger, dengan berstatuskan "Oslo, Oslo.. "

Tiba-tiba, seorang brother happening yang aku kenal masa BTN (Biro TataNegara) di Balik Pulau sebelum sambung belajar di perantauan dulu hantar mesej kat YM, "Oslo must go, Study must also.. " Encik Hafiz, terima kasih! akan kami kenang selalu.. hehehe.. ('kami' merujuk kepada aku dan 3 kanak-kanak ribena yang lain)

Oslo? paling glamor Oslo kat sini, ialah sejenis pizza di Pizza Hut.. iaitu.. pizza seafood.. hehehe.. habis takkan kami nk makan pizza ayam lak.. sah-sah tak sembelih- maksud halal pun belum tentu orang Pizza Hut tu tahu- Dan.. takkan vegetarian pizza je selalu.. huhu.. eh, bukan pizza Oslo yg nak diceritakan.. tapi..

OSLO, sejenis software yang digunapakai dalam kelas semester ini, kelas Optical Design.. dengan OSLO, kita boleh design optical system untuk pastikan sistem itu menepati ciri-ciri yang dikehendaki.. Contoh optical system ;

err.. bukan OSLO ini juga la yang best untuk aku ceritakan… tapi..

Oslo, bandar di Norway.. kalau ikut kata Mai.. bandar termahal di dunia.. hehehe.. Status di YM yang berupa "Oslo, Oslo.. " tu sebenarnya menunjukkan mood pada masa tu yang dah tak sabar nak tunggu weekend untuk ke Oslo =) Yuuhuuu!! (Tiket murah macam promo AirAsia lah)

Di Oslo bergelumangnya aku dengan pelbagai perkara yang mampu buat aku rasa pening, perut tak sedap, rasa nak muntah.. dan macam-macam lagi.. iaitu?? selsema, then sejuk, hujan, naik roller coaster 5 kali (3 jenis berlainan), minum kopi 2 pagi berturut-turut dan satu kali di theme park (alergik kopi sungguh.. huh), naik bas yang dibawa dengan peningnya, naik bas yang pengudaraannya macam tak best.. huhuh.. err… cian cian..


Minum kopi yang pada cawan kertas tu tulis "tongkat ali"
Lepas sarap di hotel; ambil gambar sikit dengan makcik-makcik yang pakai lawa-lawa tu
Eh kat luar pun akak cantik tu pakai lawa-lawa?

Pakai lawa-lawa semua sempena hari kebangsaan Norway- Yang berbaris dan buat persembahan malah yang datang sekadar menyaksikan pun pakai pakaian tradisional diorang- Hari Kebangsaan Malaysia aku pun tak pernah lagi tengok perarakan dengan baju kurung-


Itu hal yang buat pening.. hal yang buat hati kepala dan perut kecut ialah.. berlari sekuat hati menuju ke hotel selepas makan kentang goreng dan ikan yang mahal giler, dengan sos ala-ala halia naik ke hidung..! Euuwww! Berlari kerana ‘ditemuramah’ oleh seorang lelaki mabuk selepas festival national day Norway.. huh.. Selalu je jumpe orang mabuk, tapi, tak tahu kenapa, kali ni, rasa macam nak nangis sangat.. huhuhu.. nape la ada org mabuk dalam dunia ni.. huhuhu..

Merasa la aku mengalami terkujat, kaget, terkasima, akibat kemahalan yg 2, 3 kali ganda dari harga biasa. Memang tempat mahal ler.. Satu burger McD (burger sahaja) sama dengan harga satu set McD (perbandingan Eropah lah)- Mana tak nyer, banyak rumah tepi pantai.. bersama dengan bot-bot persendirian!! Ada pulau persendirian la… huh.. kaya, kaya, kayap aku dok lama-lama kat situ..

Atas kiri : Kecewa sebab terlepas bot
Atas kanan : Isi masa lapang baca peta
Bawah kiri : Tempat duduk belakang bot kami yang punya! muahaha!
Bawah kanan : Pulau yang ada satu rumah dan siap ada tempat terjun ala-ala kolam renang gitu (kiri gambar); mantop!!!

Naik bot melihat kemewahan.. huhu.. err.. melihat keindahan ciptaan Dia.. before tu.. ke theme park.. hhmm.. biasa la.. theme park la.. hehehe.. apa-apa pun, aku kagum dengan terapi yang aku buat, iaitu terapi tekak dan hidung, yang mampu buat selsema aku lega sekejap.. terapi ketika menaiki benda-benda yang boleh membuatkan aku menjerit.. tahniah kepada pencipta terapi tersebut.. huh.. terima kasih!

*Tempat terapi tekak dan hidung*

*Dan lain-lain*

*Gambar favorite aku!*

12 Mei 2008

Dom Studentski Zaczek; Warszawa; Polska (Student Dormitory Zaczek; Warsaw; Poland)

******************************************

Dalam awal 2011; ada aku baca Newsweek- Majalah mingguan Bahasa Inggeris yang biasanya akan pro-Amerika kalau isu-isu berkaitan dengan mereka termasuklah isu-isu keganasan; Palestin semua tu- Biasanya cerita pasal tu aku tak baca la- Mula-mula konon-konon nak cuba tengok sejauh mana tulisan itu nak pro-Amerika- Tapi buat aku hangin je- Rosak mood aku je- Lain la kalau berita Kate dan Prince William kawin; ha tu aku tenung lama-lama- hehehe- Dan ada juga artikel yang menyentuh soal kekayaan negara Norway- Ya; KEKAYAAN NORWAY-

Punyalah kaya negara Norway tu; semua orang tua (aku tak ingat umur berapa) akan diberi wang pencen secara automatik; tak kira lah kerja ke tak kerja sebelum tu dan kerja apa- Penganggur pun dapat elaun kalau tak silap- Perubatan pendidikan memang percuma lah kan- Lebih menarik; artikel tu ada sebut yang negara kaya dengan minyak ni (minyak lah kalau aku tak salah faham) pernah tersalah tadbir kekayaan negara mereka- Kesan salah tadbir tu aku tak berapa nak baca (artikel omputeh kata); yang pastinya ada ditulis; kerajaan Norway cepat sedar dengan pengurusan kekayaan negara yang tak berapa nak bagus itu; dan buat mereka ubah sistem mereka; sampailah mereka mampu kekal kaya sekarang- Negara pengeluar minyak yang kaya; kekal kaya; dan rakyatnya merasa mewah- Okay; aku tak nak komen banyak sebab aku baca artikel tu tak sepenuhnya- Maka- Malaysia- Hurm- Okay; tak nak buat kesimpulan juga hahaha-

*Rindu Husni; Pat dan Kat; kan Lala? kan Mai?

Monday, May 23, 2011

Sehari di Scrap Bug


Dah berbulan-bulan aku lalu depan satu kedai yang berada dalam satu shopping mall yang selalunya menarik perhatian aku tapi aku tak keluar-keluar duit pun untuk kedai tu- Jimat atau kedekut- Mother knows better! (macam cerita Rapunzel daaa)

Tapi akhirnya duit aku sampai juga pada tangan orang yang berada dalam kedai tersebut- Duit yang dikategorikan sebagai yuran workshop tu bukan lesap; tapi telah pun bertukar menjadi hasil secara fizikal dalam rupa bentuk seperti gambar-gambar di bawah-

Daripada kalendar 2010; dah berhabuk-habuk sampai mampu menambah kerengsaan kulit jika tersentuhnya; gambar tiga gadis comel pada satu masa yang indah dulu dah tukar jadi layout yang lebih bermakna : My first layout di kedai Scrap Bug semasa workshop 'basic' Jumaat lepas- Hoooyeeeehhh!!!

Paling kiri tu produk asal; tengah-tengah tu masa proses reframe; cikgu aku panggil 'matting' dan yang kanan sekali tu adalah hasil akhirnya- Kata cikgu; ini layout basic-

Dan my second layout yang lebih haru-biru proses nak hasilkannya sebab nak letak macam-macam gambar; ini dia; gambar keluarga aku! tadaaaa!

Projek 3 jam setengah aku tu buat aku lari dalam dunia aku sendiri- Macam ala-ala budak tadika masa tengah mewarna- Mana ada fikir hal nak bayar bil telefon ke; hutang kad kredit ke; kerja dengan supervisor ke kan- Haaa sama la dengan aku time tu- hahahaha- Ini hasil yang dapat aku upload- Hasil yang tak mampu aku upload; berupa feelings dan ilmu-ilmu teori ada yang aku dah lupa belajar masa kelas pendidikan seni dulu dan ada yang aku tak pernah tahu pun; dan ilmu-ilmu tu sangat berguna- Jangan kata berguna untuk minta kerja atau penulisan tesis anda; ianya tak ada kene mengena- Tapi for me; berguna- lalalala~

Daripada rule of third (yang digunakan dalam ilmu fotografi juga); posisi-posisi menarik untuk 'tarik' mata orang yang melihat hasil kerja; warna; corak heavy dengan corak tak heavy; positif negatif gambar; gabungkan 6 kertas bercorak pada satu projek; koyak-koyak kertas; kasi warna guna distress ink (ala-ala kesan kertas terbakar; yang dulu-dulu aku buat guna ubat nyamuk yang melingkar tu) sehinggalah kepada mood dan feeling- Hmmm- Tak dapek la den nak cito semuo kan-

Nanti senang-senang nak belajar teknik yang lagi superb!

Cikgu aku haritu tak berhenti menerangkan selagi aku tak faham- Terima kasih cikgu!

Tuesday, May 17, 2011

Tak Ada Duit

Pada masa aku fikir aku tak ada duit, aku sebenarnya lupa yang ada orang lebih tak ada duit-

Aku taklah suka tengok sinetron Indonesia, tapi pagi yang hampir tengahari di rumah sewa seorang diri aku isi dengan suara dari TV, tertayang sinetron dari negara jiran yang satu tu- Biasalah, cerita-cerita macam tu, orang baik, cantik, mesti teraniaya kan-

Sampai satu babak, suami isteri tak boleh tidur sebab lapar- Aku terfokus pada babak tersebut-

"Maaf ya, buat kamu terpaksa tidur lapar begini" kata si suami- "Yuk, munim, kita sahur" cadang si isteri yang cantik- "Puasa" soal suami-

"Rasulullah kan berpuasa kalau di rumah tidak ada makanan" Si isteri bangun dari katil, buat air- Si suami memandang isteri, mata berkaca- Aku rasa, babak mantap!

Teringat aku satu cerita, mama dan papa yang cerita- Seorang lelaki beranak dua, cerita yang dia asalnya taklah sayang sayang isteri dia dengan nada slumber- "Main kawen je" Kata dia lah-

Satu hari, suami isteri tu makan sama-sama di rumah- Lepas syok makan, lauk pauk habis- Tinggal nasi putih ja- Aku pun biasa buat, lauk habis, berhenti makan- Si suami yang bercerita kata, dia berhenti makan- Tapi si isteri terus makan seorang diri- Si isteri makan nasi putih sahaja dengan sangat berselera dan tekun- Tak perasan si suami pandang-

"Woi, lapar sangat ke sampai nasi putih pun hadap macam tu" kata si suami- Okay- Itu adalah aku tambah-tambah cerita-

Si suami tengok si isteri, baru teringat, yang isterinya adalah dari keluarga susah- Adik beradik ramai- Tak cukup makan- Logik lah kan untuk cerita dulu-dulu- Adik beradiknya didahulukan untuk makan sampai dia pada masa dulu biasanya hanya makan keras nasi saja- Berlinang air mata si suami melihat isteri yang masih meratah nasi putih-

"Sejak tu aku sayang bini aku, bang" tutup cerita si suami tu pada papa- Meremang bulu tengkuk aku masa papa cerita semula pada aku- Malah semasa aku menaip ni- (Banyak lah bulu tengkuk ko kan)

Sebenarnya aku bukan tak ada duit- Bukan tau Ain! Tapi aku ada baaaanyaaaak duit- Sampai tak pandai nak uruskan dengan bijak- Banyak sangat la katakan- Ain, Ain-

"Biasanya orang nak uruskan duit dengan baik selepas jadi kaya- Tapi mereka silap! Sepatutnya mereka uruskan duit dengan baik dulu, baru mereka akan jadi kaya" Petikan buku yang Ajan tunjuk pada aku Isnin lepas di MPH Jusco Taman U- First time kot aku tengok buku-buku macam tu- Tapi tak beli lah- Belum beli- Tak ada duit- Eh, bukan, duit ada, belum ada untuk beli buku tu- =D

20 April 2011 - 11:05 pagi

Wednesday, May 11, 2011

Attention! : Cerita Lama

Berikut adalah tulisan aku pada 13 April 2008; di Dom Studentski Zaczek; Warszawa; Polska (Student Dormitory Zaczek; Warsaw; Poland - Aku menggatal nak copy & paste tulisan ini sebab teringat satu perisitiwa dek operasi menggeledah gambar lama di Friendster- Ya; Friendster; bukan Facebook- Layan---

# Attention! Masa tulisan ini dibuat; aku belum ada kesedaran menjaga bahasa yang tinggi berbanding sekarang; Tak larat nak edit semua; banyak sangat bahasa SMS- Harap maklum-

*************************************************************

ha.. ada stori ni.. u all nak tau.. (ala-ala gossiping)..

hari jumaat lepas.. kitorang budak-budak Optics kat Universiti sini ni, ada visit ke Military University of Technology, Warsaw, Poland.. untuk tengok research2 dan lab diorang la.. :D

dalam kepala, syok habis la… jumpe abang-abang askar.. tengok diorang training ker, kene denda ke, macam ATMA kat UTM skudai dlu.. (abang-abang ATMA jangan marah ek, i suka stori pasal u all, kene dende pun comel.. he3).. tp tak de la senang jmpe diorang pn.. sbb mmg byk spend masa kt lab la..tp tak pe..

hakikatnya, bangunan diorang memang tgk mcm nk roboh.. bangunan lama la katakan.. tp dlm bangunan, mak aih, cantik seh.. ada satu bangunan lab tu, ada pintu utama, mcm pagar besar la.. sorang classmate kitorang, gadis filipina kata.. "wah, prison break!!" hmm.. cite ni mcm tak best sgt je.. he2.. ok cite lain la

ok, kmbali kpd lab.. stakat sensor, kat senjata, kenderaan perang..sensor kat kubu..nk elak kenderaan senang meletup la.. sensor kt badan askar utk detect kene serang kt bahagian mana.. kamera IR (infra red) yg detect object berdasar kan suhu.. (ha yg ni aku pn xphm2 cmne dia detect).. buat thin film guna laser mmg success je.. kang cite smua, pening lak korang baca.. semua mmg mantap la kitorang tgk.. agak kagum la.. tp, tak tau la sistem kt Malaysia aku takpernah tgk pn kan.. sbb tu tak leh nk kata sape lagi hebat pn.. he3.. (dlm hati, patut la ada kmnterian msia and prof kt UTM pi mlawat akademi ni tahun lepas.. mmg.. wau..!!!)

dan, cerita klimaks nya, ialah..


last2, kitorg nk la amik gambar dgn abg yg beruniform smart yg iring group ktorg.. sepanjang visit lab2 tu..
so, kami cakap.. nk amik gambar blh? (dh translate la..)

dia kata, "sure.."

then, bergambarlah kami.. then, kami tukar2 la tukang petik gambar supaya smua org ada peluang masuk dlm gambar.. (phm kan motif ni?)

~Tu dia abang askar yang kami dapat tangkap~

Dan yg lucu plus comelnya, abg askar tu plak kata "let me take the pic for all of u"..
huhuhu, oh abg askar, apakah maknanya, dh sah2 la kami nk amik gambar dgn abg!!! tp tak pe la, at least kami kenang, gambar tu abg yg amik.. layanlah, abg amik la gambar utk ktorg tu..

dan.. yg menarik nyer.. masa nk amik gambar, yg tukang pegang kamera, mstilah kata.. "ok, 1, 2, 3, smile..!" ada yg kata, "ok.. smile!!" ada gak kata, "ok friends, here..!! " Kitorang senyum-


korang tau apa abg askar tu kata masa dia yang nk petik gambar utk kitorang? (dlm nada senyum mengenangkan situasi yg sweet)

aku nk gitau korang, abg tu ckp;

"ok, attention…!!"

huhu.. mmg sah dia askar.. attention!!!

Monday, May 9, 2011

Tulis Apa yang Kita Fikir : Masalah Baca Novel

*Ditulis pada satu hari yang indah; bukan hari ini*

Sudah habis lantai rumah disapu daripada belakang televisyen, bawah alas kaki, bawah dacing penimbang berat badan sampailah ke bawah sinki di dapur, cawan-cawan dalam sinki siap dibasuh, bila rasa badan panas dan rasa diri berhabuk, aku sudah siap mandi dan pakai segala macam pelembap untuk muka, tangan sehinggalah kaki, tapi..... (tarik nafas sekejap) aku tetap rasa tak cukup selesa.

Aku baca novel di bawah kipas siling, peluk satu bantal. Seorang diri kat ruang tamu lapang tanpa sofa. Kononnya santai lagi menenangkan. Tapi setiap muka surat diselak buat aku rasa macam tertekan tak tahu hujung pangkal. Memang cerita berat, tentang kemasukan Islam ke Tanah Melayu (aku ke yang baca novel ni cayo la cakap den) tapi aku yakin bukan salah isi novel aku rasa macam ni..... (tarik nafas panjang sekejap)

Aku betul-betul mengharapkan lebih tenang dalam jam-jam berikutnya hari ini. Bohong kalau aku cuba mempositifkan diri dengan membayangkan aku tengah gembira dan lalalala~ Selepas beberapa minit, aku dah sedar proses cleaning yang tidak selesai lagi ialah ‘pembersihan’ fikiran yang berserabut dengan macam-macam things-to-do.

Kalau tak terbuat, cukuplah kalau tertulis. Tulis! Orang pertama yang mencadangkan "tulis apa yang kita fikir” dalam hidup aku sepanjang yang aku ingat adalah pengetua MRSM Jasin satu masa dulu; mungkin 2002 atau 2003; Dr Fathanah- Ya, aku tulis lah ni.

Nasib baik ada bawa balik laptop ke rumah sewa; kalau tak biasanya tinggal di bilik kerja di fakulti dek berat berkilo. Tapi aku nak tulis apa. (tarik nafas panjang dalam-dalam sekejap)

Haaa tulis pasal novel!!!

Novel pertama aku beli hari ke Pesta Buku di PWTC haritu ialah Contengan Jalanan, tulisan Hlovate yang aku beli atas dasar “redah je” . Tak tahu cerita pasal apa. Hanya tertarik dengan betapa tergamaknya penulis biar kulit novel tu tanpa sinopsis. Walaupun Zafran dah cakap, “Aku tak suka buku Hlovate, bahasa dia sangat santai”, aku beli juga sebab bukan aku protes Zafran, tapi sebab aku memang ‘takut’ baca novel bahasa ‘sempurna’. Dulu aku pernah baca novel “Ombak Rindu” yang boleh dikatakan ramai orang (kawan-kawan) baca. Ada kawan cakap “kalau kau mula baca novel dengan Ombak Rindu; ko akan suka novel” Tapi kawan, aku tak suka novel pun lepas baca Ombak Rindu. Huhuhu~ Aku rasa serik ada lah.

Okay; kawan-kawan; terutamanya peminat novel Ombak Rindu- Aku tak kata aku serik baca Ombak Rindu sebab novel tu tak best- Tidak!

Masalah pertama aku, aku adalah manusia yang tak sabar kalau baca cerita, aku nak habiskan cepat! Sebab tu lah aku tak jadi kerja kalau dah mula baca novel, sampai sanggup stay up sampai 3 pagi, macam yang jadi minggu lepas bila aku baca Contengan Jalanan dan pada tahun 2008, aku baca novel Ayat-ayat Cinta- Memanglah aku sanggup stay up untuk Contengan Jalanan dan Ayat-ayat Cinta tu dah kalau aku baca dalam pukul 2, 3 pagi tapi aku boleh ketawa atau menangis untuk novel tu kan- Tak ke novel-novel tu hebat?


Masalah kedua aku; hmmm nanti sambung la~

Wednesday, April 27, 2011

Redah je... Contengan Jalanan

Meniarap atas bantal baru beli dari Jusco lebih kurang sebulan, pegang novel baru, aku rehatkan mata yang penat membaca walaupun hati kata nak teruskan. Mata rehat digerakkan pada semua sudut dalam bilik. Dari tepi pintu, aku nampak bagpack yang ada laptop. Laptop yang pernah ditegur oleh Dr Zuhairi, "besarnya laptop". Huh, aku nak laptop baru yang kecil dan ringan!

Sebelah backpack nampak dua beg plastik.. yang ada baju-baju kotor hasil jalan-jalan cari pasal hujung minggu lepas.. Nanti aku cerita lah ke mana aku jalan-jalan tu. Mata bergerak lagi.. ada fail-fail dan buku-buku yang tidak disusun kemas apatah lagi ikut sistem perpustakaan. Terbaring botol losyen. Baju dalam almari ada yang terjuntai, tak sempat lipat, main sumbat.. Atas lantai ada gulungan sejadah berintikan kain telekung.. Errr.. sungguh comot.. Nak kemas ini dulu la.. eerr.. yang itu dulu lah.. hmmm.. almari dulu la.. Arrghh!! Sambung baca novel la..

Aku bukan pembaca novel. Geli nak mengaku. Bukan pandang serong pada pembaca novel. Geli tu maksudnya rasa kurang sesuai dengan aku la. Macam aku geli nak pakai reben besar kain kat atas tudung. Tapi aku tak kata orang yang pakai reben tu buruk atau jijik.

Tapi aku ada novel ni sebab Pesta Buku di PWTC Ahad lepas la.. Ops, tercerita satu aktiviti hujung minggu lepas.. Atas pengaruh Zafran juga.. Tema hari tersebut, redah je...!

Aku main redah je, tak tahu pun novel tu aku akan suka atau tak, cerita pasal apa.. Aku hentam..
Rupa-rupanya aku suka.. Novel bertajuk Contengan Jalanan, tulisan Hlovate.. Mula-mula Zafran tanya kakak kat booth novel tu aku dengar macam tajuk buku "Hello Vet" hahaha.. Kenapa aku suka.. Errmm.. nanti aku buat review novel tu la..
Tak fikir panjang.. cerita best ke tak, ayat aku faham ke tak, tema cerita apa pun tak tahu.. Ye lah, tiada sinopsis pada kulit buku.. Serius berdebar nak beli. Tapi ikut tema, redah je..!


Bila best, aku rasa sangat bagus tema "redah je..." ni.. Ya lah, kita tak luangkan masa dan tenaga apatah lagi urat-urat kepala untuk terlalu banyak fikir tentang satu-satu perkara. Kalau tak best, kita redha.. rasa tak rugi sangat.. sebab tak berapa nak penat.. Kalau best pula, alangkah berbaloi-baloi!

Kan best kalau perkara-perkara yang ada kat tiap sudut kepala otak aku ni (macam barang-barang yang ada kat tiap sudut bilik aku malam tadi) boleh aku guna tema yang sama, "redah je...", tak perlu fikir susah-susah.. tenang.. bahagia.. lalalalala....

Sha la la la la.. (clap clap clap) Sha la la in the morning...

Serius bahagia..

Macam pesanan penaja tengahari semalam, daripada Encik Supervisor ;

"Awak tu jangan fikir susah-susah.. Ni mesti fikir susah-susah.. Tenang-tenang saja Ain.. Ini awak tu belum kahwin.. Kalau macam saya ni nanti, ada keluarga, ada anak-anak, lagi banyak nak fikir.. Kalau sekarang awak tu dah fikir susah-susah... Macam mana nanti-nanti?"

Hurmm... boleh ke redah je...?

Sunday, April 3, 2011

Awak tu Jangan Down Ya


"awak tu jangan down ya"


Antara tagline kegemaran sejak dua menjak ni di kalangan aku dengan kawan-kawan- Tapi pertama kali aku dengar (Mac lepas) terkasima lah juga sebab "eh macam mana dia tahu aku akan down?"- Dia ialah Encik Supervisor aku-
"jangan nanti awak tu dah harap dapat attachment di sana; awak kerjakan macam-macam; sudahnya; awak tak dapat- ingat tu; awak tu jangan down ya"

Haa lebih kurang begitulah ayat yang lebih penuh- Isi utamanya; jangan menaruh harapan terlalu tinggi; kalau tak dapat apa yang diharapkan nanti takut remuk-redam hati-

Teringat aku masa tingkatan dua; subjek bahasa Melayu ada soalan tatabahasa; tajuk yang dibincangkan ialah kata majmuk- Kalau bukit jadi bukit-bukau; lauk jadi lauk-pauk; kalau remuk? Aku jawab remak-remuk! Serius bo***!

Sambungan isu kata majmuk; kalau kembang?
Bak kata lagu Ketika Cinta Bertasbih ciptaan Melly Goeslow;
Kembang-kempis dadaku Merangkai butir cinta

Okay aku tak rasa itu kata majmuk; itu hanyalah flip-flop macam dalam litar elektrik- errr-

Berbalik kepada cerita "awak tu jangan down ya"; teringat satu peristiwa masa aku baru beberapa minit selesai temubual bersama para panel untuk tesis Masters aku- Nama biasa mereka sebut ialah Thesis Defense- (Perbentangan depan orang awam tu lain ye)-

Selesai Thesis Defense; aku jumpa seorang profesor untuk berterima kasih dan berbual-bual mesra- Dia tanya apa rancangan aku selepas habis Masters- Dengan yakin aku jawab; "I would like to do a PhD"; disertakan muka comel lagi suci- Ahakz-

Itulah yang dah tertanam dalam kepala otak aku sejak aku kecil- Punca? Mungkin- Mungkin sebab masa aku sekolah rendah; bapak aku suka buka TV masa aku tengah siap-siap nak pergi sekolah dan banyak kali pula aku ingat slot bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah di TV dan aku dok fikir yang aku nak ada "Dr" kat depan nama aku macam beliau- "Macam best je"- Ditambah pula dengan kehidupan yang aku pilih sekarang; kenapa mesti aku tak yakin nak jawab "I would like to do a PhD" kan?

Tau apa profesor tu jawab kat aku?
Nak tau?

"Hurrrmm- PhD is not for everyone- You still can become a good person without a PhD"
blah blah blah blah Dia menambah;
"You cannot do a PhD- I don't think so"

Aku masih terpacak depan dia dengan gigih aku teruskan perbualan; dan mengucapkan terima kasih atas 'segala-galanya'- "I really appreciate it" dengan mata yang tidak kering- Errr-- Tak ke remak-remuk? Eh; remuk-redam? Macam seorang perempuan dengan gembira menyampaikan hasrat nak jadi model tapi dijawab oleh seseorang yang mendengar; "awak tu tak boleh jadi model tapi lebih sesuai jadi penulis novel- Sebab ya la- Nak jadi model ni sebab rupa- Dan- Hurm- Awak tak boleh jadi model"

Mungkin masa tu aku sangat perlukan; "awak tu jangan down ya"- huhuhu-

Tapi dah lepas dah- Dah dua kali raya puasa dah pun selepas peristiwa tu- Aku rasa aku dah tinggal kan 'down' yang itu- Mulakan semangat baru! Dan menghadapi 'down' yang baru! Yuk!

Ingat; awak tu jangan down ya!

Thursday, March 10, 2011

Itulah Sayang~

Bismillahirrahmanirrahim

Aku stress giler!

Kerja yang encik supervisor 'minta tolong' tak siap lagi- Encik supervisor harap dapat esok-
Esok? Ya esok merangkap hanya ada beberapa jam sahaja di UTM di pagi hari sebab dah nak naik bas ke KL untuk meneruskan hobi menghadiri kenduri kahwin!! Muahahahaha! Hobi di situ! Owh kenduri kahwin bukan di KL tetapi KL hanyalah tempat transit- I am going to KEDAH!!!!

Itu memang menggembirakan-

TETAPI!

Tiba-tiba encik supervisor telefon-
"Awak ada kat mana?"
"Di bilik saya"
"Eh tak ada kelas ke?"
"Baru balik dari kelas lah ni"
Dalam hati "Baru balik dari kelas lah ni- Siap buat presentation kumpulan dah tadi-"
"Okay Saya nak beritahu awak yang esok pagi nak bincang pasal proposal FRGS- Boleh ya?"
"Boleh"
Takkan nak jawab tak boleh pula kan-

Okay- Which one I have to do first?! Tiba-tiba rasa pening-

Masuk pula SMS dari partner kumpulan untuk kelas Falsafah Sains dan Ketamadunan- Kelas ni tadilah yang kami buat pembentangan kumpulan tentang Penyelidikan Ilmiah- SMS tersebut berbunyi (ada bunyi okay);

"Ha? Serious? So kena prepare form untuk survey dan interview ke?"

Tegangan di kepala otak ini bertambah kerana ia juga bermaksud TAMBAHAN KERJA yang baru disedari oleh aku dan partner kumpulan aku petang ini!

Okay-
Tarik nafas-
Dan terhasil lah tulisan ini- Writing Therapy kata!

Ditambah dengan rasa sedikit tenang dek lagu berikut (kalau tak tahu; sila Google atau cari di Youtube ; I am listening to Yuna's and the gang version);


Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Okay- Aku nak tengok wayang!!!!!

*Bila banyak sangat perkara yang nak dibuat; aku rasa macam tak nak buat semua langsung- Adakah itu normal? Itulah sayang~ Lalalalala~